Akhirnya Pas Mengaku Suara Nik Abduh


PAS mengesahkan rakaman audio isu PAS menerima dana daripada Umno itu mengandungi suara anggota parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Malah kata Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, Nik Abduh sendiri mengakui audio itu suaranya tetapi apa yang dicanang oleh musuh politik PAS tidak menggambarkan perkara sebenar.

"Memang Nik Abduh akui itu suara dia, tetapi tidak membawa konteks dan maksud yang sebenar."Yang disebut soal PAS terima duit Umno, bukan itu saja, banyak lagi huraian. Jadi pada saya untuk memahami konteks ayat di dalam audio seseorang itu perlu melihat dan meneliti secara keseluruhan. "Dari minit pertama hingga minat terakhir, " katanya kepada media ketika ditemui di Kota Bharu, hari ini.
Terdahulu isu rakaman audio yang didakwa mengandungi suara Nik Abduh kembali timbul selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyelesaikan di luar mahkamah samannya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brow 2 Februari lalu.

Beberapa hari selepas media melaporkan kes saman fitnah itu tidak akan diteruskan, dua pengguna Facebook tampil mengaku menjadi "saksi hidup" berhubung rakaman audio itu.

Pengguna Facebook bernama Dr Muhammad Atiullah Othman dalam satu perkongsian pada 4 Februari lalu mendakwa "menjadi saksi" ketika Nik Abduh membuat 'pengakuan menerima duit Umno'.

Takiyuddin yang juga anggota parlimen Kota Bharu pada hari ini turut ditanya mengenai kesahihan rakaman video ceramah Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi gambaran berlaku pengkhianatan pihak tertentu yang menyebarkan rakaman audio tersebut yang disifatkan sebagai perbincangan sulit.


Khianat rakam majlis tertutup

Dalam petikan ceramah itu Tuan Ibrahim berkata seperti berikut:

"Kalau kita buat benda, jangan khianat rakam apa yang majlis tertutup, sedang riuh cerita Nik Abduh dan rakaman.

"Majlis tertutup ada (yang) khianat rakam majlis tertutup, sebar pula. Kerana kalau kita petik sedikit, jadi fitnah," katanya dalam video berdurasi 23 saat yang tersebar sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, Takiyuddin ketika ditanya sekali lagi mengenai kesahihan suara Nik Abduh menegaskan, perkara itu diakui sendiri oleh Nik Abduh.

"Bila kita dengar audio, kita kena dengar keseluruhan tak boleh ambil separuh, kalau separuh memang ada benda tak kena, termasuk audio Nik Abduh.

"Kena ambil semua sekali, baru tahu hujung jatuh apa maksud kenyataan. Termasuk kenyataan timbalan presiden buat, kena tengok keseluruhan konteks ayat," jelasnya.

Malaysiakini telah menghubungi Nik Abduh untuk mendapatkan penjelasan, bagaimanapun panggilan telefon dan pesanan mesej yang dihantar masih belum berjawab.

Sebagai rekod, anggota jawatankuasa PAS pusat sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan audio itu adalah suaranya dan menegaskan itu adalah fitnah.


Menjelang PRU14, Nik Abduh berkata rakaman audio itu bukan suaranya.

“Isu yang paling utama mereka nak panjangkan PAS terima duit Umno, mereka cipta rakaman mendakwa saya mengakui dan saya nafikan, rakyat dah muak dengan isu sebegini," katanya pada 5 April 2018.

Duit dari parti Umno dan orang Umno tak sama maksud

Dalam perkembangan sama Takiyuddin berkata, konteks audio Nik Abduh mesti lihat daripada awal hingga akhir bagi memahami konteks ayat.

"Sebagai contoh, bila Nik Abduh kata Tok Guru Nik Aziz pun terima duit Umno, bukan duit Umno, tapi duit orang Umno yang beri sumbangan terutama (untuk) sekolah Maahad Darul Anwar

"Ada orang yang ideologi Umno, tapi bila Tok Guru nak buat sekolah, dia nak bagi sumbangan, bukan maksud duit daripada parti Umno, tapi duit daripada orang atau ahli Umno," kata Takiyuddin

Tambah beliau, PAS memegang konsep menerima sumbangan daripada sesiapa yang mahu berbuat demikian.

"Konsep kita siapa nak beri sumbangan, pertama kita kena terima, benda ini tak perlu tanya Umno ke PAS ke, daripada parti Umno ke, tak ada.

Maksudnya begitu, tapi orang ambil separuh jalan. PAS siasat dan meneliti daripada awal lockasi yang berlaku, sehingga berlaku ucapan itu. Kita boleh mengesahkan konteks ayat bukan sebagaimana dicanangkan," katanya.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/02/akhirnya-pas-mengaku-suara-nik-abduh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Sahkan Suara Audio Nik Abduh

Pas Sahkan Suara Audio Nik Abduh

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 414 hits
Malaysiakini12 Feb 2019 PAS mengesahkan rakaman audio isu PAS menerima dana daripada Umno itu mengandungi suara anggota parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz Malah kata Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan Nik Abduh sendiri men...
Rakaman Suara Nik Abduh Hanya Isu Kecil Pas

Rakaman Suara Nik Abduh Hanya Isu Kecil Pas

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 328 hits
Tuan Ibrahim Tuan ManKOTA BHARU Pas menganggap isu rakaman suara ahli jawatankuasa pusatnya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung penerimaan dana daripada UMNO sebagai isu kecil Timbalan Presiden parti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga ...
Lagi Ahli Pas Tampil Jadi Saksi Dengar Nik Abduh Mengaku Terima Duit Umno

Lagi Ahli Pas Tampil Jadi Saksi Dengar Nik Abduh Mengaku Terima Duit Umno

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 520 hits
SEORANG ahli Jemaah PAS bernama Dr Muhammad Atiullah telah tampil mendedahkan bahawa dia bersama 40 saksi ada mendengar pengakuan Pemimpin PAS Ustaz Nik Abduh yang mengaku menerima dana dari Umno BACA Lebih 40 saksi dengar Nik Abduh mengaku...
Setiausaha Agung Pas Kata Audio Rakaman Terima Duit Umno Adalah Suara Nik Abduh

Setiausaha Agung Pas Kata Audio Rakaman Terima Duit Umno Adalah Suara Nik Abduh

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 359 hits
SETIAUSAHA Agung Pas Takiyuddin Hassan dilapor mengesahkan rakaman audio suara Ahli Parlien Bachok Mohamad Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengaku parti itu menerima dana dari Umno Takiyuddin juga mendakwa Nik Abduh sendiri mengakui audio itu suar...
Nik Abduh Pas Bola Kat Hadi Hadi Pas Pula Kat Tuan Ibrahim

Nik Abduh Pas Bola Kat Hadi Hadi Pas Pula Kat Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 538 hits
Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini tampil mengakui rakaman audio yang dikaitkan dengannya sebelum ini Dalam kenyataan panjang di Facebook hari ini Ahli Parlimen Bachok itu berkata penafiannya sebelum ini dibuat...
Nik Abduh Kata Boleh Bohong Demi Jaga Pas

Nik Abduh Kata Boleh Bohong Demi Jaga Pas

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 408 hits
Nik Abduh kata boleh bohong demi jaga Pas Posted By on February 14 2019Anggota parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abuh Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan beliau menafikan kesahihan suaranya dalam audio PAS menerima dana daripada Umno itu ad...
Pengkhianat Rakam Suara Nik Abduh Dalam Majlis Tertutup Kata Tuan Ibrahim

Pengkhianat Rakam Suara Nik Abduh Dalam Majlis Tertutup Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 774 hits
TIMBALAN Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan individu yang merakam dan menyebarkan suara Nik Abduh dalam satu majlis tertutup yang kecoh baru baru ini sebagai pengkhianat Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah m...
Nik Abduh Dakwa Pimpinan Pas Berkeras Minta Agar Nafikan Audio Rakaman Suaranya

Nik Abduh Dakwa Pimpinan Pas Berkeras Minta Agar Nafikan Audio Rakaman Suaranya

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 447 hits
AHLI Jawatankuasa Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini mendakwa pimpinan Pas berkeras meminta supaya dia menafikan rakaman audio suaranya mengaku terima duit Umno Nik Abduh mendedahkan perkara itu menerusi akaun Facebook mili...
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

Selamat Tinggal 0176076730

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sampul Raya Yang Cantik Menarik

Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas