Alahan Kulit Yang Tragis


Balik dari kampung Segamat dan Pilah, terus dapat alahan yang tragis. Kira tragis lah pada saya sebab tak pernah berlaku. Kulit muka gatal-gatal, merah dan bengkak. Bukan sekadar gatal tapi pedih ya amat bila cuci muka dan letak moisturiser. 
Nak bagi lega sampai kena basahkan kain dan tekap pada muka. Biarkan je, baru rasa selesa.
Di Segamat, mungkin disebabkan habuk. Tak betul-betul kemas bersih agaknya walaupun kita kemas guna vacuum. Lepas tu tengah musim panas masa tu. Haba lagi. Berpakej-pakej yang menyebabkan alahan kulit.
Di Pilah pula berpanasan di luar sebab basuh periuk di luar rumah lepas kenduri. Lepas tu berpeluh panas buat kerja. Bertambah-tambah dia punya pakej. 
Saya pun duk lenjan lah buat itu ini sebab mas tu tak nampak lagi dia punya kesan alahan kulit tu. Balik rumah baru dia muncul merah-merah, gatal, pedih dan bengkak.
Dalam gambar tak berapa sangat. In real, ya ampuunnn..berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Dugaan apakah ini? Sebelum ni pernah jadi alahan juga tapi tak berapa teruk. Sekadar gatal dan merah sikit je kalau panas. Kali ni teruk ya amat.
Pantang berpeluh dan panas sikit. Mesti naik dia punya gatal-gatal tu. Bukan peluh dan panas je. Habuk tak boleh, haba tak boleh, asap tak boleh. Banyak betul pantangnya.
Pasal makanan tak ada pula alahan dia. Tapi pernah jugalah sebelum ni kalau makan ayam, jadi gatal. Itu pun kejap je lah. Mungkin jadi bila makan ayam yang tak fresh.
Bila makan ayam dah okay, alahan dia berpindah alam. Disebabkan tak tahan dengan alahan tu, nak tak nak kena juga pergi klinik. Sampai bila nak menanggungnya pula kan.
Mendapatlah kena cucuk sedas. Selain tu dapat ubat radang, ubat tahan sakit dan gatal. Alhamdulillah habis je ubat, sakit pun hilang. Mujur pergi klinik juga. Tak sanggup haih nak berperang menahan sakit dan gatal. Pedih pula tu!
Pertama kali dapat alahan yang tragis sebegini. Ini dah kira tragis pada saya. Nampaknya lama lagilah kita nak meneruskan kembali aktiviti hiking ni. Lama kena berpantang. Kena buat aktiviti indoor je lah. Sesekali jadi puteri lilin.
Doktor pesan pakai moisturiser yang tak ada bahan seperti niacinamide. Lepas ke klinik terus ke pharmacy Alpro cari moisturiser aloe vera. Pharmarcist recommend pakai moisturising aloe vera gel Derma health's Skinlabs.
Setakat ni saya pakai, serasi dengan kulit. Alhamdulillah. Barang makeup memang tak pakai dah. No more foundation dan sebagainya. Saya hanya pakai skincare je sekarang. Risau salah pakai produk yang bahan-bahan tak serasi dengan kulit.
Sebelum ni pakai je produk moisturiser aloe vera yang ada niacinamide, okay je. Dah beberapa tube guna. Sekali tiba-tiba datang alahan, terus tak serasi. Kenapa entah tiba-tiba. Banyak faktor yang mempengaruhi alahan kulit ni. 
Sekarang dah tak seteruk itu. Sesekali kalau peluh dan panas tu terjadi juga gatal dan merah. Tapi tak teruk lah. Kejap je. Kadang nak keluar pun fikir banyak kali. Nak keluar beli barang pun keluar malam je lah. Betul-betul puteri lilin.
Ini juga salah satu faktor saya jarang update blog yang pernah saya ceritakan pada awal bulan Mac hari tu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/04/alahan-kulit-yang-tragis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Pencuci Wanita Terbaik Bebas Alkohol Untuk Kulit Sensitif

15 Pencuci Wanita Terbaik Bebas Alkohol Untuk Kulit Sensitif

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 124 hits
Apakah pencuci wanita terbaik dan sesuai digunakan untuk khusus untuk bahagian intim dan sensitif wanita Dalam artikel ini kami akan kongsikan 15 pilihan pencuci wanita terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan Baca juga Dr Ann Fem...
10 Supplement Untuk Kulit Cerah Cantik Menawan

10 Supplement Untuk Kulit Cerah Cantik Menawan

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 105 hits
Apakah jenis produk supplement untuk kulit yang sesuai untuk anda makan dan amalkan setiap hari Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan 10 pilihan supplement untuk kulit yang terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan Baca juga S...
Kulit Tiba Tiba Jadi Gelap Waktu Hamil Dari Cantik Glowing Bakal Ibu Terus Down

Kulit Tiba Tiba Jadi Gelap Waktu Hamil Dari Cantik Glowing Bakal Ibu Terus Down

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 105 hits
Kalau dulu kulit cukup cerah putih mulus dan gebu tapi penangan bayi dalam perut wajah yang tiba tiba cantik bertukar jadi sebaliknya Siapa yang tak down dan murung waktu hamil Namun apa sebabnya kulit bertukar jadi gelap Apa sebenarnya yan...
Ubat Psoriasis Untuk Kepala Dan Kulit Yang Boleh Didapati Di Farmasi

Ubat Psoriasis Untuk Kepala Dan Kulit Yang Boleh Didapati Di Farmasi

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 136 hits
Hanya pesakit yang tahu betapa tidak selesanya kulit yang dilanda psoriasis Mana tidaknya ia menyebabkan kegatalan kulit bersisik sehingga kemerahan Walaupun penyakit ini tidak boleh sembuh namun ia tidak boleh berjangkit Ia juga boleh dika...
Lepas Kupas Simpan Kulit Bawang Merah Untuk Suburkan Tanaman

Lepas Kupas Simpan Kulit Bawang Merah Untuk Suburkan Tanaman

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 146 hits
Assalamualaikum Sebenarnya selain baja tanaman yang di jual di kedai kedai atau di nursery ada je baja yang kita boleh buat sendiri menggunakan bahan bahan semulajadi cara di bawah ni dah biasa PZ gunakan untuk baja pokok cili PZ tau dari P...
300 000 Hit By Unscheduled Water Cut In Jb

Welded Fittings The Leak Free Pipe Connections By Unitrade

Hampir 3 000 Kura Kura Berjaya Diseludup Dari Klia Pelik Macamana Pihak Berkuasa Malaysia Bekerja

Surat An Nisa Ayat 6 Arti Perkata Dan Tafsir

Perbedaan Karakteristik Pengguna Media Sosial Instagram Tiktok Twitter Dan Facebook

Bahagia Dengan Doa Bukan Kata Nista Jaga Lidah Jaga Hati

Bagaimana Pencipta Kandungan Kekal On Trend Tanpa Berbelanja Besar

Many Malaysian Graduates Are Earning Just Enough To Survive Says Report


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Untunglah Ada En Tunang

Kepakaran Abdul Kadir Mampu Mantapkan Pengurusan Air Negara Berita Harian 22 05 2025

Drama Si Bakhil Dengan Bunganya

Makanan Sedap Di Picnic House By Nak Cikit

Rahsia Bancuhan Sirap Tradisional Rasa Asli Dari Dapur Mak Su

Ree Dicuri Depan Mata Nres Masih Membisu Siapa Lindungi Penjenayah Alam Ini