Aku Lebih Suka Engkau Bagaimana




AKU lebih suka berperang dengan musuh yang nyata berbanding dengan membelasah sama sendiri yang akhirnya kesan perang sesama sendiri lebih teruk dari berlawan dengan musuh. Engkau bagaimana?

Aku lebih suka mendiamkan diri daripada melawan keputusan jamaah walaupun nampak salah di mataku tetapi selagi ia bukan dosa besar yang Allah dan RasulNya murkai. Engkau bagaimana?

Aku lebih suka sedar diri ini bahawa aku seorang diri, bukanlah pemikir yang boleh menentang keputusan pimpinan yang dibuat secara berjamaah, kerana jelas mesyuarat itu adalah sunnah Rasulullah dan menyombong diri dengan kepandaian kita adalah sunnah Iblis. Engkau bagaimana?

Aku lebih suka untuk tidak membangkitkan kebaikan atau kehebatan aku jika ada terhadap jamaah semata-mata mahu membuktikan kononnya aku bijak, berguna, berjasa supaya nanti mudah mempengaruhi orang yang aku juga patut diberikan sesuatu atau dilihat sebagai mangsa. Engkau bagaimana?
Aku lebih suka melihat kelemahan diri daripada menimbang kelemahan rakan yang kemudiannya dijaja ke seluruh maya memberitahu dosa dan noda rakan itu yang mana aku lupa aib dan dosa aku ini, Allah yang tutupkan. Engkau bagaimana?
Aku lebih suka mengelak daripada terlalu memperbesarkan isu berkenaan dosa peribadi walaupun terhadap musuh dan lebih menumpukan kepada kesalahan kumpulan kerana telah ramai yang aku lihat, bila dosa peribadi orang lain diungkit-ungkit bagi memalukan, sekejap sahaja Allah terbalikkan hati yang mengata itu, menjadi dia sebagaimana orang yang malukan itu. Engkau bagaimana?
Aku lebih suka mendoakan untuk diriku dan sahabat-sahabatku sama ada dalam solat fardhu atau sunat untuk diampunkan dosa kita semua dan tidak mengaibkan dengan dosa yang mereka buat kerana ia ibarat menikam mereka, kita hulur pisau, bila disambut, kita terus menikam mereka. Engkau bagaimana?
Aku lebih suka sabar dan menunggu bukti-bukti atas apa-apa isu tanpa mendahului orang lain dengan cerita separuh masak yang kemudiannya menjadi fitnah disebarkan kepada semua orang, hanya kerana ingin mencari populariti. Engkau bagaimana?
Aku lebih suka melihat amal baik dan burukku daripada berkokok konon untuk syahid, semua orang tidak ikut sunnah, sedangkan solat subuh pun terkadang atau terlalu banyak masbuq dari muafiq dan paling sedih, subuh selalu menjadi dhuha. Engkau bagaimana?
Aku lebih suka menanti hukuman daripada pihak berkuasa jika ada pertuduhan terhadap pimpinan jamaah aku daripada terus menggelupur bila mendengar cerita kerana Presiden aku selalu menunjukkan contoh yang terbaik iaitu memegang prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, walau terhadap musuh, apatah lagi sesama jamaah. Engkau bagaimana?
Tidak kiralah engkau sama seperti aku atau kita berbeza, namun sesuatu yang perlu diingatkan ialah kaedah mesti berjalan mengikut Islam. Apa lagi sesama jamaah. Dalam Islam, ada ketikanya sesuatu itu, ia perlu disebarkan segera, ada ketikanya mesti ditahan dahulu. 
Jika kita terus menerus membelasah sesiapa sahaja tanpa senggang masa dan keadaan apabila menerima maklumat, dibimbangi kita ini hanyalah digunakan sebagai tukang salak sahaja bagi kepentingan orang-orang tertentu yang sudah pastilah akan menggunakan alasan Islam juga untuk bertindak. Engkau akan tersepit di celah dua alasan yang Islamik. Pihak yang diserang dengan pihak yang menyerang.
Di zaman fitan ini, ia datang dalam berbagai bentuk dari berbagai arah. Terserah kepada ilmu kita untuk bertindak mengikut Islam. Tetapi hakikatnya ramai yang tidak berilmu, maka ulamaklah yang menjadi panduan. Yang paling bahaya ialah golongan yang merasa bijak, bertindak sendiri, kemudian mengajak yang lain turut serta. Inilah jalan yang kita minta perlindungan daripada termasuk di dalamnya.
Semoga Allah lindungi hati kita yang sentiasa berbolak balik ini daripada merasa hebat, tetapi rupanya penuh dosa dan noda. Entah diampunkan Allah atau tidak dosa kita itu.
MOHD NASIR ABDULLAH
18 Januari 2021 – HARAKAHDAILY 18/1/2021




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/01/aku-lebih-suka-engkau-bagaimana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ternyata Ini Alasan Hacker Lebih Suka Gunakan Linux

Ternyata Ini Alasan Hacker Lebih Suka Gunakan Linux

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 252 hits
Gambar getintopcLinux merupakan sistem operasi dukungan Open Source yang dihadirkan oleh tim tertentu secara gratis dan lebih mendominasi dari pada sistem operasi lain Linux sebelumnya merupakan perkembangan perangkat lunak bernama Unix Ber...
Menurut Kajian Lelaki Suka Curang Berpotensi Untuk Mati Lebih Awal

Menurut Kajian Lelaki Suka Curang Berpotensi Untuk Mati Lebih Awal

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 218 hits
Mungkin inilah yang disebut hukum karma Kajian terbaru menunjukkan bahawa lelaki suka curang mati lebih cepat daripada lelaki yang setia Mengenai penyebabnya inilah yang dikatakan oleh penyelidik kajian Satu kajian baru baru ini yang dilaku...
Qualcomm Memperkenalkan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Yang Lebih Pantas Dan Luas

Qualcomm Memperkenalkan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Yang Lebih Pantas Dan Luas

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 244 hits
Qualcomm kini telah mengumumkan generasi kedua untuk ciri Qualcomm 3D Sonic Sensor iaitu teknologi pengimbas cap jari terbina pada skrin Melalui kemaskini generasi baru ini ia menawarkan sejumlah penambah baikkan berbanding generasi sebelum...
Melihat Lebih Dekat Roda Hingga Nomor Kursi Sriwijaya Air Yang Jatuh Di Dasar Lautan

Melihat Lebih Dekat Roda Hingga Nomor Kursi Sriwijaya Air Yang Jatuh Di Dasar Lautan

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 280 hits
TNI AL mengerahkan pasukan elite mereka dalam operasi besar besaran pencarian Sriwijaya Air yang jatuh di Perairan Kepulauan Seribu Sabtu Di antaranya Denjaka Marinir Kopaska dan Taifib Dalam penyelaman di dasar laut sejak pagi tadi tim men...
Soal Menyoal Gunting Di Meja Makan Dan Dapur Orang Korea Kok Lebih Sering Dipakai Daripada Pisau

Soal Menyoal Gunting Di Meja Makan Dan Dapur Orang Korea Kok Lebih Sering Dipakai Daripada Pisau

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 213 hits
Dari potong daging BBQ mi dingin sampai telur dadar orang Korea tampaknya lebih nyaman pakai gunting daripada pisau Kenapa ya
Hiburan Dedah Lebih Banyak Menangis Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Proses Ivf Anak Kedua

Hiburan Dedah Lebih Banyak Menangis Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Proses Ivf Anak Kedua

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 607 hits
Umum mengetahui bahawa penyanyi No1 Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sedang hamil anak kedua hasil daripada rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation Sempena hari lahirnya yang ke 42 Siti telah berkongsi proses rawatan tersebut dengan...
Video Tiada Kitab Yang Lebih Benar Melainkan Al Quran Ketua Sami Ya La Thailand

Video Tiada Kitab Yang Lebih Benar Melainkan Al Quran Ketua Sami Ya La Thailand

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 229 hits
Video Ketua Sami Ya la Thailand Akui Tiada Kitab Yang Lebih Benar Melainkan Al Quran
Hannah Delisha Padam Lebih 800 Gambar Free Hair Tak Tutup Aurat

Hannah Delisha Padam Lebih 800 Gambar Free Hair Tak Tutup Aurat

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 574 hits
Membuat keputusan untuk berhijab sejak September lalu ramai yang memuji penampilan terbaru pelakon Hannah Delisha yang dilihat lebih cantik dan manis apabila menutup aurat Setelah hampir empat bulan berhijab Hannah telah memadam gambar free...
Lebih Baik Block Dari Bergaduh Dan Menyakiti Hati Sendiri

Lebih Baik Block Dari Bergaduh Dan Menyakiti Hati Sendiri

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 620 hits
Artikel ini ditulis untuk rujukan iena untuk menjawab jika ada yang bertanya mengapa mereka di block Cik iena block semua orang dalam friend list adik ipar Aten Alesya sebab tak tahan hidup dia suka cemburu membabi buta Segala apa iena post...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas