Akhyar Pilih Jdt Adalah Tepat Khalid Ali


Bernama   Perpindahan bintang muda negara, Muhammad Akhyar Abdul Rashid ke pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) adalah tepat bagi mengembangkan bakatnya.

Perkara itu dipersetujui bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali yang berpendapat bahawa sebagai pemain bola sepak Muhammad Akhyar perlu mencari pasukan yang boleh menjamin masa depannya.

"Ini liga profesional, semua kena terima hakikat. Semua kena terima perpindahan ini. Karier sebagai pemain bola sepak boleh dikatakan tidak berpanjangan, setakat 10 hingga 13 tahun sahaja. Jadi mereka kena cari satu tempat yang boleh menjamin satu masa depan yang cerah.

"Mereka kena cari 'tempat' terbaik, gaji yang baik, yang boleh menampung di hari tua nanti. JDT adalah satu tempat yang boleh memberi masa depan cerah kepada pemain bola sepak.

"Kita tidak boleh nafikan JDT adalah satu tempat idaman pemain Malaysia kerana adanya fasiliti yang lengkap, yang boleh bawa pemain ke peringkat lebih tinggi," katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Skim Bantuan Khas Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) di Majlis Sukan Negara, hari ini.

Dalam masa sama, Khalid berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu bertegas dalam undang-undang melibatkan perpindahan pemain bola sepak.

Katanya, undang-undang yang ada kini agak longgar dan jika ia diteruskan serta tidak diperketatkan, arena bola sepak negara akan terus dihujani dengan isu perpindahan pemain.

Untuk rekod, skuad Harimau Selatan telah mengikat kontrak selama empat tahun dengan pemain muda dari pasukan Kedah itu walaupun kontrak Muhammad Akhyar dengan pasukan Kedah hanya akan berakhir pada 31 Nov ini.

Isu membabitkan perpindahan pemain muda negara itu terus berpanjangan selepas Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dilihat enggan melepaskan pemain sayap lincah itu kepada JDT dan menegaskan Muhammad Akhyar masih milik mereka.

Malah, KFA bertegas akan membawa kemelut ini ke pengetahuan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi menuntut hak ke atas pemain berusia 19 tahun itu.

Tindakan Muhammad Akhyar untuk berhijrah meninggalkan Kedah tidak salah kerana statut FAM dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) jelas tidak menghalang pemain dengan syarat harus membayar baki kontrak kepada pasukan asal dan kontrak yang ditandatangani Muhammad Akhyar juga membenarkan dia untuk berbuat demikian.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/akhyar-pilih-jdt-adalah-tepat-khalid-ali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Tanda Paling Tepat Dia Sebenarnya Adalah Jodoh Anda Kalau Dah Jumpa Ikat Cepat Dan Jangan Sesekali Lepaskan

12 Tanda Paling Tepat Dia Sebenarnya Adalah Jodoh Anda Kalau Dah Jumpa Ikat Cepat Dan Jangan Sesekali Lepaskan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 550 hits
Jodoh adalah misteri yang ditentukan tuhan Ia melibatkan adanya kesamaan antara dua insan yang punya ikatan emosi spiritual dan fizikal untuk hidup bahagia bersama Walaupun mungkin anda tidak dapat mengungkapkan misteri itu namun sekurang k...
Muhammad Akhyar Sah Sertai Jdt

Muhammad Akhyar Sah Sertai Jdt

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 243 hits
29 Disember 2018 7 14 PM KUALA LUMPUR Bintang muda negara Muhammad Akhyar Abdul Rashid akhirnya menyertai pasukan Johor Darul Ta zim seperti dijangka nbsp Pengara
Amien Soal Tes Baca Alquran Enggak Tepat Untuk Pilih Pimpinan Ponpes Bolehlah

Amien Soal Tes Baca Alquran Enggak Tepat Untuk Pilih Pimpinan Ponpes Bolehlah

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 194 hits
Ketua Dewan Kehormatan PAN Amien Rais menganggap undangan tes membaca Alquran bagi pasangan capres cawapres sebagai hal lucu Menurutnya tes baca Alquran bukan ukuran untuk menentukan siapa yang lebih baik
Jdt Akhyar Berdepan Hukuman Fifa

Jdt Akhyar Berdepan Hukuman Fifa

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 528 hits
JDT Akhyar berdepan hukuman FIFA Johor Darul Ta zim dan bintang baharunya Akhyar Rashid bakal berdepan hukuman penggantungan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa sekiranya Persatuan Bolasepak Kedah berjaya membuktikan wujudnya unsur ...
Fadli Zon Sebut Akuisisi Freeport Adalah Kebijakan Sontoloyo

Fadli Zon Sebut Akuisisi Freeport Adalah Kebijakan Sontoloyo

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 251 hits
Pemerintah seharusnya menunggu kontrak dengan PT Freeport habis tahun 2021 sehingga dengan sendirinya akan jatuh ke Indonesia tanpa harus membayar
Hakikat Kehidupan Adalah Ujian

Hakikat Kehidupan Adalah Ujian

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 893 hits
Hidup adalah satu ujian Keseluruhan kehidupan manusia itu adalah ujian Kesedaran dari kenyataan ini akan menentukan tahap tekanan manusia dalam menghadapi kehidupan seharian Kita sebagai hamba Tuhan sewajarnya sedar dan dengan itu bersiap s...
Benarkah Wang Adalah Segala Galanya

Benarkah Wang Adalah Segala Galanya

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 363 hits
Ramai orang berpendapat duit atau wang adalah kuasa yang dengannya dapat membeli segala yang kita mahu dan sebab itu kalau tidak ada duit kita tidak akan mengecapi kebahagiaan Namun banyak kali terjadi penyakit yang tidak boleh diubati wala...
Ini Adalah Bila Peranti Huawei Anda Akan Menerima Kemaskini Android 9 0 Pie

Ini Adalah Bila Peranti Huawei Anda Akan Menerima Kemaskini Android 9 0 Pie

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 316 hits
Huawei Malaysia kini telah pun secara rasminya mengumumkan bilakah telefon pintar Huawei keluaran mereka akan menerima kemaskini EMUI 9 0 berasaskan Android 9 0 Pie untuk pengguna tempatan Pengumuman ini hadir lanjutan daripada pengenalan A...
Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna

Cuti Raya China 2025

Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Adverse Weather Causes Shortage Of Coconuts For Thaipusam


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Apa Yang Buat Korang Selalu Semangat Untuk Pergi Kerja

Senarai Chord Lagu Ajl 39 2024

Senarai Biodata Anak Sultan Pahang

The New Morgan Embracing Heritage With A Modern Twist

Baju Burgundy Lebaran 2025 Jadi Tren Baru Tahun Ini

Hiburan Perintah Gaji Minimun Baharu Rm1 700 Bermula Hari Ini