Aktiviti Semalam


Assalamualaikum... 
BARU lepas sarapan di pagi Sabtu.  Dari semalam berangan nak menggoreng nasi jadi sengaja masak nasi lebih untuk makan malam tadi.  Jadi,  pagi-pagi dah dok menumbuk rencah nasi goreng.  Alhamdulillah,  kenyang dah perut pagi ni,  dapur dah siap kemas jadi marilah kita memgadap blog sekejap.  Lepas ni nak lipat kain baju yang dah bergunung-ganang dalam bilik Iman 😂😂😂 syhhhhh!! 
Jadi,  mari kita cerita tentang semalam. Sk sajalah ajak Pak Inche jalan-jalan ke Ikea.  Nak tahu jugaklah apa yang sale sampai 50% tu.  Ada jer kawan yang share gambar produk yang sale tapi nampak macam tak berapa menarik.. Setakat pinggan mangkuk dah berlambak kat dapur Sk sampai dah tak tahu nak letak kat mana 😂 itupun kalau jumpa yang berkenan tangkap jugak sebiji dua,  hahaha. 
Jadi,  Pak Inche tanya nak beli apa?  Sk kata nak tengoklah kot barang idaman Sk ada diskaun ke tidak.  Tapi,  kita makan dulu la,  lepas tu baru jalan.  Pak Inche kata,  Sk belanja makan.  Sk setuju dengan syarat Pak Inche belanja shopping,  kah kah kah.  Jomlah kita!


Kali ni tak ambil meatball macam selalu.  Nantilah bila Iman balik kita ajak dia makan meatball.  Ni ambil untuk alas perut jer sebelum jalan-jalan.  Hahaha... Alas perut konon. 

Kami sampai ke Ikea dah jam 3 lebih.  Masa ni memang ramai sampai kena park di tingkat bawah.  Tapi mujur juga tak perlu beratur panjang di medan selera tapi memang full house jugaklah.. Layannnn! 
Lepas makan,  kami terus turun ke tingkat bawah.  Malas nak lalu show room.  Tengok orang berebut beli pinggan putih RM2.90 tu.  Bukan tu memang regenya ke???  Hahahaha.  Tengok memang ada la pinggan dan mangkuk hidang yang ada diskaun tapi ia bukan barangan idaman Sk.  Barang yang Sk nak sangat beli,  takde diskaun pun.  Dapat 50% sedap juga ni apa pun takdok,  hahahha.  

Pak Inche kata,  nak beli alas kusyen,  okeylah bagi empuk sikit kan.  Lepas tu Sk tengok cermin berlampu ni RM19.90 dari harga asal RM39.90. Terus rasa nak beli cermin ni,  sekali balik rumah baru perasan cermin kanta,  hahaha.  Nak suluh jerawat memang cantikkkk,  hahahaha. 


Balik dari Ikea,  Pak Inche ajak ke NSK cari barang masak.  Lepas tu,  Sk nampak ni pulak,  terus beli.. Padahal hari tu dah beli satu set kat Family Mart pun tak masak-masak lagi sampai sekarang,  hahaha. Topokki ni antara masakan Korea yang Sk sangat suka selain ramen.  Alaaa..  Ramen tu siapa yang tak suka,  kan.  Ni nanti dah masak,  Sk tulis kat blog ya.  Ni simpan dalam peti sejuk dulu tengoklah nak masak esok ke boleh bawa pergi office.  Pandai ke kawan-kawan Sk makan topokki ek,  hahahha. 
Balik NSK,  ajak Pak Inche pergi Aeon Taman U pulak sebab ada baucer RM30 yang dah nak luput tarikh.  Beli bedak Baby Johnson pek kembar,  pencuci tangan dan ayam potong kecik,  ada baki lagi 30 sen.  Cashier cakap,  ini baki tak pulang ya.. Iolah..  Faham..  Faham.  Balik rumah terus masak nasi macam Sk cerita atas sekali tu. Goreng ayam potong kecik beli tu dan panaskan left over Asam pedas yang Sk tak ada cerita sebelum ni. Dah..  Tamatlah kisah semalam. 
Semoga ada umur untuk kisah yang akan datang.. Amiinnn Ya Robb. 







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2019/07/aktiviti-semalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bergambar Anwar Bersama Pimpinan Dan Aktiviti Semalam

Bergambar Anwar Bersama Pimpinan Dan Aktiviti Semalam

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 266 hits
Di Palace of Golden Horses Seri Kembangan untuk majlis memperingati sosok anti apartheid anti perkauman dan revolusioner Nelson Mandela Meski berpeluang mentadbir untuk tempoh yang singkat perubahan yang dibawa Madiba ternyata mengesankan w...
Aktiviti Padankan Gambar Dengan Ayat By Syumul Studio

Aktiviti Padankan Gambar Dengan Ayat By Syumul Studio

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 1701 hits
Perkongsian kali ini adalah dari muka buku Aktiviti ini memerlukan murid untuk memadankan gambar dengan ayat yang sesuai Terdapat 10 helaian yang dikongsikan
Aktiviti Jom Kira Dan Warna By Aishah Nurain

Aktiviti Jom Kira Dan Warna By Aishah Nurain

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 1099 hits
Aktiviti Jom Kira Warna perkongsian dari cikgu cikgu cikgu boleh save gambar dibawah dan lakukan aktiviti ini bersama murid murid atau anak cikgu di rumah
Aktiviti Webinar Tambah Jam Berkursus Ldp

Aktiviti Webinar Tambah Jam Berkursus Ldp

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 290 hits
Aktiviti Webinar Tambah Jam Berkursus LDP SPL KPM iaitu Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia memberi peluang kepada guru untuk melibatkan diri dalam sesi perkongsian ilmu atau seminar secara dalam talian Berdasarkan kep...
Aktiviti Kami Seisi Keluarga Hujung Minggu

Aktiviti Kami Seisi Keluarga Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 374 hits
Bila pagi pagi suami bagitahu pergi lah bersiap dengan anak anak Apalagi bila anak anak dengar abah dia cakap macam tu Menjerit kegembiraan lah mereka ni semua Yup suami memang agak busy kebelakangan ini Ada jer kerja kerja pemasangan cctv ...
Alasan Najib Tak Hadir Istiadat Pertabalan Agong Semalam

Alasan Najib Tak Hadir Istiadat Pertabalan Agong Semalam

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 370 hits
Semalam seluruh negara diisytiharkan sebagai cuti umum sempena Hari Pertabalan Yang di Pertuan Agong ke 16 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Tembakan meriam sebanyak 21 das diiringi laungan Daulat Tuanku menandakan peny...
Makan2 Semalam

Makan2 Semalam

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 230 hits
Asalamualaikum dan salam isnin buat kawan2 semua Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menyedut udara segar pagi ini apa pun yang kena hadapi redha dan bersyukur dengan keadaan ini dan kawasan kak rose ni sering sangat ada gangguan...
Kerana Bapa Langgar Lampu Merah Kemalangan Putrajaya Semalam

Kerana Bapa Langgar Lampu Merah Kemalangan Putrajaya Semalam

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 595 hits
Kemalangan membabitkan dua kereta sehingga mengorbankan seorang kanak kanak berusia lima tahun di Jambatan Sri Ehsan di Putrajaya kelmarin berpunca daripada kesilapan bapanya melanggar lampu isyarat merah Ketua Polis Daerah Putrajaya Asiste...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Tak Cukup Tangan Caprice Terkejut Terima Lebih 900 Aduan Baru

Benci Kesalahan Jangan Benci Orang Yang Salah Ig Ibu Lesap Aisyah Aziz Kongsi Quote Nasihat

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Penstrukturan Semula Kwsp 2024