Al Ikhsan Sports Lancar Jenama Messi Koleksi Pakaian Kanak Kanak Remaja


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan? Alhamdulillah, baru-baru ini aku berpeluang menonton satu acara perasmian yang dianjurkan oleh Al-Ikhsan Sports bertempat di Football Republic, Sunway Pyramid. Nak tahu lebih lanjut mengenai acara apa dan sebagainya anda boleh baca selanjutnya sehingga ke penghujung artikel ini ya

AL-IKHSAN SPORTS LANCAR JENAMA “MESSI”
Al-Ikhsan Sports telah diberikan hak jualan eksklusif untuk pakaian fesyen kanak-kanak berlesen Messi (Bukan Sukan) di Malaysia bermula dari Januari 2023 untuk tempoh tiga tahun. Majlis pelancaran telah diadakan dengan meriah di Football Republic, Sunway Pyramid dan antara yang hadir pada acara tersebut termasuklah Menteri Belia dan Sukan, Puan Hannah Yeoh, Yang Mulia Tengku Shakirinal Shah bin Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah Alhaj, En Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Ikhsan Sports dan juga Encik Jan Van Den Berg, Ketua Pegawai Eksekutif, Vingino Netherlands


Untuk maklumat, Al-Ikhsan Sports mempunyai hak eksklusif untuk menjual koleksi pakaian fesyen kanak-kanak berjenama Messi termasuk kemeja-T, baju polo, seluar pendek, pakaian dalam, ‘hoodie’, dan seluar trek di Semenanjung Malaysia. Koleksi pakaian ini khususnya adalah untuk kanak-kanak berumur dari dua tahun hingga remaja. Koleksi ini boleh didapati di 30 cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports, Football Republic dan melalui laman web www.al-ikhsan.com mulai 6 Januari 2023. 

Dalam meraikan momen yang bersejarah ini, En Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Ikhsan Sports berkata, 
“Peluang untuk berganding dengan The MESSI Brand ini merupakan satu penghormatan. Semangat dan kesungguhan Messi sama ada di dalam padang atau di luar padang telah menjadi simbol bagaimana seseorang itu boleh bangkit dari kehidupan yang biasa kemudian muncul sebagai seorang pemain bola yang terulung dengan permainan yang cukup konsisten di peringkat antrabangsa. Al-Ikhsan Sports berharap produk ini akan menjadikan anak-anak lebih terinspirasi dengan ciri-ciri yang ada pada Lionel Messi seperti usaha keras, kejujuran dan nilai integriti yang tinggi”. 
Al-Ikhsan Sports juga mempraktikan nilai kejujuran, integriti serta usaha keras. Oleh itu gandingan ini adalah sangat sesuai. Selaras dengan tujuan utama Al-Ikhsan Sports untuk menjadikan sukan mampu milik untuk semua, Al-Ikhsan Sports berhasrat untuk menjual keseluruhan koleksi ini bermula daripada hanya RM59 untuk baju-T leher bulat sehingga RM219 untuk ‘hoodie’ dan jaket. Hasrat Al-Ikhsan Sports adalah untuk memperbanyakkan kuantiti koleksi ini ke lebih banyak kedai dalam tempoh enam hingga lapan bulan akan datang agar kesemua 20 juta peminat bola sepak di seluruh Malaysia boleh mendapatkannya, tambah En Vach Pilluta


Encik Jan Van Den Berg, Ketua Pegawai Eksekutif, Vingino Netherlands memiliki hak global untuk pakaian fesyen kanak-kanak berlesen Messi turut hadir pada hari pelancaran dan berkata 
“Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Al-Ikhsan Sports, peruncit sukan pelbagai jenama #1 di Malaysia. Al-Ikhsan Sports mempunyai bola sepak dalam DNA mereka dan saya yakin bahawa tiada peruncit sukan lain yang mampu bawa jenama MESSI ini dengan lebih baik. Kami mengharapkan kerjasama dan hubungan yang berkekalan dengan Al-Ikhsan Sports”

Al-Ikhsan Sports adalah peruncit sukan pelbagai jenama #1 di Malaysia, peruncit bola sepak #1 di Asia Tenggara dan antara 10 peruncit Bola Sepak terbaik di seluruh dunia. Al-Ikhsan Sports mempunyai lebih daripada 175 kedai dikendalikan di seluruh Semenanjung Malaysia dan juga mempunyai Platform E-dagang sendiri iaitu www.al-ikhsan.com

Ikuti Al-Ikhsan Sports di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan LinkedIn untuk maklumat lanjut


Mengenai Al-Ikhsan Sports (Al-Ikhsan):Al-Ikhsan Sports (Al-Ikhsan) telah ditubuhkan pada tahun 1993 dengan sebuah kedai tunggal berkeluasan 150 kaki persegi di Holiday Plaza, Johor Bahru oleh Tuan Haji Ali Hassan dan telah berkembang dengan  kini mempunyai 175 kedai fizikal dan online di seluruh Semenanjung Malaysia

Al-Ikhsan berobjektif untuk memberikan alternatif yang mampu milik kepada rakyat Malaysia menjalani gaya hidup yang sihat serta memberi pilihan yang luas kepada peminat sukan bola sepak tempatan

Pada 2016, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas)  telah melaburkan sebanyak 35% saham dalam Al-Ikhsan Sports dan sejak itu, momentum Al-Ikhsan semakin kukuh dari segi penjenamaan serta mencatatkan perkembangan yang lebih kukuh. 
Al-Ikhsan turut diberikan pelbagai pengiktirafan dari luar dan dalam negara berikutan pencapaian yang memberangsangkan

SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/01/al-ikhsan-sports-lancar-jenama-messi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diejek Sebab Anggap Charles Amp Keith Sebagai Jenama Mewah Pengasasnya Jemput Remaja Berkenaan Untuk Lunch Bersama

Diejek Sebab Anggap Charles Amp Keith Sebagai Jenama Mewah Pengasasnya Jemput Remaja Berkenaan Untuk Lunch Bersama

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 215 hits
Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di Singapura yang baru baru ini diaibkan oleh segelintir individu di TikTok hanya kerana menganggap jenama Charles amp Keith sebagai jenama mewah telah dijemput untuk bertemu dengan pengasas jenama ...
Jenazah Kanak Kanak Lelaki Dipercayai Mangsa Dera Selamat Dikebumikan

Jenazah Kanak Kanak Lelaki Dipercayai Mangsa Dera Selamat Dikebumikan

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 129 hits
SEGAMAT Jenazah kanak kanak lelaki yang dipercayai menjadi mangsa dera di Senggarang Batu Pahat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Gatom di sini hari ini pada kira kira 5 30 petang Terdahulu jasad kanak kanak malan...
Ibu Kanak Kanak Maut Didera Terduduk Nangis Lihat Jenazah

Ibu Kanak Kanak Maut Didera Terduduk Nangis Lihat Jenazah

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 192 hits
JOHOR BAHRU Ibu kepada kanak kanak lelaki empat tahun yang meninggal dunia kerana dipercayai didera dilihat terduduk dan menangis ketika melihat jenazah anaknya itu buat kali terakhir Wanita itu yang sedang menjalani hukuman di Penjara Simp...
Tgv Dengan Kerjasama Mattel Membuka Pawagam Pertama Mesra Kanak Kanak

Tgv Dengan Kerjasama Mattel Membuka Pawagam Pertama Mesra Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 126 hits
TGV Cinames telah mengumumkan perkongsian mereka dengan Mattel Continental Asia untuk membuka pawagam bertemakan kanak kanak yang pertama TGV Junior yang dikuasakan oleh Hot Wheels Ini adalah perkongsian pertama seumpamanya di Malaysia untu...
Memang Power Lah Gelagat Kanak Kanak Menari Tarian Black Pink Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Teruja

Memang Power Lah Gelagat Kanak Kanak Menari Tarian Black Pink Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Teruja

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 214 hits
Seperti yang kita tahu kanak kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam Namun tela...
Cerita Remaja Dibully Usai Sebut Tas Charles Keith Sebagai Produk Mewah Berujung Banjir Dukungan

Cerita Remaja Dibully Usai Sebut Tas Charles Keith Sebagai Produk Mewah Berujung Banjir Dukungan

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 311 hits
Bahkan baru baru ini Zoe Gabriel dan sang ayah mendapat undangan jamuan makan siang dari founder dan para petinggi Charles Keith di kantor pusatnya
Sampai Terg0lek Bdk Tu Kau Kerjakan Meow Tular Video Seekor Kucing Ganggu Kanak Kanak Ketika Solat Cvri Perhatian Ramai

Sampai Terg0lek Bdk Tu Kau Kerjakan Meow Tular Video Seekor Kucing Ganggu Kanak Kanak Ketika Solat Cvri Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 151 hits
Seperti yang kita semua ketahui bahawa kucing adalah m4khluk kesayangan manusia tambah lagi pencinta kucing yang sememangnya sayangkan kucing dan menjaga kucing seperti keluarga sendiri Setiap rumah biasanya mempunyai seekor kucing yang dip...
Bantuan Kanak Kanak Jkm Rm200 Sehingga Rm1000

Bantuan Kanak Kanak Jkm Rm200 Sehingga Rm1000

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 72 hits
Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM1000 Sebagaimana tahun tahun sebelum ini kerajaan sedia ada pasti akan menyediakan bantuan yang khusus untuk kanak kanak melalui program Bantuan Kanak Kanak Untuk makluman semua Bantuan Kanak Kanak i...
Kanak Kanak Terjatuh Lubang 35 Meter 25 Cm Lebar Ketika Cari Besi Buruk Raungan Pilu Meruntun Hati

Kanak Kanak Terjatuh Lubang 35 Meter 25 Cm Lebar Ketika Cari Besi Buruk Raungan Pilu Meruntun Hati

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 106 hits
TERJATUH ke dalam lubang sedalam 35 meter kanak kanak Vietnam bernama Thai Ly Hao Nam meruntun hati
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

Gulai Udang Nenas

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Lirik Luqman Faiz Bahagiamu Tujuanku

Lirik Lagu Sufian Suhaimi Semua Tentangmu

Semua Berfkir Tentang Rafah

Spring Harbor House By Johnsen Schmaling Architects In Madison Wisconsin

Pengukus Lubang Tepi

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan