
Dia turut mendakwa salah seorang yang ditahan turut dipaksa untuk menanggalkan rantai adat perkahwinan.“Salah seorang daripada kami telah dipaksa untuk menanggalkan rantai perkahwinan yang mana mengikut kepercayaan masyarakat India, rantai itu hanya boleh ditanggalkan apabila kematian suami.“Namun akibat diugut, dia menanggalkan rantai itu secara tanpa rela,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.Dia juga mendakwa tiada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP yang diamalkan sepanjang ditahan dan berada di lokap.Sementara itu, Pengerusi Kesatuan Nasional, Roziah Mohd Hashim berkata beliau membantah tindakan yang dikenakan terhadap lima individu yang ditahan.
Malah dia mendakwa tindakan perhimpunan aman pada 2 Jun lalu mematuhi SOP PKP kerana ianya berhimpun kurang daripada 20 orang.“Saya membantah penangkapan ini kerana berpiket ini hak pekerja. Ketika itu walaupun dalam tempoh PKP, namun kita mengikuti SOP PKP antaranya memakai pelitup muka, mengamalkan jarak sosial dan mengambul suhu badan setiap yang hadir,” katanya.Sebelum ini, media tempatan melaporkan, lima individu ditahan polis selepas menyertai tunjuk perasaan secara aman di hadapan HRPB terhadap majikan mereka Edgenta UEMS dalam usaha menuntut hak mereka.Terdahulu media turut melaporkan, ia mungkin tunjuk perasaan secara aman, tetapi ketiga-tiga wanita dan dua lelaki itu ditangkap kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya.(https://peraktoday.com.my/)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |