Aktivis Berhimpun Depan Penjara Kajang Tuntut Pembebasan Wan Ji


Wong Kai Hui Diterbitkan Hari ini 9:52 pagi


Susulan bermulanya hukuman penjara terhadap Wan Ji Wan Hussin di Penjara Kajang semalam, sekumpulan aktivis berhimpun secara aman di luar bangunan penjara untuk menuntut pembebasan pendakwah bebas itu dan pemansuhan Akta Hasutan, malam tadi.

Kira-kira 30 orang berkumpul bermula jam 8.40 malam, memegang lilin putih sambil melaungkan, "Bebas Wan Ji!" dan "Mansuh Akta Hasutan".

“Malam ni, kami sedih dan kecewa. Kebebasan bersuara sangat penting dan wajar dipertahankan oleh rakyat dan masyarakat kita,” kata pengarah eksekutif Saudara.org Lim Hong Siang, yang merupakan rakan kepada Wan Ji.

Wan Ji ialah anggota PKR dan bekas penasihat agama kepada ketua menteri Pulau Pinang sebelum ini Lim Guan Eng. Kini, dia adalah pengarah akademik di Saudara.org, sebuah pusat pengajian yang menumpukan bidang sosio-budaya dan keagamaan di Malaysia.

“Kami semua tahu Wan Ji ini seorang yang mempunyai idea-idea pelilk. Ideanya ada masanya progresif, ada masanya (dianggap) terlalu berlebihan untuk diterima masyarakat,” kata Lim.

Bagaimanapun, beliau berkata perbezaan dan kepelbagaian pendapat adalah perkara biasa dalam masyarakat dan perkara itu dapat menggerakkan masyarakat ke hadapan selain menyumbang kepada pembangunan sosial dengan idea-idea baru.

“Harapan saya, satu hari nanti tiada orang akan didenda, dihukum atau dipenjara hanya kerana dia mempunyai idea yang tak disenangi oleh orang lain,” katanya lagi.

Pada 2014, Wan Ji dihadapkan ke mahkamah berikutan satu hantaran Facebook yang didakwa menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dua tahun sebelumnya.
Wan Ji Wan HussinDia disabitkan bersalah pada April 2018 dan dihukum penjara sembilan bulan, namun diberikan penangguhan sementara menunggu rayuan.

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan Wan Ji dan menambah hukuman penjaranya kepada setahun setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah.

Beberapa aktivis pelajar, aktivis sosial dari Suaram dan Bersih, beberapa pemimpin dari PSM turut hadir di perhimpunan malam tadi.

Sementara itu Pengerusi Bersih Thomas Fann mendesak Pakatan Harapan (PH) untuk mengotakan janjinya agar undang-undang yang dilihat zalim seperti Akta Hasutan dimansuhkan segera.

“Akta Hasutan ialah undang-undang penjajah drakonian yang digunakan untuk mengekang kebebasan bersuara dan selalunya digunakan kerajaan sebagai alat untuk mendiamkan suara rakyat.

“PH dilihat tak membuat sebarang usaha untuk memansuhkan Akta Hasutan ini dan menjunjung kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Selepas menyanyikan lagu bertemakan kebebasan, himpunan kecil itu besurai secara aman pada jam sepuluh malam. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/aktivis-berhimpun-depan-penjara-kajang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tinggi Benar Tangguh Penjara Wan

Mahkamah Tinggi Benar Tangguh Penjara Wan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 374 hits
MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara setahun yang dikenakan ke atas penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin 37 kerana menerbitkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Selangor Hakim Datuk Abdul Ha...
Mahkamah Izin Hukuman Penjara Wan Ji Ditangguh

Mahkamah Izin Hukuman Penjara Wan Ji Ditangguh

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 284 hits
Diterbitkan Hari ini 10 10 pagiPendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin berjaya dalam permohonannya untuk mendapatkan penangguhan hukuman penjara atas kesalahan menghasut Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Abdul Halim Aman membuat keputusan itu selep...
Penceramah Wan Ji Ke Penjara Selepas Mahkamah Tolak Rayuan Kes Hina Sultan Selangor

Penceramah Wan Ji Ke Penjara Selepas Mahkamah Tolak Rayuan Kes Hina Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 415 hits
July 9 2019 12 36 PMHakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Abdul Halim Aman dalam penghakimannya berkata kata kata menghasut dikeluarkan Wan Ji Wan Hussin ialah satu penghinaan kepada Sultan Selangor PETALING JAYA Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ii...
5065 Kunjungan Mesra Kepada Tuan Abdul Halim Bin Ma Hasan Pengarah Penjara Kajang Ppim 10 07 2019

5065 Kunjungan Mesra Kepada Tuan Abdul Halim Bin Ma Hasan Pengarah Penjara Kajang Ppim 10 07 2019

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 1392 hits
Toqqi telah melakukan kunjungan mesra kepada Tuan Abdul Halim bin Ma Hasan Pengarah Penjara Kajang Di perjumpaan itu PPIM dan Jabatan Penjara bersetuju satu kaedah atau mekanisme perlu diwujudkan untuk menambahbaik dan memperkasa program pe...
Pemuda Ph Tuntut Penjelasan Mengapa Hukuman Wan Ji Lebih Berat

Pemuda Ph Tuntut Penjelasan Mengapa Hukuman Wan Ji Lebih Berat

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 228 hits
Pemuda PH tuntut penjelasan mengapa hukuman Wan Ji lebih berat SHAH ALAM Pemuda Pakatan Harapan hari ini mendesak Pendakwa Raya kes rayuan Wan Ji Wan Hussin agar memberi penjelasan mengapa hukuman lebih berat dikenakan terhadap penceramah b...
Anwar Mahu Kdn Siasat Punca Wan Ji Kena Tumbuk Di Penjara

Anwar Mahu Kdn Siasat Punca Wan Ji Kena Tumbuk Di Penjara

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 952 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Kementerian Dalam Negeri agar menyiasat dakwaan pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin dipukul ketika ditahan di Penjara Kajang Saya percaya Wan Ji punya wibawa untuk tidak mengada...
Siasat Dakwaan Wan Ji Dipukul Dalam Penjara Anwar

Siasat Dakwaan Wan Ji Dipukul Dalam Penjara Anwar

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 510 hits
Warden yang memukul Ustaz Wan Ji ni mungkin berasa terlalu seronok memukulnya sebab Ustaz Wan Ji ni kecil saja orangnya Tapi dia terlupa Wan Ji memang kecil tetapi kenalan rapatnya ramai orang besar besar sekarang ni Presiden PKR Anwar Ibra...
Jaksa Tuntut Joko Driyono Hukuman 2 Tahun 6 Bulan Penjara

Jaksa Tuntut Joko Driyono Hukuman 2 Tahun 6 Bulan Penjara

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 238 hits
Dalam menyusun tuntutan itu Jaksa mempertimbangkan hal yang meringankan antara lain terdakwa mengakui perbuatannya dan bersikap sopan Sementara hal yang memperberat yakni mempersulit penyidikan yang ditangani Satgas Anti Mafia Bola
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia