Aku Bukan Loser Part 2
1.
Mencuba. Cuba dan cuba lagi. Jahanam tetikus cybercafe ni aku tekan laju-laju.“Kenapa tak dapat? Kenapa takde panggilan uitm pun?!” Arghhh…
Habislah kena bahan dengan Abah. Aku dah boleh agak. Takpe. Lagipun, aku bukannya anak harapan Abah. Aku dah memang boleh agak pengakhiran seorang anak sulong. Tinggi mana pun aku pergi, jauh mana pun dia tercampak, tetap akhirnya tinggal dengan emak bapak sebagai pewaris keluarga.
Aku ada lagi dua orang adik yang emak dengan abah rancang lelaki tapi keluarnya perempuan juga. Dan bila Doktor Hospital Batu Pahat tu menasihatkan emak bahaya kalau melahirkan anak yang keempat. Maka dengan itu aku secara sah aku menjadi Along kepada dua budak perempuan.Adik-beradik perempuan ni bukan main jahatnya melampau. Adik-adik aku bukannya stock yang mengada-ngada tak dapat Barbie dolls menanggis hentak-hentak kaki tu tapi lebih extreme ordinary. Kalau bergaduh bertumbuk badan kat bahagian belakang tu. Sekali tumbuk tak macam nak tercabut jantung tu bunyi. Gedebuk, gdebuk bunyi dia.Emak datang sambil membebel pok pek pok pek, benda biasa. Lagi kuat aku dengan adik aku tu bertikam lidah mengalahkan dewan parlimen. Tapi bila bapak aku masuk tangan, maka habislah. Cukup Abah terpacak depan pintu je, habis semua jadi roti canai. Berbirat. Berbiru. Bernangis tak berlagu.Kerusi plastik, tali pinggang, getah paip, hanger, tu semua memang kawan baik aku. Sampai satu tahap tu, kerusi plastik tu boleh pecah sebab tak tahan dengan aku yang berbadan kebal. Pencen polis memang macam tu rasanya mendidik anak. Kalau aku tahu ni semua satu kesalahan besar, memang dah lama aku buat report polis pasal Abah aku ni. Kahkahkah. Termasuk minggu ni, genap 5 bulan aku jadi penggangur lepasan spm. Muka abah dengan emak pun dah naik menyampah agaknya dengan aku. Buat kerja perabis bil api air je duduk melango kat rumah. Masak tak tahu. Makan nombor satu. Mana tak subur menternak lemak jadinya. Macam dah dipam-pam je badan aku time tu.Aktiviti harian aku. Tepat jam 2 mesti aku jadi penunggu setia abang posmen yang setia hantar macam-macam surat kat rumah aku ni. Memang teruja beruk la dapat surat. Even surat bil celcom bapak aku pun aku punya teruja semacam.
Aktiviti kedua, aku sangat teruja tengok drama-drama uni kat dalam tv3 tu. Lagi-lagi siri Dunia Baru. Konon mencari feeling kehidupan universiti dan ada geng-geng sahabat sejati dunia akhirat. Hahaha. Kononnya. Dulu mananya nak mampu emak kita beli sebiji laptop. Online pun tak tahu. Pergi ke cybercafe berbasikal semata-mata nak isi upu online tu. Dan sampai satu hari..
“Along tu tak nak sambung belajar ke?" Abah menunjukkan sayangnya pada aku.“Dia tunggu uitm.. tapi kalau takde jawapan tu katanya nak masuk Unikop.. dekat KL..” emak jawab sambil tanganya lincah lipat baju.
“KL? Nak ambik kos apa tu?....”Aku terus kuatkan radio handphone model LG. Aku malas nak dengar. Abah mesti halang. Lepas tu sakarstik pada aku. Biarlah emak yang sampaikan dengan lebih demokrasi. Tapi aku bukan anak tak guna yang lupa jasa emak bapak. Aku masih sedar diri. Cuma faktor memberontak jiwa remaja tu buat aku terus tekad pilih Unikop sebagai tempat menimba ilmu. Nak keluar Johor. Tak kira, nak keluar Johor jugak!“Kenapa awak taknak kerja Aisyah?” Soalan yang cukup masak hangus aku dengar. Izza ni kalau ajak melepak, soalan jantung pisang ni jugak menjadi pilihan.“Kalau awak kerja, macam-macam boleh beli. Takpayah dah nak minta family belikan…” bebelan Izza selaku kawan sekolah aku paling rapat. Izza ni anak cikgu. Komfim pandai geliga la sebab otak dari sel-sel cikgu dan cikgu."Kalau awak nak, taska tempat saya kerja tu ada nak pakai orang. Bolehlah kita kerja sama-sama.." ajak Izza. Bersungguh niatnya hendak aku menjadi berguna pada diri sendiri. Aku terharu seketika.“Bukan saya taknak kerja, tapi awal tahu jelah Abah saya tu. Mana percayakan saya boleh kerja..” Alasan yang masih sama nak menampakkan aku ni anak kesayangan keluarga. Puihh.. Kahkahkah
-bersambung..
coretan by atoo
xoxo =)
http://aq-islam.blogspot.com/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aq-islam.blogspot.com/2015/10/aku-bukan-loser-part-2.html