Alhamdulilah Bumi Melaka Di Limpahi Hujan
Alhamdulilah. Bumi Melaka di limpahi Hujan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Boleh dikatakan Melaka kini di landa kemarau disebabkan agak lama juga hujan tak turun. Dan ada sesetengah lokasi yang dah kena catuan air di Melaka ni. Alhamdulilah, kawasan perumahan aku tak terlibat dalam catuan air. Ini mungkin disebabkan adanya 1 tangki air yang sangat besar dalam kawasan perumahan kami.
Daripada pemerhatian, kawasan taman berdekatan rumah kami yang kena catuan air ni, semuanya tiada tangki air besar. Mungkin disebabkan itu, jika ada rakan rakan yang dalam proses mencari rumah, cuba cari taman yang memiliki tangki air sendiri. Ini untuk mengelakkan jika terjadi catuan air.
Tapi, secara jujurnya, walaupun tidak terlibat, aku tetap juga memilih untuk menyimpan air. Bukan apa, air memang ada, simpanan pun ada. Kalau lah di buatnya 1 hari air terputus, tak lah aku terkial kial nak mencari air kan? Sebab kita dah sediakan payung sebelum hujan. Hehehe.
Apa pun aku sangat bersyukur kerana hujan turun sejak awal pagi tadi. Agak lebat juga. Sememangnya itu yang kami harapkan memandang kawasan tadahan air di sini dan semakin mengering.
Bila tengok gambar yang dikongsikan, memang agak gusar juga tengok kawasan tadahan air tu. Tapi aku lebih tertarik dengan komen netizen. Katanya, kita memang mendoakan agar hujan. Supaya kawasan air tadahan penuh.
Tapi cuba tengok balik keadaan sekeliling. Taman semakin banyak. Penduduk semakin ramai. Kawasan tadahan air tetap sama. Harapan mereka agar ada usaha untuk mendalamkan lagi kawasan tadahan air di Melaka kerana bila air mongering, boleh nampak yang kawasan tadahan ini dah tak dalam.
Jadi dalam kesempatan air mengering ni, bolehlah kiranya ada usaha untuk mendalamkan kawasan tersebut. Sebab kata orang berdekatan kawasan ini, kalau hujan lebat, air dengan sangat mudah melimpah keluar. Itu kata mereka.
Dalam bab ini aku memang setuju. Yelah, tengok pada kawasan di Melaka ni, memang banyak kawasan perumahan baru. Penduduk semakin ramai. Jadi kawasan tadahan air perlu di tambah. Apa piun, kerajaan negeri pasti ada langkah langkah yang terbaik untuk menghadapi situasi ini.
Apa pun, syukur pada yang maha esa kerana membasahi bumi Melaka dengan air. Syukur Ya Rabb.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2020/02/bumi-melaka-di-limpahi-hujan.html