Aku Bukan Loser Part 7


7.     Balas dendam? Apa cerita dendam kau dengan si jebon tu? Terkubur je sebenarnya. Aku ni kaki cakap sembang tapi mereput je mampu. Memang mula-mula kalau diikutkan hati, binasa si Izat tu aku kerjakan. Hello, aku double xl lawan dengan xs tu. derr??? Dah boleh agak sadis endingnya tu kan. Tapi aku hanyalah seorang perempuan. Mana pernah keluar berita lelaki maut dikerjakan perempuan berumur 13tahun? Tapi aku ambil tahu juga pasal si Izat tu. Dalam diam memang mata aku tak lepas curi-curi usha dia. Bukan yang macam korang fikirkan. Aku ni jenis perempuan yang tak reti nak bercakap dengan lelaki. Aku totally out kalau berdepan dengan lelaki. Lagi-lagi jenis lelaki yang bercakap dan beriya betul dia tenung mata kita time bercakap tu. Memang aku gabra padahal takpa pun sebenarnya.    Izat memang popular. Popular dengan prestasinya sebagai budak bermasalah. Kaki ponteng. Kaki tak siap kerja sekolah. Kaki memekak. Kaki pukul. Kaki merokok. Kaki pengacau. Kaki temberang. Kaki bilik kaunselor. Sampai oneday tu, cikgu sendiri pernah menghalau dia dari kelas disebabkan sikap kurang ajarnya. Kalau aku yang kena, memang terus diam dan minta maaf dengan cikgu tu balik kan. Tapi bukan dia. Dia sempat lagi membidas dan terus berlalu pergi. Satu kelas terkaku. Disebabkan peristiwa tu, aku rasa ramai cikgu buat tak endah dengan kewujudan si Izat tu. Dia datang ke tidak, bukan menjadi hal besar kepada cikgu. Izat selalu dengan dunia sekolahnya sendiri. Dan sememangnya tidak sama dengan perwatakan cikgu-cikgu yang macam dekat tv tu kan? realitinya ada lagi ke cikgu yang bersungguh mengambil tahu perihal anak muridnya mengapa berperangai sedemikian bukan?     Sehinggalah masuk form 3, berita Izat senyap sebegitu sahaja. Cerita terakhir aku dengar, Izat sudah diberhentikan sekolah kerana perangainya itu. Dan sampailah satu hari, aku terserempak dengan Izat disalah sebuah kedai makan. Masa itu, aku dengan keluargaku. Dia yang mengambil order dari meja kami. Perwatakan Izat sungguh berbeza. Aku kenal dia pun gara-gara alis matanya yang nampak segan bila aku memandangnya. Aku yakin dia tahu kalau aku nak tahu. Izat kerja?Persoalan aku terjawab sedikit bila Farhana yang sekampung Izat menceritakan sedikit perihal Izat kepadaku. Walaupun bukan semuanya, tapi aku sudah boleh mengagak. Izat datangnya dari keluarga bermasalah. Bapanya kaki judi dan telah pun bercerai dengan ibunya. Tidak lama selepas itu, ibunya pergi meninggalkan dia sebatang kara. Aku ingatkan cerita sebegitu hanya di dalam tv, tapi realitinya memang berlaku.Betullah apa orang kata, ada sebab dan munasabab bila sesuatu itu berlaku walaupun bukan dengan kehendak kita. Dalam diam, aku pergi lagi ke kedai makan tempat Izat bekerja. Aku tak tahu kenapa kaki nak melangkah juga ke tempat itu even kepala aku cakap jangan. Dua tiga kali juga aku ke sana. Walaupun bukan Izat yang serve aku, aku sempat mengushanya kejap-kejap. Degil betul hati aku masa tu.     Masa itu dah nak dekat pmr. Kesibukan melampau mengalahkan pelajar spm. Setiap petang pasti ada saja kelas tambahan. Habis saja kelas tambahan, pergi pula berkawad. Dan aku masa itu tersangatlah aktif. Aku ialah salah seorang kadet remaja sekolah. Pada mulanya hanya sekadar untuk mengisi buku rekod kokurikulum, tapi lain ceritanya bila kami menang dalam pertandingan kawad kaki sukan sekolah. Dan disebabkan itu, pihak sekolah mahu menghantar kami ke peringkat daerah pula. Memang beriya semangat berkawad tu lain macam. Disebabkan sibuk berkawad, dengan kelas tambahan, hampir setiap hari aku sampai ke rumah jam 7 malam. Sama seperti Izza. Ya, kami masih rapat. Dia juga kadet remaja sekolah. Dia juga geng silat gayung. Dan dia juga kawan sekolah agama khas aku. Dengan erti kata lain, melangkah saja aku ke sekolah, sememangnya ada Izza disebelahku. Dan sejak itu, aktiviti 'part time' aku juga berhenti perlahan-perlahan. Cerita Izat senyap-senyap aku pendam dan letakkan disatu sudut yang tiada siapa pun tahu.      Habis sahaja pmr, aku senyap-senyap pergi semula ke kedai tempat Izat bekerja. Dengan harapan kononya aku nak tegur Izat buat pertama kalinya. Aku tahu dia masih kenal aku lagi. Tapi semuanya disebaliknya. Rancangan Dia. Izat sudah pun berhenti. Aku hanya mampu tersenyum. Diam. Dan terus diam. Hampir satu jam juga aku melepek tanpa sebarang riaksi. Datang salah seorang staff medekatiku."Aku rasa kau nak ini kan?" Hulurnya satu kertas bertuliskan nombor kepada ku.'Apa ni?' Pertanyaan yang mampu terluah melalui mataku sahaja."Aku tahu kau suka dia kan?" Tekanya lagak tahu serba-serbi."Aku Ikmal, panggil Abang Mal..." Dia kenalkan diri tanpa dipinta. Mungkin lepas perasan aku kurang selesa dengannya."Ambillah. Telefon dia kalau kau rasa patut. Aku cakap ni sebab aku nampak apa yang korang berdua tak nampak. Izat budak baik, cuma keadaan tidak mengizinkan dia mendapatkan yang lebih baik." ujarnya panjang pula. Aku hanya memandangnya. "Kau budak sekolah lagi. Masih panjang lagi perjalanan korang. Izat tu walau tak banyak cakap, tapi aku tahu dia nak berkawan dengan kau...tak percayakan??" Eh, dia ni banyak sangat tengok drama tv agaknya."Aku juga tahu yang dulu tu kau pun selalu usha dia curi-curikan.. jangan nak kelentong abanglah!" sambungnya tanpa dipinta. Banyak mulut pula bila dibiarkan ni. Aku pandang sekilas jam ditangan. Lama sangat ni keluar, bernanah pulak dengar Abah membebel nanti."Kau dengan Izat ni sama pattern ke apa. Aku duduk bercakap panjang-panjang ni, bagilah respon sikit.." tiba-tiba dia bersuara sedikit kuat bila aku hanya membisu."Kenapa? Dah nak balik ke?" Tanyanya bila dilihat aku kejap-kejap memandang jam ditangan."Err, Abang Mal kan tadi. Saya gerak dulu. Takut mak risau pulak. Terima kasih!" aku menunjukkan cebisan kertas tadi kepadanya.Budak perempuan ni sebiji macam Izat ke apa. Dia hanya mampu menggeleng. Dan niat mulianya sudah pun tercapai. Tujuan dia menyimpan nombor itu pun untuk diberikan kepada budak perempuan tu. Tiada siapa tahu rahsia perjalanan hidup manusia yang sudah tertulis. Izat bukanlah seperti yang ramai perkatakan dan sayangnya terhadap anak itu sudah seperti adiknya sendiri. Tak salah sedikit kebahagiannya diberikan kalau sudah didepan mata.Malam itu berhalilintar jugaklah emak membebel. Nasib aku selamat bila Abah tiada dirumah pada waktu itu. Cebisan kertas tadi aku keluarkan dari poket seluar. Nombor maxis. Tapi aku mana ada telefon nak telefon. Alah, kalau telefon pun nak cakap apa pulak nanti? Sumpah buat malu je nanti. Jangan cari pasal. Huhhh. Satu nafas kasar je mampu aku luahkan...-bersambung

coretan by atoo
xoxo =)http://aq-islam.blogspot.com/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aq-islam.blogspot.com/2015/10/aku-bukan-loser-part-7.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Bukan Loser Part 1

Aku Bukan Loser Part 1

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 282 hits
1 Mencuba Cuba dan cuba lagi Jahanam tetikus cybercafe ni aku tekan laju laju Kenapa tak dapat Kenapa takde panggilan uitm pun Arghhh Habislah kena bahan dengan Abah Aku dah boleh agak Takpe Lagipun aku bukannya anak harapan Abah Aku dah me...
Aku Bukan Loser Part 10

Aku Bukan Loser Part 10

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 135 hits
10 Sudah genap 2 minggu dunia Form 4 ni bermula Tapi aku masih lagi terasa mood cuti tu berlegar legar segar dalam jiwa dan mental Masih terpinga pinga arah sebenar yang sepatutnya aku ambil untuk teruskan dunia pembelajaran ni Sebab untuk ...
Aku Bukan Loser Part 12

Aku Bukan Loser Part 12

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 121 hits
12 Senior Walaupun hanya berselang setahun awal kau beranak dulu kewajipan memangil kakak tu tersangatlah diambil kira Kakak itu Kakak ini Akak macam ni boleh tak Errr akak macam ni tak boleh ke Akak saya nak pergi surau dulu Akak kita gera...
Aku Bukan Loser Part 13

Aku Bukan Loser Part 13

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 164 hits
13 Hey saya Aisyah dari Batu Pahat Hai aku Fazira JB Aku tak beberapa ingat bagaimana hubungan aku dan Fazira bermula Tapi proses kenapa hubungan itu rapat juga tetap sama Disebabkan masa Disebabkan keadaan Fazira kawan rapat aku di dalam k...
Aku Bukan Loser Part 9

Aku Bukan Loser Part 9

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 176 hits
9 Cerita kawan aku tak habis lagi Sebab aku masih lagi percaya antara ramai ramai kawan aku ada kawan yang tahu give and take Sebab setiap yang memberi haruslah diterima dan diterima haruslah memberi balik Itulah kehidupan berkawan Masa For...
Aku Bukan Loser Part 11

Aku Bukan Loser Part 11

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 144 hits
11 Alhamdulilah Semuanya selamat Dengan perasaan takut berteman sang ego dapat juga aku menahan mata ini dari dibanjiri tsunami Sebak dia sampai tak boleh nak cakap masa aku peluk mak Emak dengan Abah pesan macam macam Aku rasa masa tu aku ...
Aku Bukan Loser Part 14

Aku Bukan Loser Part 14

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 129 hits
14 Masa makin mematangkan kita Antara aku selesa atau tak aku makin pandai menyuaikan diri Bukanlah payah mana Semuanya dah ada dalam jadual Ikut jelah jadual yang diberikan Dia suruh belajar kau belajar Dia suruh solat kau turunlah masjid ...
Aku Bukan Loser Part 8

Aku Bukan Loser Part 8

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 125 hits
8 Habis sahaja pmr dah lagak serupa tamatlah jajahan ditanah melayu jeritnya Aku masih tetap lagi ke sekolah seperti biasa walaupun ramai cakap membuang masa Semangat ke sekolah tu sudah sebati dalam jiwa nurani Aktiviti kat sekolah masa tu...
Aku Bukan Loser Part 3

Aku Bukan Loser Part 3

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 121 hits
3 Emak tak boleh ke kita pindah tahun depan sesi ber nego aku dan emak yang ke ratus kali dan tak pernah habis Emak baru je balik daftar sekolah baru Along kat sana Cikgu sana baik baik tahu Emak tak pernah nak faham Along Hati remaja aku m...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities