Akta Anti Lompat Parti Berkesan Wujudkan Kerajaan Stabil




Kerajaan tidak perlu tunduk kepada desakan pihak pembangkang agar Akta Anti Lompat Parti 2022 dipinda setelah empat Ahli Parlimennya memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menegaskan ini kerana akta tersebut terbukti berjaya mewujudkan kerajaan yang stabil selain mengelakkan wakil rakyat melompat parti sesuka hati.
“Kalau akta ini tidak ada maka keputusan 10 orang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang memberi sokongan kepada Muhyiddin itu akan wujudkan kerajaan yang tidak stabil kerana kerajaan yang dibentuk Muhyiddin dengan ‘mencuri’ wakil rakyat daripada BN hanya ada (sokongan) 115 kerusi
“Ikut sejarah Muhyiddin diangkat menjadi kerajaan melalui pintu belakang dengan hanya 114 kerusi, beliau gagal akhirnya dijatuhkan lapan Ahli Parlimen BN yang memaksa beliau letak jawatan dan diserahkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri (Yaakob).
“Dalam keadaan mewarisi kerajaan yang 114 orang itu dia (Ismail Sabri) pun tak stabil dan terpaksa tunduk desakan dalam parti yang mahukan pilihan raya umum diadakan segera,” katanya dalam program Kata Sumber terbitan Sumberkini semalam.
Turut tampil sebagai ahli panel ialah pensyarah Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.
Lokman berkata pihaknya berdukacita apabila sebuah parti yang hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen termakan dengan hasutan pihak tertentu telah menukar pendirian terhadap Perdana Menteri yang beliau sokongan ketika membentuk kerajaan sebelum ini.
“Ini sebabkan wujud tindakan sama yang dibuat Syed Saddiq (MUDA-Muar) dilakukan oleh Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dan saya boleh tafsirkan ini salah satu protes terhadap PN yang angkuh.
“Bila mana mereka menjadi kerajaan boleh tandatangani CSA (Confidence Supply Agreement) tetapi apabila PMX minta mereka enggan,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa bukan semua Ahli Parlimen PN bersetuju apabila pembangkang enggan berunding dengan kerajaan.
“Bukan semua kalangan Ahli Parlimen PN ini ada kemampuan kewangan sama Muhyiddin, Hamzah atau Abdul Hadi yang tidak ada masalah kewangan.
“Seramai 74 orang Ahli Parlimen (PN) tidak semua ada kemampuan sama dan tindakan mereka tidak mahu berunding dan hanya mementingkan diri sendiri ini mendorong empat wakil rakyat sokong PMX untuk mendapat peruntukan kawasan masing-masing,” katanya.
Laporan sebelum ini menyebut Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa supaya RUU Anti Lompat Parti dikaji semula berikutan terdapat kelemahan susulan tindakan empat Ahli Parlimen parti itu menyuarakan sokongan kepada Perdana Menteri namun kekal bersama parti.
Empat Dewan Rakyat itu ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman; Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.
Pada 7 November lalu, Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Ahli Parlimen Labuan bagi tempoh enam tahun.
Sebelum ini, Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Iskandar Dzulkarnain dalam parti itu selama empat tahun.
Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor turut dipetik sebagai berkata, parti berkenaan sedang mengambil tindakan disiplin terhadap Mohd Azizi dan Zahari.
The post Akta Anti Lompat parti berkesan wujudkan kerajaan stabil first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36852?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=akta-anti-lompat-parti-berkesan-wujudkan-kerajaan-stabil

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sudah Dirancang Kelompongan Akta Anti Lompat Parti

Sudah Dirancang Kelompongan Akta Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 333 hits
Benarkah kelompongan anti lompat parti tidak disedari atau ia sengaja dibuat untuk situasi begini Mungkinkh mereka merasakan dengan kelompongan ini mereka dapat menukar kerajaan menjatuhkan kerajaan Mungkin Tetapi sebaliknya berlaku dan mer...
Bersatu Terima Padah Tolak Peruntukan Akta Anti Lompat Parti Kata Kj

Bersatu Terima Padah Tolak Peruntukan Akta Anti Lompat Parti Kata Kj

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 171 hits
freemalaysiatoday com 10 Nov 2023 8 00pmKhairy Jamaluddin berkata Bersatu sebelum ini menolak satu peruntukan yang mengarahkan Ahli Parlimen mengosongkan kerusi jika menyokong kerajaan Khairy Jamaluddin berkata satu peruntukan dalam draf RU...
Ph Harus Perkemaskan Akta Lompat Parti

Ph Harus Perkemaskan Akta Lompat Parti

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 347 hits
Sebagaimana dilaporkan media sebelum ini akta lompat parti yang lebih ketat tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat tentangan daripada PN ketika proses penggubalannya Selepas Khairy Jamaluddin mendedahkan perkara itu ia kemudian disahkan o...
Jangan Tuding Jari Bukan Anda Tak Tahu Lompong Akta Lompat Parti Kata Wan Junaidi

Jangan Tuding Jari Bukan Anda Tak Tahu Lompong Akta Lompat Parti Kata Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 241 hits
Wan Junaidi Tuanku Jaafar peruntukan wakil rakyat gugur automatik sebagai Ahli Parlimen jika langgar prinsip parti memang dicadangkan dalam jawatankuasa pemilihan PETALING JAYA Wan Junaidi Tuanku Jaafar menasihatkan semua pihak tidak menudi...
Sekarang Sokong Mp Lain Tidak Dikira Lompat Parti Kerajaan Boleh Bertukar Lagilah

Sekarang Sokong Mp Lain Tidak Dikira Lompat Parti Kerajaan Boleh Bertukar Lagilah

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 380 hits
Maknanya Kerajaan boleh berubah sekali lagi pada bila bila masa sekiranya ahli dewan rakyat tidak lagi menyokong perdana menteri dan memilih ahli dewan rakyat lain untuk menjadi perdana menteri Parti yang diwakili kekal Begitu kot
Parti Gesa Kaji Semula Akta Lompat Parti Harus Pinda Perlembagaan Masing Masing Kata Rafizi

Parti Gesa Kaji Semula Akta Lompat Parti Harus Pinda Perlembagaan Masing Masing Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 297 hits
PARTI politik yang menggesa Akta Lompat Parti dikaji semula atas dakwaan wujud beberapa kelemahan sepatutnya meminda perlembagaan masing masing kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli Katanya semakan semula akta berkenaan tidak dibincangkan...
Kesan Akta Lompat Parti Ke Atas 4 Mp Bersatu

Kesan Akta Lompat Parti Ke Atas 4 Mp Bersatu

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 333 hits
HarapanDaily comDR ZULQARNAIN LUKMANSemalam Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa semasa beliau dalam Jawatankuasa Penggubalan Akta bersama Gobind Deo dan Hanipa Maidin mewakili PH PH berpandangan bahawa MP yang b...
Kerajaan Anti Rasuah

Kerajaan Anti Rasuah

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 336 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 PMX berkali kali sebut bahawa Kerajaannya akan hapus rasuah 2 Dalam Pilihan Raya Negeri ini duit Kerajaan diberi oleh PMX dan Timbalan Perdana Menteri dengan kenyataan bahawa penerima hendaklah sokong parti Ker...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord