Akhirnya Hanya Wartawan Sahaja Yang Salah Luah Wartawan Harakah


Laporan berbaur fitnah terhadap MAIWP dalam akhbar Harakah yang bertajuk - 'Tiada Satu Pun Sekolah Menengah Agama Di Wilayah Persekutuan', mengundang luahan perasaan oleh wartawan yang melaporkan berita tersebut, Aziz Muda.




Selepas senator Ustazah Nuridah mengatakan laporan tersebut tidak berbangkit kerana telah dibincangkan dalam Dewan Rakyat dan diperjelaskan oleh YB Fuziah Salleh dalam sesi penggulungan, wartawan Harakah dipersalahkan kerana dianggap menyebarkan fitnah dan memalukan PAS.


Berikut dibawah adalah luahan wartawan yang menuliskan artikel tersebut.

Oleh : Aziz Muda

Wartawan sahaja yang disalahkan

Dah lama aku jadi wartawan. Dah berpuluh tahun. Malah aku pernah jadi editor di beberapa penerbitan termasuk di akhbar mingguan macam Harakah dan beberapa majalah. Bila yang kita laporkan itu elok, jarang yang ucap terima kasih. Bila ada yang tak kena, aku (wartawan) dikutuk habis-habisan.

Sepanjang aku jadi wartawan, memang tak pernah aku lakukan kesilapan pun dalam laporan aku. Aku memang cukup teliti dgn kerja-kerja aku dan memang sentiasa buat kajian mengenai pelbagai perkara, fakta dan isu.

Macam kes Harakah disaman yang membabitkan kes Mat Sabu dulu yang kini Menteri Pertahanan. Yang salah bukan aku, tapi Mat Sabu. Aku hubungi Mat Sabu untuk ulas tindakan seorang individu bernama Abdul Rashid Abdul Rahman yang dilaporkan terbabit dalam kes memberi kerakyatan orang asing untuk menjadi rakyat Malaysia. Kes ini besar kerana banyak orang asing yang diberikan kerakyatan terutama di Sabah. Mat Sabu mengatakan orang itu tak lain dan tak bukan ialah Pengerusi SPR ketika itu sebab namanya sama. Aku katakan kepada Mat Sabu, tapi betulkah dia orangnya? Mat Sabu kata memang betul dia. Jangan takutlah, tulis je. Aku pun tulis dan laporkan sebab kenyataan itu daripada pimpinan PAS pada masa itu. Jadi tentulah pada sangkaan aku kenyataannya itu kenyataan yang kuat dan berasas. Tak perlu buat kajian lagi sebab tentu dah betul kenyataannya itu. Padahal tak betul. Bukan Abdul Rashid Abdul Rahman selaku bekas Pengerusi SPR itu orangnya. Akhirnya Harakah disaman dan aku (wartawan) juga yang salah.

Kes terbaru pula yang kini sedang heboh, membabitkan Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, melibatkan sekolah menengah agama di Wilayah Persekutuan. Dalam ucapan perbahasannya, Nuridah kata tiada sekolah menengah agama di Wilayah Persekutuan. Fokus aku memanglah terhadap ucapannya. Aku tak ikutilah penggulungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. Jadi laporan aku hanya sehingga di peringkat ucapan Nuridah sahaja. Last-last bila Harakah dah terbitkan laporan ucapan perbahasannya, aku (wartawan) juga yang salah.

Puncanya kerana laporan aku dah jadi tak tepat sebab Nuridah sendiri dah mengakui kesilapannya dan memohon maaf semasa mencelah penggulungan Fuziah.

Sesudah itu ramai ahli-ahli PAS dan yang lain kutuk aku. Timbul pula tuduhan daripada pihak tertentu kononnya Harakah dahlah kononnya dikatakan tak laku tapi siar pula berita tak betul, buat fitnah.

Aku dah beritahu kepada pegawai khas Nuridah, aku akan betulkan balik benda ni. Tapi tak sabar. Pihak Nuridah sendiri yang besar-besarkannya hingga masuk facebook bagai, atas alasan laporan itu memalukan Nuridah. Paksa aku minta maaf dan buat ralat segera. Aku katakan, tunggulah, sabarlah dulu, aku akan perbetulkan dalam Harakah terdekat. Tak sabar juga. Riuh satu Malaysia. Bukan orang lain pun yang buat kecoh, ahli-ahli PAS terutama yang di sekeliling Nuridah sendiri.

Dah jadi kecoh, ada pula yang tuduh Harakah siar berita tak betul, fitnah. Ada pula yang kata kenapa aku (wartawan) tak buat reserch atau kajian dulu sebelum siar laporan tu. Dan macam-macam lagi nada-nada mengutuk aku.

Persoalannya, aku (wartawan) kah yang salah? Nuridah sebagai ahli Dewan Negara, di mana peranan dan fungsinya dalam hal ini? Aku bukan nak buat berita tak betul dan fitnah. Aku juga jauh sekali bertujuan untuk memalukan Ustazah Nuridah. Aku memang tak ikuti dan baca lagi hansard Parlimen yang berikutnya. Aku nak buat laporan dan ulasan ucapan perbahasan Nuridah. Jadi, itulah yang aku buat. Tak tahu dan tak terfikir pula aku Nuridah membuat penafian balik kenyataannya sendiri ketika penggulungan menteri atau timbalan menteri.

Sepanjang aku jadi wartawan, kalau pun tidak pernah, tapi amat jarang berlaku seseorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negara yang dah bercakap panjang lebar dlm sesuatu isu, tiba-tiba dia sendiri pula yang menafikan balik atau mengatakan apa yang dia cakap tu tak betul ketika penggulungan menteri. Tidakkah pelik.

Sedangkan seseorang ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negara, jika nak berucap atau berbahas, dia pasti buat reserch atau kajian dulu mengenai isu yang hendak dibangkitkan itu. Bukan dah bercakap panjang lebar tapi menafikan balik kenyataan atau ucapan ketika penggulungan menteri. Sebab itulah, dari pengalaman aku yang pernah bertugas di akhbar besar di Utusan Malaysia pun, kalau nak buat laporan sama ada berita atau ulasan perbahasan seseorang ahli dewan, memadai baginya hanya ikuti atau baca hansard ucapan perbahasan ahli dewan itu saja, kecuali jika ingin membuat ulasan menyeluruh, atau jika ingin membuat fokus lebih meluas.

Bertolak dari hal dan realiti inilah, aku tak ikuti lagi perbahasan selanjutnya, apatah lagi hingga habis penggulungan menteri kerana fokus aku hanyalah ucapan Ustazah Nuridah sahaja. Bukan soal nak memalukan, nak buat fitnah dan tak mahu buat kajian lanjut berhubung dgnnya, tapi tak perlu pun sebab yang berucap tu ahli Dewan Negara. Kalau nak kira kena buat kajian dulu, ucapan-ucapan menteri tu tak boleh buat berita atau laporanlah dulu sebab kena kaji dulu. Kalau macam tu tak boleh buat berita atau laporanlah sebab asyik kena buat kajian dulu, walaupun ucapan dari menteri, timbalan menteri, ahli Dewan Rakyat, ahli Dewan Negara. Sedangkan ucapan-ucapan menteri pun banyak yang tak betul. Tapi atas konteks nak buat laporan tentu memadailah dengan ucapan itu. Lagipun mereka bukan bercakap di kedai kopi, tapi di Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Tapi tidak begitu. Aku (wartawan) juga yang disalahkan. Sumber berita yang buat salah, last-last wartawan juga yang disalahkan. Sebagai manusia, memang kita tak sunyi dari salah silap. Ahli Dewan juga begitu. Janganlah wartawan sahaja yang disalahkan. Dah berlaku hal yang tak diingini dan wartawan berkenaan pun sudah berjanji nak buat pembetulan, kecoh apa lagi hingga satu dunia pun tahu. Tunggu dan sabarlah. - 21 Mei 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/05/akhirnya-hanya-wartawan-sahaja-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salah Tarawih Kilat Di Indramayu 23 Rakaat Hanya Dalam 7 Menit

Salah Tarawih Kilat Di Indramayu 23 Rakaat Hanya Dalam 7 Menit

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 271 hits
Salat Tarawih Tercepat itu digelar khusus untuk pemuda di Desa Dukuhjati Indramayu
Hanya Dia Yang Tahu Fatimah Lakar Lukisan Luah Kerinduan Pada Arwah Adam Undang Sebak

Hanya Dia Yang Tahu Fatimah Lakar Lukisan Luah Kerinduan Pada Arwah Adam Undang Sebak

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 266 hits
Genap seminggu pemergian Chef selebriti Adam Mahamed Ismail atau mesra disapa Adamdidam namun rasa rindu ahli keluarga terhadap arwah masih belum pudar Umum sedia maklum bahawa arwah merupakan bapa saudara kepada Fatimah iaitu kanak kanak y...
Bonus Raya Sebanyak Rm1 000 Hanya Untuk Kakitangan Kerajaan Negeri Melaka Sahaja

Bonus Raya Sebanyak Rm1 000 Hanya Untuk Kakitangan Kerajaan Negeri Melaka Sahaja

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 500 hits
Nampaknya Kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM1 000 kepada kakitangan kerajaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang tidak lama lagi BACA Ketua Menteri Adly Zahari memberitahu kepada pemberian bonus itu me...
Hanya Pelajar Universiti Sahaja Yang Sesuai Terima Subjek Berkenaan

Hanya Pelajar Universiti Sahaja Yang Sesuai Terima Subjek Berkenaan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 358 hits
Berkaitan cadangan Majlis Belia Malaysia yang mahu memperkenalkan satu mata pelajaran khusus bagi mengenali agama lain selain Islam di peringkat sekolah dan universiti Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Nik Omar Nik Abdul Aziz m...
Jualan Oneplus 7 Pro Mencecah 1 Billion Yuan Hanya Dalam Masa 60 Saat Sahaja Di China

Jualan Oneplus 7 Pro Mencecah 1 Billion Yuan Hanya Dalam Masa 60 Saat Sahaja Di China

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 238 hits
Berdasarkan laporan dari media di China penjualan OnePlus 7 Pro telah mencapai 1 billion yuan hanya dalam masa 60 saat sahaja di China Jika ditukar kepada tukaran wang asing semasa berjumlah RM606 340 000 juta Seperti semua sedia maklum One...
Hanya Demam Biasa Akhirnya Anak Syurga Ini Dijemput Illahi Bila Anak Sering Batuk Dan Demam Wajib Ambil Perhatian

Hanya Demam Biasa Akhirnya Anak Syurga Ini Dijemput Illahi Bila Anak Sering Batuk Dan Demam Wajib Ambil Perhatian

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 479 hits
Siapa sangka hanya demam biasa akhirnya anak kecil ini dijemput illahi Tidak terduga pemergian si kecil ini sangat mudah di bulan yang penuh mulia Ibu kepada anak syurga ini Puan telah berkongsi saat saat sebelum anaknya dijemput illahi Bag...
Taknak Barista Salah Eja Nama Newbie Boleh Pesan Minuman Starbucks Hanya Dengan 4 Cara Mudah

Taknak Barista Salah Eja Nama Newbie Boleh Pesan Minuman Starbucks Hanya Dengan 4 Cara Mudah

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 296 hits
Minuman Starbucks amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia Walaupun harganya mahal namun minuman mereka masih menjadi pilihan orang ramai Media sosial seperti Instagram Twitter dan Facebook juga menjadi platform pelanggan untuk memuat na...
Terengganu Peruntuk Hanya Rm16 Juta Sahaja Untuk Dana Raya Tahun Ini

Terengganu Peruntuk Hanya Rm16 Juta Sahaja Untuk Dana Raya Tahun Ini

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 342 hits
KEMAMAN Kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan dana raya sejumlah RM16 juta sahaja untuk tahun ini berbanding RM88 7 juta tahun lalu Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Wanita Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat ...
Salah Faham Terhadap Agenda Umat Punca Tersalah Pilih Kumpulan

Salah Faham Terhadap Agenda Umat Punca Tersalah Pilih Kumpulan

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 329 hits
SALAH faham terhadap agenda umat menjadikan seseorang itu tersalah pilih kumpulan Agenda umat Islam ini adalah menegakkan agama di atas muka bumi ini Ia akan tercapai apabila cukup syaratnya iaitu apabila umat ini kuat dan hebat dihormati d...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation