Akhirnya Bonda Rozita Bersuara Unfollow Datin Shahida Jadi Isu
Rumah tangga usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berterusan menjadi persoalan
Bahkan, timbul pula spekulasi tidak enak dan antaranya juga yang dikatakan bahawa mereka tidak lagi mengikuti satu sama lain menerusi laman Instagram
Nama ibunya, Rozita Ibrahim atau turut sinonim dengan panggilan Bonda Rozita juga dikaitkan apabila dia dikatakan tidak lagi mengikuti atau ‘unfollow’ menantunya itu, Datin Seri Nur Shahida sehingga timbul pula pelbagai spekulasi
Oleh itu, Bonda Rozita menerusi Instagram bersuara dengan menegaskan hubungannya dengan menantu itu, Datin Seri Nur Shahida baik saja. Malah baginya, isu unfollow tidak seharusnya menjadi topik perbualan sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan mereka
Unfollow menantu, Datin Shahida jadi isu Bonda Rozita bersuara
Kata Bonda Rozita menerusi tulisannya di laman Instagram juga dia memberitahu bahawa hubungannya dengan Datin Seri Nur Shahida masih baik
Tambahnya juga, dia tidak pernah memburukkan menantunya itu dan tidak mencampuri dunia luar selain dia menegaskan bahawa Datin Seri Nur Shahida tetap menantunya sehingga akhir hayat
Malah dia memberitahu bahawa Datin Seri Nur Shahida merupakan ibu kepada cucu-cucunya dimana pasangan usahawan ini kini memiliki 5 orang anak
“Saya tak pernah burukan Ida…”
View this post on Instagram Posting caption mengundang utk tambah dosa.?? ..ambik kesempatan Utk meraih followers membaca , meramaikan org komen utk ghibah..?? ..tak takut ke dosa fitnah buka aib orang..?? . . Sy bersuara sbb dah tak tahan dan penat lahhhhh ..kalau org lain xda sape kisah pun...xfollow , memollow, bercerai xbercerai bagai ...tak ada org berminat nak tau . Persoalannya dapat apa ntah..?? Kalau bercerai juga napa ..?? , nak kawin dgn kri..?? atau nak kawin dgn ida ..( keduanya kaya dn baik " nak sy buka tender ke ..??? ) ..suka nak menghina biar mereka lemah semangat ke..?? . bab kri dgn ida sy pun dipalit sama..!! sy xbersalah dalam hal ni ...Tolonglah ,Kasihanilah , berilah kami aman dan jangan bebankan lagi Ida atau saya untuk masalah peribadi ni @shahidadherbs .!! Suka hati sy nak follow atau x..Pak menteri atau artis pun sy xfollow .sy xkan lihat benda yg xmenguntungkan . . Sy x follow Ida , kecoh seMalaya masa PKP ni, sempitnya cara berfikir ..Sedap bergosip penghilang stress ya..seronok bergosip..Nak tau sy gaduh & salahkan menantu..Dia tetap anak menantu sy lah till jannah ( dlm islam xda istilah unfollow masuk neraka weiii) . . Pernah nampak sy gaduh dgn orang lain maki hamun di media ke..?? kalau dgn org xpernah , tak kan dgn Ida sy nak gaduh ..posting sy semua dia IG dianggap sindir Ida..?? .sy org tua yg matang setakat hari ni ok..!! Berhentilah jd penyibuk " Dia sgt baik dgn sy , sampai sekrang..!! sy xfollow Yati , Kri xda pulak org nak tanya ke..?? . . Menghina org sedap , sbb xkena kat diri kita kan..!! Cuba kena diri sendiri ..esok lusa kita xtau takdir sendiri..kita xpernah jumpa , x kenal , hanya dimedia , sedap menunding hina ..ada ke peluang nak jumpa kita ni ..?? utk minta maaf..Akhirat bukan main2 tempatnya . . Sy xpernah burukan Ida , dan x campur dunia luar ..Ingat ayat sy satu je " dia tetap menantu sy hingga akhir hayat sy dn ibu pd cucu sy..Sy x follow xmaksud sy gaduh ..Sy Penat dihakimi oleh netizen . Jgn tanya sy unfollow .. Sy malas dan xnak tengok semua anak2 sy di media sosial .Semak Otak je..!! . . & jgn soal perkara xcerdik , xmenguntungkan , xperlu membizy pasal mereka utk sy ulas....!! Nasihat ke tidak ke ..!!..
A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on Apr 14, 2020 at 2:23am PDT
SUMBER:Bonda Rozita
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kelimerah.com/2020/04/akhirnya-bonda-rozita-bersuara-unfollow.html