Akui Kesalahan Jangan Sombong Dengan Dosa Dilakukan


 Umat Islam digalakkan meminta keampunan daripada Allah SWT sepanjang masa. Manusia tidak pernah lari daripada melakukan sebarang kesalahan tanpa mengira waktu.
 

Terdapat pelbagai cara Allah SWT memberikan pengampunan kepada umat Islam iaitu yang pertama adalah dengan cara meminta sendiri keampunan. Umat Islam perlu mengakui kesilapan yang dilakukan dan sentiasa berusaha meminta keampunan daripada Allah SWT.
 

Allah SWT bagi pengampunan pada kita dengan jalan kita minta. Jadi kita diminta akui kesalahan, jangan sombong dengan kesalahan.
 

Orang boleh jadi jahat dan nakal kerana wujudnya sikap sombong. Syaitan menjadi jahat akibat sikap sombong dan takbur. Sikap takbur boleh menjadikan manusia jahat tanpa syaitan.
 

Orang kalau ada sifat takbur, dia boleh jadi jahat sendiri tanpa syaitan. Dia ada ilmu, dia salahkan orang itu dan orang ini. Dia sahaja betul dan dengan diri sendiri juga boleh berdosa kerana mengata, memperlekehkan dan merendahkan orang.
 

Sebab itu Allah SWT suruh kita bertaubat, orang takbur susah nak minta maaf pada manusia pada Allah SWT dan sebagai contoh kita rasa kita betul pada isteri padahal, kita sakitkan hati dia, buat macam-macam mengguris hati dia.
 

Cara kedua Allah memberi pengampunan adalah dengan melakukan amalan yang mendapat pahala jika dibuat dan pada masa sama mendapat pengampunan. Amalan berkenaan termasuk bersedekah, memberi ilmu, mengekalkan wuduk dan berpuasa pada Ramadan.
 

Kadang-kadang sampai satu tahap kita ghairah membuat amalan sehingga terlupa bertaubat. Sebab itu ada amalan yang apabila dibuat, dapat pahala dan pada masa sama mendapat pengampunan Allah.
 

Selain itu, apabila ditimpa musibah sehingga menyempitkan hati, ia juga antara cara untuk Allah memberi pengampunan kepada umatnya.
 

Apa yang membezakan musibah itu terhadap setiap manusia adalah bentuknya dan manusia tidak boleh sama sekali membezakan musibah dialami dengan orang lain kerana ia akan menyebabkan sukar mendapat kebahagiaan.
 

Musibah ada dalam pelbagai bentuk seperti diberi ujian tidak sihat, difitnah, kehilangan barangan, tidak baik dengan seseorang dan macam-macam lagi.
 

Dalam hadis Nabi ada menyebut untuk orang beriman datang musibah pada dia sebagai penghapus dosa, sekali pun duri tercucuk pada kaki pun ada penghapusan dosa.
 

Cara lain Allah mengampunkan dosa adalah dengan kurniaan langsung kerana Allah Maha Pemberi. Ia termasuk ketika jenazah diiringi ke kubur dan ketika penimbangan amalan kelak, yang mana pengampunan diberi secara langsung.
 

Pada zaman sekarang sesiapa sahaja sukar untuk menjadi baik, namun Allah sentiasa tahu usaha untuk kita menjadi baik.
 

Oleh itu, di dalam hati perlu ada cita-cita hendak jadi baik kerana Allah akan bagi secara langsung.
 

Usaha lain Allah memberikan pengampunan kepada umatnya adalah dengan doa daripada orang lain kepada kita antaranya adalah anak soleh yang mendoakan serta yang terakhir dengan syafaat Nabi.
 

Kita perlu belajar memaafkan orang supaya setiap amalan yang dilakukan memudahkan dihisab nanti. Ini kerana dibimbangi sifat tidak memaafkan orang lain menyebabkan seseorang itu tidak dapat masuk ke syurga.
 

Semua orang ada sifat marah tetapi apabila letak marah pada bukan tempat yang betul, ia menjadi zalim. Sifat marah adalah sifat iblis.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hwaliman.blogspot.com/2023/01/noo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Jengka Dakwa Tuanku Kata Jangan Berpolitik Kepartian Dalam Masjid Surau

Adun Jengka Dakwa Tuanku Kata Jangan Berpolitik Kepartian Dalam Masjid Surau

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 371 hits
MARAN Tuanku Sultan kata jangan berpolitik kepartian di dalam masjid surau Bukan halang wakil rakyat nak sampaikan kuliah Tafsir kuliah hadis kuliah aqidah ahli sunnah wal jamaah kuliah tasawuf dan lain lain lagi yang berkait dengan agama I...
Tiada Kaitan Jual Menara Kl Zuraida Perlu Berundur Jangan Sekat Pendak

Tiada Kaitan Jual Menara Kl Zuraida Perlu Berundur Jangan Sekat Pendak

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 278 hits
1 Keputusan jual Menara KL tiada kaitan dengan kementerian Annuar Musa 2 Berundur dari politik Sng beritahu Zuraida 3 Beri ruang peluang pada Anwar tadbir negara Adly 4 Perpaduan tak ikut petunjuk Allah adalah haram Hadi 5 Itu hak mereka ja...
Hidung Berdarah Jangan Biar Anak Dongak Kepala Doktor Ini Kongsi Tip Yang Betul

Hidung Berdarah Jangan Biar Anak Dongak Kepala Doktor Ini Kongsi Tip Yang Betul

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 315 hits
Ketika dalam keadaan kecemasan kita cenderung untuk mengambil tindakan pantas untuk menghalang perkara itu berterusan Dalam sesetengah kes mungkin elok tetapi ada juga tindakan reflek begitu yang boleh mendatangkan kemudaratan Seperti yang ...
Jerawat Batu Jangan Risau Renora Clinic Dapat Bantu Selesaikan Masalah Jerawat Batu Dengan Berkesan

Jerawat Batu Jangan Risau Renora Clinic Dapat Bantu Selesaikan Masalah Jerawat Batu Dengan Berkesan

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 325 hits
Jerawat Batu Jangan Risau Renora Clinic Dapat Bantu Selesaikan Masalah Jerawat Batu Dengan Berkesan Ada tak yang tengah stress di sebabkan jerawat Haaa kali ni aku nak share dengan korang punca dan penyelesaian masalah jerawat yang korang a...
Sekat Pendakwah Tak Tahu Fakta Jangan Nak Auta Muhyiddin

Sekat Pendakwah Tak Tahu Fakta Jangan Nak Auta Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 324 hits
Muhyiddin meminta supaya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap ahli jawatankuasa masjid yang berlainan fahaman politik Ini kerana pemilihan pengurusan masjid yang dibuat secara demokratik oleh ahli ahli kariah tidak harus dipolit...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram