Alamanda Putrajaya Raikan Anak Anak Yatim Rumah Bakti Al Kaunsar


ALAMANDA PUTRAJAYA RAIKAN ANAK ANAK YATIM RUMAH BAKTI AL-KAUSAR | Assalammualaikum semua! Aidilfitri bakal menjelma lagi beberapa hari. Tahun ini kita akan meraikannya dengan meriah sekali apabila 2 tahun tidak pulang ke kampung halaman. Walaupun kita sedang menyediakan persiapan, jangan kita lupa mereka yang memerlukan. Anak-anak yatim juga harus diberi peluang merasai nikmat persediaan Aidilfitri. Agar mereka tahu, bahawa masih ada yang sayang dan ingin mereka juga gembira pada hari lebaran nanti.
Ruby berkesempatan ke Alamanda Putrajaya dan menyaksikan betapa gembira mereka membeli-belah memilih pakaian raya. Dari pilihan corak dan saiz, mereka teruja dan senyuman terukir tiap kali sudah berjaya mendapat keperluan yang mereka inginkan. Tahniah Alamanda Putrajaya! Semoga usaha murni ini berterusan sampai bila-bila.
PERSIAPAN AIDILFITRI SEMUANYA TERSEDIA DI ALAMANDA PUTRAJAYA 


Untuk menyebarkan keceriaan Hari Raya, Pusat Beli Belah Alamanda menjemput beberapa anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Bakti Al Kausar, Bangi untuk membeli-belah persiapan Hari Raya pada 21 April 2022 sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR)

Kanak-kanak yang berusia antara 6 hingga 17 tahun itu tiba bersama Pengerusi Rumah Bakti Al-Kausar, Haji Razali Haji Basri serta Timbalan Pengerusi, Abu Bakar Abdul Rafar, disambut mesra Pengurus Besar Pusat Beli Belah Alamanda, Pang Sook Fong


Pihak pengurusan Alamanda kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut membeli-belah sepasang kasut raya dan sut baju raya. Mereka kemudiannya dibawa ke Centre Court di mana pusat beli-belah itu telah mencipta semula dekorasi kampung à la “Raya di Dusun Atuk” dan dihiburkan dengan persembahan Hari Raya Zapin. 
Majlis menjadi lebih bermakna apabila rakan niaga Alamanda turut menyumbangkan barangan Hari Raya kepada kanak-kanak itu. Selepas ucapan alu-aluannya, Pang ditemani oleh rakan niaga Alamanda seperti Gene Martino, Qutn Cotton dan Dunkin' Donuts di mana kanak-kanak tersebut diberikan duit raya dan sut baju raya daripada Gene Martino, sut baju raya daripada Qutn Cotton dan sekotak donat dari Dunkin' Donuts


Semasa berbuka puasa, anak-anak yatim tersebut tidak dapat menahan kegembiraan serta kesyukuran kerana dibenarkan memilih apa sahaja yang mereka mahu dari menu di Secret Recipe


Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, “Sebagai satu satunya pusat membeli-belah di Putrajaya, kami menyedari keperluan untuk memainkan peranan penting dalam melibatkan diri dan menyokong masyarakat secara aktif, terutamanya kanak-kanak yang tidak bernasib baik. Walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga adalah penting, kita mesti sentiasa mengingati bahawa tidak ramai yang mempunyai keistimewaan ini. Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk berkongsi kemeriahan Hari Raya bersama anak-anak Rumah Bakti Al-Kausar.”
Pengerusi Rumah Bakti Al-Kausar, Haji Razali Haji Basri berkata, “Sebagai penjaga kepada anak-anak, kami berterima kasih kepada Pusat Beli Belah Alamanda kerana telah memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini dan memberi mereka peluang menyambut bulan Syawal dengan penuh kegembiraan. Layanan istimewa daripada pihak Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini.”
Rumah Bakti Al-Kausar ialah rumah kebajikan yang diasaskan pada tahun 2011 yang menyediakan tempat perlindungan kepada kanak-kanak yang memerlukan terutamanya anak yatim. Rumah itu kini menempatkan 36 kanak kanak

GANJARAN BERBELANJA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DARI 8 APRIL HINGGA 2 MEI 2022


Berbelanja RM700 dan ke atas dalam maksimum 2 resit di mana-mana kedai khusus untuk menerima tong seramik dan satu set paket Alamanda Raya



SERTAI CABUTAN BERTUAH
Belanja RM1,500 dan ke atas untuk berpeluang menerima hadiah tambahan antara:
✅️ RM40 Manhattan Fish Market ✅️ Noor Arfa scarf✅️ RM50 Alamanda Shopping baucar

MENGENAI PUSAT MEMBELI BELAH ALAMANDA
Alamanda Putrajaya dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn. Bhd. dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi. Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk membeli-belah setiap tahun, pusat membeli-belah ini dilengkapi dengan dua bangunan tempat letak kereta yang terdiri daripada 3,000 tempat meletak kereta, kemudahan bagi golongan kurang upaya, dua bilik salinan bayi serta bilik sembahyang. Konsep di sebalik Alamanda adalah ‘syurga pengunjung membeli belah’, yang terletak di pusat Putrajaya

Ruang tengah Alamanda dihiasi cahaya menawan yang mengindahkan lagi suasana pusat membeli-belah ini dan menarik baik pengunjung mahupun rakan niaga dan penyewa kedai, lebih-lebih lagi apabila pelbagai acara dijalankan setiap tahun

Pusat membeli-belah ini terdiri daripada pelbagai jenis kedai, restoran, medan selera dan pawagam. Alamanda juga mempunyai ‘travelator’ yang menghubungkan kedai-kedai serta laluan terus ke tempat letak kereta. Selain itu, reka bentuk istimewa bangunan dua tingkat ini membolehkan para pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah

ALAMANDA | FACEBOOK

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/04/alamanda-putrajaya-raikan-anak-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Supercube Raikan 200 Orang Anak Yatim Dan Asnaf Dalam Majlis Berbuka Puasa

Supercube Raikan 200 Orang Anak Yatim Dan Asnaf Dalam Majlis Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 253 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar buat pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah baru baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri Majlis Tajaan Iftar Anak Yatin dan Asnaf Bersama Supercube yang berlangsung dengan meriah ber...
Cara Nak Kendalikan Anak Mengamuk Dekat Rumah Di Tempat Awam Berbeza

Cara Nak Kendalikan Anak Mengamuk Dekat Rumah Di Tempat Awam Berbeza

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 210 hits
Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak kanak berusia 18 48 bulan Tantrums adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibu bapa Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan kekecewaan dan tingkah laku yang mencabar Anak...
Anak Susah Menulis Boleh Cuba Latih Kaedah Macam Ni Di Rumah

Anak Susah Menulis Boleh Cuba Latih Kaedah Macam Ni Di Rumah

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 192 hits
Biarpun anak sudah berusia empat tahun namun masih ada anak yang memegang pensil tidak tepat malah masih ada yang tidak dapat menulis dengan baik Apa kata sebagai persediaan untuk ke sekolah dan menulis dengan baik aktiviti ringkas tapi beg...
Bapa Menagis Meraung Anak 2 Tahun Maut Rumah Hangus Dijilat Api

Bapa Menagis Meraung Anak 2 Tahun Maut Rumah Hangus Dijilat Api

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 259 hits
Sebentar tadi kita dikahabarkan dengan kematian seorang kanak kanak berusia 2 tahun yang terlibat dalam kebakaran melibatkan 2 buah rumah hangus dijilat api Bapa menangis meraung tak sempat selamatkan anakSatu video tular di Tiktok menunjuk...
Jangan Keluar Rumah Kalau Bergejala Jangan Bandingkan Perkembangan Anak Orang Lain Ini Pesanan Dr Izzar Waktu Hari Raya

Jangan Keluar Rumah Kalau Bergejala Jangan Bandingkan Perkembangan Anak Orang Lain Ini Pesanan Dr Izzar Waktu Hari Raya

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 427 hits
Aura Aidilfitri semakin dirasai oleh semua umat Islam apabila sejak semalam lagi warga kota sudah pulang ke kampung halaman masing masing Seronok bila dapat berkumpul semula bersama adik beradik dan sanak saudara selepas dua tahun tidak mer...
Idi Jika Anak Tunjukkan Gejala Hepatitis Akut Segera Ke Rumah Sakit

Idi Jika Anak Tunjukkan Gejala Hepatitis Akut Segera Ke Rumah Sakit

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 340 hits
Dikarenakan hepatitis akut adalah penyakit baru yang harus dipelajari lebih mendalam maka orang tua harus dapat mengenali gejala penyakit itu yakni anak terkena diare mengalami sakit perut mata bewarna kuning air kencing menjadi cokelat dan...
Terpaksa Makan Cepat Sambil Pegang Anak Ayda Jebat Kongsi Momen Jadi Ibu Bangga Raikan Hari Ibu

Terpaksa Makan Cepat Sambil Pegang Anak Ayda Jebat Kongsi Momen Jadi Ibu Bangga Raikan Hari Ibu

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 213 hits
Sambutan Hari Ibu yang diraikan semalam membawa erti paling bermakna buat pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang baru pertama kali meraikan sambutan itu Menerusi Instagram pelantun lagu Pencuri Hati itu meluahkan rasa syukur yang tidak terhin...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti