Al Fatihah Buat Abah


Assalamualaikum…
Hmm…Agak lama tidak menulis di blog ini , kekakangan waktu bekerja hakiki dan menjaga anak juga salah satu faktor blog kesayangan ini hampir berhabuk . Ok la berbalik kepada tajuk pada hari ini , sememangnya masih lagi bersedih apabila Abah kesayangan pergi buat selamanya pada 18 Oktober 2022 pada pukul 12.15 tengah hari yang lepas setelah hampir seminggu aku , adik dan emak jaga di rumah sewktu beliau sakit . Aku pula ambil cuti panjang untuk balik ke Simpang Renggam temankan emak dan abah…Hmmm sedih juga masa abah sakit tu . Aku , Emak dan adik bergilir-gilir jaga abah siang dan malam . Sampaila satu masa tu abah macam dah sakit sangat dan terpaksa telefon ambulans untuk di bawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom di Kluang . Masa abah dibawa ambulans tu , aku ” follow ” dengan kereta dari belakang sampai la ke hospital terus ke Trauma dan Kecemasan . Lama juga aku dan adik menunggu dari pukul 9 malam hingga ke 5.30 pagi baru doktor panggil .

Al-Fatihah buat Abah Doktor pun bagi penerangan yang abah ditidurkan sebab oksigen kurang dan dijangkiti kuman . Hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan aku dan adik pada masa itu melihat abah di wad kritikal . Menitis juga air mata aku pada masa itu . Di dalam hati aku tidak habis – abis berdoa agar abah diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti biasa….Kemudian , aku dan adik pun balik ke rumah dan berehat secukupnya . Aku pula hanya dapat tidur sejam je dan terus bersiap untuk balik ke Melaka sebab rindu pada anak dan isteri setelah seminggu berada di Simpang Renggam . Keesokkannya pula pada hari Ahad aku kembali semula ke Simpang Renggam .
Pada keesokkannya , pada waktu tengah hari tu aku dah bersiap untuk tengok abah dan bawakan air mineral botol besar dan juga bubur untuk abah . Sedih tengok keadaan abah masa tu…aku sempat kejutkan abah dan cium tangan abah untuk balik setelah habis waktu melawat kemudian bersiap pula untuk balik ke Melaka untuk kembali bekerja . Berat tu memang berat la bak kembali semula ke Melaka .
Bila waktu kerja pula , memang hilang terus aku punya fokus sebab fikirkan abah je…kemudian rehat dan makan ..siap je makan ..tetiba dapat whatsapp dari adik yang mengataka abah dah nazak…Ya Allah….Aku terus beritahu leader untuk balik ke Simang Renggam …Sampai di rumah mertua isteri pada masa tu pun kebetulna tengah rehat juga , terus bersiap bertolak ke Simpang Renggam . Dalam perjalanan , adik telefon beritahu abah dah meninggal dunia…Sedih dan terus menangis aku semasa bawa kereta isteri menuju ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom di Kluang . Masa bawa kereta pun laju dan tak laju dalam satu jam lebih baru sampai di hospital dan kemudian terus ke Sinpang Renggam sebab jenazah abah dah siap dimandikan dan dikafankan terus di bawa ke surau berhampiran dengan rumah di Simpang Renggam . Hmm..pada masa ni memang sedih sangat-sangat bila lihat tubuh abah kaku je ….Kemudian semua penduduk taman perumahan , aku dan adik menunaikan sembahyang jenazah untuk abah dan terus di bawa ke kubur .
Alhamdulillah..aku dan adik dapat turunkan abah di liang lahad dan tolong kebumikan abah….Masa ni memang tahan je perasaan sedih tu tetapi menitik juga air mata…Sebab lepas ni dah tak dapat dengar abah bebel dan marah aku , rindu dengan gelak ketawa abah ….
Kepada semua pembaca blog ini dan juga rakan-rakan blogger mohon sedekahkan Al-fatihah buat abah ye…Semoga arwah abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh…
Al-Fatihah buat Abah …Wan Yusof Bin Wan Othman….
The post Al-Fatihah Buat Abah appeared first on wanzawawi[dot]net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wanzawawi.net/2022/11/al-fatihah-buat-abah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Hari Hari Abah Call Rindu Tiada Penghujung Luahan Lelaki Ini Und4ng Seb4k

Dulu Hari Hari Abah Call Rindu Tiada Penghujung Luahan Lelaki Ini Und4ng Seb4k

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 340 hits
Jika kasih sayang ibu hingga ke syurga kasih sayang ayah pula setiap masa Bagi yang masih mempunyai ibu ayah harus sentiasa menghargai sementara mereka masih ada di dunia Apabila di jemput Ilahi tiada lagi peluk nasihat dan kata kata prihat...
Mama Abah Barr Dariya Khidir And Abu Bakr Love You Sari Yanti Titip Ucapan Hari Lahir Buat Anak Tercinta

Mama Abah Barr Dariya Khidir And Abu Bakr Love You Sari Yanti Titip Ucapan Hari Lahir Buat Anak Tercinta

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 384 hits
Pelakon Sari Yanti meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi ucapan manis bersempena ulang tahun kelahiran anak tercinta iaitu Baasit Al Haq Menerusi laman sosial Instagram Sari atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari memuat naik ...
Family Day Teratak Mak Abah Part 1 The Accommodation

Family Day Teratak Mak Abah Part 1 The Accommodation

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 296 hits
Assalamualaikum Hi korang First entry hari ni hari ni sampai Khamis SA super duper busy so SA draft entry ni tadi pagi masa dalam bas mata x leh nak tido sangat sebab petang semalam dah tido lama penangan penat jumpa doctor dan stress denga...
Cara Dan Kelebihan Sedekah Al Fatihah Untuk Diri Sendiri

Cara Dan Kelebihan Sedekah Al Fatihah Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 284 hits
Surah Al Fatihah adalah pembukaan surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al Muddathir Dinamakan Al Fatihah kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al Quran Surah Al Fatihah merupakan surah pertama yang dituru...
Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Let Gang Rape Suspects Take Spm After Trial Says Maria

Wan Saiful Saya Terima Surat Pemecatan Malam Tadi Surat Tidak Disertakan Alasan Terperinci Punca Dipecat

Ref Gio Rural Lucas Fernandes Arquitetos Itajobi S O Paulo Brazil

The Invisible Battle When Emotional Abuse Hides In Plain Sight

Maggie Goreng Eh Bukan Maggie

Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

Rh Hotel Di Sibu Sarawak Gambar Menjadi Kenangan Indah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Padah Kita Terima Melahirkan Generasi Manja

Amirsya Mang Pulai Ke Iya Chord

Sakit Perut Cirit Birit Bila Usus Cuba Bersuara

12 Cara Mengatasi Hubungan Toxic Yang Benar Benar Efektif Buat Hidup Lebih Damai

Makan Malam Di Restoran Zaituna

Airports Refuse To Show Video Of Kristi Noem Blaming Democrats For Shutdown