Aku Sombong Abaikan Dia Hidup Anak Ini Tak Senang Kerana Derhaka Pada Ibu


Sesungguhnya untuk kita merasa kehidupan yang senang dan bahagia, restu seorang ibu itu sangat penting. Jagalah hati ibu selagi mana dia masih bernyawa, berilah dia kehidupan yang baik supaya hidup kita sentiasa diberkati.
Seperti mana yang diceritakan oleh lelaki ini, betapa dia menyesali perbuatannya yang mengabaikan ibunya semasa hayat dikandung badan.
Assalamualaikum semua. Semoga perkongsian aku ini menjadi pengajaran buat semua.
Aku mulakan kisah aku dengan sedikit latar belakang tentang aku. Aku seorang lelaki yang dibesarkan di Kuala Lumpur dalam satu keluarga yang agak miskin.
Ayah aku cuma seorang pemandu manakala emak aku adalah surirumah yang tidak berpendidikan. Walaupun kami miskin, ayah aku adalah seorang yang kuat agamanya.
Aku adalah seorang yang Allah juga kurniakan akal yang agak cerdik namun apabila melihat kepada kemiskinan keluarga aku, memang aku tiada plan untuk sambung belajar.
Seawal usia 12 tahun aku mula mengambil upah kerja-kerja di sekeliling aku, dan sesudah mengambil peperiksaan SRP aku mula meniaga kecil-kecilan dan aku berjaya.
Cuma ketika ini aku dah mula sosial. Perempuan dan minuman keras dan mula menjadi kebiasaan aku. Ketika usia aku 19 tahun, ayah aku pergi buat selama-lamanya. Ketika ini, apabila tidak orang kawal aku, aku makin liar dan bebas.
Pengakuan Lain: [“Bie Suami yang Sempurna.” Isteri Luah Rasa Rindu Suami ‘Pergi’ Selamanya Secara Mengejut]
Fasa seterusnya, emak aku suruh aku berkahwin. Masa nilah aku mula terdetik untuk ada keluarga sendiri. Akhirnya aku berjumpa dengan seorang wanita yang pada mata aku agak cantik, baik, sopan dan pendiam. Dia berasal dari kampung. Soal mencari isteri memang aku nak perempuan yang baik-baik.
Namun disinilah segalanya bermula. Isteri aku sangat manja dan tidak tahu menguruskan banyak benda. Melihat kepada keadaan itu, emak aku banyak tegur isteri aku. Aku tak dapat terima teguran itu. Aku jadi serabut. Aku selalu marah mak aku. Aku tengking mak aku.
Pernah sekali aku hampir pukul mak aku kerana tidak suka akan teguran-teguran yang dibuat. Ditambah pula, isteri aku sering mengadu perihal mak aku. Yelah aku adalah pasangan yang baru berumah tangga.
Untuk mengetahuan semua, aku tinggal asing. Namun aku selalu kerumah mak aku ketika itu.
Aku sering nampak mak aku menangis. Namun sakit hati dan panas baran aku lebih kuat ketika itu. Aku mula tidak balik ke rumah mak aku.
Aku selalu cuba menyakitkan hati mak aku kerana pada aku mak aku adalah musuh utama aku. Aku juga menipu duit mak aku untuk tambah modal perniagaan… Allahu… tak terhitunglah dosa2 yang aku buat terhadap mak.
Saat paling mengembirakan aku adalah ketika isteri aku melahirkan zuriat aku. Aku rasa aku lah orang paling hebat kerana punya satu keluarga yang lengkap.
Namun siapa boleh lari dari kuasa Allah. Aku punya 3 orang anak. Ketika usia anak sulung aku menginjak ke 7 tahun, baru aku sedar ketiga2 anak aku ada lah OKU autism.
Aku down, namun aku perlu menjalani pelbagai pemeriksaan dan kos pendidikan mereka bukan murah. Aku yang dulu agak senang kini bertukar wajah menjadi sangat susah. Perniagaan aku jatuh dan rugi teruk. Aku mula kerja yang macam2 untuk menampung kehidupan.
Aku mula insaf. Ketika ini baru aku ingat tentang mak aku yang dah bertahun tidak aku lawat. Malah sesen pun tidak aku hulur. Aku kumpul duit dan bayar semua hutang2 mak aku yang pernah aku tipu. Aku mula tahu apa itu tanggungjawab terhadap emak aku.
Aku menyesal dan aku sepatutnya dari awal perlu tahu cara menguruskan konflik emak dan isteri. Sejak dari hari aku balik kerumah emak aku, mak aku selalu mendoakan aku.
Ye, aku dapat pelbagai bantuan dan zakat dari doa2 mak aku. Malah, emak aku selalu berkata baik tentang aku pada orang2 keliling. Alhamdullilah.

Sehinggalah lima tahun lepas mak aku pergi untuk selama-lamanya. Satu nasihat mak aku tinggalkan ketika hayatnya dan tak akan aku lupa adalah,
“Walaupun susah bagaimana sekali pun hidup kau, jangan kau tinggalkan isteri dan anak2. Kau pernah sangat gembira dan senang dalam kehidupan bersama mereka, sekarang laluilah dengan rasa kasih dan sayang walau sukar bagaimanapun perjalananya”.
Baiknya hati mak aku. Hanya kerana sebuah ‘nasihat dan teguran’ aku mejadi anak derhaka. Dan hari ini aku rasa rindu sangat pada mak aku.
Aku selalu merenung perjalanan hidup aku untuk aku kenang sebagai pengajaran. Lagi2 ketika PKP ni, aku ada banyak masa. Aku yang hebat, hari ini jatuh tersungkur.
Dari seorang kaki minum dan kaki perempuan, balasannya aku dapat isteri yang nampak cantik tapi sayang hati dan sikap pula menggugat iman dan ketaatan terhadap emak aku.
Pengakuan Lain: [“Kita Lupa, Mereka Ada Perasaan.” Ibu Ini Kongsi Kadang-Kadang Kita Abai Emosi Anak Sulung]
Dapat anak2 yang comel tapi sayang diuji tiada akal. Dapat pendapatan yang lumayan, tapi sayang aku akhirnya miskin malah aku penerima zakat. Dan dapat seorang emak yang selalu mendoakan, tapi sayang aku jadi derhaka.
Ye aku yang pilih. Aku yang corak hidup aku. Kerana aku sangat sombong.
Aku nasihatkan pada semua pembaca, janganlah kita sombong di atas bumi Allah. Aku dah dapat balasan aku. Walaupun aku syukur kerana aku terima hukuman ini ketika aku masih di dunia, namun melalui satu perjalanan yang menyakitkan dan penuh kesukaran itu bukan mudah.
Hidup kita memang penuh cabaran, namun kitalah yang perlu memilih solution kepada setiap permasalahan. Kalau dapat aku undurkan masa, aku ingin sekali memulakan hidup dan memilih satu jalan yang diredhai Allah.
Al-Fatihah buat Mak…
– M (Bukan nama sebenar) via IIUM Confessions. 
Sekiranya anda mahu berkongsi cerita dan pengalaman, bolehlah klik KONGSI CERITA
The post “Aku Sombong, Abaikan Dia.” Hidup Anak Ini Tak ‘Senang’ Kerana Derhaka Pada Ibu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/aku-sombong-abaikan-dia-hidup-anak-ini-tak-senang-kerana-derhaka-pada-ibu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Pening Kepala Nak Melayan 12 Kluster Di Rumah Dedah Perangai Bertuah Anak

Ibu Pening Kepala Nak Melayan 12 Kluster Di Rumah Dedah Perangai Bertuah Anak

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 425 hits
Sepanjang tempoh PKP ini kita didedahkan dengan pelbagai jenis kluster yang merujuk kepada golongan yang mendapat jangkitan virus COVID 19 Hari ini jumlah pesakit yang telah sembuh semakin meningkat dan menunjukkan tanda tanda positif kejay...
Anak Tidak Sihat Ibu Kucing Dikagumi Warganet Apabila Menggonggong Anaknya Ke Hospital

Anak Tidak Sihat Ibu Kucing Dikagumi Warganet Apabila Menggonggong Anaknya Ke Hospital

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 591 hits
Walaupun suka bersendiri namun kucing lazimnya tidak akan lepas tangan setelah melahirkan anak anaknya dan sama seperti manusia ibu kucing turut memiliki naluri keibuan apabila membesarkan anak anak mereka Perkara ini dapat dibuktikan apabi...
13 Fakta Hidup Pablo Escobar Gembong Narkoba Terkaya Kolombia Yang Bakar Uang 20 Miliar Demi Anak

13 Fakta Hidup Pablo Escobar Gembong Narkoba Terkaya Kolombia Yang Bakar Uang 20 Miliar Demi Anak

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 601 hits
Sang putri alami hipotermia saat mereka bersembunyi di pegunungan Escobar pun menghangatkan anaknya dengan membakar tumpukan uang
Kalau Anak Masih Tak Boleh Berjalan Selepas Umur 18 Bulan Ibu Bapa Perlu Risau

Kalau Anak Masih Tak Boleh Berjalan Selepas Umur 18 Bulan Ibu Bapa Perlu Risau

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 1140 hits
Hai min anak i dah masuk 14 bulan tapi masih belum nampak tanda tanda nak berjalan Sepatutnya umur berapa dia dah boleh berjalan Ada orang cakap anak lelaki ni lambat sikit Betul ke Sofea bukit bandar Jawapan daripada Doktor Kebanyakan kana...
Ustaz Ebit Lew Bantu Ibu Tunggal Empat Anak Bikin Sebak

Ustaz Ebit Lew Bantu Ibu Tunggal Empat Anak Bikin Sebak

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 317 hits
Perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew di media sosial sememangnya tidak pernah jemu sama ada mengenai syarahan kata kata motivasi ataupun membantu orang yang memerlukan Ohmedia paling suka bila tengok dia membantu orang susah ni sebab caranya...
Jangan Berhenti Doakan Anak Ibu Kongsi Cara Didik Anak Tak Perlu Marah Atau Pukul

Jangan Berhenti Doakan Anak Ibu Kongsi Cara Didik Anak Tak Perlu Marah Atau Pukul

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 464 hits
Didikan ibu dan ayah membentuk peribadi seorang anak Jika baik teladan yang ditunjukkan maka anak akan membesar menjadi insan yang cemerlang Begitulah sebaliknya Peranan ibu ayah bukanlah mudah untuk mendidik dan membesarkan anak anak tanpa...
Hidup Susah Sara 9 Anak 4 Cacat Tanpa Punca Pendapatan

Hidup Susah Sara 9 Anak 4 Cacat Tanpa Punca Pendapatan

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 567 hits
Dengan 9 anak yang perlu dijaga 4 daripadanya cacat hidup sudah sedia sukar bagi bekas pembantu jururawat Suhaily Ramli ketika krisis Covid 19 menyebabkan suaminya yang berniaga di pasar malam hilang punca pendapatan Suhaily 44 suaminya yan...
Tedia Hilang Punca Pendapatan Akibat Covid 19 Ibu Pura Pura Masak Batu Hingga Anak Tertidur Tunggu Makanan

Tedia Hilang Punca Pendapatan Akibat Covid 19 Ibu Pura Pura Masak Batu Hingga Anak Tertidur Tunggu Makanan

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 408 hits
Hilang punca pendapatan akibat Covid 19 ibu pura pura masak batu hingga anak tertidur tunggu makanan Sejak kisah mereka sekeluarga tular Peninah menerima bantuan daripada pelbagai pihak di sekitar Kenya SEORANG ibu lapan anak terpaksa berpu...
Stres Gara Gara Di Phk Ibu Muda Bunuh Diri Tak Mampu Belikan Susu Anak

Stres Gara Gara Di Phk Ibu Muda Bunuh Diri Tak Mampu Belikan Susu Anak

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 272 hits
Seorang ibu muda berusia 26 tahun di Thailand baru saja merenggut nyawanya sendiri secara tragis Diduga krisis ekonomi tengah membelenggunya Dia memilih gantung diri di kamar mandi usai dipecat dari pekerjaan dan tidak mampu membeli susu un...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik