Aku Masih Di Sini
Di suatu petang yang indah , angin lemah gemalai menyapa pokok-pokok nyior lalu pelepah-pelepah nyior menggerakkan mengikuti kuatanya angin ke arah selatan. Begitulah kehidupan seorang anak kampung yang masih di beri peluang oleh Sang pencipta menumpang di atas bumi milik Allah.
Ingin menulis lebih daripada pengetahuan adlaah di luar bidang aku sendiri. Kekadang aku masih mencari jawapan yang masih belum terjawab sampai sekarang ini. Kerana ia membuat diri aku cemburu tatkala sahabat-sahabat masih menulis dengan laju dan panjang lebar. Hanya aku sekadar melepas batuk di tangga sahaja. Ia membuat diri ini kian jauh daripada dunia maya ini sendiri.
Kekadang aku membonceng motorsikal dan pergi tali air tidak jauh dari rumah aku sendiri. Di sana melihat air mengalir seolah-olah mengalir masalah yang masih terbuku di dalam hati aku ini. Dan aku hadapi masalah ini dengan sendiri tanpa berkongsi kepada sesiapa yang ada di sekelilingi aku. Kerana aku mendapat nasihat daripada guru ku, jika ada masalah yang besar jangan mengadu kepada manusia, terus mengadu kepada Sang Pencipta kerana ia yang mampu menyelesaikan masalah kita sebagai manusia .
Menjadi pantang atau tidak suka akan sesuatu perkara, aku sengaja pendam di dalam hati ini agar ia menjadi ubat dan penawar yang sangat mujarab tatkala ubat moden tidak mampu mengubati hati. Sebut sahaja apa yang manusia telah buat kepada diri ku ini. Aku lepas kan di dalam doa , semoga ia mendapat balasan di akhirat kelak. Kita tidak mempunyai kuasai , mengawal hatta menundukkan perasaan orang terhadap kita. Oleh itu hadap sahaja perangai orang .
Sebut tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa adalah berat. Aku pernah terbaca ada seorang suami lebihi isteri mengatasi ibunya sendiri. Sanggup membela isteri daripada seorang ibu yang pernah menjaga lelaki itu selama 9 bulan di rahim ibunya. Akan tetapi pengaruh rakan membuat lelaki tersebut buta kebaikan ibunya sendiri.
Sekadar ini sahaja coretan kosong aku di dalam entri ini yang bertajuk Aku Masih Di Sini. Jika ada masa dan ruang aku akan menulis di dalam part kedua.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pemudattbc.blogspot.com/2023/02/aku-masih-di-sini.html