Aktiviti Berbuka Puasa Jalan Mati Felda Bukit Kuantan Jadi Tular Di Media Sosial


  

KUANTAN: Aktiviti berbuka puasa di padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1) dekat Jalan Mahkota sudah terlalu lazim dalam kalangan penduduk  di sini.
Untuk penduduk di Jalan Dahlia, Blok 6, Peringkat Dua, Felda Bukit Kuantan pula, mereka memilih untuk menjadikan jalan mati di laluan itu sebagai tapak majlis berbuka puasa.
Pencetus idea untuk aktiviti berbuka puasa di jalan mati itu adalah Maslina Mansor, 28 tahun dan ia menjadi tular di media sosial awal bulan ini.
Maslina ketika ditemui semalam berkata, idea untuk menganjurkan aktiviti itu tercetus secara spontan ketika berbual bersama jirannya yang lain.
"Mula-mula kita bincang sesama kita saja, selepas itu (perbincangan) menjadi lebih serius dan kita sepakat untuk hebahkan dalam kumpulan WhatsApp kejiranan kami.
"Jadi di situlah bermula dengan (buat) poster dan dapat pula sokongan daripada semua keluarga yang menetap di Jalan Dahlia ini," katanya.
Maslina yang sudah tidak mempunyai ibu bapa, mengakui aktiviti berbuka puasa beramai-ramai itu dapat mengisi kekosongan ketika menjalani ibadat puasa.
"Bila ada aktiviti macam ini, saya dapat merasakan kembali (suasana) berbuka dengan keluarga besar, lagipun kami di sini memang rapat macam keluarga sebenar," katanya lagi.
Sementara itu, Noratiha Mahmud, 31, berkata, dia sangat teruja dengan keakraban jiran-jiran di blok berkenaan malah tidak berasa asing walaupun bukan berasal dari Bukit Kuantan.
“Saya (berasal) dari Felda Jengka 10 (Maran), suami orang sini (Felda Bukit Kuantan) dan sudah lapan tahun tinggal di sini.
"Awal bulan (Ramadan) kami sudah buat aktiviti berbuka macam petang ini dan tak sangka ia menjadi viral serta mendapat perhatian orang ramai.
"Jadi, memandangkan kita dah masuk minggu terakhir Ramadan, kami fikir bagus juga kalau buat lagi sekali aktiviti berbuka di sini," katanya.
Dia turut mengakui aktiviti itu dapat merapatkan lagi hubungan antara mereka dan mengenali lebih dekat ahli keluarga yang menetap di situ. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/04/aktiviti-berbuka-puasa-jalan-mati-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Media Sosial Tular Cantik Dan Indahnya Matahari Terbit Pagi Tadi

Di Media Sosial Tular Cantik Dan Indahnya Matahari Terbit Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 471 hits
21 Ramadan 12 April Rabu Di media sosial tular cantik dan indahnya matahari terbit pagi tadi SubhanAllah
Dalai Lama Mohon Maaf Selepas Videonya Aniaya Kanak Kanak Tular Di Media Sosial

Dalai Lama Mohon Maaf Selepas Videonya Aniaya Kanak Kanak Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 302 hits
Pemimpin agama Tibet Dalai Lama tampil memohon maaf hari ini berhubung tindakannya meminta seorang kanak kanak lelaki menghisap lidahnya yang mengundang pelbagai reaksi negatif di media sosial Sami Buddha itu memohon maaf selepas video yang...
Resepi Air Laici Biji Selasih Segar Untuk Berbuka Puasa

Resepi Air Laici Biji Selasih Segar Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 332 hits
Resepi Air Laici Biji Selasih Segar Untuk Berbuka Puasa Buat sendiri lagi puas hati Boleh cuba buka puasa nanti Nama air dia adalah Air Laici Paling Sedap Lagi Segar Korang kena cuba tau Memang sedap dan dijamin laku keras heheAir laici cam...
Menu Berbuka Puasa Hari Ke 12 15 Ramadan

Menu Berbuka Puasa Hari Ke 12 15 Ramadan

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 387 hits
Menu Berbuka Puasa Hari ke 12 15 Ramadan Quick Update Ehhh busy ek Hahaha Ada lah beberapa Hal yang perlu disettle Benda tu bersambung sambung buatnya tak tersiap dalam sehari je Hehe Buat masa ni memang tak masak ek sepanjang waktu berbuka...
Menu Berbuka Puasa Minggu Kedua

Menu Berbuka Puasa Minggu Kedua

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 282 hits
Salam 16 Ramadhan semua Aduyai malasnya nak update blog tapi kugagahkan jua huhu Arini mama nak tunjuk Menu Berbuka Puasa Minggu Kedua tahun ni Konsep makanan Ramadhan tahun nu adalah makanan yang humble hihi Jom tengok betapa humblenya men...
9 Jenis Resepi Air Berbuka Puasa

9 Jenis Resepi Air Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 419 hits
9 Jenis Resepi Air Berbuka PuasaAir Mata Kucing 1 Resepi Air Mata KucingBahan bahan yang diperlukan Buah mata kucing kering secukupnya1 buku gula melaka2 buku gula batuGula mengikut kemanisanAir secukupnyaDaun pandan di simpulCara cara peny...
Jemput Makan Di Maison Bistro Berbuka Puasa Bersama Keluarga

Jemput Makan Di Maison Bistro Berbuka Puasa Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 476 hits
JEMPUT MAKAN DI MAISON BISTRO BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA Assalammualaikum semua Jom berbuka puasa di Maison Bistro Dalam banyak banyak buffet Ramadan yang Ruby dah cuba Maison Bistro paling banyak penjimatan Sebab harga untuk dewasa RM ...
Berbuka Puasa Dengan Keluarga Makanan Berwarna Warni

Berbuka Puasa Dengan Keluarga Makanan Berwarna Warni

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 431 hits
assalamualaikum salam sejahtera petang Ramadan ke 19 dan hari ni hari ke 3 saya tak sihat sakit tekak selsema dan sedikit demam badan rasa tak sedap makan ubat di malam hari dan sebelum azan subuh kekal berpuasa mujurlah Sabtu lepas tu kead...
Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Ijm Land Memperkenalkan Suria Park Di Suria Hill Taman Komuniti Yang Memupuk Gaya Hidup Sihat

Cara Kira Harga Jual Makanan Delivery Supaya Tak Rugi Tapi Tetap Laku

Hailed For Heroics From Countless Arrest Only Makes Papagomo More Daring Instead Of Remorseful

Tinjauan Ramalan Glenauk Economics Tren Harga Minyak Sawit Di Masa Hadapan

Bans Lack Bite In Malaysia

Mandatory Email Account Verification For All Domain

Glimmer Of Hope From Fifa President At 47th Asean Summit Faded As Fifa Upholds Fam S Suspension Fines


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Lirik Lagu Amira Othman Irfan Haris Rasa Takdir

Fatin Menyesal Bedah Bariatrik Prince Syed Dedah Dah Lama Dibenci Mentua

Drama Deejay Kampung

Cawangan Baru Marrybrown Di Jeli Kelantan Jadi Tumpuan Ramai

Allison Williams Legs And Feet In Tights 7