Akhirnya Peja Belajar Mengenai Pengkhinatan
Ipohmali
Akhirnya hari ini Nasib MB Perak si Peja tumbang melalui Undi Percaya di dewan… Segalanya sudah diduga bila UMNO memiliki kuasa terbesar, iaitu Speaker.. Kejadian hari ini penuh hikmahnya sebagai satu pengajaran… Apa Pengajaran ?
2- Antara komen Peja, ” PH I Miss u..”… Mungkin Peja baru sedar selama ini di Perak dia keseorangan, Peja hanya satu satunya Adun Bersatu, dari 29 Adun.. 28 darinya adalah dari DAP, Amanah dan PKR.. Walaupun Bersatu hanya ada satu kerusi.. Tidak pernah ada Undi Percaya atau usaha menjatuhkan Peja…
3- Sebelum Kerajaan PH dijatuhkan.. Antara ungkapan dan alasan yg sering kita dengar, terutama kononnya Audio Aziz Bari, DAP akan menjatuhkan MB perak.. Lalu atas alasan itu dia bersama UMNO..sedangkan tidak pernah mana mana Adun PH buat Undi Percaya atau tidak Percaya.. Amanah dan Perjanjian betul betul dipegang…
4- Pengajaran kedua, UMNO tak boleh dipercayai… UMNO jauh lebih bijak dari Bersatu dan PN sebenarnya..Sebenarnya mereka hanya menunggu saat dan ketika.. Kuasa mereka sudah ada ditangan jauh lebih awal, Dimana kuasa Mereka ? jawapannya adalah Speaker..
5- Pengajaran ketiga.. Pemimpin Bahagian.. Pemimpin dibawah dikalangan UMNO, mereka akan tetap akan menentang UMNO.. Cuma depa bijak menantikan saat Dun atau parlimen di Bubarkan..Mereka akan bertanding di semua kerusi yang dipertandingkan PN.. dan jika bersama PAS..kerusi PAS juga akan ditandingi UMNO..
6- Itulah sebabnya Najib dan Zahid berusaha untuk mencari jalan agar Parlimen di bubarkan.. Sebab apa ? untuk selamatkan diri dari pintu Penjara…hari ini mereka tonjolkan mereka lah juara Rakyat terutama didalam isu KWSP… bukan niat mereka untuk menolong Rakyat.. Bila UMNO menang besar..itulah jalan sebenar depa mengatur segalanya..
7- UMNO masih belum menang.. Muhydiin tidak terlalu bodoh, Begitu juga Tun Mahathir.. Peja dikenali seorang pemuja Tun Mahathir..Pernah menjadi orang kanan Mukhriz di Kedah… Dan UMNO juga tidak bodoh.. Apa yang dilakukan Peja di Perak, akan jadi bahan ugutan UMNO…
8- Pengajaran ke empat.. Kita akan dapat lihat wajah sebenar PAS.. Apakah mereka mahu bersama UMNO atau PN.. sekarang ini ustaz2 sudah membuka Kitab bagi mencari dalil untuk menyokong UMNO..Sudah tentu PAS ada dalil besar sebab Dun dikuasai DAP…
9- Apapun Episodnya belum tamat.. Jika UMNO berkuasa.. Peja akan pasti akan diheret SPRM.. Sebab UMNO Perak ni lain sikit dia punya gelojoh sama seperti Pesidennya UMNO si Zahid.. Ianya bukan sejarah baru bagi Perak…
Kita masih ingat taktik dan tuduhan pada Paul Young sebelum kerajaan PH jatuh sebagaimana tuduhan LTTE sebelum Melaka jatuh… ?
Kita masih ingat bagaimana 2 Adun EXCO PKR diheret SPRM dan seorang Adun dikaitkan dengan tuduhan seks sebelum Kerajaan PR di Perak dan MB Nizar jatuh pada tahun 2009.. ? jadi ayahnda ayahnda dan abanglong semua dah boleh main peranan..dan disini kita akan faham akan Doa Doa Almarhum TG Nik Aziz kepada Zahid Hamidi dan Najib…
Disinilah kita akan lihat Kebijaksanaan PH berperanan.. Tetapi kita kena ingat, Di Perak Sultannya adalah seorang yang bijaksana.. InsyaAllah PH akan kembali sebagai kerajaan jika PH cukup sokongan..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/30842