Akhirnya Tuhan Jawab Soalan Aku



Soalan Aku Tuhan Jawab Akhirnya
Dah beberapa tahun aku rancang untuk berniaga dan bina jenama aku sendiri. Sungguh aku teringin sangat. Bertahun aku plan sejak aku masih bekerja lagi. Tahun pertama aku work from home, aku bergelut nak bahagi dan uruskan masa. Hampir kalah sebenarnya.

Masuk tahun kedua, aku lebih kuat. Aku faham mana kelemahan dan apa perlu aku buat, tapi biasalah kekuatan tu tak selari dengan kehendak. Impian aku masih ada progress walau sikit. Selalu aku tanya Allah dalam setiap doa. Kenapa ya doa aku belum diperkenankan?

Kenapa langsung tiada isyarat Allah turunkan. Salah ke apa aku minta? Terjawab akhirnya persoalan aku kenapa Allah masih belum gerakkan hati untuk teruskan apa yang aku rancang. Rupa-rupanya kerana COVID-19 ni.



Aku Dah Dapat Jawapan
Alhamdulillah. Bayangkan kalau lah aku teruskan juga, agak pedih untuk survive terutama di waktu semua orang berhati-hati untuk berbelanja. Terima kasih Allah. Aku dah dapat jawapan. Terima kasih buat aku faham yang rancanganMu adalah yang paling terbaik kerana Kau sebaik-baik Perancang.

Back to my business plan, masih akan diteruskan tapi aku akan buat sedikit perubahan. Kena brainstorm lagi dan mungkin aku kena cari partner. Mungkin. Semuanya masih awal tapi waktu rehat inilah patut dijadikan masa untuk fikir dan rancang plan seterusnya.  Dan ya aku belum putus asa.

Hidup Masih Perlu Diteruskan

Dalam kekalutan kita diuji penyakit dan wabak, diuji wang ringgit, kehidupan kita masih perlu diteruskan. Sungguh, yang masih hidup perlu fikirkan keluarga, yang sakit harus kuat melawan penyakit.

Aku selalu fikir, kalau aku yang masih punya suami yang bekerja, ada rumah untuk berlindung, ada makanan rasa pun rasa susah. Macam mana perasaan dan nasib gelandangan, orang miskin, anak yatim? Sedih.

Aku harap dengan musibah yang melanda Malaysia akan melahirkan golongan yang murah hati, banyak bersedekah, berhati mulia, tak kedekut, bertimbang rasa dan sentiasa berkasih sayang. Ada hikmah Tuhan turunkan semua ujian, tak lain tak bukan nak melihat sejauh mana keimanan kita. Semoga kita semakin dekat dengan Pencipta.


Semoga ujian yang sedang menimpa kita ini menjadikan kita lebih kuat dan menaikan darjat di sisi Pencipta. 
Buat Baik Pun Kena Kecam
Sedikit selingan, cuma aku sedih, bila terbaca tentang rakyat Malaysia yang berfikiran negatif dan tahu nak cari salah orang je. Ada ke patut kecam tindakan baik orang bersedekah. Ya, aku geram sangat bila orang kata Ustaz Ebit Liew tu berlagak siap rakam video masa hantar bantuan ke klinik-klinik.

Ya ampun apakah makhluk itu tidak menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah? Teringat Sajat kalau sebut ayat tadi. Mungkin yang kecam itu tidak kenal pun Ustaz Ebit Liew atau pertama kali keluar dari gua. Elok masuk gua semula la ya.

Aku rayu agar rakyat Malaysia tidak mengecam mereka yang bersedekah dan berkongsi di Facebook. Tolonglah jangan perli atau berfikiran sempit. Mari meriahkan dunia dengan perkara baik. Dari berkongsi perkara pelik, hal politik lebih elok lah kongsikan amalan bersedekah agar terdetik di hati orang lain untuk turut sama menghulurkan bantuan.



Yang manakah lebih baik, SEDEKAH secara rahsia atau terang-terangan?


1. Firman Allah SWT yang bemaksud:

Jika kamu menampakkan sedekah (mu) maka itu adalah baik. Dan jika kamu menyembunyikannya, dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu paling baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. 
(Surah Al-Baqarah: 271)

2. Hadis daripada Ibnu Abbas r.a yang bermaksud:

Sedekah sunat yang diberikan secara rahsia lebih afdal daripada yang diberikan secara terang-terangan dengan 70 kali ganda. Dan sedekah wajib yang diberikan secara terang-terangan lebih afdal daripada yang diberikan secara rahsia dengan 25 kali ganda. Demikian juga segala jenis amalan yang difardhukan dan yang disunatkan.

(Al-Futuhat al-Uluhiyyah; Tafsir al-Alusi; Tafsir al-Kasyaf-Tafsir al-Zamakhsyari)

3. Imam Al-Syafi'e menyatakan:

Sudah sepatutnya bagi seorang alim memiliki amalan rahsia yang tersembunyi; hanya Allah dan dirinya sahaja yang mengetahuinya. Kerana segala sesuatu amalan yang dinampakkan di hadapan manusia akan sedikit sekali manfaatnya di akhirat kelak.

(Sayyid bin Husain al-'Afaniy, Ta'thirul Anfas min Hadith al-Ikhlas)

Kesimpulan: (Menurut Ulamak)

1. Sedekah WAJIB (zakat) lebih afdal diberi secara terang-terangan (untuk menggalakkan orang lain)

2. Sedekah SUNAT (sumbangan, derma, khairat) lebih afdal dilakukan secara rahsia/sembunyi. Ia lebih mendekatkan kepada ikhlas dan menjauhkan daripada riak.

* Jika sekarang sudah menjadi tabiat dan kebiasaan sedekah SUNAT ditulis, disenarai dan dihebah2kan, renung-renungkan dan teruskan bermuhasabah! Ikutlah jejak Rasulullah saw. dan para alim ulamak.

*Beramallah dengan hati penuh TAWADHUK bertemankan sifat WARA' . Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT

Catatan 22 Oktober 2016 oleh Bushrah Basiron di Facebook. 

Kesimpulan

Mak aku selalu pesan, kalau kita ni tidak mampu, tidak ada harta yang banyak, tak cukup kudrat, tak pandai dan seangkatan dengannya untuk membantu, janganlah pula kita menjadi penghalang untuk orang lain berbuat kebaikan. Bahasa kasarnya, kau tak mahu tolong, kau duduk diam-diam. Jangan sibuk nak judge orang. Sampai masa kau nanti, Tuhan akan tunjuk apa perlu kau faham. Kau sabar jap.

Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan, diberi nikmat kesihatan yang baik berpanjangan, dimurahkan rezeki yang halal, dan sentiasa berada di bawah lindungan Tuhan. Sebelum aku undurkan diri, aku mohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran yang tak sengaja aku lakukan. Jumpa lagi di lain entri.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/04/akhirnya-tuhan-jawab-soalan-aku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Nak Pergi Hospital Check Covid 19 Tunggu Dulu Jawab Soalan Ini Dulu

Rasa Nak Pergi Hospital Check Covid 19 Tunggu Dulu Jawab Soalan Ini Dulu

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 298 hits
Mungkin anda rasa risau dan takut kalau kalau mungkin anda terkena jangkitan COVID 19 ini Jadi anda nak pergi hospital utk check dan buat saringan Tengok dulu
Ini 10 Perkara Dr Kamarul Zaman Jawab Mengenai Ts Muhyiddin

Ini 10 Perkara Dr Kamarul Zaman Jawab Mengenai Ts Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 313 hits
TS Muhyiddin tak buat apa apa masa jadi Menteri KDN SEORANG pemimpin PAN bernama Jamzuri Ardani dengan lantangnya bertanya Cuba bagitau apa yang buat masa dia jadi Menteri KDN yang boleh dibanggakan Yilek Untuk makluman Jamzuri Ardani di si...
Kami Lompat Bukan Kejar Habuan Hanipa Jawab Maza

Kami Lompat Bukan Kejar Habuan Hanipa Jawab Maza

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 354 hits
Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin hari ini membidas kenyataan dibuat Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan meminta mufti Perlis itu tidak membuat ulasan secara sembernono tanpa melihat konteks secara keseluruhan Beliau yang juga bekas timbalan me...
Kisah Polisi Pengawal Jenazah Covid 19 Di Antara Cemas Dan Tanggung Jawab

Kisah Polisi Pengawal Jenazah Covid 19 Di Antara Cemas Dan Tanggung Jawab

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 245 hits
Sebelum bertugas katanya semua personel dilakukan pengecekan suhu tubuh dari diberi vitamin Semua wajib melakukan prosedur itu
Soal Jawab Bersama Datuk Seri Aliff Syukri Mengenai Gosip Penceraian

Soal Jawab Bersama Datuk Seri Aliff Syukri Mengenai Gosip Penceraian

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 249 hits
Berikutan laporan penyebaran surat tuntutan cerai yang difailkan Shahida Rabu lalu ia tiba tiba bagai menguatkan lagi desas desus mengenai dakwaan gosip penceraian jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Bagaimanapun Aliff dan Shahida engg...
Penanggung Jawab Rsd Wisma Atlet Tegaskan Tak Ada Relawan Yang Meninggal Dunia

Penanggung Jawab Rsd Wisma Atlet Tegaskan Tak Ada Relawan Yang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 172 hits
Arifin mengatakan bahwa relawan yang bertugas di RSD COVID 19 Wisma Atlet Kemayoran semua termonitor dengan cermat Baik rute keluar masuknya pembagian tim bahkan mereka juga rutin melakukan evaluasi untuk memantau kondisi kesehatan relawan
Anies Jawab Wapres Ramadan Di Tengah Covid 19 Logistik Aman Dan Tunggu Arahan Mui

Anies Jawab Wapres Ramadan Di Tengah Covid 19 Logistik Aman Dan Tunggu Arahan Mui

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 205 hits
Anies pun menjelaskan selama 2 pekan ini Pak Wapres memang ada pembatasan peribadahan di rumah rumah ibadat Jadi Masjid Gereja Vihara mengalami pembatasan kegiatan
Dr Noor Hisham Jawab Kritikan Dr Musa

Dr Noor Hisham Jawab Kritikan Dr Musa

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 507 hits
Petugas kesihatan positif Covid 19 di hospital swasta Noor Hisham beritahu pengkritik Kementerian Kesihatan Malaysia berkata jangkitan Covid 19 melibatkan petugas barisan hadapan berlaku di hospital swasta Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor H...
485 Metagalaxy Office Space In Shanghai A Design Hub For Innovation And Creativity

Kebanyakan Pemimpin Umno Memang Tak Boleh Dijadikan Contoh Tauladan

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang Nafi Keluarkan Lesen Pelelong Kepada Pihak Ketiga

Proton Emas 7 2024 Harga Varian Spesifikasi Tempahan

The Hand That Is Not To Be Businesswoman Falls Victim To Sham Marriage New Straits Times 14 12 2024

Lelaki Gagal Bakar Pejabat Kerana Asyik Tergelincir

Pelan Simpanan Jangka Masa Panjang Elite Edge Takaful Etiqa

Website Terbaik Untuk Buat Semakan Dan Permohonan


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Cari Ikan Di Pasar Bisik Kuala Muda

Mihun Goreng

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Suspek Mengaku Bunuh Perlu Wang Tengok Harimau Malaya Di Kemboja

Saya Ingat Normal Dah Tiada Ke Isteri Yang Macam Ini

Girls Will Be Girls Menceritakan Kisah Penting Dengan Nada Yang Lebih Santai