Alasannya Suka Budak Ibu Masih Trauma Anak Nyaris Diculik Dua Wanita
Detik mencemaskan bagi seorang ibu apabila anaknya dipercayai nyaris diculik oleh individu yang tidak dikenali. Tambah pula kejadian ini berlaku di lokasi tumpuan orang ramai.
Memetik laporan mStar, usahawan tekstil yang dikenali sebagai Alfitry berkata, kejadian pada 18 Ogos lalu terjadi pada stafnya bernama Eykin, semasa mereka bersama-sama pergi ke taman tema tersebut bagi meraikan hari lahirnya.
Katanya, mereka yang berkunjung ke sana terdiri daripada lima orang dewasa termasuk dirinya dan tiga kanak-kanak berusia tujuh bulan sehingga lima tahun.
“Perjalanan ni tak dirancang dan kebetulan nak sambut hari lahir saya, maka staf pun ambil peluang untuk bercuti sekali.
“Masa tu terfikir nak belanja staf bermain roller coster tetapi Eykin cakap tak mahu sebab takut mabuk dan dia hanya nak tunggu di bawah sahaja bersama tiga anaknya.
@alfitry_azmi52 Hati-hati yang mana bawa anak, semalam kat Genting, almost jadi kes besar. #sindiket #culikanak #genting@Maz 🌻 ♬ original sound – alfitryazmi52
Dua wanita warga asing mencurigakan
Bagaimanapun, semasa sedang beratur untuk menaiki permainan itu, Alfitry dan staf yang lain ternampak Eykin dikerumuni oleh dua wanita warga asing.
Melihatkan situasi itu, dia bersama tiga lagi rakan berasa tak sedap hati dan ingin pergi mendapatkan Eykin. Namun Eykin memberi isyarat bahawa dia berada dalam keadaan baik.
“Memang rasa tak sedap hati tapi dia bagi isyarat okay, sedangkan masa tu nampak anaknya ditarik dan didukung oleh wanita berselubung kain putih.
“Lepas permainan tamat, kami mendapatkan Eykin dan kelihatannya berpeluh dan ketakutan,” jelasnya.
Bercerita lanjut, berdasarkan perkongsian Eykin, wanita tersebut turut mengibas-ngibas pakaiannya semasa melintasi barang-barang yang kami tinggalkan sambil menarik anak perempuan Eykin berusia 3 tahun.
“Pelik dengan perbuatan wanita tersebut, Eykin pun tanya kenapa tarik anaknya secara kasar..kemudian wanita warga Indonesia maklumkan yang perempuan Pakistan suka budak dan lebih 12 tahun tak jumpa anak dan suami.
“Jadi Eykin pun tegur supaya tak buat lagi macam tu dan tiba-tiba datang seorang lelaki warga Indonesia yang buat bertanya apa berlaku. Kemudian dua wanita itu terus berlalu pergi,” katanya.
Tidak terhenti di situ, kedua-dua wanita terbabit dilihat masih memerhatikan Eykin dan anaknya.
Kedua-dua dibawa untuk siasatan lanjut
Malah kata Alfitry, semasa dia ke tandas ternampak wanita terbabit berada tidak jauh dari lokasi stafnya berada dan turut memerhatikan tindak tanduknya sehingga mereka bertentang mata.
Selepas beberapa ketika kedua-dua wanita tersebut dilihat ke lokasi permainan khusus untuk kanak-kanak.
“Pelik kenapa mereka nak pergi ke sana, lagi pula perbuatan wanita Indonesia yang asyik merakam dan menangkap gambar tu sangat mencurigakan.
“Jadi saya dan yang lain-lain ikut sahaja mereka sehingga polis datang. Polis pun kami terpaksa panggil yang berada di kawasan casino kerana tidak nampak mana-mana pihak berkuasa di taman tema ni.
“Kedua-dua mereka akhirnya dibawa ke bilik kawalan untuk disoal siasat tapi malangnya tak mengaku,” katanya.
Lelaki yang mengaku suami kepada wanita Pakistan.
Menurutnya lebih menghairankan apabila suami wanita Pakistan itu datang selepas dimaklumkan tentang kejadian, sedangkan awal kejadian, mereka dimaklumkan bahawa wanita terbabit sudah lama tak berjumpa dengan suami dan anaknya.
“Suami dia mengaku sudah lama berniaga karpet di Malaysia..kira-kira 10 tahun. Isterinya pula tak pandai berbahasa Melayu dan mulut sentiasa terkumat-kamit seolah-olah membaca sesuatu.
“Enggan panjangkan cerita, saya minta dia nasihatkan isteri supaya tidak mengulangi perkara seumpama itu kerana ia dikategorikan sebagai ancaman di Malaysia,” katanya.
Polis terima laporan daripada pihak keselamatan Genting Highlands
Sementara itu, menerusi laporan media pihak polis mengesahkan bahawa telah menerima laporan daripada pihak keselamatan Genting Highlands selepas tular satu video yang mendakwa bahawa seorang kanak-kanak hampir diculik oleh wanita warganegara asing di kawasan pelancongan itu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata laporan itu telah dibuat pada jam 8.15 malam, semalam.
“Pihak keselamatan Genting Highlands telah membuat laporan polis pada 19 September 2022 (Isnin) lebih kurang jam 8.16 malam berhubung video yang telah tular,” katanya.
Zaiham juga turut mengesahkan bahawa belum menerima laporan polis daripada pihak yang terlibat.
“Polis Daerah Bentong juga mengesahkan bahawa setakat ini tidak menerima sebarang laporan polis daripada pihak yang terlibat.
“Walau bagaimanapun, pihak IPD Bentong akan menjalankan siasatan dan akan menghubungi pemilik akaun TikTok berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut,” katanya.
Sehubungan itu, Zaiham memohon kerjasama daripada semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.
Kredit: mStar & TikTok alfitry_azmi52
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race! Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post “Alasannya Suka Budak..” Ibu Masih Trauma, Anak Nyaris Diculik Dua Wanita appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/alasannya-suka-budak-ibu-masih-trauma-anak-nyaris-diculik-dua-wanita/