Aku Menangis 10060
Jumaat 15 Ramadhan 1441 - 8 May 2020Qif-19 & Dajjal?Hari ini aku nak kongsi sikit keadaan persamaan antara Qif-19 & Dajjal. Terlalu banyak persamaan. Gambaran ini hanya 1% saja. Ini penting, sila baca sampai habis.Allah dah bagi ‘hint’ siap-siap. Baiknya Allah, sebelum dilepaskan Dajjal, diberi kita bersedia dalam menghadapi situasi yang sebegini sukar.Orang bijak akan ambil ibrah, orang jahil akan terus menyalah-nyalah. Masih fikir nak shopping baju baru?Masih fikir nak ke Saloon & Spa?Dah rindu kopi starbuck?Dah rindu burger McD?Setakat hari ini lebih 6 ribu kematian di Italy & hampir 1 juta orang kehilangan pekerjaan di Australia - Al-Jazeera.Kita masih nak ‘bermanja-manja’ lagi. Masih nak fikir benda-benda yang tak penting & tak mendatangkan faedah. Masih nak benci membenci, masih nak memaki hamun. Fikir lagi nak ke sana ke mari. Boleh siap rindu nak keluar dating dengan balak/awek. Boleh layan movie porno di Netflix dikala orang susah hati & bersedih dengan wabak Qif-19 yang membunuh ini.Ini bukan posting kecaman. Ini posting mengajak orang berfikir. Apa guna kita hidup tak saling mengingatkan.Ketika mana Dajjal muncul, masing-masing akan kelam kabut. Suami akan kehilangan isteri. Isteri tak sabar dengan dugaan kesusahan, diikutnya Dajjal yang mampu beri nikmat kemewahan.Ini bukan aku cakap. Ini dah disabdakan oleh Nabi saw. Kaum paling ramai menjadi pengikut Dajjal adalah kaum wanita. Kaum yang mudah tewas dengan nafsu. Sebab itu Nabi suruh ikat & tambat anak isteri di tiang-tiang rumah.Waktu itu orang tak fikir nak berjimak, tak fikir nak tergoda dengan perempuan kiri kanan. Masing-masing cuma fikir nak survive hidup, lindungi ahli keluarga & makan. Makanan umat islam ketika itu hanya zikir. Kalau kita fikirkan logic akal, memang tak akan kenyang. Tapi Islam ni tak boleh kita fikir dengan logic akal. Kalau Allah berkehendak, dengan zikir boleh mengenyangkan.Masih buta ke kita dengan apa yang jadi di sekeliling kita hari ini? Masjid kosong, orang terhalang dari mengerjakan Umrah. Kemungkinan tak boleh mengerjakan Haji. Nabi saw pernah bersabda satu hari umatku akan terhalang dari menunaikan Haji & Umrah. Kalau nak kepastian boleh search. Banyak hadis yang berkaitan.Tak akan terjadinya kiamat selagi mana pintu-pintu Masjid masih dibuka. Tanda Dajjal tu semakin hampir kemunculannya apabila masjid-masjid semua kosong. Masih tak nampak lagikah kita apa dah jadi hari ini? Okay mungkin belum cukup jelas lagi gambaran itu.Cuba perhatikan Danau Tiberias. Airnya semakin mengering. Apa tandanya itu? Itu tanda besar bahawa Dajjal itu tak lama lagi akan muncul.Kita perhatikan Kebun Kurma Baisan. Pohonnya 100% sudah tidak berbuah. Sekarang kering kontang. Itu tandanya apa? Dajjal semakin hampir.Ini bukan aku dengar khabar angin. Ini Hadis Nabi saw & hadis ini adalah hadis sahih.Kita saksikan bangunan tinggi-tinggi dibina. Masing-masing berlumba-lumba membangunkan gedung-gedung yang mewah.Nabi saw pernah bersabda,“Dan bila engkau menyaksikan mereka yang berjalan tanpa alas kaki, tidak berpakaian, fakir, dan penggembala kambing, (kemudian) berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi.” (HR. Muslim).Sekarang petanda itu dah jelas depan mata. Menara jam, Burj Khalifah & Kingdom Tower. Mereka semua dari keturunan arab yang dahulunya fakir & pengembala kambing.Tanah Arab sekarang dah mula menghijau. Kalau dulu cuma ada padang pasir. Jauh sekali nak dihujani salji. Tapi hari ini? Salji dah mula turun di tanah Arab. Tak lama lagi tanah Arab akan subur dengan pohon-pohon & rumput-rumput yang menghijau. Itu tanda Dajjal itu akan muncul sangatlah dekat.Apa persediaan kita dalam menghadapi Dajjal?Kalau ditakdirkan Dajjal itu muncul dalam masa terdekat ni, jangan sesekali jumpa & bertentangan mata dengan dia. Kalau boleh elak sedaya yang mungkin.Dia akan pukau kita sehingga kita ikut & sembah dia. Hebatnya sihir Dajjal ini.Tak kisah iman kita setaraf wali macamana sekali pun, kalau berdepan dengan Dajjal, kita akan tewas. Macamana rupa Dajjal?Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis riwayat Muslim: “Dajal ialah orang yang rosak sebelah matanya dan di antara dua dahinya tertulis ‘kafir’...”Perkataan ‘Kafir’ ini hanya boleh dilihat oleh orang-orang mukmin saja. Orang kafir, munafik & fasik, tak akan nampak perkataan ini.Jadi, elak dari bersua muka dengan Dajjal. Suami-suami wajib ikat anak isteri ketat-ketat di rumah.Sebab waktu Dajjal muncul, Dajjal akan masuk ke setiap penjuru kampung, bandar, taman-taman, lembah-lembah & tak akan ada satu tempat pun yang tak akan dijejaki oleh Dajjal. Kenapa perlu ikat anak bini? Sebab bila Dajjal tiba di tempat kita, Dajjal akan menghentakkan kakinya sehingga menyebabkan orang-orang yang berada di dalam rumah akan memberontak keluar untuk bertemu dengan Dajjal. Kalau ditakdirkan bersua muka dengan Dajjal, pilihlah tangan kirinya. Tangan kanannya menggenggam syurga, tangan kirinya menggenggam neraka.Pilihlah neraka, kerana fitnah Dajjal syurga itu neraka, neraka itu syurga.Amalkan surah Al-Khafi 10 ayat awal & 10 ayat akhir. Hafal surah ni, sebab waktu kemunculan Dajjal, surah-surah dalam Al-Quran akan hilang dari kitab-kitab, dinding-dinding & di mana-mana ada tertulisnya kalam-kalam Allah ini. Abu Darda mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Barangsiapa telah membaca sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi maka ia telah terjaga dari fitnah Dajjal". (HR An-Nasai)Siapa yang baca surah ini ketika Dajjal muncul, Dajjal tak akan nampak orang itu walau berada di depan matanya sendiri. Jadi, kita akan terselamat dari dipengaruhi oleh si makhluk terlaknat ini.Amalkan ayat ini selepas tasyahhud,Allaahumma inni a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wa min ‘adzaabinnaari jahannama wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min fitnatil masiihid dajjaal.Ertinya, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab Jahannam, azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah Dajjal. ” (HR. Muttafaq ‘alaih)Sewaktu Dajjal tiba di setiap negara, negeri, bandar, taman-taman, kampung-kampung & lembah-lembah, kalau penduduk di kawasan itu sembah Dajjal, maka tempat itu akan subur & diberikan kemewahan oleh Dajjal. Tapi kalau penduduk di kawasan itu ingkar dengan arahan Dajjal, maka tempat itu akan jadi padang jarak padang terkukur. Kering kontang tak ada air, tak ada makanan, haiwan mati, tanah tandus, orang-orang akan kebuluran yang amat sangat.Jadi apa kaitan dengan Qif-19?Ramai duduk rumah, di zaman Dajjal nanti ramai juga duduk rumah. Tapi golongan yang faham agama. Macam kes sekaranglah. Semua yang duduk rumah, jenis yang faham bahasa. Jenis tak faham bahasa, semua duk merayap ke sana ke mari.Kalau beginilah sikap kita, kalau Dajjal muncul, kita mungkin salah seorang boleh jadi pengikut Dajjal.Arahan kerajaan pun kita ingkar, apatah lagi arahan Nabi saw.Masjid kosong. Sekarang semua masjid kosong. Seolah-olah Allah dah bagi hint. Esok Dajjal muncul, semua masjid akan lengang. Bukan saja kosong, azan pun tak akan berkumandang.Panic buying. Kalau Qif-19 ni, orang panic berebut-rebut nak beli barang dapur. Semua risau kelaparan takut tak dapat makan.Kalau Dajjal muncul, semua orang ‘Panic buying’ juga. Masing-masing panic berebut-rebut nak dapatkan bekalan makanan dari Dajjal. Maka semua dari mereka tercabutlah iman masing-masing.Terpisah keluarga. Kalau Qif-19, salah sorang ahli keluarga dijangkiti virus, ahli keluarga tak akan dapat bersua muka lagi. Kalau ada rezeki jumpa, tak ada rezeki, hanya memandang dari jauh jenazah ahli keluarga dikebumikan.Kalau Dajjal muncul, ramai akan kehilangan ahli keluarga. Ada ahli keluarga yang lemah imannya akan jadi pengikut-pengikut Dajjal. Frontliner bertungkus-lumus. Kalau Qif-19, masing-masing berusaha sehabis keringat untuk tangani virus ini.Kalau Dajjal muncul, ketua keluarga merangkap frontliner berusaha bertungkus lumus menghalang ahli keluarganya dari menjadi pengikut Dajjal.Sebab itulah, kita amat dituntut belajar agama. Supaya kita faham akan hakikat hidup ini. Semua ini bakal berlaku & kita lebih bersedia.Pentingnya kita memilih pasangan yang faham agama. Supaya dia boleh selalu mengingatkan kita tentang kecaman-kecaman ini & terus mengajak kita ke arah kebaikan serta menambah amalan.Bagi orang lelaki, tambah ilmu agama. Perlu faham untuk fahamkan ahli keluarga. Sebagai ketua keluarga, ini tanggungjawab kalian.Bagi orang perempuan, ini bukan zaman nak ‘bermanja & menggedik’ fikirkan nak bercantik-cantik 24 jam. Cantikkan otak dulu sebelum cantikkan fizikal.Kalau Dajjal keluar, dia takda pilih-pilih kau cantik ke hodoh. Paling penting iman kau roboh. Jadi, tiba masa kita sedar diri. Tambah ilmu & terus bersedia. Kerana orang bijak adalah orang yang sentiasa bersedia.Pakat muhasabah. Semoga bermanfaat Kredit Yatt Hayati#QiF19
1. Masalah jem kat sempadan Johor-Singapura selesai.2. Masalah jem kat KL pun takde.3. Petrol pun murah RM1.44. Kereta pun jarang digunakan. Hal penting baru gerak.4. Kualiti udara semakin bagus.5. Semua mula amal makan masakan sendiri di rumah. Buku resepi mula dibuka semula.6. Ekonomi naik sebab rakyat beli barang sampai licin kat pasaraya. Pandai pun beli barangan tempatan.7. Laki mula kenal yang mana caru, yang mana selar kuning, yang mana halia, yang mana kunyit, yang mana lengkuas.8. Toto, Magnum, Damacai tutup. Kasino Genting pun tutup. Tak ada orang berjudi.9. Kilang arak Anchor dan Carlsberg tutup operasi.10. Jumlah kes jenayah turun mendadak.11. Kes kemalangan jalanraya turun minimum.12. Suami, isteri dan anak anak lebih banyak masa bersama.13. Free Astro. Free movie kat iflix. Puas tengok TV. Puas tengok movie dan drama. 2-3 pagi pun orang tengok berita lagi.14. Dah pandai minum air kosong dengan banyak. Pandai basuh tangan, pandai jaga kebersihan. Dulu nak flush jamban lepas berak pun malas!15. Kenduri kahwin pun jimat.Sebalik musibah ada hikmahnya.
DO'A SELAMAT DARI MATI MENDADAK CUKUP DIBACA SEKALI SEUMUR HIDUPMARI KITA BACA SEKARANG JUGA ! Do'a keselamatan dari kematian mendadak. Diriwayatkan dari Rasulullah saw, bahwasanya Allah swt berfirman:- Wahai (Kekasihku) Muhammad, tidak ada seorang pun dari Ummat Mu yang membaca do'a ini walaupun sekali dalam umur nya kecuali dengan kemuliaan dan keagungan Ku, Aku akan menjamin untuknya tujuh perkara :- 1: Aku akan angkat kefakiran dari nya. 2: Aku akan amankan dia dari pertanyaan Mungkar dan Nakir. 3: Aku akan tuntun jalannya di Shirat. 4: Aku akan menjaganya dari kematian mendadak. 5: Aku akan haramkan neraka atasnya. 6: Aku akan menjaganya dari himpitan kubur. 7: Aku akan melindunginya dari kemurkaan raja yang jahat dan zalim. BERIKUT INI DO'ANYA :-
لَا اِلـهَ اَلٌَااللٌَهُ اَلْجَلِیْلُ الْجَبٌَارُ
Laa ilaaha illallahul jaliilul jabbaar,
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْوَاحِدُ الْقَهٌَار
Laa ilaaha illallahul waahidul qohhaar,
ُلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَرِیْمُ السٌَتٌَار
Laa ilaaha illallahul kariimus sat taar,
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَبِیّرُ الْمُتَعَال
Laa ilaaha illallahul kabiirul mutta 'aal
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُوْنَ
Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu muslimuun,
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریْکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُوْن
Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu 'aabiduun,
َلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ قَانِتُوْن
Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu koonituun,
َلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ صَابِرُوْنَ
Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu shoobiruun,
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّه
Laa ilaaha illallahu muhammadan rasulullah,
اللَّهُمَّ اِلَیْکَ فَوٌَضْتُ اَمْری.وَعَلَیْکَ تَوَكَّلْتُ يَا اَرْحَمَ الرٌَاحِمٍیْنَ
Allahumma ilaika fawadh'tu amrii,wa 'alaika tawak kaltu yaa arhamar rohimiin,
اللَّهُمَّ صَلٌِ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما صَلٌَیْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ
Allahumma sholli 'alaa Muhammad wa ali muhammad kamaa shollaita 'alaa ibrahiim wa ali ib'rahiim innaka hamiidum majiid,
وَبَارِکْ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما بَارَکْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم فِي الْعالَمينَ اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ.
Wa baarik 'alaa muhammad wa ali muhammad kamaa barokta 'alaa ibrahiim wa ali ibrahiim fil 'aalamina innaka hamiidum majiid
Wassalamu'alaikum wr.wb...
Jangan terpedaya dengan Dajjal
Sekarang adalah musim orang ramai bermain sentimen dan ramalan tentang hari kiamat. Sesiapa yang pandai mengaitkan teori Illuminati dengan isu semasa akan dipandang hebat.
Maka banyaklah mesej berantai, ceramah agamawan yang mengaitkan virus Covid-19 dengan petanda hari Kiamat dan kemunculan Dajjal. Tidak kurang yang membuat andaian bahawa masjid kosong sebagai tanda kiamat.
Benarlah anggapan Imam Ahmad rahimahullah (wafat 241 H) yang berkata;
ثلاثة ليس لها أصل: التفسير والملاحم والمغازي
'Tiga perkara yang (dibicarakan) tanpa mempunyai asal (sumber) iaitu tafsir, peperangan akhir zaman (peristiwa akhir zaman) dan sejarah di zaman nabi...' [Al-Sunnah Wa Makanatuha fi al-Tashri' Al-Islami]
Ustaz dan ustazah, sebahagian orang agama yang tidak takutkan Allah, seronok merapu sambil menipu orang ramai dengan teori konspirasi dan cerita-cerita kiamat, menakutkan orang ramai dengan kisah palsu, ramalan kiamat yang disalah tafsir dengan akal dan teori-teori mengarut.
Sedangkan Allah berfirman;
كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ
"Tiap-tiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya." (Al-Muddassir: 38)
Tanpa disedari, mereka sebenarnya telah menjadi salah seorang daripada DAJJAL.
Perkataan الدجال Dajjal berasal dari perkataan الدجل 'aldajl' yang bermaksud penyelewengan, penipuan dan penyamaran. Disebut oleh para ulama bahawa الدجل bermaksud ' الدجل وهو التمويه' Dajjal ialah orang yang menyamar atau yang menipu.
Diriwayatkan daripada Jabir bin Samurah RA (wafat 74 H) bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda ;
إن بين يدي الساعة كذابين فاحذروهم
'Sesungguhnya ketika hampir kiamat akan muncul pendusta-pendusta maka jauhilah mereka itu' . [HR. Muslim]
Dalam hadith lain menyebut;
يكون في آخر الزمان دجالون كذابون يأتونكم من الأحاديث بما لم تسمعوا أنتم ولا آباؤكم فإياكم وإياهم لا يضلونكم ولا يفتنونكم
'Akan muncul pada akhir zaman, Dajjal-dajjal dan penipu-penipu yang akan menyampaikan kepada kamu berita-berita yang belum pernah didengar oleh kamu dan tidak pula oleh bapa-bapa kamu. Maka jauhkanlah diri kamu dari mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan tidak dapat memfitnah kamu.' [HR. Muslim]
Masjidil Haram ditutup tanda kiamat? Aljawab, Masjidil Haram pernah ditutup berpuluh kali dalam sejarah, sebab wabak, sebab perang, sebab banjir, sebab terbakar dan bermacam-macam sebab lagi. Ini bukan kali pertama.
Kiamat akan berlaku apabila orang alim dan orang soleh ramai yang mati. Aljawab, memang kiamat akan berlaku pada zaman manusia ketika itu jahil. Tetapi alim ulama' masih ramai lagi sekarang, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (الإتحاد العالمي لعلماء المسلمين) pun masih berfungsi dengan dianggotai ratusan ulama' seluruh dunia.
Di Arab Saudi, di Yaman, di India, di Pakistan, di Mesir, di Maghribi dan di pelbagai lagi negara Islam masih ada ulama'.
Jika kita tidak mengaji dan tidak membaca memang tidak akan tahu.
Dajjal sudah mahu keluar? Aljawab, Nabi salallahualaihiwassalam telah memberikan petanda bilakah akan keluarnya Dajjal.
1. Dunia mengalami kemarau panjang, selama tiga tahun. Pada tahun yang ketiga, فتحبس مطرها كله langsung tiada hujan. [HR. Ibn Majah dan Ibn. Al-Khuzaimah]
Semalam baru hujan di Taiping. 🙅♂
2. Perang besar dengan bangsa Rom dan pembukaan Kota Konstantinople kali yang terakhir. [HR. Ahmad dan Abu Daud]
Satu dunia tengah pening dengan wabak Covid-19, belum mampu nak berperang. 🙅♂
3. Madinah kosong dan ditinggalkan sehingga anjing atau serigala akan kencing di dalam masjid Nabawi dan Baitul Maqdis pula akan dimakmurkan. [HR. Malik, Ahmad dan Al-Hakim]
Madinah masih berfungsi, pekerja tengah sibuk membersihkan Masjid Nabawi. 🙅♂
4. Manusia sudah melupakan Dajjal dan tidak ada lagi orang memperingati fitnahnya. [HR. Ahmad]
Korang hari-hari bercerita dan teringat pasal Dajjal, sampaikan Ultraman dan Upin-Upin pun korang hendak kaitkan dengan Dajjal. 🤦♂
Selain daripada petanda di atas, masih banyak lagi yang disebutkan di dalam hadith seperti kurangnya ilmu, banyak permusuhan dan sebagainya.
Ringkasannya, kiamat besar belumlah lagi akan terjadi dalam masa yang terdekat. Tetapi kiamat kecil (mati) boleh sahaja berlaku bila-bila masa.
Jadi berhentilah daripada menjadi Dajjal yang berdusta dan meyesatkan manusia.
Ikutlah kata-kata Imam Al-Hafiz Al-Mizzi rahimahullah (wafat 742 H) yang menyebut;
لو سكت من ﻻ يدري ؛ ﻻستراح وأراح ، وقل الخطأ ، وكثر الصواب
“Seandainya orang yang tidak tahu itu berdiam diri, nescaya akan rehat dan tenang, akan sedikit kesalahan dan akan banyaklah kebenaran.” [Tahzib Al-Kamal]Mohon izin share 1 cerita di hujung hidup seorang manusia yg sangat mencintai kita semua : Allahuma Solli'alaa Sayyidina Muhammad Wa'AlaAli Sayyidina Muhammad. Cerita yang tak pernah ada bosannya Mohon Baca yaa... Sangat Mengharukan... Assalamu'Alaikum Wr. Wb... Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah SAW sebelum wafat. Rasulullah SAW telah jatuh sakit agak lama, sehingga keadaan baginda sangat lemah. Pada suatu hari, Rasulullah SAW meminta Bilal memanggil semua Sahabat datang ke Masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah Masjid dgn para Sahabat. Semuanya merasa rindu setelah agak lama tidak mendpt Taushiyah dari Rasulullah SAW. Baginda duduk dgn lemah di atas mimbar. Wajahnya terlihat pucat, menahan sakit yg tengah dideritanya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Wahai sahabat2ku semua. Aku ingin bertanya, apakah telah aku sampaikan semua kpdmu, bahwa sesungguhnya Allah SWT itu adalah satu2nya Tuhan yg layak disembah?" Semua Sahabat menjwb dgn suara bersemangat, "Benar wahai Rasulullah, Engkau telah sampaikan kpd kami bahwa sesungguhnya Allah SWT adalah satu2nya Tuhan yg layak disembah." Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Persaksikanlah ya Allah. Sesungguhnya aku telah menyampaikan amanah ini kepada mereka." Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi, dan setiap apa yg Rasulullah sabdakan selalu dibenarkan oleh para sahabat. Akhirnya sampailah pada satu pertanyaan yg menjadikan para Sahabat sedih dan terharu. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya, aku akan pergi menemui Allah SWT, Dan sblm aku pergi, aku ingin menyelesaikan segala urusan dgn manusia. Maka aku ingin bertanya kepada kalian semua. Adakah aku berhutang kepada kalian? Aku ingin menyelesaikan hutang tersebut. Karena aku tidak mau bertemu dgn Allah SWT dalam keadaan berhutang dgn manusia." Ketika itu semua para Sahabat diam, dan dalam hati masing2 berkata "Mana ada Rasullullah SAW berhutang dengan kita? Kamilah yg banyak berhutang kepada Rasulullah."
Rasulullah SAW mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali. Tiba2 bangun seorang lelaki yg bernama UKASYAH, seorg sahabat, bekas samseng sblm masuk Islam, dan dia berkata: "Ya Rasulullah... Aku ingin sampaikan masalah ini. Seandainya ini dianggap hutang, Maka aku minta engkau selesaikan. Seandainya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa2."
Rasulullah SAW berkata: "Sampaikanlah wahai Ukasyah." Maka Ukasyah pun mulai bercerita: "Aku masih ingat ketika perang Uhud dulu, suatu ketika engkau menunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tsb tidak kena pada belakang kuda, Tapi terkena pada dadaku, Kerana ketika itu aku berdiri di belakang kuda yg engkau tunggangi wahai Rasulullah."
Mendengar itu, Rasulullah SAW berkata: "Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Ukasyah. Kalau dulu aku pukul engkau, Maka hari ini aku akan terima hal yg sama." Dengan suara yang agak tinggi, Ukasyah berkata: "Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah."
Ukasyah se akan2 tidak merasa bersalah mengatakan demikian. Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak marah kepada Ukasyah. "Sungguh engkau tidak berperasaan Ukasyah. Bukankah Baginda sedang sakit..!!?
Ukasyah tidak menghiraukan semua itu. Rasulullah SAW meminta Bilal mengambil cemeti di rumah Fatimah, anaknya. Bilal meminta cemeti itu dari Fatimah, Kemudian Fatimah bertanya: "Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?" Bilal menjwb dengan nada sedih: "Cemeti ini akan digunakan Ukasyah untuk memukul Rasulullah."
Terperanjat dan menangislah Fatimah, seraya berkata: "Kenapa Ukasyah hendak memukul Ayahku Rasulullah? Ayahku sedang sakit, kalau mau memukul, pukullah aku anaknya."
Bilal menjawab: "Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua." Bilal membawa cemeti tersebut ke Masjid lalu diberikannya kepada Ukasyah. Setelah mengambil cemeti itu, Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah. Tiba2, Abu Bakar berdiri menghalangi Ukasyah sambil berkata: "Ukasyah... kalau kamu hendak memukul, pukullah aku..!! Aku adalah orang yang pertama beriman dgn apa yg Rasulullah SAW sampaikan. Akulah sahabatnya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak memukul, maka pukullah aku". Rasulullah SAW bersabda: "Duduklah wahai Abu Bakar. Ini urusan antara aku dgn Ukasyah." Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah SAW. Kemudian Umar bin Khattab berdiri menghalangi Ukasyah sambil berkata: "Ukasyah... kalau engkau mau mukul, pukullah aku. Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya. Itu dulu. Sekarang, tidak boleh ada seorang pun yg boleh menyakiti Rasulullah Muhammad SAW. Kalau engkau berani menyakiti Rasulullah, maka langkahi dulu mayatku..!!"
Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW: "Duduklah wahai Umar. Ini urusan antara aku dengan Ukasyah." Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah, dan tiba2 berdirilah Ali bin Abu Talib, sepupu sekaligus menantu Rasulullah SAW. Dia menghalangi Ukasyah sambil berkata: "Ukasyah, pukullah aku saja. Darah yang sama mengalir pada tubuhku ini wahai Ukasyah."
Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW: "Duduklah wahai Ali, ini urusan antara aku dengan Ukasyah". Ukasyah semakin dekat dgn Rasulullah SAW. Tiba2 tanpa disangka, bangkitlah kedua cucu kesayangan Rasulullah SAW yaitu Hasan dan Husen. Mereka berdua memegangi tangan Ukasyah sambil memohon... "Wahai Pak cik, pukullah kami Pak cik, nenda kami sedang sakit, Pukullah kami saja wahai Pak cik, sesungguhnya kami ini cucu kesayangan Rasulullah SAW. Dengan memukul kami, sesungguhnya itu sama dengan menyakiti nenda kami,, wahai Pak cik."
Lalu Rasulullah SAW berkata: "Wahai Cucu2 kesayanganku, duduklah kalian. Ini urusan nenda dengan Pak cik Ukasyah". Begitu sampai di tangga mimbar, dengan lantang Ukasyah berkata: "Bagaimana aku mau memukul engkau ya Rasulullah. Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau mau aku pukul, maka turunlah ke bawah sini..!!"
Rasulullah SAW memang manusia terbaik. Kekasih Allah itu meminta beberapa sahabat memapahnya ke bawah. Rasulullah SAW didudukkan pada sebuah kursi, lalu dengan suara tegas Ukasyah berkata lagi: "Dulu waktu engkau memukul aku, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah." Para sahabat sangat geram mendengar perkataan Ukasyah. Tanpa berlengah2 dalam keadaan lemah, Rasulullah SAW membuka bajunya. Kemudian terlihatlah tubuh Rasulullah yg sangat indah; tetapi ada beberapa ketul batu terikat di perut Rasulullah, pertanda Rasulullah sedang menahan lapar...
Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai Ukasyah, Segeralah dan janganlah kamu berlebih2an. Nanti Allah SWT akan murka padamu." Ukasyah langsung menghambur menuju Rasulullah SAW,, Cemeti di tangannya di buangnya jauh2. Kemudian ia peluk tubuh Rasulullah SAW seerat2nya,, sambil menangis se mahu2nya...lalu ia berkata: "Ya Rasulullah, Ampunilah aku, Maafkanlah aku; Mana ada manusia yg sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah. Sengaja aku melakukan ini, agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu... Karena Engkau pernah mengatakan "Barang siapa yang kulitnya pernah bersentuhan denganku, maka diharamkan api neraka atasnya." Seumur hidupku aku bercita2 dapat memelukmu. Karena sesungguhnya aku tahu bahwa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan sungguhnya aku amat takut dengan api neraka. Maafkan aku ya Rasulullah..." Rasulullah SAW dgn senyum berkata: "Wahai sahabat2ku semua, kalau kalian ingin melihat Ahli Syurga, maka lihatlah Ukasyah..!!" Semua sahabat menitikkan air mata. Kemudian para sahabat berganti ganti memeluk Rasulullah SAW. SEMOGA dengan membaca ini, Apabila Air mata Anda Menitis, ini membuktikan Kecintaan kita kepada Kekasih Allah SWT... Dan Semoga Menjadi Saksi Kelak Di Hadapan Rasulullah Bahawasanya Kita Cinta Kepada BeliauAllahumma Solli 'alaa Sayyidina Muhammad. Wa'AlaAli Sayyidina Muhammad Semoga Allah SWT selalu meredhai kita semua. Aamiin... Mari kita posting di Whatsapp tentang Keagungan Rasulullah SAW... Jangan sampai kisah ini kalah populariti dibandingkan dgn berita2 yang ada pada saat ini..!! Seluruh dunia mencintai Nabi SAW. KITA SEMUA UMAT RASULULLAH SAW..!!! ALLAHUMMA SHALLI'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD,WA'ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD Kirim kepada semua teman Muslim dan INSYA ALLAH dalam beberapa menit nanti ramailah orang bersama-sama membaca Keindahan dan Keagungan Kepribadian Rasulullah SAW, Sang Manusia Agung Kekasih Allah SWT. TOLONG teruskan message ini..!! Anggaplah sebagai sedekah Jariyah..!! Jangan lupa untuk menghantarkannya kepada rekan2 anda...!! Tolonglah,, walaupun anda tak mau membacanya secara tuntas,, hanya menghantarnya kpd rekan2 yg lain... sudah cukup..!! Selesai membacanya, kirimkanlah kepada teman2 kita yang lainnya. Dalam beberapa menit, berjuta org akan membacanya..!! Anda tak akan rugi apa2 pun; biarkan Cerita Haru tentang Manusia Agung Kekasih Allah SWT ini senantiasa berjalan..!!! اللّٰهم صَلِّ عَلَی سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَی آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدﷺ Moga Moga satu hari kelak kita dapat bermimpi berjumpa dengan Baginda Rasullullah Saw aminnn ....
Michael Hart, pengarang buku "100 Manusia Paling Berpengaruh",telah mengambil masa 28 tahun untuk disiapkan. Beliau menyenaraikan Nabi Muhammad SAW Nombor 1 dalam senarai tersebut.Ketika beliau sedang memberi kuliah di London, beliau disorak dan diganggu. Orang ramai telah mempertikaikan mengapa beliau meletakkan Nabi Muhammad sebagai Nombor 1?Beliau telah berkata: "Nabi Muhammad telah berdiri di tengah kota Mekah pada tahun 611 dan telah berkata kepada manusia ketika itu: " Aku adalah Pesuruh Allah" Empat orang telah beriman kepada baginda; SAHABAT KARIBNYA, ISTERI baginda dan DUA orang kanak-kanak! Sekarang, walau setelah 1400 tahun, bilangan orang-orang Islam telah melebihi 1000 juta dan masih terus bertambah. Mustahil baginda adalah seorang pembohong, kerana pembohongan tidak akan bertahan sehingga 1400 tahun! Begitu juga tidak mungkin anda boleh membohongi 1000 juta orang!Satu perkara yang perlu direnungkan ialah walau selepas sekian lama, jutaan orang-orang Islam tidak akan teragak-agak untuk mengorbankan nyawa mereka untuk hanya satu perkataan yang akan menyakiti Nabi mereka"."Adakah seorang pun dari kalangan orang-orang Kristian yang sanggup bertindak sebegitu untuk Jesus?"Selepas itu,seluruh auditorium diam terpaku!Sekiranya anda mengasihi Nabi Muhammad SAW, kirimkanlah hal ini kepada seluruh kenalan dan kawan-kawanmu yg beragama Islam, sekiranya setiap orang Islam menyebut ; Astaghfirullah wa atubu ilaih,; Astaghfirullah wa atubu ilaih; sekarang dan seterusnya, dalam hanya beberapa saat ribuan juta orang akan menyebutnya dan ia akan meredakan kemurkaan Allah. Kamu tidak akan rugi maka sebarkanlah...Demi Allah saya akan menyebarkannya walaupun saya sedang sibuk.
13 Pengetahuan Soal Fashion Sehari-hari yang Belum Banyak Diketahui. Please, Jangan Asal Lagi!
Silvia Ayudia, Hipwee - 18 minutes ago
Dari mulai cara menyebut nama-nama potongan rambut sampai jenis bra, kamu harus paham mulai sekarang
7 Tips Ampun Hilangkan Kutu [bubuk] Beras yang Terlanjur Bersarang. Jangan Dibuang, Sayang~
Luthfi Rahmadian, Hipwee - 1 hour ago
Jangan panik, banyak banget cara yang bisa kamu gunakan untuk menghilangkan kutu-kutu beras~
Kolam Ikan Creative Communication Ajak Semua Elemen Perangi Covid-19
Wahyu Nugroho, SINDOnews | Berita Terkini dan Terpercaya | RSS - 1 hour agoPandemi Covid-19 sudah mulai melumpuhkan sendi-sendi sosial ekonomi, dan untuk menghentikan penyebarannya dibutuhkan juga peran aktif seluruh masyakarat.
5 Points When Hajj Becomes Compulsory in Islam
Guest Post, The Islamic Information - 2 hours agoThe Islamic Information 5 Points When Hajj Becomes Compulsory in Islam These are the 5 points in Islam when Hajj becomes compulsory. If you come under these laws of Islam then it is obligatory on you to perform Hajj. Hajj is the mandatory religious obligation for every Muslim living around the world. A Muslim has to perform it at least for one time in his or [...] 5 Points When Hajj Becomes Compulsory in Islam Guest Post.
Muslim Doctor Died Treating Coronavirus Patients
BY STAFF DESK MARCH 28, 2020
The Pakistani Muslim doctor lost his life after contracting coronavirus from coronavirus patients in Gilgil-Baltistan which is on the Pakistani Iranian border
Dr. Usama Riaz spent the last weeks of his life treating and screening coronavirus patients in Pakistan. He admitted before his death that he felt no symptoms even after being tested with the Covid-19
His story of treating many patients infected with Coronavirus has inspired many people all around the world. Many people calling his death “Martyrdom”
READ Indonesia Tsunami Claims 1,300 Lives, Majority Belongs To Muslims
StanceGrounded@_SJPeace_This is Dr. Usama Riaz. He spent past weeks screening and treating patients with Corona Virus in Pakistan.
He knew there was no PPE. He persisted anyways.
Today he lost his own battle with coronavirus but he gave life and hope to so many more.
KNOW HIS NAME
332K1:13 AM - Mar 24, 2020Twitter Ads info and privacy125K people are talking about thisPakistani media reported that Dr. Usman Riaz is the first case of local transmission of the virus, which he contracted during the screening of the Patients that were coming to Pakistan from Iran.
Alice Wells, who is the Deputy Assistant strategy of State for South and Central Asian Affairs for the US, on Tuesday has tweeted her condoles on the passing of the Muslim doctor
READ Saudi Arabia Will Refund Umrah Fees After Coronavirus Ban
State_SCA✔@State_SCAWe salute all the brave medical workers across South and Central Asia who are risking their lives to help the sick and keep us safe. Saddened to hear of the death of Dr. Usama Riaz, who was on the frontlines of the fight against #COVID19 in Pakistan. The U.S. stands with you. AGW4,2494:22 AM - Mar 24, 2020Twitter Ads info and privacy1,270 people are talking about this
Famous Islamic Scholar Omar Sulaiman also expressed his grief Famous Islamic Scholar Omar Sulaiman also expressed his grief over his death.
Omar Suleimanpada hari Isnin
Semoga Allah menerima beliau sebagai shaheed
8.3K2.1K3KCoronavirus has infected more than 600,000 people all around the world. This disease was started in China and was declared as Pandemic by WHO in March.
DUA FOR CORONAVIRUS
Link:
Muslim Doctor Died Treating Coronavirus Patients
Ada Kementerian Luluskan Cuti 8,000 Penjawat Awam Cuti Ke Luar Negara
Suaraviral Staff, Suara Viral Malaysia - 4 minutes agoSudah masuk hari kesebelas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kes positif COVID-19 yang dicatatkan di Malaysia semakin meningkat. Malah, […] The post Ada Kementerian Luluskan Cuti 8,000 Penjawat Awam Cuti Ke Luar Negara appeared first on Suara Viral Malaysia.
PKP: Polis tutup 4 jalan di Petaling JayaAqila, Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - in the future
KUALA LUMPUR, 3 Syaaban 1441H, Sabtu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menutup empat jalan di Petaling Jaya hari ini dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Empat jalan terlibat ialah Jalan 5/46 Gasing Indah (Petaling Jaya), Jalan Persiaran Mahogani (Seksyen 9), Jalan Persiaran Jati (Seksyen 8) dan Jalan Persiaran Sungai Buloh (TSB) di Kota Damansara. Ketua … The post PKP: Polis tutup 4 jalan di Petaling Jaya appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
159 kes positif baharu, satu kematian direkod: KP KesihatanAqila, Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - in the future
PUTRAJAYA, 3 Syaaban 1441H, Sabtu – Sebanyak 159 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 2,320 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat satu lagi kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak … The post 159 kes positif baharu, satu kematian direkod: KP Kesihatan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Memaknai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin RakyatAqila, Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - in the future
PERUNTUKAN RM250 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam disambut dengan penuh kesyukuran oleh setiap lapisan masyarakat. Ada yang bersorak gembira, ada yang menangis teresak-esak kerana terharu atas keprihatinan kerajaan. Sewajarnya seluruh rakyat wajar mengucapkan jutaan terima kasih kepada PM dan Kerajaan Malaysia. RM128 bilion untuk kebajikan rakyat dalam kelompok B40 dan M40. Alhamdulillah, majoriti … The post Memaknai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Stok beras negara cukuptyrazalhe, Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - in the future
BANGI, 3 Syaaban 1441H, Sabtu – Jumlah stok semasa beras dengan mengambil kira pengeluaran tempatan dan import adalah stabil, terkawal serta konsisten bagi menampung keperluan dalam negara yang berterusan. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, stok semasa beras tempatan yang berada di peringkat kilang, pemborong dan peruncit adalah sebanyak 523,000 tan … The post Stok beras negara cukup appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
COVID-19: Dunia kini catat lebih 600,000 kesADMIN ISMAWEB, Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - in the future
ANKARA, 3 Syaaban 1441H, Sabtu – Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di seluruh dunia terus meningkat kepada lebih 601,478 pada Sabtu, menyaksikan 177 negara dan wilayah terjejas manakala 27,862 nyawa menjadi korban. Sementara itu, 131,777 lagi pesakit pulih, menurut Universiti Johns Hopkins lapor agensi berita Anadolu. Itali, Sepanyol, China dan Iran terus menjadi negara paling … The post COVID-19: Dunia kini catat lebih 600,000 kes appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
PRIHATIN: Tak perlu bahas, PH boleh jumpa terus kerajaantyrazalhe, Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - in the future
BANGI, 3 Syaaban 1441H, Sabtu – Pakatan Harapan (PH) boleh sahaja mengadakan pertemuan khas dengan kerajaan tanpa perlu menunggu sidang Parlimen pada Mei nanti, berhubung Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan, semalam. Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, PRIHATIN adalah pakej rangsangan khas sewaktu negara berada dalam keadaan kritikal, dan … The post PRIHATIN: Tak perlu bahas, PH boleh jumpa terus kerajaan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
COVID-19: Gardenia tingkat pengeluaranAqila, Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - in the future
SHAH ALAM, 3 Syaaban 1441H, Sabtu – Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd telah meningkatkan pengeluarannya ke tahap 2.2 juta buku roti sehari menerusi lima buah kilangnya yang beroperasi selama 24 jam. Pengurus Besar Kanannya, Desmond Tan berkata, pengeluaran berkenaan merupakan penambahan sebanyak lima peratus dari jumlah pengeluaran sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Bekalan ini … The post COVID-19: Gardenia tingkat pengeluaran appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Afif dilantik jadi pegawai di pejabat Azmin?kerengga, KERENGGA - 30 minutes agoZikri Kamarulzaman Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin dispekulasikan telah dilantik sebagai pegawai tugas-tugas khas di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang diterajui Mohamed Azmin Ali. Carian Google berdasarkan kekunci 'Afif Bahardin MITI' memaparkan nama Adun PKR itu disenaraikan bagi jawatan berkenaan. Bagaimanapun, nama Afif tidak tersenarai apabila pautan
Update Corona 28 Maret 2020: Ada 448.544 Kasus Aktif di Seluruh Dunia, 137.271 Orang Telah SembuhTribunnews.com - 1 hour agoUpdate Corona 28 Maret 2020: Ada 448.544 Kasus Aktif di Seluruh Dunia, 137.271 Orang Telah Sembuh
5,084 kluster tabligh belum jalani ujian Covid-19kerengga, KERENGGA - 55 minutes agoMohamad Fadli PUTRAJAYA: Seramai 5,084 orang daripada kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling belum menjalani ujian saringan Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, mereka ialah peserta, ahli keluarga mereka dan kontak rapat lain. Beliau berkata, kira-kira 12,500 peserta tabligh sudah menjalani ujian saringan dengan 1,207 disahkan positif
BOLEH MENANGIS SOIB BILA BACA STATUS NI.
Sumber- FacebookHari-hari tayang gaya hidup macam T20. Takkan baru 2 minggu kena PKP dah menagih simpati kerajaan. Respek kepada artis yang amalkan gaya hidup sederhana tapi mampu sedekah disaat rakyat Malaysia dilanda musibah.
Dicatat oleh na'im nikmat di 8:50 PM
Saturday, March 28, 2020Na'im Nikmat: BOLEH MENANGIS SOIB BILA BACA STATUS NI.
Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:Surat Al Fatihah (Pembukaan)Surat Al Baqarah (Sapi Betina)Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)Surat An Nisa' (Wanita)Surat Al Ma'idah (Hidangan)Surat Al An'am (Binatang Ternak)Surat Al A'raf (Tempat Tertinggi)Surat Al Anfal (Rampasan Perang)Surat At Taubah (Pengampunan)Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)Surat Hud (Nabi Huud A.S.)Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)Surat Ar Ra'd (Guruh)Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)Surat An Nahl (Lebah)Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)Surat Al Kahfi (Gua)Surat Maryam (Maryam)Surat Thaha (Thaahaa)Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)Surat Al Hajj (Ibadah Haji)Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)Surat An Nur (Cahaya)Surat Al Furqaan (Pembeda)Surat Asy Syu'ara' (Penyair)Surat An Naml (Semut)Surat Al Qashash (Cerita)Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)Surat Luqman (Luqman)Surat As Sajdah ((Sujud)Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)Surat Saba' (Kaum Saba')Surat Fathir (Pencipta)Surat YaasiinSurat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)Surat ShaadSurat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)Surat Asy Syuura (Musyawarah)Surat Az Zukhruf (Perhiasan)Surat Ad Dukhaan (Kabut)Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)Surat Al Fath (Kemenangan)Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)Surat QaafSurat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)Surat Ath Thuur (Bukit)Surat An Najm (Bintang)Surat Al Qamar (Bulan)Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)Surat Al Hadid (Besi)Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)Surat Al Hasyr (Pengusiran)Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)Surat Ash Shaff (Barisan)Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)Surat Ath Thalaaq (Talak)Surat At Tahrim (Mengharamkan)Surat Al Mulk (Kerajaan)Surat Al Qalam (Pena)Surat Al Haqqah (Kiamat)Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)Surat Al Jin (Jin)Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)Surat Al Insaan (Manusia)Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)Surat An Naba´ (Berita Besar)Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)Surat 'Abasa (Bermuka Masam)Surat At Takwir (Menggulung)Surat Al Infithar (Terbelah)Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)Surat Al Fajr (Fajar)Surat Al Balad (Negeri)Surat Asy Syams (Matahari)Surat Al Lail (Malam)Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)Surat At Tiin (Buah Tin)Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)Surat Al Qadr (Kemuliaan)Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)Surat Al Zalzalah (Goncangan)Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)Surat Al 'Ashr (Masa)Surat Al Humazah (Pengumpat)Surat Al Fiil (Gajah)Surat Quraisy (Suku Quraisy)Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)Surat An Nashr (Pertolongan)Surat Al Lahab (Gejolak Api)Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)Surat Al Falaq (Waktu Subuh)Surat An Naas (Manusia)
.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://peceq.blogspot.com/2020/03/aku-menangis-10060.html