Alat Komunikasi Laman Sosial Pengganti Diri Pada Aidilfitri Tahun Ini
MELAKA: Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil menyarankan amalan menziarahi kubur pada Aidilfitri ini, digantikan dengan bacaan surah Yasin dan tahlil
Beliau berkata, kebiasaan menziarahi kubur seperti sebelumnya tidak boleh dilakukan ketika kerajaan berusaha mengekang penularan wabak COVID-19
Di samping itu, katanya rumah terbuka Aidilfitri juga tidak boleh diadakan, sebaliknya alat komunikasi dan laman sosial perlu dimanfaatkan sebagai pengganti diri untuk umat Islam menziarahi dan mengeratkan silaturahim
Bagaimanapun, amalan menghadiahkan kuih muih sempena Aidilfitri boleh dilakukan tetapi dengan kaedah yang sesuai berdasarkan garis panduan penjagaan kesihatan bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan
"Takbir raya di masjid dan surau hanya dilakukan oleh imam, bilal dan siak atau dengan menggunakan rakaman dan digalakkan anggota keluarga melaungkan takbir raya di kediaman masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini
Beliau berkata, takbir hari raya dari rumah ke rumah pada malam hari raya tidak dibenarkan, manakala pengendali stesen radio dan televisyen disarankan menyiarkan rakaman takbir hari raya dengan meletakkan nota 'rakaman ini dibuat sebelum Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP)
Panduan amalan menyambut Aidilfitri itu diambil berdasarkan Resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Kali Ke-3 melalui sidang video di Kompleks Islam Putrajaya pada 21 April lalu, katanya
Beliau berkata, prosedur saringan bagi mengesan COVID-19 dengan mengambil sampel lendir (mukus) dalam hidung hingga ke kawasan rongga hidung paling atas ( nasopharynx) dan rongga mulut hingga ke kawasan anak tekak (oropharynx) tidak membatalkan puasa
Keputusan berkenaan sejajar keputusan Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan Ke-87 pada 25 Jun 2009 yang memperakukan Panduan Berpuasa Bagi Pesakit, katanya
Beliau berkata, pesakit positif COVID-19 yang tidak bergejala dan tidak perlu memakan ubat, wajib berpuasa
"Jika tidak mampu berpuasa atau jika berpuasa boleh melambatkan kesembuhan atau akan menambahkan kemudaratan (berdasarkan nasihat pakar perubatan), mereka diharuskan tidak berpuasa
"Bagaimanapun, mereka wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan selepas Ramadan mengikut jumlah hari yang ditinggalkan," katanya
Sumber: BH Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/2VBmJGA
via Merah Hati Cintaku
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/alat-komunikasi-laman-sosial-pengganti.html