Aktiviti Di Hari Cuti Maulid
Assalamualaikum wbt
CUTI sempena Maulid hari ini dimanafaatkan sepenuhnya. Pagi-pagi ke Pasar Tani, tambah lagi beli seluar slack untuk Iman. Tengok tentatif program minggu orientasi dari esok hingga Jumaat, penuh acara dari pagi hingga malam. Takkanlah nak pakai pakaian yang sama sampai busyuk masham, kan. Siapa kata dekat-dekat tak payah bawa banyak baju dan barang? Kalau ulang-alik tak apa, ni seminggu tak boleh balik langsung, dari pagi sampai malam ada program.
Tengahari, pergi Mr DIY pulak. Rasanya, sepanjang dua minggu ni, dah tiga empat kali menjala di sini. Ada jer yang nak dicari dan dibeli. Belanja jugak dia iron board sekeping sebab yang beli masa nak masuk poli dulu, dah tak boleh berdiri kakinya. Padahal kita dulu elok aje bentang kain batik atas lantai nak gosok baju 😂
Baik punya mambang, dalam sibuk ke hulu ke hilir, sempat pulak memasak tuuuu. Siap tiga lauk, macam tak percaya, kannnn
Sambal Udang. Tak pejam mata masak, sebab kena gunting, rebus dan kisar cili kering serta kopek bawang untuk siapkan pes cili nak masak sambal udang.
Mula nak Sotong Goreng Kunyit kemudian dah nak mula memasak, Pak Inche minta masak kicap pulak
Brokoli yang terlupa masak masa masak Chicken Chop tuari. Sayang pulak kalau dibiar, mahu kuning dalam peti sejuk tu
Petang tadi, ke Aeon Bukit Indah pulak. Tengok ramai kaum India membeli pakaian, baru teringat, lagi dua minggu mereka akan sambut perayaan cahaya. Balik dari Aeon, Pak Inche ajak mengeteh di Restoran Thoufeeq. Mana tahan nak mengeteh aje. Kita pesanlah tosei dan Iman makan roti telur banjir. Bos Thoufeeq cakap, tsunami. Iyolahhhh.. hahahah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/10/aktiviti-di-hari-cuti-maulid.html