Alasan Terbaik Untuk Pertukaran Guru Secara Online 2019




Alasan Popular Untuk Pertukaran Guru Secara Online (eGTukar).  eGTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.
Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru.
Sistem Pertukaran Guru Online (eGTukar) merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), KPM di bawah pengurusan guru. Antara objektif modul eGTukar ini ialah

Memberi kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secara ‘online’.
Memudahkan pegawai di JPN / BAHAGIAN/ JABATAN membuat pemantauan.
Memudahkan Bahagian/Jabatan membuat kelulusan secara online lebih berkonsepkan ‘paperless’.
Mempercepatkan permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkat pengesahan sebelum sampai ke pegawai pelulus.
Memudahkan pihak pengurusan melihat statistik permohonan dan kelulusan secara online tanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan Negeri.
Tarikh Permohonan Pertukaran Guru Secara Online (eGTukar)
Makluman awal yang diterima, permohonan Pertukaran Guru antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah dalam modul eGTukar akan dibuka mulai 18 Februari 2019 hingga 27 Mac 2019bagi pertukaran guru sesi Jun 2019 dan Januari 2020.
Permohonan pertukaran guru tahun 2019 boleh dibuat melalui https://epgo.moe.gov.my. Sebarang perubahan tarikh dari pihak Kementerian Pendidikan (KPM) akan dimaklumkan kemudian.
Alasan Popular Untuk Pertukaran Guru Secara Online (eGTukar)*
Portal pertukaran guru secara online nampaknya akan dibuka beberapa hari lagi. Portal eGTukar ini akan kembali aktif kerana permohonan pertukaran guru secara online hanya akan dibuka sekali sahaja untuk sepanjang tahun. Permohonan pertukaran ini untuk sesi JUN 2019 dan JANUARI 2020.
Pelbagai alasan yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk membuat permohonan pertukaran selain dari alasan-alasan yang dinyatakan oleh pihak KPM di borang permohonan online. Alasan yang popular di bawah ini boleh digunakan untuk ruangan LAIN-LAIN ALASAN di  borang permohonan online. Semoga berjaya kepada semua,

Antara alasan popular untuk pertukaran guru secara online ialah

Masalah kesihatan yang kronik (diri sendiri, pasangan, anak dan ibubapa)
Tinggal berjauhan dengan suami/isteri (mengikut isteri atau suami)
Ancaman keselamatan (bunuh, ugutan dan sebagainya)
Masalah tekanan mental/ perasaan/ kemurungan
Mempunyai masalah dengan pentadbir dan rakan sejawat
Genap tempoh berkhidmat di daerah semasa (sekurang-kurangnya 4 tahun)
Menjaga anak sakit (disahkan oleh pakar)
Menjaga ibubapa yang sakit (disahkan oleh doktor)
Tidak tahan berulang-alik dari rumah ke sekolah (100km sehari)
Masalah kewangan/hutang
Tidak tahan dengan kerenah pihak pentadbir
 Meningkatkan motivasi dan potensi diri di sekolah lain
Menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi
Mahu berkhidmat di daerah/negeri sendiri
Mengajar terlalu lama di sekolah semasa
Terlalu lama mengajar di sekolah bandar/pedalaman
Krisis rumah tangga (bercerai, gaduh, konflik)
Masalah membina hubungan dengan rakan sejawatan
Tiada hati untuk mengajar jika masih di sekolah lama
Tidak tahan dengan karenah ibubapa murid
Masalah tiada penginapan/rumah sewa
Taraf hidup yang terlampau tinggi di sesetengah tempat
Kurang kemudahan di sekolah semasa (air, line telefon, jalan raya dll)
*berdasarkan soal selidik secara online terhadap guru2 yang telah lulus pertukaran sebelum ini

Wajaran Pertukaran Guru (Alasan Pertukaran)

Di dalam borang online pertukaran guru semasa memohon pertukaran, akan ada ruangan alasan memohon pertukaran. Guru -guru boleh klik alasan pertukaran yang mana sesuai dengan masalah mereka semasa memohon pertukaran sama ada alasan yang dinyatakan oleh KPM atau pun guru-guru boleh klik LAIN-LAIN alasan. Untuk alasan LAIN-LAIN, guru-guru bolehlah menulis alasan popular seperti di atas yang telah dinyatakan.

Permohonan yang diluluskan bergantung kepada kes-kes yang kronik, kekosongan jawatan di negeri atau daerah semasa dan keperluan perkhidmatan. Faktor kelulusan pertukaran juga bergantung kepada wajaran pertukaran (point) di jadual wajaran pertukaran guru di bawah yang dikongsikan oleh pegawai di bahagian pertukaran menerusi facebook.

Guru-guru yang memohon perpindahan bolehlah menggunakan jadual wajaran pertukaran ini sebagai rujukan sebelum menulis alasan-alasan pertukaran nanti.

Tips Sempena Mengisi Permohonan eGTukar

Sempena pertukaran guru  nanti, pemohon diingatkan supaya mengisi maklumat dengan lengkap. Di bawah adalah beberapa tips sempena mengisi permohonan yang dikongsikan oleh pegawai dibahagian pertukaran iaitu Encik Hasmadi Hamdan.
EGTukar akan dibuka pada bulan Februari 2019.. Pemohon dinasihati mengisi dengan lengkap.
Bagi yang mengemukakan alasan sakit, sila dapatkan sijil sakit asli daripada pakar hospital kerajaan.
Bagi meluaskan peluang untuk balik dari Sabah dan Sarawak, mohon ke Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.
Bagi yang mengemukakan alasan ancaman keselamatan, sertakan laporan siasatan polis, bukan salinan repot polis. Ancaman keselamatan bermaksud ancaman daripada suspek yang dikenali. Contohnya bekas suami.
Pemohon dinasihati memohon langsung kepada BPSH tanpa mendapat surat sokongan daripada ahli-ahli politik atau mana-mana pihak.
Bagi permohonan ex-parte (sebelah pihak), mohon disertakan surat kebenaran dan/atau surat sumpah daripada pasangan.
Perjawatan bagi Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu amat terhad.
Semakan Maklumat Pemohon Menerusi eGTukar

Semakan maklumat & tindakan pembetulan maklumat peribadi melalui laman web e-operasi dengan segera sebelum mengisi permohonan pertukaran ,sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pentadbir sekolah masing-masing atau pejabat pendidikan daerah/ jabatan pendidikan negeri atau bahagian masing-masing. Semak sini https://eoperasi.moe.gov.my/
Syarat-Syarat Umum Permohonan Pertukaran Guru (UPDATE)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) TIDAK AKAN mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan.
Guru TIDAK BOLEH bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan.
KPM TIDAK AKAN mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan
Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM
Semua jawatan yang disandang akan TERGUGUR apabila permohonan pertukaran diluluskan
Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada pengetua / guru besar untuk pengesahan.
Semua keterangan yang diberikan dalam borang ini hendaklah lengkap dan benar. Jika terdapat sebarang pemalsuan keterangan, permohonan tidak akan dilayan dan sebarang kelulusan yang telah diberikan akan DIBATALKAN.
Guru-guru berikut tidak layak memohon pertukaran
Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (kdc).
Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar.
Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sumbermaklumat.com/2019/02/alasan-terbaik-untuk-pertukaran-guru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengambilan Guru Interim Bahasa Inggeris Di Kpm 2019 Dibuka

Pengambilan Guru Interim Bahasa Inggeris Di Kpm 2019 Dibuka

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 708 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan berpotensi berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Interim Bahasa Inggeris bagi mengisi kekosongan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di seluruh Malaysia SYARAT SYARAT KE...
Payrollbozz Software Payroll Online Terbaik Untuk Perusahaan Ukm

Payrollbozz Software Payroll Online Terbaik Untuk Perusahaan Ukm

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 327 hits
Software as a service atau yang disingkat Saas adalah teknologi computing berbasis cloud base data yang memungkinkan data data tersebut dapat digunakan dikelola dan disunting secara online Nyamannya menggunakan Saas adalah Anda tidak perlu ...
Permohonan Online Kemasukan Ke Mahsa University Bahagian Sains Kesihatan Dan Perubatan 2019

Permohonan Online Kemasukan Ke Mahsa University Bahagian Sains Kesihatan Dan Perubatan 2019

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 638 hits
Nama Penuh No I C Baru Umur Age Tarikh Lahir No Telefon Hubungi melalui Call SMS WhatsAppBangsa Race Melayu India Cina Bumiputera Sabah Bumiputera Sarawak Orang Asli Lain lainAgama Religion Islam Kristian Hindu Buddha Lain lainJantina Sex L...
Sudah Diskusikan Dengan Menkeu Mendikbud Harap Gaji Guru Honorer Umr Berlaku 2019

Sudah Diskusikan Dengan Menkeu Mendikbud Harap Gaji Guru Honorer Umr Berlaku 2019

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 222 hits
Menteri Pendidikan dan Kebudayaan sudah berdiskusi dengan Menteri Keuangan terkait gaji para guru honorer yang akan disesuaikan Upah Minimum Regional Penerapannya diharapkan dapat segera diberlakukan pada 2019
Hadiah Hari Guru 2019

Hadiah Hari Guru 2019

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 722 hits
Tempahan Hadiah Hari Guru 2019 sudah di buka Pasti ada yang tak percaya bila saya buat statement di atas Betullah tu Takkan saya nak tipu pulak Kalau tak percaya boleh melawat fanpage kami di Takkan melawat sahaja kot Klik lah like sekali t...
Ini Alasan Siswa Smp Pgri Di Gresik Persekusi Guru Saat Ditegur Karena Merokok

Ini Alasan Siswa Smp Pgri Di Gresik Persekusi Guru Saat Ditegur Karena Merokok

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 291 hits
Siswa SMP PGRI di Gresik mencengkeram kerah baju gurunya yang bernama Nurkhalim saat ditegur karena merokok di dalam kelas
Bersama Juri Lida 2019 Jokowi Ungkap Alasan Tak Tinggal Di Istana Megah Bogor

Bersama Juri Lida 2019 Jokowi Ungkap Alasan Tak Tinggal Di Istana Megah Bogor

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 236 hits
Terlihat Jokowi mengajak Soimah Ramzi dan Gilang Dirga berkeliling Istana Bogor menggunakan mobil golf didampingi Ibu Iriana
Semakan Keputusan Calon Berjaya Ke Ukcg Dan Temu Duga Guru Interim Bahasa Inggeris 2019

Semakan Keputusan Calon Berjaya Ke Ukcg Dan Temu Duga Guru Interim Bahasa Inggeris 2019

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 1477 hits
Semakan Keputusan Calon Berjaya ke UKCG dan Temu Duga Guru Interim Bahasa Inggeris 2019 Pemakluman terkini berkaitan Guru Interim 2019 Mohon perhatian khususnya kepada individu yang telah membuat permohonan untuk menjawat jawatan Guru Inter...
Entri Terbaik Januari 2019

Entri Terbaik Januari 2019

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 372 hits
Entri Terbaik Januari 2019 Seperti biasa Cik Ash akan kekal setiap bulan akan update entri terbaik dekat blog ni Terima kasih kepada korang semua yang tidak jemu baca entri merapu dekat blog Cik Ash ni Hahaha Pada bulan Januari 2018 aritu e...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord