Akhirnya Laungan Azan Berkumandang Di Nagorno Karabakh




‘SETELAH 28 tahun akhirnya laungan azan berkumandang di Nagorno-Karabakh’, itu antara isi kandungan ucapan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev ketika mengumumkan kemenangan Azerbaijan yang berjaya mengusir tentera Armenia daripada wilayah Nagorno-Karabakh.

Ucapan penuh bersemangat yang disiarkan secara langsung itu disambut dengan perarakan ribuan rakyat Azerbaijan yang keluar ke jalan raya meraikan kemenangan bersejarah ini sambil mengibarkan bendera Azerbaijan dan Turki.

Dalam masa yang sama tersebar di media sosial video seorang tentera Azerbaijan yang lengkap berpakaian tentera melaungkan azan di atas bumbung sebuah masjid diselangi dengan suara meriam yang kedengaran dari jauh.

Sepanjang hampir 30 tahun wilayah ini berada di bawah penguasaan Armenia, banyak masjid-masjid yang diroboh dan ditinggalkan akibat penghijrahan beramai-ramai etnik Azer ke dalam Azerbaijan.

Namun ketika etnik Armenia meninggalkan Nagorno Karabakh baru-baru ini setelah kembali di bawah penguasaan Azerbaijan, mereka telah membakar rumah-rumah kediaman hingga musnah akibat marah akan kekalahan Armenia mahupun gencatan senjata yang dimenterai.
Imbas kembali punca konflik Nagorno-Karabakh adalah sebuah wilayah bergunung yang terletak di selatan Qoqaz yang dahulunya berada di bawah Soviet Union. Nagorno dalam bahasa Rusia memberi maksud gunung-gunung, adapun Karabakh memberi maksud taman-taman hitam.
Wilayah ini terletak di tengah-tengah Azerbaijan dan sangat strategik kerana menjadi titik pertemuan antara Empayar Parsi, Rusia dan Uthmaniyyah satu ketika dahulu. Wilayah ini menpunyai penduduk sekitar 150,000 dan 95% penduduknya terdiri daripada etnik Armenia yang berpegang dengan Kristian Armenian Orthodox.
Konflik perebutan wilayah ini bermula seawal 1920an lagi apabila Joseph Stalin menggunakan strategi ‘pecah perintah’ antara etnik yang menghuni di situ bagi mengukuhkan penguasaan Soviet Union ke atas wilayah-wilayah yang berada di bawah takluknya.
Pada tahun 1923, Kerajaan Soviet Union dengan sengaja menempatkan etnik Armenia ke dalam Karabakh yang merupakan sebahagian daripada wilayah Azerbaijan. Dalam masa yang sama, minoriti etnik Azerbaijan dikekalkan dalam wilayah Nakhchivan.
Ketika itu juga, Soviet Union memberikan kuasa autonomi kepada Karabakh yang berada di dalam wilayah Azerbaijan. Ia seolah-olah seperti meletakkan bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa untuk membangkitkan konflik antara Azerbaijan dan Armenia.
Di ambang kejatuhan Soviet Union pada tahun 1988, Kerajaan Soviet Union menyarankan supaya Nagorno-Karabakh dimasukkan ke dalam Armenia atas desakan konsil Armenia yang berada dalam kerajaan Soviet Union.
Ianya dibantah oleh konsil Azerbaijan yang akhirnya membawa kepada pertembungan bersenjata pada tahun 1989 yang mengakibatkan korban di kedua-dua belah pihak. Keadaan bertambah tegang apabila konsil Armenia mengisytiharkan wilayah Nagorno-Karabakh sebahagian dari negara Armenia.
Selepas keruntuhan Soviet Union pada Disember 1991, puak pemisah yang disokong oleh Armenia mengisytiharkan pemisahan Nagorno-Karabakh dari Azerbaijan pada awal tahun 1992.
Armenia mengambil peluang di atas ketidakstabilan politik ini dengan sokongan Rusia menakluk sekurang-kurangya 20% bumi Azerbaijan sehingga mengakibatkan kematian dan penghijrahan ratusan ribu etnik Azerbaijan ke bandar Baku dan kawasan-kawasan lain lagi.
Akhirnya pada tahun 1994, satu gencatan senjata dimeteraikan dalam satu perjanjian damai yang diatur oleh Kesatuan Eropah dengan mewakilkan Perancis sebagai orang tengah. Perjanjian ini turut disertai oleh Amerika Syarikat dan Rusia yang dimeteraikan di Minsk, ibu negara Belarus.
Dalam masa yang sama, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memutuskan bahawa wilayah Nagorno-Karabakh adalah milik Azerbaijan dan mengarahkan Armenia supaya berundur dan menyerahkannya kepada Azerbaijan. Namun keputusan ini tidak diendahkan oleh Armenia.
Konflik terbaru yang tercetus pada 27 September 2020 yang lalu telah memberikan kemenangan yang sangat besar dan bermakna kepada Azerbaijan.
Dengan bantuan serta sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada Turki yang membekalkan peralatan ketenteraan terkini khususnya dron berteknologi tinggi seperti Bayraktar menjadi penentu kepada kemenangan Azerbaijan ke atas tentera Armenia sehingga berjaya mara ke pinggir bandar Stepanakert, ibu negara Nagorno-Karabakh.
Kemaraan ini memaksa Armenia untuk menerima perjanjian gencatan senjata dengan Armenia berserta syarat-syaratnya seperti yang dicadangkan oleh Rusia yang bertindak sebagai orang tengah.
Perang yang berlanjutan selama 44 hari itu telah meragut nyawa tidak kurang daripada 4 ribu orang di kedua-dua belah pihak dan ribuan lagi cedera serta meninggalkan kampung halaman kerana ketakutan. Ianya turut mengakibatkan kemusnahan serta kerosakan harta benda yang begitu besar
Tamatnya Konflik Nagorno-Karabakh, satu lagi kemenangan tahaluf Turki-Rusia Kemenangan ini bukan hanya untuk Azerbaijan yang telah lama berjuang mendapatkan haknya yang diakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak sekian lamanya, bahkan juga ia adalah kemenangan tahaluf antara Turki dan Rusia yang terbukti sekali lagi berkesan setelah kejayaan mereka dalam menyelesaikan dan mengurangkan pertembungan serta konflik di Libya dan Syria.
Namun di sebalik semua itu, ia sebenarnya adalah satu tamparan hebat kepada kuasa hegemoni Barat khususnya ke atas Amerika Syarikat dan Perancis yang dilihat terpinggir sekali lagi dalam konflik ini setelah kegagalan mereka dalam konflik di Syria dan Libya.
Kemaraan tentera Azerbaijan dalam membebaskan Nagorno-Karabakh sebenarnya mendapat ‘lampu hijau’ daripada Rusia sebagai satu strategi untuk menekan Armenia bagi menerima syarat-syarat gencatan senjata.
Armenia yang berkiblatkan kepada Barat setelah kejatuhan Soviet Union akhirnya diabaikan oleh ‘tuannya’ kerana sibuk dengan urusan negara masing-masing. Ini terbukti apabila Amerika Syarikat dan Perancis hanya memberikan sokongan moral sahaja kepada Armenia, seolah-olah seperti melepaskan batuk di tangga.
Akhirnya Armenia terpaksa menerima gencatan senjata yang diuruskan oleh Rusia sebagai orang tengah dengan penuh penghinaan. Malah ketika ini, ribuan rakyat Armenia turun ke jalanan menuntut perletakan jawatan Perdana Menteri dan kabinetnya akibat kekalahan memalukan kepada Azerbaijan.
Beberapa hari lalu, Menteri Luar Armenia, Zohrab Mnatsakanyan telah meletakkan jawatan akibat tekanan dan desakan yang kuat daripada rakyat Armenia. Malah dijangka akan ada lagi perletakan jawatan menyusul selepas ini.
Ramai penganalisa politik antarabangsa merumuskan sebenarnya pihak yang paling besar mendapat manfaat daripada kemenangan dalam konflik ini ialah Turki kerana sekali lagi ia berjaya menyerlahkan dirinya tanpa mengikut telunjuk Barat yang jelas memberikan sokongan kepada Armenia sebagaimana yang ditunjukkan oleh Perancis.
Kebetulan ketika konflik ini berlaku, ia berturutan dengan konflik-konflik sebelumnya iaitu di Syria, Libya dan Greece yang menunjukkan pertembungan jelas antara Turki dan Perancis.
Keuntungan paling besar kepada Turki ialah kejayaannya menghidupkan kembali jalan sutera lama yang rata-rata penduduknya adalah berketurunan Turki. Salah satu syarat genjatan senjata dalam konflik Nagorno Karabakh ialah Armenia mesti memberikan laluan kepada Azerbaijan bagi menghubungkannya dengan wilayahnya yang terpisah iaitu Nakhchivan, sebuah wilayah autonomi.
Ini sudah tentu akan merancakkan lagi ekonomi Turki dan menyerlahkan lagi penguasaannya di Asia Tengah. Justeru tidak pelik jika terdapat beberapa kenyataan daripada negara-negara seteru Turki yang menuduh Turki cuba mengembalikan semula Empayar Uthmaniyyah kerana bimbang dengan pengaruh Turki yang semakin terserlah.
Rusia juga mendapat keuntungan besar dalam konflik ini apabila sekali lagi berjaya mengukuhkan hubungannya dengan Turki. Ini sudah tentu memberikan tamparan hebat ke atas Barat kerana Turki adalah anggota NATO yang mana salah satu tujuan ianya ditubuhkan adalah untuk mengekang pengaruh Soviet Union ketika penubuhannya dan pada ketika ini adalah Rusia.
Dengan pelbagai konflik yang sedang berlaku, peranan serta kerjasama Turki-Rusia telah mula berjaya mengekang kuasa hegemoni barat khususnya Amerika Syarikat dan Perancis. Namun saat ini semuanya tertumpu kepada bakal Presiden Amerika Syarikat yang baharu iaitu Joe Biden.
Joe Biden sudah tentu akan mengubah polisi luar Amerika Syarikat ketika ini dilihat kucar-kacir dan lemah di bawah Donald Trump dan membuatkan Amerika Syarikat hilang pengaruh sebagai kuasa terbesar geopolitik dunia. Apakah Joe Biden akan berjaya menyekat kemaraan Turki-Rusia?
Semoga Islam kembali gemilang dan cemerlang serta berjaya menyatukan sekalian umat dan Dunia Islam.
Islam Memperkukuh Perpaduan.
YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk. –HARAKAHDAILY 21/11/2020




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/akhirnya-laungan-azan-berkumandang-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menang Perang Presiden Azerbaijan Tinjau Wilayah Nagorno Karabakh

Menang Perang Presiden Azerbaijan Tinjau Wilayah Nagorno Karabakh

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 201 hits
Menang Perang Presiden Azerbaijan Tinjau Wilayah Nagorno Karabakh Perang di wilayah Nagorno Karabakh telah selesai setelah Armenia setuju untuk menandatangani perjanjian damai yang juga menandai kekalahannya dari Azerbaijan
Yang Pahit Manis Jua Akhirnya

Yang Pahit Manis Jua Akhirnya

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 260 hits
Keluar ke supermarket untuk top up groceries siang tadi Masyallah tetiba ramai pulak orang tak pernah2 Ya la kan border Western Aussie dah terbuka sikit2 ala manja2 dan malu2 untuk beberapa penduduk daerah Aussie yg lain maka kelainan mula ...
Dakwa Kp Kesihatan Takut Mati Mp Bintulu Akhirnya Minta Maaf

Dakwa Kp Kesihatan Takut Mati Mp Bintulu Akhirnya Minta Maaf

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 249 hits
476 total views 476 views today Selepas hampir lima hari mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah takut mati kerana tidak turun padang melawat hospital akhirnya Anggota Parlimen Bintulu Tiong King Sing memohon maaf Dalam sa...
Tular Kisah Suami Isteri Terpisah Di Icu Aizameen Akhirnya Pergi

Tular Kisah Suami Isteri Terpisah Di Icu Aizameen Akhirnya Pergi

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 260 hits
Ajal maut jodoh dan pertemuan segalanya telah ditentukan olehNya Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan selebihnya takdir yang menentukan segalanya
Saintis Akhirnya Temui Vaksin Covid 19 Keberkesanan 90 Peratus

Saintis Akhirnya Temui Vaksin Covid 19 Keberkesanan 90 Peratus

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 247 hits
Syarikat Pfizer dan BioNTech mendakwa vaksin buatan mereka mempunyai sehingga 90 peratus keberkesanan dalam mengelak dari jangkitan COVID 19 Vaksin jenis mRNA itu dilaporkan terbukti berkesan bagi hampir semua individu yang diuji dalam ujia...
Allahu Akbar Penemu Sungai Dalam Laut Akhirnya Masuk Islam

Allahu Akbar Penemu Sungai Dalam Laut Akhirnya Masuk Islam

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 295 hits
Jika Anda termasuk salah satu penggemar setia acara TV Discovery Channel pasti akrab dengan wajah Mr Jacques Yves Costeau Ia adalah seorang ahli oceanografi dan ahli selam senior yang berasal dari negara Prancis Kakek berambut putih ini mem...
Akhirnya Terbongkar Sudah Perancangan Tun M Mahu Menelan Umno Menggunaka

Akhirnya Terbongkar Sudah Perancangan Tun M Mahu Menelan Umno Menggunaka

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 239 hits
AKHIRNYA TERBONGKAR SUDAH PERANCANGAN MAHATHIR MAHU MENELAN UMNO MENGGUNAKAN MUHIYIDDIN MAHATHIR DAN SHAFIE BAKAL MENYATU DENGAN PN UNTUK PASTIKAN BAJET 2021 DILULUSKAN
Akhirnya Khalid Samad Juga Tak Setuju Dengan Kebiasaan Mahathir

Akhirnya Khalid Samad Juga Tak Setuju Dengan Kebiasaan Mahathir

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 222 hits
1 Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung ketidak mampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin negara dalam suasana krisis dewasa ini dilihat sebagai satu kenyataan yang tidak perlu dan tidak membantu sama sekali dalam usaha kembalikan man...
Akhirnya Yang Mati Ialah Demokrasi

Akhirnya Yang Mati Ialah Demokrasi

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 227 hits
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu Mohamed Hanipa Maidin berkata pemansuhan itu dibuat kerana undang undang dan akta sedia ada memadai untuk mendakwa mana mana pihak yang membuat berita palsu bertujuan memfitnah Pemansuh...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik