Aku Emas Dan Dinar
Tetiba rasa nak kongsi cerita, sebuah cerita pendek tentang aku dan emas. Semuanya bermula pada tahun 2011 (14 tahun yang lalu!). So, dah lama aku ni minat dengan emas ni.
Aku dan Dinar
1 Dirham dan 1/8 Dinar Darul Takzim
Tahun 2011 tu, kawan aku masa tu ada kongsi di laman FB yang dia ada jual pakej 1/8 dinar (0.53g emas 999) dan 1 dirham (2.975g perak 999) keluaran “darul takzim”. Ya, emas keluaran negeri johor.
Aku ada kongsikan cerita aku mula beli emas tu di entri aku yang ini : Wang emas.
Dinar kerajaan negeriZaman tu, dinar banyak dikeluarkan oleh kerajaan-kerajaan negeri, contohnya dinar kelantan, dinar negeri perak, dinar darul takzim negeri johor, dan dinar darul khusus negeri sembilan.
Dinar Darul Khusus (Negeri Sembilan)
Dinar Kerajaan Negeri Kelantan
Dinar Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan
Harga aku beli masa tahun 2011 tu (1/8 dinar + 1 dirham) adalah rm130. Tahu harga sekarang berapa? Anggaran dalam rm296.
Dinar buat maharSetahun lepas tu kalau tak silap, pada tahun 2012 aku beli pula 1 dinar dari syarikat GCP. Sekarang ada lagi ke tidak syarikat GCP ni entah. Aku beli dalam RM600++ masa tu beli guna duit biasiswa jpa je. Sekarang? Dalam lingkungan harga RM2000++. Gila! Hahaha
Memang masa aku beli dinar tu, aku niatkan untuk buat mahar kahwin! Masa tu umur dalam 22 tahun dah fikir dah pasal mahar kahwin. advance tak? walaupun masa tu tak ada calon isteri lagi. Hahahaha.. Sekarang dinar tu dah selamat pun berada di tangan bini aku.
Dinar GCP
Lepas pembelian dinar pada tahun 2012 tu, aku dah tak ada sebarang penambahan pembelian emas dah. Sebab bila aku mula start kerja dan ada duit sendiri sejak tahun 2015, aku kurang exposure tentang dinar/emas ni.
Emas hadiah AnniversarySampai la tahun 2023, masa aku pening tak tau nak bagi hadiah anniversary apa kat bini aku. Aku terjumpa promosi kawan yang pernah kerja sekali sebagai pegawai farmasi PRP di Hospital Pulau Pinang sekali dengan aku dulu, Shikin Zainal.
Dia dealer public gold. Dia banyak share pasal gold accumulation program (GAP). Aku pun mula daftar akaun sebab nak beli hadiah anniversary kat bini. Maka anniversary kami pada mac 2024, aku hadiahkan 1g emas 999.
Selang 2 bulan lepas tu, lepas bini aku bersalinkan anak kedua kami pada mei 2024, aku hadiahkan lagi 1g emas 999. Nampak tak pattern aku disitu? Tak tau je nak bagi hadiah apa, bagi je 1g emas. Setel! Hahaha...
Senang bila ada akaun GAP ni. Simpan sikit-sikit, serendah rm100, buat back up hadiah. Tak tahu nak bagi hadiah? Withdraw saja 1g. Senang hidup. Itu je tujuan aku buka akaun GAP masa tu.
Ketagih EmasGold Accumulation Program (GAP) Public GoldTapi dengan simpanan emas ni, kita mudah ketagih! Hahaha.. ketagih nak menyimpan. Bagus la kan? Benda baik. Sekarang dalam pegangan aku, dah ada 2 biji gold bar 1g emas 999 dan 1 Dinar (4.25g emas 999) keluaran Public Gold. Next target, nak withdraw sekeping 5 Dinar, insyaAllah...
Korang pun, yang mana ada minat nak menyimpan emas, boleh contact kawan aku tu di sini : https://publicgoldofficial.com/shikinzainal
Ko hado? Korang ada simpan emas?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.budakpening.com/2025/04/aku-emas-dan-dinar.html