

Nepal adalah sebuah negara yang giat membangun maju dengan kepadatan rakyat seramai 30 juta orang dengan bentuk muka bumi yang berbukit bukau membuatkan pengunjung terpukau dengan keindahan alam ini setiap kali tiba mengunjungi negara ini. Penduduk umat Islam di negara ini hampir 1.5 juta orang dan sesetengah mereka tinggal di bandar-bandar besar seperti Kathmandu, Biratnagar dan lain-lain. Misi korban Yayasan Isra' Malaysia ini juga misi silaturahim dan misi persaudaraan, umat islam di sini agak terpencil dengan hubungan luar dan Yayasan Isra' Malaysia juga bertemu dengan pelbagai pihak termasuk Persatuan Islam Nepal di Baratnagar dan mereka sangat menghargai program yang telah dilakukan menjadi hubungan dengan mereka. Pada hari pertama kami bergerak ke Nour Phor, Sunsari, Biratnagar yang bersempadan dengan Negara India.Kami disambut oleh Ustaz Mohamad Hasan dan sahabat-sahabat di sini yang menanti kami di Airport Biratnagar dengan penuh senyumannya. Ustaz Mohamad Hassan yang telah mengunjungi saya sebelum ramadhan yang lalu di Sik, Kedah adalah seorang pimpinan umat Islam yang sangat gigih berkerja untuk masa depan umat Islam di sini. Beliau seorang murabbi dan mempunyai karektor yang tenang dan sabar dalam segala urusannya. Begitu juga dalam menguruskan delegasi kami di Nepal. Ustaz Mohamad Hasan merupakan Pengerusi Nepal Mosque Council/Pertubuhan Masjid-Masjid seluruh Nepal. Pada hari kedua kami bergerak ke Pokria 6, Korang, Jonkosi Estate 1 yang tidak jauh dari tempat hari pertama. Jumlah keseluruhan korban pada tahun ini adalah sebanyak 39 kerbau dan 7 ekor kambing yang disumbang oleh masyarakat Islam Malaysia melalui Yayasan Isra' Malaysia dan juga disumbang Chinese Muslim Volunteer Group. Kawasan yang dilaksanakan ibadah korban ini adalah kawasan yang didiami penduduk islam yang miskin dan mereka ini hanya makan daging pada hari raya korban. Pada hari-hari lain sebahagian besar mereka tidak mampu untuk membeli daging.Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami berkesempatan singgah melawat pusat pelancongan Pokhra State yang sangat terkenal dengan kawasan tanah tinggi yang indah dan tasiknya yang sangat luas.Rombongan ini disertai oleh Azatul Ridzuan Hasan, Mohd Rohaizan Ismail, Mohamad Fadhli Abu Hasan, Haji Ahmad Hilmi Haji Talib, Cikgu Ahmad Saad dan Mohd Fawwaz Ismail iaitu Ahli Jawatankuasa dan Sukarelawan Yayasan Isra')Salam dari Kathmandu, Nepal

|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |