Aktiviti Menarik Di 99 Wonderland Park Selayang


Pertamanya, AWAS post ni panjang sikit ye. Bagitahu awal-awal | Baiklah, saya mulakan cerita. Saya usulkan pada Encik Suami pergi ke 99 Wonderland Park Selayang, alang-alang dah dekat. Kalau dari Seremban macam jauh pula. Dah dekat ni, jom lah kita. 
99 Wonderland Park Selayang Pusat Bandar Utara Selayang Batu Caves Selangor99 Wonderland Park merupakan Taman Rekreasi terbaru di Kuala Lumpur (New recreational Landmark in KL). Terletak di Pusat Bandar Utara Selayang, Batu Caves, Kuala Lumpur, Malaysia. Ada info lain katanya Selayang, Selangor.

Saya pun confused! Mana satu ek? Kuala Lumpur ke Selangor?

Taman rekreasi 99 Wonderland Park ni bukan biasa-biasa. Ada banyak tarikan di sini. Ada mini zoo, akuarium, pelbagai jenis persembahan dan banyak lagi. 
Pengunjung boleh menikmati alam semulajadi menikmati permandangan, mendekati haiwan, memberi makan dan belajar tentang haiwan yang ada di sini.
Ini adalah taman rekreasi yang menawarkan pelbagai tarikan, seperti zoo, akuarium, dan kawasan haiwan peliharaan. Taman ini terkenal dengan koleksi haiwan yang pelbagai, termasuk beberapa spesies eksotik. 
Ia juga mempunyai beberapa zon tema yang menarik, yang memberi peluang kepada pengunjung untuk berjalan-jalan, menikmati alam semula jadi, dan belajar lebih lanjut tentang haiwan.

Nama "99 Wonderland Park" membawa maksud tempat yang penuh dengan keajaiban dan penemuan. Ia memberikan pengalaman yang menyeronokkan bagi semua pengunjung yang datang ke sini. 
Parkir dan bayaran parkirMalam tu kami sampai jam 8 lebih. Tak ramai orang lagi. Kereta pun baru beberapa buah di ruang parkir. Ruang parkir depan pintu masuk 99 Wonderland je. Sistem parkir berpalang. Kena bayar guna debit kad. 1 jam pertama RM2. Jam seterusnya RM3

ambil gambar dari dalam kereta. Begini je lah rupa dia. 
Dah parkir kereta, jomlah kita seberang jalan ke pintu masuk 99 Wonderland Park. Hati-hati melintas jalan raya, tengok kiri-kanan. Jangan main lintas je sebab jalan besar. Banyak kereta lalu-lalang di sini.


Masuk je nampak board sebelah kanan yang menunjukkan pelbagai aktiviti yang ada di 99 Wonderland Park


Harga tiket 99 wonderland park selayang 2025Boleh rujuk dalam gambar di bawah. Oleh kerana kami pergi hari waktu bekerja. Harga tiket RM35 sahaja. 
Murah dari hari minggu. Tapi tak ada beberapa aktiviti yang meriah macam hari Jumaat dan Sabt. Contohnya macam fire show, 3D animation fountain dan lain-lain lagi

Kira okaylah harga dorang reduce untuk weekdays. Kalau harga sama tak bestlah kan tak ada aktiviti lain-lain tu


Kami tak beli tiket online. Terus walk in je, beli terus di kaunter. Orang tak ada, jimat masa tak perlu beratur lama


Dah beli tiket, dapat paper wristband. Sebelum masuk staff akan pakaikan paper wristband. Sepatutnya kena scan tapi kami tak scan sebab staff terus suruh masuk je. Tak ramai orang kot

Selain wristband, kami dibekalkan juga dengan pamplet. Ada map dan maklumat tentang 99 Wonderland Park ni. Senang nak rancang nak kemana dulu

99 Cruise RideDepan kaunter ada 99 Cruise Ride. Ini kalau naik kena beli tiket cruise pula. Tapi kami tak naik


I Love Madani SculptureDari situ kami terus ke kiri, tudiaa 1 Love Madani Sculpture.  Antara tempat wajib bergambar katanya. Dalam map tulis Photo spot


99 ZoovenirBerhadapan dengan I Love Madani sculpture ada 99 Zoovenir. Zoovenir ni ada jual pelbagai jenis souvenir. Tapi ni memang kena masuk kalau nak exit nanti. Memang lalu sini tak ada jalan lain ye. 


99 Beruang Universal & Master PandaSepanjang jalan di kiri kanan dipenuhi patung master panda dengan pelbagai gaya. Comel-comel semuanya.

Kita pun join dua kaki lah tiru gaya master tai chi ni. Gaya kami berbeza ye, tak sama. Saya buat versi sopan sikit. Ini kalau nak tiru semua gaya, habis bateri handphone bergambar je kerjanya


BroadwalkBroadwalk ni panjangnya 175 meter. Nampak jauh tapi tak jauh pun kalau dah leka tengok haiwan. Di sebelah kiri tu tempat Buaya Tembaga


Tenang betul suasana di sini bila tak ramai. Macam ni saya suka, boleh jalan-jalan santai je. Tak berebut nak ambil gambar pun

Buaya TembagaPermulaan masuk ke sini dah nampak tempat telur buaya. Belek-belek tak nampak pula telurnya. Disebalik rumput agaknya


Tercari-cari dimanakah buaya tembaga? Lahhh rupanya di bawah tu. Duduk senyap je. Besar ya amat!


Kalau tiba-tiba dia libas ni mahu terpercik air sampai atas broadwalk. Ingatkan seekor, rupanya ada lagi seekor. Tengah bersantai nampak. Besar juga. Kalau weekend adalah aktiviti bagi makan buaya dan belajar tentang buaya mungkin


Kami tinggalkan buaya dan terus ke 99 Wild Island
99 Wild Island99 Wild Island ni ada pelbagai jenis haiwan antaranya ostrich, brown capuchin (monkey), bat-eared fox, ring-tailed lemur, snake, civet, iguana, raccoon, sulcata dan banyak lagi


OstrichDari jauh dah nampak si ostrich ni berlegar-legar. Ostrich ni memang dilepaskan. Ada juga yang dalam kandangnya. Dia ni jinak ye. Mulanya macam takut nak bergambar dekat-dekat. Takut dia patuknya nanti. Eh, dah macam ular pula

Dah dekat, berani pula. Kita usap-usap dia boleh terlena pula. Penjaganya sergah bila dia tidur, bergurau pula dia. Terhibur kejap dengan si Ostrich ni. 

Pertama kali dekat dan pegang ostrich. Tesktur lehernya macam ayam gitu. Dah nama pun sama spesis burung. Cuma saiz besar kecil je
Ring-tailed LemurTengok ring-tailed lemur ni auto terus teringat movie Madagascar dengan lagunya I like to move it move it. Ingat tak? Rupa lemur ni macam garang. Ekor dia stripes tu yang buat comel. Ada beberapa ekor dalam sangkar ni. Bebas bergerak. Aktif juga mereka


RaccoonComelnya racoon. Lagi santai kawan! Elok je dia meniarap gitu kat atas. Saja lah tu nak tunjuk kecomelan dia. Kalau lemur tadi ingatkan kita dengan movie Madagascar tapi si raccoon ni teringat movie Guardin of the Galaxy, Rocket

Muka ganas tapi comel. Kann...Geram nak dukung peluk dia je. Tapi mengenangkan gigi dia tu, jadi seram lah pula

Kenapa awak comel sangat ni! On weekend maybe raccoon ni mereka keluarkan bagi peluang pengunjung pegang macam Farm in the city kalau tak silap. Tapi ada masa-masa dia lah



Snake houseDi snake house ada  2 sangkar je. Satu python si ular sawa dan satu lagi ular cincin emas kalau tak silap. Ular hitam ada garisan halus warna kuning macam cincin sepanjang badan dia. Kalau silap maafkan saya. Kita ni nampak ular terus rasa seram. Haiwan yang menakutkan


IguanaIguana ni saya nampak seekor je. Mungkin ada lagi kot. Tak membelek sangat. Yang ni tak takut tapi lebih kepada geli. Kalau suruh pegang kita lari dulu. Dekat pun takut, apatah pegang. Ini nasib baiklah dalam sangkar. 

Bat-eared foxSejenis musang tapi rupa paras macam kelawar. Macam tu ke seperti namanya? Tapi comel kan. Macam rupa raccoon pun ada. Nampak macam buat muka kesian. Dia terbaring je tak aktif. Mungkin tengah berehat



Sulcata tortoiseSulcata ni kita dah biasa tengok. Jadi kurang perhatian sikit untuk mereka. Mereka duduk terkaku gitu tak bergerak. Kita pun beralih lah ke tempat lain. Nak tunggu dia bergerak, lambat! Bukan kita tak tahu kisah dengan Arnab macamana


Wild turkeyWild turkey ni ada banyak. Pertama kali tengok wild turkey ni depan mata. Muka dia garang bukan main lagi ek. Sama spesis dengan ostrich datang dari keluarga burung


African crowned craneUnik betul rupa paras African crowned crane ni. Jangan tanya kenapa nama dia ada crown. Tengok tu crown dia. Kau ada? Katanya dalam hati.hihi... Crane mungkin sebab kakinya yang panjang


Turkey dan African crowned crane ni duduk dalam satu tempat. Tak bergaduh pula ye. Tapi bukan area Wild Island, berhadapan Wild Island dekat dengan animal petting zone dekat-dekat Capybara

Selesai sudah ronda-ronda di Wild Island. Kita bergerak seterusnya ke tempat lain

CapybaraDari jauh dah nampak capybara berlari-lari. Ada pengunjung tengah bagi makanan. Makanan tu kena beli. Tak pasti berapa sebab kami tak beli. Comelnya capybara ni. Nak dukung tapi macam berat je. 
Capybara antara haiwan yang saya nak jumpa. Struggle ye nak ambil gambar dengan si capybara ni. Tak reti duduk diam. Kita bersusah payah nak ambil gambar elok-elok dengan dia. Kejap-kejap beralih tempat lain. Ini je yang dapat


Pertama kali juga tengok capybara in real life. Pertama kali juga pegang capybara. Ingatkan bulu dia lembut. Sekali macam penyapu daa. Punyalah kasar. Tak tahulah macamana nak belai si capybara ni. Kita semua haiwan nak panggil macam panggil kucing. Kah

Jangan leka sangat tau berjalan di sini. Kena rajin pandang bawah juga sebab ada haiwan yang melepas merata-rata juga. Mujur kami tak terpijak najisnya. 
Animal petting zoneDi area petting zone kita boleh makan pada capybara. Gambarnya seperti diatas. Malas nak letak banyak-banyak gambar

Otter, African Crested Porcupine, Mara & MongooseOttersOtters banyak betul. Bising sungguh lah mereka meminta makanan. Kita ni tak ada makanan nak diberi. Begitulah kelakuan mereka masa nak ambil gambar. Otters ni lincah ye. Aktif betul dia. Comel


African crested porcupinePertama kali tengok landak sebesar ini. Duri dia tajam-tajam tu. Rupa paras dia macam bab* sikit. Masih comel. Mulanya dia terbaring. Masa nak ambil gambar dia bangun pula. Dapatlah gambar penuh dia. Dia ni behave sikit tak macam jiran sebelah dia, geng otters riuh satu kampung suara dia saja


MaraPertama kali dengar haiwan nama Mara ni. Banyak betul saya punya pertama kali kan. Rupa dia macam kangaroo tapi bukan. Macam rusa pun ada. Ingatkan rusa tapi bukan. Comel tapi macam risau je nak dekat. Terbayangkan keganasan macam kangaroo. Jauh betul saya bayangkan tu


