Alahan Teruk Semasa Trimester Pertama


assalamualaikum and hello lads! siapa di sini yang masa mengandung dahulu dia mabuk teruk? ye, aku tidak terkecuali. terlalu teruk sehingga terbaring sahaja atas katil, atas sofa. kasihan juga pada suami sebab tengok isterinya lemah dan tak berdaya tapi apa boleh aku buat. tenaga ni bagaikan hilang terus pada masa tu. 
Alahan Teruk Trimester Pertamapada awalnya semua masih baik. kami berdua happy sebab bakal menimang cahaya mata sendiri. tapi bila dah masuk minggu ke 6. mulalah aku rasa sedikit demi sedikit alahan yang muncul. bayangkan di dalam office pun, aku cuma duduk bawah meja kerana betul-betul tidak bermaya. apa sahaja yang aku makan akan keluar balik. aku dan bilik air memang berpisah tiada. sehinggakan boss aku nampak dan atas persetujuan bersama, aku mengambil cuti tanpa gaji selama dua bulan. 

pada mulanya aku ingat mahu berhenti kerja sahaja tapi memandangkan musim PKP ni agak susah untuk cari kerja di tempat lain, jadi nasib baik kami bersetuju dengan perjanjian ini. aku pun dapatlah berehat di rumah dan kembali bekerja setelah trimester pertama berakhir. 
semasa di rumah, memang teruk keadaan aku. dengan tak dapat nak balik rumah umi selalu (disebabkan oleh PKP), jadi aku hanya mampu menangani benda ini seorang diri. mujur ada suami yang selalu bagi semangat pada aku ni. antara simptom yang aku alami selama alahan dahulu antaranya: 
1. Muntah 
ye, memang akan keluar balik apa yang aku makan. tak kisahlah se simple mana pun makanan itu, pasti akan keluar kembali. memang penat. sampaikan aku cuma makan biskut kering dan air susu kambing / milo kosong sahaja. dengar perkataan goreng-goreng pun dah buat aku rasa mual. benar. dengar sahaja boleh jadi macam ni. 
aku cadangkan kalau betul-betul tidak boleh telan apa dan masih mencari jalan untuk makan demi anak, kalau dalam hati terasa nak makan benda tu, order/masak sahaja. sebab possibility untuk kita makan benda yang kita teringin tu lagi tinggi daripada randomly order benda yang biasa kita order/masak.
2. Sejuk badan
mungkin kerana tidak cukup makan, jadi badan aku sentiasa rasa kesejukan. nak mandi pun rasa malas je, asyik kena paksa dengan suami barulah kaki ni gigih melangkah ke bilik mandi. siang-siang sentiasa berselimut, malam pula cuma pakai kipas dan berstokin. kasihan suami kepanasan haha. maaf suamiku.
orang kata time mengandung ni, angin senang sangat masuk dalam badan. jadi, malam-malam digalakkan untuk pakai stokin. memang membantu! lagi mudah untuk aku tidur sebenarnya. dan kurang sikit rasa nak ke bilik air tu.
3. Tiada Tenaga
nak berdiri, apatah lagi berjalan jauh memang tak larat sangat. tapi dalam hati kasihan pada suami sebab asyik terperap sahja di rumah tidak ke mana-mana. disebabkan PKP ini jugalah, suami diarahkan oleh syarikatnya untuk Work From Home (WFH) sehinggalah ke harini. bagi sesiapa yang masih wfh, pasti anda akan mengalami perasaan itu juga kan. bosan terperap di rumah tiada aktiviti. apatah lagi kawasan rumah kami ini tiada kawasan riadah. 
nak masak apatah lagi. memang sepanjang 2 bulan tu, aku langsung tak masuk dapur. nak berdiri pun rasa nak pengsan. jadi, hanya mampu order sahaja setiap hari. adakalanya bosan juga, adakalanya kesian kat suami, tapi nak buat macam mana kan. kadang-kadang tu aku menangis sendiri sebab rasa macam useless masa tu. 
umi kata time ni janganlah paksa badan tu sangat. nanti takut affect diri sendiri dan baby. masa ni jugalah nak berehat pun. nanti anak dah lahir, memang susahlah nak cari masa rehat sendiri nanti. asyik anak nak melekat je. 
4. Sensitif bau
aku sangat sensitif pada bau! orang tingkat 10 tengah masak pun aku boleh bau. bila dah start bau tu, memang rasa nak muntah. aduhai. bau makanan bergoreng memang buat aku mual. siapa yang dah mengalami ni memang akan tahu macam mana. sampai sekarang aku masih sensitif pada bau cuma aku dah biasa. 
aku rasa itu sahaja kot. bila baca artikel mengenai trimester pertama ini, memang badan ibu mengandung sedang menyesuaikan diri untuk si anak 'tinggal' di dalam rahimnya, jadi macam-macam hormon bercampur baur. sebab itulah badan terkejut and ambil masa untuk sesuaikan diri. aku nak bercerita terlalu terperinci pun susah sebab aku tak tahu sangat medical term ini. 
tapi aku bersyukur sebab dapat mengalami perasaan ini. aku tahu masih ada yang belum mendapat rezeki zuriat. aku pernah rasa benda itu. aku berharap suatu hari nanti, kalian akan dapat zuriat masing-masing juga. in shaa Allah. and untuk alahan ini, tidak semua akan mengalaminya. ada yang sampai ke minggu 39 masih merasa. ada yang tidak langsung kena alahan! beruntung juga tu haha. ikut ketahanan badan masing-masing. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.amysyeera.com/2021/02/alahan-teruk-semasa-trimester-pertama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dj Lin Masuk Icu Alahan Teruk Hingga Guna Alat Bantuan Pernafasan

Dj Lin Masuk Icu Alahan Teruk Hingga Guna Alat Bantuan Pernafasan

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 234 hits
Sejak minggu lalu kita dikhabarkan bahawa penyampai radio terkenal Roslinda Abdul Majid atau mesra disapa DJ Lin 46 dimasukkan ke hospital disebabkan alahan dihidapinya Alergik kulit yang dihidapi oleh penyampai radio Suria FM ini menyebabk...
Alami Alahan Teruk Dj Lin Dikejarkan Ke Hospital Kerana Sukar Bernafas

Alami Alahan Teruk Dj Lin Dikejarkan Ke Hospital Kerana Sukar Bernafas

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 290 hits
Penyampai radio Suria FM DJ Lin dilaporkan telah dimasukkan ke hospital kerana telah mengalami alahan serius sehingga menyebabkan dia sukar untuk bernafas Sumber Instagram DJ Lin nbsp Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Inst
Hamil Anak Kedua Isteri Alami Alahan Teruk Dr Say Mahu Lebih Fokus Pada Isteri

Hamil Anak Kedua Isteri Alami Alahan Teruk Dr Say Mahu Lebih Fokus Pada Isteri

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 382 hits
Selepas isteri mengalami keguguran pada tahun lepas pengacara program Tanya Doktor Dr Say Shazril mengumumkan khabar gembira bahawa isterinya Dr Azura Abas kini sedang hamil anak kedua Doktor selebriti yang juga bapa kepada si comel Aezreil...
Isteri Sah Hamil Anak Pertama Nazrief Nazri Tak Sabar Nak Jadi Bapa

Isteri Sah Hamil Anak Pertama Nazrief Nazri Tak Sabar Nak Jadi Bapa

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 488 hits
Pelakon Nazrief Nazri baru baru ini mengumumkan bahawa dirinya bakal bergelar bapa setelah isterinya Aizatul Aqma disahkan berbadan dua Sumber Instagram Nazrief Nazri nbsp Berita gembira itu diumumkan Nazrief menerusi satu hantaran di lam
Pekerjaan Pertama 6 Pengusaha Sukses Indonesia Ternyata Punya Pengalaman Jadi Pekerja Biasa

Pekerjaan Pertama 6 Pengusaha Sukses Indonesia Ternyata Punya Pengalaman Jadi Pekerja Biasa

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 205 hits
Ada yang jaga warnet ada yang karyawan biasa ada juga yang bangkrut gara gara nyobain bisnis kecil kecilan
Wisata Hutan Albasia Kubu Raya Kunjungan Pertama Di Bulan Februari 2021

Wisata Hutan Albasia Kubu Raya Kunjungan Pertama Di Bulan Februari 2021

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 495 hits
Wisata Hutan Albasia Kubu Raya terletak di Dusun Karya Satu Desa Kuala Dua Kecamatan Sungai Raya Salah satu obyek wisata alam yang ada di Kabupaten Kubu Raya ini sengaja dipilih pertama kali untuk dikunjungi oleh kawan kawan Blogger Kubu Ra...
Fiersa Besari Sambut Kelahiran Anak Pertama Namanya Yang Unik Jadi Sorotan Warganet

Fiersa Besari Sambut Kelahiran Anak Pertama Namanya Yang Unik Jadi Sorotan Warganet

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 305 hits
Ada kata Menyusuri di nama tengah anaknya Fiersa pun menjelaskan arti dan asal usulnya
Vaksin Pertama Akan Tiba Pada Hari Ahad Ini Pm Muhyiddin Terima Suntikan 26 Februari

Vaksin Pertama Akan Tiba Pada Hari Ahad Ini Pm Muhyiddin Terima Suntikan 26 Februari

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 229 hits
KUALA LUMPUR Vaksin COVID 19 jenis Pfizer BioNTech akan tiba di negara ini pada Ahad sementara pelaksanaan Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan akan mulakan dilancarkan secara berfasa pada 26 Feb Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin be...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord