Akmal Pemain Individu Atau Berpasukan


 
Empat bulan lalu, Dr Akmal Saleh dalam satu video TikTok meminta kerajaan menyediakan logo ‘non-halal’ untuk ditampal di dahi Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang digelarnya ‘nyonya tua’.
Ini timbul pada kemuncak pertikaian ketua Pemuda Umno itu dengan Kok berkait cadangan kerajaan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol mendapatkan pensijilan halal.
Dalam menyanggah cadangan itu yang menurutnya berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu, Kok yang juga naib presiden DAP kemudian memfailkan saman fitnah terhadap exco Melaka itu pada 21 Okt, menuntut pampasan, ganti rugi am, teruk dan teladan.
Mengambil iktibar daripada permintaan itu, Akmal wajar mempertimbangkan untuk menampal pelekat ‘Urusan Peribadi’ di dahinya sendiri jika memilih untuk hadir menyatakan solidariti bersama bekas perdana menteri Najib Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya, pagi ini.
Bukan apa. Akmal, seorang pemimpin muda yang lantang bersuara, dikenali ramai dan sentiasa ingin menonjolkan dirinya untuk menjadi tumpuan dalam isu-isu yang dibawanya.
Sudah tentu beliau tidak mahu kehadirannya di pekarangan Istana Kehakiman disalah erti sebagai membelakangkan Umno atau memalukan presidennya, Zahid Hamidi.
Lebih-lebih lagi ia akan dilihat seperti mencabar kerajaan perpaduan selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Jumaat menyatakan Pakatan Harapan tidak terlibat dengan himpunan solidariti Najib.
Pada hari sama, Setiausaha Agung Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu tidak akan meneruskan himpunan ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ pada Isnin.
Istana Negara telah mengingatkan semua pihak agar menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam mengampunkan atau mengurangkan hukuman seseorang banduan dan menggunakan saluran perundangan ditetapkan.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain pula menggesa orang ramai tidak menyertai apa jua himpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Berbanding Umno, PAS pula memilih untuk menganjurkan himpunannya sendiri.
Sekurang-kurangnya dengan pelekat ‘Urusan Peribadi’ tertampal di dahinya, tiadalah Akmal dipandang serong. Atau begitukah yang diharapkan beliau ketika pilihannya untuk akur arahan parti akan lebih memudahkan keadaan.
“Sebagai ahli parti, kita menjunjung titah dan menghormati keputusan parti untuk tidak berhimpun. Tetapi saya tetap akan hadir atas kapasiti individu untuk memberikan sokongan kepada Najib seperti sebelumnya,” kata Akmal pada Sabtu.
Demi memberi keadilan kepadanya, pendiriannya itu diumumkan sebelum kenyataan Zahid petang semalam yang mengingatkan bahawa ahli Umno yang hadir pada himpunan solidariti Najib pada Isnin perlu menanggung risiko sendiri.
“Aspek keselamatan dan arahan yang dikeluarkan (ketua polis negara) mempunyai alasan tersendiri dan harus dipatuhi. Kita harap tidak ada penganjur daripada mana-mana bahagian atau cawangan yang turut terbabit secara rasmi di himpunan berkenaan,” kata Zahid.
Apa tekaan anda – adakah Akmal akan ambil risiko dengan hadir seperti kenyataan awalnya atau akur dengan arahan Zahid kali ini? Pada saya, tiada apa tindakannya yang memeranjatkan berdasarkan Akmal bukan jenis yang mendengar kata orang – sama seperti slogan ‘Pemuda Cara Kita’ yang dibawanya ketika menang jawatan ketua Pemuda pada 11 Mac 2023.
Dalam ruangan ini pada 18 Sept, saya menulis, orang mungkin membaca Zahid tak boleh kawal Akmal dan disebabkan itu, ketua Pemuda Umno itu dilihat makin menjadi-jadi galaknya. Malah, ada yang mengandaikan presiden Umno seakan-akan memberi restu kepada tindakan pemimpin pelapis itu kerana tidak mahu menimbulkan pertelagahan dalam parti.
Ada juga orang membaca, tidak mungkin Akmal, antara yang terkedepan mempertahankan institusi presiden, membelakangkan Zahid dalam kenyataan-kenyataan pedasnya sebelum ini – daripada isu stoking tertera kalimah Allah, pemboikotan rangkaian kedai serbaneka KK Mart, ‘memperbodoh’ seorang menteri sehingga serangannya ke atas Kok.
Mengambil kedudukan ketua Pemuda Umno sebagai ‘lesen’ untuk mengkritik, Akmal terus dilihat lantang menghentam tanpa memilih kawan mahupun lawan sehingga ada kalanya menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan pimpinan Umno sendiri.
Namun, seperti kebanyakan mereka, Zahid memilih untuk berdiam diri daripada menegurnya secara terbuka – tak tahulah kalau beliau melakukannya secara terselindung yang difahamkan pernah beberapa kali dilakukannya termasuk ketika kempen PRK Mahkota pada 28 Sept lepas.
Penganalisis juga nampaknya bersetuju. Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tidak hairan jika Akmal pilih untuk tidak mengendahkan keputusan parti kerana lebih selesa berpolitik sendiri di samping orang ramai faham beliau membawa agenda Pemuda.
Lau Zhe Wei, juga daripada UIAM, pula berpendapat isu Akmal mahu hadir menyatakan solidariti bersama Najib bukan satu isu besar, apatah lagi beliau hadir atas kapasiti peribadi dan tidak ada kesan terhadap Umno.
Bolehkah Akmal semudah itu menukar topi daripada ketua Pemuda kepada kapasiti individu demi menghalalkan tujuannya?
Bagaimanapun, keputusan terbaru Umno untuk tidak meneruskan himpunan solidariti bersama Najib dilihat berbeza. Ia bukan sangat berkisar kepada tindakan meminggirkan Najib, tetapi atas prinsip menjunjung titah Agong.
Lebih-lebih lagi, keputusan itu menyusul kenyataan Istana Negara yang mengingatkan semua pihak agar menghormati Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dalam memohon keampunan atau pengurangan hukuman seseorang banduan.
Malah, lebih daripada itu, apa juga tindakan Akmal pagi ini akan mengukur keperibadiannya, sama ada beliau seorang pemimpin muda yang berperanan sebagai pemain individu atau mengutamakan pasukan.
Apa pun tindakannya, Umno dan Zahid diharap mengotakan amarannya terhadap risiko yang ditanggung oleh ahli yang membelakangkan parti – Akmal tidak terkecuali – atau parti itu tidak akan dihormati. -FMT
Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/akmal-pemain-individu-atau-berpasukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jelajahi Tempat Wisata Saat Imlek Di Indonesia Suka Festival Meriah Atau Suasana Syahdu

Jelajahi Tempat Wisata Saat Imlek Di Indonesia Suka Festival Meriah Atau Suasana Syahdu

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 51 hits
Long weekend imlek ini cocok banget buat jalan jalan Tapi ke mana aja ya tempat wisata saat imlek di Indonesia Imlek atau Tahun Baru China merupakan momen penting yang dirayakan dengan meriah oleh masyarakat Tionghoa di seluruh dunia termas...
Tanda Tanda Korang Seorang Wanita Yang Menggugat Aura Orang Lain Atau Intimidating

Tanda Tanda Korang Seorang Wanita Yang Menggugat Aura Orang Lain Atau Intimidating

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 101 hits
Pernah tak korang perasan orang sekeliling korang tiba tiba senyap bila korang muncul Atau ada yang kelihatan canggung bila berbual dengan korang Jangan risau ini bukan sebab korang sombong atau susah didekati Sebenarnya korang mungkin seor...
Kadir Jasin Najib Bukan Curi Milo Atau Roti Benggali

Kadir Jasin Najib Bukan Curi Milo Atau Roti Benggali

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 218 hits
Kadir JasinWartawan veteran A Kadir Jasin melontarkan rasa hairan terhadap pihak yang didakwanya tergesa gesa mahu hukuman terhadap Najib Razak diringankan Dia menegaskan bekas perdana menteri dan presiden Umno itu bukannya didapati bersala...
Ada Tandatangan Atau Tidak Biar Mahkamah Tinggi Putuskan

Ada Tandatangan Atau Tidak Biar Mahkamah Tinggi Putuskan

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 83 hits
Ada tandatangan atau tiada tandatangan Ada cop mohor atau tidak Kisah addendum Najib Razak mengikut dokumen yang sahih Ya semua orang dah tahu keputusan Mahkamah Rayuan hari ini membuktikan wujudnya Titah Addendum Keputusan tadi baru berjay...
10 Teknik Berkesan Elak Bagasi Hilang Atau Tertukar Di Lapangan Terbang

10 Teknik Berkesan Elak Bagasi Hilang Atau Tertukar Di Lapangan Terbang

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 62 hits
10 Teknik Berkesan Elak Bagasi Hilang atau Tertukar di Lapangan Terbang Salah satu mimpi ngeri bagi setiap pengembara adalah kehilangan bagasi atau melihat orang lain menarik bagasi yang nampak sama dengan milik kita Keadaan ini bukan sahaj...
Pemilik Pening Kereta Rosak Individu Sewa Axia Buat Punggah Kelapa Sawit

Pemilik Pening Kereta Rosak Individu Sewa Axia Buat Punggah Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 67 hits
Seorang pemilik kereta pening kepala melihat keadaan kenderaannya apabila ada pelanggan sewa Axia buat punggah kepala sawit Menerusi hantaran di Faebook Salvisteh Sal dia telah menunjukkan keadaan kereta tersebut yang dipenuhi dengan biji b...
Lelaki Mengamuk Guna Senjata Lima Individu Cedera

Lelaki Mengamuk Guna Senjata Lima Individu Cedera

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 78 hits
BernamaMangsa yang berusia antara 34 hingga 63 tahun dirawat di Hospital Dutchess of Kent dan berada dalam keadaan stabil Gambar Media sosialSANDAKAN Polis menahan seorang lelaki yang mengamuk dengan bersenjatakan parang dan tukul sehingga ...
Hiburan Terima Ugut An B Nuh Baby Shima Minta Bantuan Polis Sarawak Kenal Pasti Individu Berkenaan

Hiburan Terima Ugut An B Nuh Baby Shima Minta Bantuan Polis Sarawak Kenal Pasti Individu Berkenaan

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 133 hits
Penyanyi sensasi Baby Shima memaklumkan dirinya telah menerima satu ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali Menerusi satu hantaran di Shima memuat naik tangkap layar satu komen berbentuk ugutan yang diterima olehnya Adver...
Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Jjcm Kuching Day 2 Semenggoh Nature Reserve

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Five Benefits Of Orange Juice

Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

Advertise Up To 200 Million Emails