Monster FishTak lupa juga ada ikan. Bukan ikan biasa. Monster fish! Salah satunya albino iridescent shark. Ada ikan muncungnya macam buaya, Alligator gar nama dia. Dan ada banyak lagi jenis ikan. Nampak dalam gambar tu macam ikan keli pun ada


The House by the LakeRumah ni kami tak masuk. Jadi tak pasti apa dalamnya. Boleh masuk ke tidak tak tahu lah. bertutup je masa lalu. Rasanya macam nampak ada tulis tempat untuk kawal show fountain kot. Rumah ni berhadapan je dengan akuarium Monster Fish


Serval cat, African civet & caracalDisini semua spesis kucing yang ganas. Tengok rupa pun kita yang takut. Nak dekat memang taklah. Semuanya dikurung dalam sangkar kaca. Mungkin boleh membahayakan kalau letak dalam sangkar biasa

Serval catTengok serval cat ni teringat Dato' Aliff Syukri bela tu kan. Kemain ganas lagi. Kalau kita memang tak berani lah nak bela pun. Risau kena cakar kena gigit lain pula jadinya. Serval cat ni macam kurang aktif sikit. Duduk tengah bersantai je dia


African civetNampak ada seekor je duduk di sudut. Lemah semacam je dia. Kemurungan ke apa. Yang ni muka comel tak ganas. 

Caracal saya tak ambil gambar, ambil video je. Muka lagi ganas dari serval cat. Mundar mandir tak reti duduk diam

Panda StreetPanda ni ada patung panda je. Panda sebenar tak ada. Jangan berharap pula. Mana mahunya panda duduk tempat panas ni. Cair nanti. Eh! 

Happy birthdayTempat ni tempat wajib bergambar. Photo spot! Kalau datang masa birthday tu bolehlah bergambar di sini ye. Birthday saya dah lepas, tumpang bergambar je lah kita


LOVESatu lagi photo spot untuk bergambar. Yang berpasangan tu bolehlah bergambar di sini. Acah-acah romantik. Menarik tempatnya dengan hiasan lampu-lampu


Golden WaterfallMasa kami lalu macam tak buka je waterfallnya. Buka masa hujung minggu je kot. Golden waterfall ni panjangnya 115 meters. Saya ambil gambar je lah walaupun tak ada waterfallnya


Madagascar Carousel rideKalau tengok pada harga promo tu dapat two free ride, Madagascar Carousel dan Paddle Boat Ride. Kalau bawa anak-anak bolehlah naik percuma. Masa beli tiket dia kata kami dapat paddle boat ride je percuma. 
Mungkin sebab tak ada bawa anak kecil, itu yang dapat percuma 1 ride je. Mungkinlahh...Takpun, ini untuk kanak-kanak je


Magical fountain with fire/ Dancing musical fountainSedang kami berjalan dengar lagu, tengok-tengok ada dancing musical fountain atau dipanggil juga fountain with fire. Kami duduk sebentar di lakefront exclusive seat

Malam tu ada 3 show dancing musical fountain, lagu baby shark, lagu arab dan juga romance. Terhibur tengok show ni. Cantik dan menarik shownya. 
Ingatkan hujung minggu je ada. Rezeki lah malam tu dapat tengok. Berbaloilah juga bayar tiketnya


Lakefront exclusive seatGambarnya sila rujuk gambar diatas. Lake front exclusive seat ni ada banyak zone. Boleh je duduk di mana-mana menyaksikan show yang ada

Tapir MalayaBesar juga tapir malaya ni. Struggle juga nak ambil gambarnya sebab dia bergerak ke sana sini. Saya pun ambil gambar dicelah-celah pagar ni. Kalau tidak, nampak pagar je nanti


CelebrationSatu lagi photo spot yang menarik. Ala-ala Cinderella gitu. Kereta labu yang cantik dengan hiasan lampu gemerlapan


Deer yardYang ni baru betul rusa. Bukan rusa nani dalam lagu tu ye. Ada yang bertanduk panjang dan ada yang pendek. Banyak juga dalam kandang rusa ni. Masa kami dekat ada pula yang kencing. Mujur perasan. Kami terus lari jauh sikit dari mereka. Tak pasal kena air kencing pula nanti. Bukan boleh percaya haiwan ni


Iklan sekejap. Disini ada banyak tempat basuh tangan. Disediakan sabun basuh tangan dan sinki. Jadi tak perlu risaulah kalau pegang tangan kotor tu. Boleh basuh je kat mana-mana sinki. Sepanjang jalan tu ada je yang berdekatan


FlamingoMasa di capybara tadi pun nampak flamingo juga. Macam ada dua tempat. Ke yang tadi jenis lain. Tak tahu lah. Tapi yang ni confirm flamingo. Leher jinjang, kaki panjang warna merah jambu. Dia ni duduk sajalah tak buat apa. Tidur agaknya. Tapi kalau tidur, dia akan bengkokkan kaki sebelah kan? Ke


Eh ada oyen! Oyen ni dimana-mana ada dia. Oyen bukan penghuni 99 Wonderland. Dia saja melawat kawan-kawan tu. Saja ambil gambar oyen juga. Takut oyen terasa hati tak ambil gambar dia. Hiks


Seafood RestaurantDisini ada restoran juga. Kalau lapar bolehlah menjamu selera di sini. Tengok macam sepi je tak ada sunyi. Hujung minggu mesti meriah. Kami hana sekadar lalu je. Tak tahulah apa yang ada dijual di sini


Paddle Boat RideOleh sebab kami dapat percuma paddle boat ride, rugilah kalau kita tak gunakan peluang percuma tu kan. Jomlah kita naik. Dalam hati takut sebenarnya. Saya ni aquaphobia. Saya beranikan diri je lah. Cabar diri sendiri


Sepanjang perjalanan ke paddle boat ride ni ada patung beruang juga kiri kanan. Comel-comel je semuanya


Disebabkan ada life jacket ni lah buat saya berani naik. Jika tidak, memang tidaklah saya nak naik paddle boat tu. Safety first


Kami naik boat rilakkuma ni. Mula-mula tu macam payah nak mengayuh. Nak kawal kiri kanan pun payah. Lama-lama okaylah boleh bergerak jalan jauh ke arah jambatan tu


Baru menganyuh kejap dah berpeluh uii..Sesekali boleh berehat dari mengayuh, orang sebelah je lah kayuh sorang. Tapi lambat sikitlah. Kayuh berdua cepat sikit sampainya. Alhamdulillah selamat patah balik dan naik ke darat


Dari paddle boat nampak kejauhan Golden waterfall ni. Nampak cantik pula biasan cahaya di tasik tu. Terselah keemasan tu


99 Restaurant juga nampak jelas dari tasik. Nampaklah dari arah depan gitu. Tadi lalu depan je tak nampak dari arah depan secara penuh. Naik paddle boat ni dapatlah tengok permandangan di sini dari sisi lain


Lepas mengayuh bateri saya dah hampir 20% dah. Sampai tahap merah dah tu. Jomlah kita jalan santai-santai je habiskan pusingan 99 Wonderland Park ni. Boleh tahan besar dan jauh perjalanannya

12 Zodiac ZoneBahagian ni ada 12 patung zodiac. Tikus / Rat, Lembu/ Ox, Harimau / Tiger, Arnab/ Rabbit, Naga / Dragon, Ular/ Snake, Kuda/ Horse, Kambing/ Goat, Monyet/ Monkey, Ayam/ Rooster, Anjing/ Dog dan  Babi/ Pig.
Saya dah penat nak ambil gambar semuanya. Ambil dengan si ular ni je lah. Acah-acah pegang ular sebenar. Padahalll...
Tapi nampak macam real kan



Magical bridgeMagical bridge atau The Isle of hearts, tempat menarik untuk bergambar. Cantik bentuk love dengan lampu sepanjang jalan


Ferris WheelJalan lagi jumpa ferris wheel pula. Nak naik ferris wheel dikenakan bayaran. Tak pasti berapa RM. Best juga ni kalau dapat naik


Dinosaur ParkDari bawah saya nampak kepala dinosaur. Dinosaur park ni atas bukit sikit, kena naik tangga. Sekali dah sampai atas. Lahh ini je park dia. Sekangkang kera je Dinosaur parknya. Buat ada-ada je lah. Tapi dinosaur dia okaylah. Kalau ada bunyi gerak-gerak sikit lagi tambah menarik


Ada juga patung zirafah terpacak di bawah Dinosaur Park ni. Kesian dia keseorangn
 

LED Eiffel TowerKalau perasan di sebelah I Love Madani awal-awal post tadi ada Eiffel Tower juga. Ini bersi LED warna warni


Akhirnya selesai sudah kami jalan satu pusingan di 99 Wonderland Park ni. Exit di Zoovenir


Ada macam-macam souvenir dalam Zoovenir ni. Kami tak membelek sangat sebab tak ada keperluan untuk membeli. Hanya sekadar tengok-tengok je dan berlalu pergi


Fuhhh..dia punya penat boleh tahan juga. Tapi enjoy sangat sebab banyak aktiviti dan dapat tengok macam-macam jenis haiwan di sini. Dapat beramah mesra juga dengan mereka. Yang tambah penat tu sebab mengayuh paddle boat tu. Sekadar berjalan je tak penat sangat


Okaylah pergi weekdays, tak ramai orang. Walaupun pun tak banyak show yang dibuat pada hari weekdays tapi enjoy je. Berbaloilah dengan harga tiket murah sikit daripada weekend. 
Budak-budak mesti seronok kalau datang ke 99 Wonderland Park Selayang ni. Lain sikit tarikan dan aktiviti di sini

Waktu OperasiIsnin-Khamis, Ahad5PM - 11PMJumaat & Sabtu5PM - 12AMCuti umum/ Eve, Cuti sekolah5PM - 12AM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/06/99-wonderland-park-selayang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mama Daughter Bonding Time Myra Park Nilai Impian

Mama Daughter Bonding Time Myra Park Nilai Impian

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 138 hits
Assalamualaikum Ahad lepas dah siap masak dah siap kemas kemas terus SA dan Dania keluar rumah ke Nilai kami berdua pi explore Village Grocer kat Myra Park gerak lepas Zohor sampai sana dalam pukul 2 lebih cuaca cantik je dan panas sikit ka...
Bukit Jelutong Eco Community Park Waktu Operasi Tarikan

Bukit Jelutong Eco Community Park Waktu Operasi Tarikan

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 104 hits
Bukit Jelutong Eco Community Park Waktu Operasi Tarikan Bagi penduduk Shah Alam dan sekitarnya anda boleh bawa anak anak dan seisi keluarga berkunjung ke Bukit Jelutong Eco Community Park pada hujung minggu ataupun waktu cuti sekolah Taman ...
Malas Nak Cakap Dah Penampilan Seksi Dolla Menari Bersama Jay Park Jadi Perhatian

Malas Nak Cakap Dah Penampilan Seksi Dolla Menari Bersama Jay Park Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 70 hits
Baru baru ini Jay Park telah hadir menghangatkan Zepp Kuala Lumpur dengan konsert 2025 Jay Park World Tour Serenades Body Rolls in KL Artikel Berkaitan Mempersembahkan pelbagai lagu popular seperti MOMMAE Drive My Last Like I Do Candy V Nee...
Jisung Won Jinah Park Heesoon Terajui Drama Pengembaraan Masa Judge Lee Hanyoung

Jisung Won Jinah Park Heesoon Terajui Drama Pengembaraan Masa Judge Lee Hanyoung

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 100 hits
Ji Sung Won Jin ah dan Park Hee soon telah disahkan membintangi drama baharu bertajuk Judge Lee Han Young Artikel Berkaitan Berdasarkan sebuah web novel ia mengisahkan tentang Lee Han young seorang hakim yang selepas difitnah dan mati secar...
Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 152 hits
Mesti ramai yang dah tak sabar nak tunggu tayangan musim ketiga Squid Game kan Artikel Berkaitan Terbaru pada 9 Jun sidang media untuk Squid Game 3 telah berlangsung dan dihadiri pengarah serta para pelakon seperti Lee Jung jae Lee Byung hu...
A Case Of Elderly Puan Sri Who Is Also Datuk Seri Felt Entitled To Park Her Car In Neighbour S Porch

A Case Of Elderly Puan Sri Who Is Also Datuk Seri Felt Entitled To Park Her Car In Neighbour S Porch

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 143 hits
I AM a Puan Sri I also have a Datuk Seri title One wonders if those acquired titles allows a person to behave in a certain manner including the right to park in a neighbour s porch In a video that has been making the rounds on social media ...
2ne1 Buat Persembahan Di Los Angeles Peminat Persoal Kehilangan Park Bom Sepanjang Konsert

2ne1 Buat Persembahan Di Los Angeles Peminat Persoal Kehilangan Park Bom Sepanjang Konsert

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 97 hits
2NE1 telah mengadakan konsert solo mereka di Los Angeles pada 3 Jun namun persembahan itu mencetuskan kontroversi disebabkan ketiadaan ahli kumpulan Park Bom Artikel Berkaitan Beberapa minggu sebelum itu pada 21 Mei Park telah memuat naik h...
Misi Mencari Luggage Di Mitsui Outlet Park Klia

Misi Mencari Luggage Di Mitsui Outlet Park Klia

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 107 hits
Haritu masa nak ke Penang luggage buat hal Material fabric dalam tu dah rapuh Tak jadi guna terpaksalah guna Travel backpacks yang dah lama tak digunakan Mujurlah masih elok Kalau tidak kena guna lah beg travel apa yang ada Agaknya dah samp...
Banyak Spekulasi Dibuat Agensi Perjelas Sebab 2ne1 Buat Persembahan Bertiga Tanpa Park Bom

Banyak Spekulasi Dibuat Agensi Perjelas Sebab 2ne1 Buat Persembahan Bertiga Tanpa Park Bom

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 102 hits
Ketiadaan Park Bom ketika persembahan 2NE1 baru baru ini telah dipersoal peminat Artikel Berkaitan Pada 1 Jun yang lalu 2NE1 telah menghiburkan peminat di pentas Head In The Clouds LA 2025 yang berlangsung di Los Angeles Bagaimanapun mereka...
Tax The Rich Rings Hollow When Many Loopholes Remain

Semak Harga Rumah Loan Panduan E Mortgage Malaysia Terkini

Netizen Kesal Ibu Bapa Tak Peka Beri Anak Kecil Makan Tiramisu Berkafein Kau Suap Terang Terang Ada Coffee

Ai Baharu Bytedance Ini Mampu Hasilkan Video Sinematik Dari Satu Arahan Sahaja

Murtabak Mini Kulit Popia

Chris Brown Feat Rose Falling Again Chord

How Pepsico Is Winning Over Gen Z In Malaysia

Screen Printing Supplies Essential Tools For Custom Apparel Printing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelantan Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Dalam Sungai Di Pasir Puteh

Puma Goes Next Level With Adyen S Unified Payments

Lg Createboard Brings Ai Powered Learning To Life

Group Pans Anwar S Hypocrisy Over Police Probe Vows To March On June 28

8 Thai Ministers Resign As 2nd Largest Party Quits Govt

Putrajaya School Shortlisted For World S Best School Prizes 2025