Akuan Azilah Boleh Jelaskan Motif Pi Bala Larikan Diri



Tidak susah untuk menentukan akuan berkanun (SD) bekas komando polis Azilah Hadri yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibuu, benar atau tidak.
Pada peringkat yang paling mudah, SD itu boleh membantu menjelaskan kenapa penyiasat persendirian P Balasubramaniam dan keluarganya terpaksa melarikan diri ke India pada 2008, kata peguam Americk Sidhu.
Azilah dalam SD bertarikh 17 Oktober lalu menamakan bekas perdana menteri Najib Razak sebagai dalang di sebalik pembunuhan jurubahasa Mongolia itu pada 2006. Najib ketika itu merupakan timbalan perdana menteri.
“(Akuan bersumpah ini) memberi manfaat kepada kita, ia memberikan motif yang jelas dan menjelaskan alasan di sebalik Najib yang ingin Bala senyap,” katanya dipetik The Malaysian Insight.
Beliau mewakili keluarga Bala dalam saman sivil terhadap Najib, isterinya Rosmah Mansor dan lain-lain.
Keluarga itu dua kali cuba menyaman Najib kerana menyebabkan trauma dan kerugian akibat terpaksa berpindah ke India dari 2008 hingga 2013.
Mendiang diupah oleh pembantu Najib, Abdul Razak Baginda untuk mengekori wanita Mongolia berkenaan sebelum wanita itu dilaporkan hilang.
Altantuya kemudian ditemui dibunuh, dan Azilah serta rakan subahatnya, Sirul Azhar Umar akhirnya disabitkan kesalahan membunuh wanita itu dalam kejadian antara malam 19 Oktober dan awal pagi 20 Oktober, 2006.
Razak didakwa turut terlibat dalam konspirasi pembunuhan tersebut tetapi kemudian dibebaskan.
Bala menjadi saksi utama dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya. Beliau juga membuat akuan berkanun bertarikh 1 Julai, 2008 di mana beliau mendakwa Najib dan Razak mempunyai hubungan rapat dengan Altantuya.
Beliau berkata Altantuya memberitahu Razak berkahwin dengannya di Korea dan membeli sebuah rumah untuknya. Wanita itu juga didakwa meminta wang dari Razak untuk membayar rawatan perubatan ibunya.
Bala juga turut menyatakan dalam akuannya bahawa Razak memberitahu bagaimana Najib memperkenalkan Altantuya kepadanya (Razak) di Singapura, dan Najib juga dikatakan melakukan hubungan seks dengan wanita tersebut.
Najib secara konsisten menafikan beliau pernah menemui Altantuya.
Bagaimanapun, Bala menarik balik akuan berkanun pertamanya dengan mendedahkan akuan berkanun kedua, kurang dari 24 jam selepas memberikan sidang akhbar bagi akuan sumpah pertama. Dalam akuan kedua, beliau membersihkan nama Najib dari mana-mana tuduhan yang dibuat.
Bala kemudian berpindah bersama keluarganya ke Chennai di mana dia bermastautin selama lima tahun selepas membuat akuan berkanun tersebut.
Apabila keluarganya pulang ke Malaysia pada awal 2013, Bala membuat satu lagi penarikan balik dakwaan dengan membuat satu sidang akhbar pada bulan Februari di mana dia bersumpah dengan sebuah kitab suci Hindu yang semua perkara dalam akuan berkanunnya yang pertama adalah benar.
Bala bagaimanapun meninggal dunia akibat serangan jantung pada Mac 2013, beberapa minggu selepas pulang ke Malaysia.
Pada 2014, balu kepada Bala, Santamil Selvi dan tiga anaknya memfailkan tuntutan terhadap sembilan defendan di atas kerugian dan trauma akibat terpaksa melarikan diri dari Malaysia. Dua daripada defendan ialah Najib dan Rosmah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/25822

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akuan Bersumpah Azilah

Akuan Bersumpah Azilah

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 349 hits
AKUAN BERSUMPAHSaya Azilah bin Hadri seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut Saya telah dibicarakan dan di...
Lagi Pemandu Myvi Larikan Diri Langgar Kenderaan Awam Dipercayai Terbabit Kes Samun Oku

Lagi Pemandu Myvi Larikan Diri Langgar Kenderaan Awam Dipercayai Terbabit Kes Samun Oku

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 1180 hits
AdvertisementAdvertisementViral di laman sosial sebuah rakaman video yang memaparkan satu aksi pemandu kereta jenis Myvi berwarna biru KEB7975 yang memandu secara memberhaya sehingga menyebabkan beberapa kenderaan orang yang lalu lalang did...
Berpuluh Formula Tipu Rakyat Sekarang Larikan Diri Jangan Jadi Seperti Rafizi Farhan

Berpuluh Formula Tipu Rakyat Sekarang Larikan Diri Jangan Jadi Seperti Rafizi Farhan

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 390 hits
Kepada semua anak muda janganlah mencontohi sikap Rafizi Ramli tegas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Farhan Khairuddin Katanya setiap individu perlu ada perasaan tanggungjawab ke atas segala apa yang telah lakukannya Hebat setelah berj...
Akuan Bersumpah Azilah Buka Cerita Tentang Pembunuhan Altantuya Namun Kesahihannya Diragui

Akuan Bersumpah Azilah Buka Cerita Tentang Pembunuhan Altantuya Namun Kesahihannya Diragui

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 737 hits
Sumber gambar dari GoogleFirst Ohmedia baca cerita ni bercampur baur rasanya macam baca novel penyiasatan Hampir 10 minit juga Ohmedia baca nak hadam satu persatu cerita atau akuan bersumpah dari seorang Unit Tindakan Khas SD Azilah Hadri m...
Antara Sumpah Laknat Ds Najib Dengan Akuan Bersumpah Azilah Yang Mana Kita Mesti Yakin Ingat Allah Swt Ada

Antara Sumpah Laknat Ds Najib Dengan Akuan Bersumpah Azilah Yang Mana Kita Mesti Yakin Ingat Allah Swt Ada

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 584 hits
Ini bukan kali pertama DS Najib buat sumpah laknat untuk menafikan pembabitan beliau dalam pembunuhan Altantuya Ini adalah kali ketiga DS Najib melakukan sumpah laknat atas isu yang sama Kali pertama pada tahun 2007 di Ijok Selangor ketika ...
Akuan Bersumpah Azilah Terdesak Atau Dipaksa Atau Memang Secara Sukarela

Akuan Bersumpah Azilah Terdesak Atau Dipaksa Atau Memang Secara Sukarela

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 561 hits
Kes pembunuhan Altantuya tiba tiba timbul balik Tiba tiba mahacai mahacai terlompat lompat bila dikatakan Azilah buat Akuan Bersumpah yang DS Najib beri arahan pada dia secara lisan untuk bunuh Altantuya Tak cukup dengan fitnah sebagai pero...
Altantuya Akuan Bersumpah Azilah Hadri

Altantuya Akuan Bersumpah Azilah Hadri

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 1373 hits
SAYA Azilah bin Hadri seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersal...
Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Filem Abah Saya Uncle Mike

Reka Bentuk Kotak Kreatif Untuk Hari Perayaan Panduan Praktikal

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife

Importance Of Good Manners In Life


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Wanita Maut Jatuh Tingkat 23 Kondominium

Imam Abu Hanifah Sisih Jawatan Demi Tolak Kezaliman

Adakah Blog Dan Domain Sendiri Masih Berbaloi Di Tahun 2025

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2024