Alhamdulillah Berita Baik Yang Menggembirakan



Mengapa panglima perang PAS, Sanusi Md Nor, menggunakan istilah Chow Kit untuk menamakan langkah menumbangkan Kerajaan Persekutuan? Ini susulan istilah Langkah Dubai yang sedang banyak diperkatakan sekarang.
“Saya tak fikir ia Langkah Dubai, (mungkin) Langkah Chow Kit kerana perkara itu dibincangkan di Kuala Lumpur,” Sanusi dipetik media berkata pada sidang akhbar di Alor Setar 3 Januari lalu.
Kalau begitu mengapa tidak dinamakan Langkah Kuala Lumpur sahaja? Mengapa Chow Kit? Chow Kit hanya sebahagian daripada Kuala Lumpur. Adakah beliau cuba membayangkan perjumpaan komplot guling kerajaan diadakan di ibu pejabat PAS, yang terletak di Jalan Raja Laut? Jalan Raja Laut dalam kawasan Chow Kit. Alamat Pejabat Agung PAS hasil carian Google menyatakan Jalan Raja Laut, Chow Kit, Wilayah Persektuan Kuala Lumpur.
Muncul Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, ketua Pemuda Bersatu, yang terpanggil untuk berkata Sanusi sekadar ‘mengusik’ ketika bercakap mengenai Langkah Chow Kit. “Sanusi kan suka sindir pedas,” kata Fayhsal.
Yang best Sanusi sendiri tidak tampil untuk menjelaskan beliau sebenarnya mengusik. Begitu juga para pemimpin PAS yang mengenali beliau sekian lama. Mungkin si ketua Pemuda Bersatu lebih rapat dengan panglima perang PAS sehingga boleh baca apa nawaitu Sanusi. Maklumlah PAS dan Bersatu duduk sama dalam Perikatan Nasional.
Tampil Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menegaskan partinya dan PN tidak mengamalkan budaya membeli Ahli Parlimen untuk menukar kerajaan. Ini susulan dakwaan wujudnya Lngkah Dubai yang dikaitkan dengan gabungan itu.
Hadi kata PAS tetap bersedia dan berusaha menunggu perubahan kerajaan melalui proses demokrasi dan Raja Berperlembagaan. “PAS dan rakan-rakan dalam PN memilih pendekatan mempertahankan kepercayaan rakyat secara langsung dan tidak langsung.” Kesimpulannya Hadi berkata PAS dan PN mengamalkan politik demokrasi sebenar yakni menghormati keputusan rakyat yang dibuat melalui peti undi.
Alhamdulillah, ini berita baik yang menggembirakan. Oleh itu bolehlah kita abaikan kata-kata Tuan Ibrahim Tuan Man, timbalan Hadi, bahawa PAS ada ‘agenda besar’ membawa naib presiden parti yang juga Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, ke Parlimen. Ini beliau kata menjelang PRK Kemaman tahun lalu yang dimenangi Samsuri.
Ada pihak percaya ‘agenda besar’ yang dimaksudkan Tuan Ibrahim ialah Samsuri jadi perdana menteri jika atau apabila PAS-PN menjadi kerajaan. Ada pihak lain pula berpendapat seseorang calon perdana menteri lazimnya akan diketengahkan partinya semasa pilihan raya bukan ketika Parlimen belum bubar dan in full swing.
That’s all academic now berdasarkan kenyataan Hadi yang disebut tadi. Berdasarkan kata-kata Hadi itu juga bolehlah diabai kata kata Hadi sendiri yang beliau luahkan menjelang enam pilihan raya negeri Ogos tahun lalu.
Waktu itu Hadi mendakwa kemenangan besar PN dalam enam PRN itu akan membolehkan berlakunya perubahan dalam kerajaan persekutuan. Bagaimana menang pilihan raya negeri boleh ubah kerajaan persekutuan? Ubah ertinya kerajaan persekutuan sedia ada ditumbangkan untuk diganti kerajaan lain. Hadi tidak menjelaskan tetapi ramai yang tahu yang tersurat dan yang tersirat.
Tak apa lah. Lupakan kata-kata itu kerana Hadi sudah kata apa yang beliau kata tadi. Apa pun apabila bercakap mengenai jalan pintas jadi kerajaan, tanpa perlu bertanding pilihan raya, tentu kita ingat ibu segala langkah yakni Langkah Sheraton. Jayanya Langkah Sheraton menggalakkan sang politikus berkomplot dan berkonspirasi dengan langkah itu dan langkah ini.
Imbau kembali pada 2020, Bersatu dan beberapa Ahli Parlimen PKR menarik sokongan daripada Pakatan Harapan yang memerintah. Perdana Menteri Mahathir Mohamad terpaksa letak jawatan. Ada pihak tuduh beliau rancang letak jawatan. Itu bukan isunya di sini.
Bersatu dan kumpulan renegade PKR dibantu Umno dan PAS menubuhkan kerajaan tanpa perlu melalui proses pilihan raya. Semua parti terbabit duduk dalam kerajaan. Hadi sendiri menggunakan istilah ‘tebuk atap’ untuk menggantikan istilah ‘pintu belakang’ yang diguna ramai.
Langkah Sheraton melanggar setiap amalan demokrasi. Ia mencabuli hak rakyat serta tidak menghormati suara rakyat. Ia ingkar proses demokrasi dan Raja Berperlembagaan. Tidak boleh dinafikan PAS pada 2020 terbabit secara langsung dalam pencabulan itu.
Diulangi apa kata Hadi yang disebut tadi. Kata-kata yang PAS ucapkan empat tahun selepas Langkah Sheraton bahawa PAS sedia menunggu proses perubahan kerajan melalui proses demokrasi dan Raja Berpelembagaan serta mempertahankan kepercayaan rakyat.
PAS 2020 dan PAS 2024 lain nampaknya walaupun pimpinannya orang yang sama. PAS sudah insaf? Alhamdulillah. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/01/alhamdulillah-berita-baik-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Yang Berasap Telinga Sewa Rumah Sampai Mati Terlalu Jauh Lebih Baik Dari Bedal Pinjaman Riba Rumah

Ramai Yang Berasap Telinga Sewa Rumah Sampai Mati Terlalu Jauh Lebih Baik Dari Bedal Pinjaman Riba Rumah

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 278 hits
Nextstep Malaysia nbsp ADINDASeorang lelaki mengakui dikecam di media soal gara gara pendiriannya berkenaan mengambil pinjaman rumah sebagai riba Baginya dia tidak peduli kerana kerbergantungannya tanpa syak kepada Allah Malah dia menyifatk...
Mengapa Vape Tidak Baik Untuk Kesihatan

Mengapa Vape Tidak Baik Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 270 hits
Vape atau rokok elektronik dianggap oleh beberapa orang sebagai alternatif yang lebih selamat daripada merokok tembakau tradisional Walau bagaimanapun walaupun vape mungkin mengandungi tahap bahan toksik yang lebih rendah berbanding rokok b...
Seruan Jihad Mengubah Menjadi Kepada Lebih Baik

Seruan Jihad Mengubah Menjadi Kepada Lebih Baik

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 224 hits
Seluruh umat Islam perlu meningkatkan jihad mengubah keadaan menjadi lebih baik untuk umat Islam keseluruhannya Jihad yang ikhlas adalah bukti kepada keteguhan iman dan kesungguhan untuk merealisasikan tanggungjawab sebagai muslim Jihad dal...
Hiburan Mohon Jasa Baik Rakyat Malaysia Keadaan Kritikal Selepas Ditidurkan Senario Mohon Doakan Hamdan Kembali Pulih

Hiburan Mohon Jasa Baik Rakyat Malaysia Keadaan Kritikal Selepas Ditidurkan Senario Mohon Doakan Hamdan Kembali Pulih

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 234 hits
Difahamkan kini keadaan ahli kumpulan Senario Hamdan dalam keadaan kritikal selepas dirinya ditidurkan dan susulan itu ahli Senario yang lain iaitu Apek Yassin Azlee Wahid dan Ilya memohon orang ramai mendoakan rakan mereka sembuh Dapat dil...
Masak Dulu Lagi Baik 13 Jenis Buah Ni Sesuai Untuk Bayi 6 Bulan Makan

Masak Dulu Lagi Baik 13 Jenis Buah Ni Sesuai Untuk Bayi 6 Bulan Makan

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 242 hits
Apa agaknya makanan pejal pertama yang mahu diberikan pada anak Sudah semestinya bubur kosong yang dikisar halus menjadi pilihan ibu bapa untuk diberikan kepada anak Inilah yang disarankan oleh pakar Namun dalam pada itu sesekali boleh juga...
Inilah Sebab Manusia Tidak Boleh Kembali Ke Masa Silam Dan Balas Dendam Kat Suami Dan Kawan Baik Yang Curang

Inilah Sebab Manusia Tidak Boleh Kembali Ke Masa Silam Dan Balas Dendam Kat Suami Dan Kawan Baik Yang Curang

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 300 hits
Kang Ji Won is married to Park Min Hwan but their marriage is troubled due to Min Hwan s selfishness and his demanding mother Ji Won is the primary breadwinner for the family while Min Hwan is unemployed and in debt Ji Won also handles all ...
Ppim Sambut Baik Guna Standard Dinar Nilai Asas Mata Wang Kenyataan Media Ppim 02 01 2024

Ppim Sambut Baik Guna Standard Dinar Nilai Asas Mata Wang Kenyataan Media Ppim 02 01 2024

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 221 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut baik saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan penggunaan dinar emas sebagai nilai standard asas rizab negara Walaupun ia adalah sesuatu amalan yang praktikal dan adil nam...
Terlanjur Dengan Kawan Baik Yang Lebih Sedap Dari Isteri Si Suami Minta Cara Buang Luar

Terlanjur Dengan Kawan Baik Yang Lebih Sedap Dari Isteri Si Suami Minta Cara Buang Luar

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 296 hits
Selepas memberitahu isteri terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk membantu mengatasi situasi ini Berikut adalah beberapa langkah yang mungkin dapat membantu anda 1 Membuat komitmen Selepas memberitahu isteri anda perlu membua...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru