Al Quran Sangat Melarang Merampas Suami Atau Isteri Orang


Dosa runtuhkan rumahtangga orang ni bukan kecik, kalau anda rasa masih selamat di dunia nantikanlah kelak anda dihantam malaikat zabaniyyah dalam neraka panas… Allahu
Berdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian.
Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama seperti merampas hak milik orang lain yang akan mengakibatkan persengketaan.
Memang tiada istilah karma di dalam agama Islam namun, sebagai seorang muslim, kita haruslah percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik dan setiap perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpalnya.
Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.
Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.
Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.
“Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina.
“Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalam sebuah hadis :
ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها
“Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”
(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)
Wan Akashah berkata, berdasarkan pengalaman, punca utama kepada permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga biasanya disebabkan lelaki yang menjerumuskan diri mereka dalam hubungan terlarang seperti itu.
Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.
“Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.
“Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,” katanya.
Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk.
“Banyak kes membabitkan orang ketiga ini berlaku dan haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak.
“Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran.
“Untuk melepasi ujian yang mencabar hingga boleh menjejaskan nama baik, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan kecuaian dalam hal penting itu menjadi punca berlaku perkara tidak diingini,” katanya.
Paling penting, katanya, pasangan yang berhadapan dengan masalah orang ketiga perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya.
Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-Karim.Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz ( Gelaran bagi seorang Raja di Mesir ) yang mencintai Nabi Allah Yusof alaihissalam.( Surah Yusof ayat 23 – 35 )
Ketahuilah , sesungguhnya perbuatan mencintai isteri / suami orang lain adalah perbuatan keji yang datangnya dari godaan syaitan lantaran menuruti kehendak dan tuntutan nafsu syahwat yang tidak dibendung dengan iman dan taqwa kepada Allah swt.Rasulullah saw berpesan kepada umatnya agar sentiasa melawan hawa nafsu yang boleh menjerumuskan manusia kelembah dosa dan kehinaan sebagaimana sabdanya :
المهاجر من هجر ما نهى الله عنه والمجاهد من جاهد هـــواه
“Orang yang berhijrah ialah hijrah dari hal-hal yang dilarang oleh Allah swt dan orang yang berjuang itu ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”
“Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan sekalipun kerana jika niat baik, ia tetap menimbulkan fitnah. Kena tutup buku dan jangan buka ruang langsung kepada orang ketiga ini,” katanya.
Penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, pula berkata Islam sudah menetapkan peraturan berhubung pergaulan antara lelaki dan wanita.
“Kita perlu tahu tanggungjawab dan pandai mengawal diri kerana jika dalam hati ada perasaan terhadap orang lain, ia sangat berbahaya.
“Bagi pasangan yang diganggu orang ketiga, mereka perlu berbincang untuk mengatasi masalah itu bagi mengelak perceraian dan untuk orang ketiga pula, dinasihatkan supaya tidak membina rumah tangga atas kehancuran hati wanita lain.
“Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama yang rela berkorban untuk menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah,” katanya.
Hakikatnya, impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mahu bahtera yang dilayari itu kekal sehingga ke akhir hayat, tetapi ada di antaranya yang rebah di pertengahan jalan. Cabaran kehidupan berumahtangga diumpamakan seperti membina rumah di tepian pantai, yang akan dipukul gelora tanpa mengira masa dan hanya mereka yang kental saja mampu mendepani cabaran itu.
“Dalam Islam, memang tidak ada istilah karma tetapi tindakan seperti ini pastinya akan mey dengan doktrin sebab akibat, pelaku kejahatan akan mendapat siksa atas dosanya yang berbuat baik akan mendapat pahala,” ujar pengamat Hukum Islam di Banjarmasin, Hj Mariani MHI, kepada BPost Online.
The post (Mesti Baca) Al-Quran Sangat Melarang Merampas Suami Atau Isteri Orang appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/11/20/mesti-baca-al-quran-sangat-melarang-merampas-suami-atau-isteri-orang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wahai Suami Ciumlah Kening Isteri Anda Sebelum Pergi Kerja Anda Pasti Terkejut Dengan Kesannya

Wahai Suami Ciumlah Kening Isteri Anda Sebelum Pergi Kerja Anda Pasti Terkejut Dengan Kesannya

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 354 hits
Sebelum berangkat bekerja dipagi hari biasakanlah cium anak dan isteri Anda Dengan begitu ada kebahagiaan yang mereka dapatkan dari ayah tercinta Cium kening mereka satu persatu dan ciumlah pipi kanan dan kiri mereka dengan penuh kelembutan...
Nak Hubungan Intim Suami Isteri Makin Bahagia Cara Ini Kena Praktik

Nak Hubungan Intim Suami Isteri Makin Bahagia Cara Ini Kena Praktik

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 693 hits
Dalam membangun rumah menuju kebahagiaan suami dan istri memainkan peran penting dalam membangun keharmonisan dan kasih sayang yang konstan Dengan itu semua orang harus ditentukan untuk menjadi pasangan terbaik dan bahagia Berikut adalah be...
Sihir Pemisah Suami Isteri Jadi Benci Dikunci Nafsu Hampir Bercerai

Sihir Pemisah Suami Isteri Jadi Benci Dikunci Nafsu Hampir Bercerai

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 637 hits
Sihir pemisah atau dipanggil sihir pelalau penghalang jodoh adalah satu jenis sihir yang dibuat untuk memisahkan hubungan pasangan kekasih suami isteri atau pun ahli keluarga sehingga wujudnya kebencian serta permusuhan dan berlakunya perba...
Pegang Handbag Pasangan Sweet Atau Nampak Macam Takut Isteri

Pegang Handbag Pasangan Sweet Atau Nampak Macam Takut Isteri

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 638 hits
Pegang Handbag Pasangan Sweet Atau Nampak Macam Takut Isteri Pernah tak anda melihat situasi ini ketika berjalan di pusat membeli belah pada hujung minggu ternampak seorang lelaki sedang menggalas beg tangan pasangannya sama ada isteri atau...
Luahan Isteri Ke 2 Bil Elektrik Air Tertunggak Tetapi Suami Rindukan J Bo Mudo

Luahan Isteri Ke 2 Bil Elektrik Air Tertunggak Tetapi Suami Rindukan J Bo Mudo

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 680 hits
Isnin lalu media tempatan menyiarkan luahan seorang peraih getah yang rindukan isteri ketiganya berusia 11 tahun yang kini berada di bawah jagaan Kementerian Sosial Thailand Terdahulu isu perkahwinan lelaki berusia 42 tahun ini bersama deng...
Isteri Tak Ada Masalah Untuk Mengandung Lagi Tapi Luahan Suami Yang Sayangkan Isterinya Hebat

Isteri Tak Ada Masalah Untuk Mengandung Lagi Tapi Luahan Suami Yang Sayangkan Isterinya Hebat

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 522 hits
Siapa yang tak nak anak ramai kan Lagi lagi bila usia masih lagi muda dan berkemampuan untuk menambah zuriat Seronok memang seronok tapi bila memikirkan kesihatan si isteri apatah lagi yang beranak kerap suami perlu buka mata Luahan hati su...
Bila Berjauhan Perasaan Rindu Membuak Bila Pulang Suami Nampak Muka Isteri Macam Anjing

Bila Berjauhan Perasaan Rindu Membuak Bila Pulang Suami Nampak Muka Isteri Macam Anjing

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 813 hits
Bila berjauhan perasaan rindu membuak bila pulang suami nampak muka isteri macam anjing Apabila hati manusia telah hitam pelbagai perkara jahil yang dilakukan sehingga melampaui akal fikiran Sikap cemburu yang telah bersarang di dalam hati ...
Pasangan Kejam Isteri Bunuh Bayi Baru Dilahirkan Pass Dekat Suami Pergi Tanam Dekat Kebun

Pasangan Kejam Isteri Bunuh Bayi Baru Dilahirkan Pass Dekat Suami Pergi Tanam Dekat Kebun

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 727 hits
Apa salah si kecil sampai tergamak ibu perlakukan dia macam tu Satu pasangan suami isteri dari Desa Sukaluyu Karawang ditahan selepas perbuatan mereka membunuh dan menanam bayi lelaki baru dilahirkan kantoi lapor Tribun Sumber Facebook Bayi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa