Akhirnya Aliff Aziz Menerusi Video Secara Langsung Tampil Mohon Maaf Dan Jelaskan Perkara Yang Berlaku


“SETIAP kesalahan yang terjadi ada punca. Dalam kes saya, saya mengakui menjadi punca kepada semuanya. Perkara sebenar pun sudah terbukti.
“Jadi, saya ingin memohon maaf kepada semua. Bagi saya perlu untuk akui jika ia memang salah,” kata penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mengenai kontroversi melanda dirinya apabila didakwa berlaku curang terhadap isterinya Bella Astillah apabila menjalin hubungan dengan pelakon, Oktovia Manrose.
Aliff menerusi sesi video live di Instagram malam tadi tidak menafikan perkara yang berlaku dan mengakui ia kesilapan besar.
Menurut Aliff, status dimuat naik Bella adalah benar dan dia tidak menyalahkan tindakan isterinya itu.
“Isteri saya sudah lalui macam-macam. Saya memberikan masalah kepadanya. Saya berasa sangat bersalah terhadapnya.
“Saya kesal atas apa yang terjadi dan saya tidak mahu nafikan kesalahan saya. Setiap manusia pasti buat salah. Dalam kes saya, diakui ia memang berpunca daripada saya.
“Nak caci, maki dan hamun saya silakan. Cuma, jangan komen apa yang anda tidak tahu,” katanya.
Menurut Aliff, dia sedang cuba membetulkan semula keadaan dan masalah rumah tangganya.
“Soal hubungan dan rumah tangga saya dengan isteri, biar saya yang selesaikan. Banyak perkara yang perlu dibuat dan diperbetulkan. Kesilapan saya pada Allah, biar saya uruskan. Kesalahan saya pada ibu bapa, itu tanggungjawab saya,” katanya.
Menurut Aliff, dia mengadakan sesi live itu bukan untuk menegakkan benang yang basah.
“Saya bukan nak cakap siapa yang salah. Malah banyak artikel keluar dan Via (Oktovia) pun sudah minta maaf dan tidak menafikan apa yang berlaku. Memang kami yang bersalah.
“Sekarang, saya cuba untuk ‘move on’ dengan apa yang berlaku. Saya juga mahu minta maaf kepada seluruh keluarga saya. Adik-beradik saya juga marahkan saya kerana menjadi punca umi (mak) saya dihentam netizen,” katanya.
Menurut Aliff, dia tidak kisah jika selepas ini orang ramai masih terus bercakap mengenai dirinya terutama kontroversi yang berlaku.
“Selepas ini, nak cakap apa, cakaplah. Saya sudah luahkan semuanya apa yang saya rasa. Selepas ini saya tidak mahu memberikan sebarang komen lagi. Insya Allah, selepas ini segalanya berjalan baik,” katanya.
Menerusi sesi live itu, Aliff menafikan dakwaan segelintir pihak mendakwa status dimuat naik ibunya di laman sosial adalah untuk menutup kesalahan dirinya.
“Apa yang umi muat naik bersifat menyeluruh. Tidak ada kaitan langsung dengan Bella, malah jauh sekali nak menutup kesalahan saya.
“Saya lebih tahu umi macam mana. Kalau apa yang saya buat salah, dia akan tegur dan marah. Apabila, status berkenaan menimbulkan persepsi berbeza daripada netizen, ini yang perlu saya betulkan.
“Kasihan umi kena hentam dan kritik gara-gara status itu. Kalau ikutkan dia halang saya daripada membuat sesi live perkara ini. Dia cakap, biarlah orang nak cakap apa mengenainya,” katanya.
Video:

Artikel Berkaitan: Bella maafkan yang terbabit
“SAYA maafkan yang terbabit sebab hanya ingin kejujuran,” kata Bella Astillah, 25, berkenaan kemelut rumah tangganya yang menjadi perhatian warganet, baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan di Instagram, Bella yang juga isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, 28, berasa lega selepas mengetahui kebenaran dan berani bersemuka serta mengakui kesalahan sekali gus meminta maaf atas kekhilafannya.
Kata Bella, dia mengakui terasa pedih dan terluka namun semua manusia melakukan kesilapan.
“Sebagai manusia, hanya maaf yang perlu diungkap daripada terus menegakkan benang yang basah sedangkan kesalahan itu jelas dilakukan.
“Yang membuatkan kecewa dan marah sebab saya saja yang tahu kebenaran. Ramai yang meminta saya untuk ‘post’ video, ada juga segelintir mengatakan saya fitnah. Saya tidak akan sesuka hati ikut emosi untuk ‘post’ tanpa bukti.
“Tapi, selepas saya fikir, adalah lebih baik saya tunjuk kepada keluarga dan yang terbabit saja. Maaf yang tersinggung dengan cara saya berkongsi masalah ini,” katanya.
Menurutnya, setiap manusia ada pelbagai cara untuk meluahkan dan mengendalikan masalah.
Bella berkata, seseorang perlu menjadi diri sendiri dalam mencari dan menentukan cara penyelesaian.
Katanya, andai ada segelintir atau mana-mana pihak yang menganggap tindakannya berkongsi masalah rumah tangga di media sosial itu salah, Bella berkata, setiap manusia punya pendapat masing-masing termasuklah dirinya.
“Dari semasa ke semasa, saya terima banyak ‘direct message’ (DM) yang memberikan kata nasihat, sokongan, dorongan dan kecaman.
“Di sini saya ingin terangkan, saya tidak secerdik dan sepintar rata-rata manusia lain. Saya adalah diri saya. Saya juga manusia biasa yang pasti buat kesilapan,” katanya.
Menerima dugaan itu dengan hati terbuka, Bella menganggap ujian itu adalah lumrah alam dan berharap ramai menjadikan apa berlaku dalam rumah tangganya sebagai iktibar kerana ada wanita yang takut untuk bersuara.
“Setiap petunjuk yang kita minta, kita harus terima dan setiap berlaku pasti ada hikmah. Segala yang baik kita perbaiki jadikan teladan malah tidak baik sebagai sempadan. Apa yang saya inginkan buat masa ini adalah ketenangan.
“Saya ada bertanya dengan ustaz, sudah semestinya untuk tenang adalah mendekatkan diri dengan Allah. Selain itu, kita akan lebih tenang sekiranya memikirkan dan berusaha untuk mengubah diri berbanding mengubah orang lain.
“Sekarang saya perlukan masa dan ketenangan untuk berbincang dengan ahli keluarga. Terima kasih,” katanya.
Terdahulu, Bella menerusi akaun Instagramnya mendakwa bahawa Aliff berlaku curang dengan pelakon Oktovia Manrose serta turut memuat naik perbualan daripada seseorang yang mengatakan dia melihat suaminya dan wanita terbabit di sebuah kelab malam sebagai bukti.
Sebelum ini, Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa berlaku curang dengan seorang pelakon ketika menjalani penggambaran sebuah drama bersama.
Aliff dan Bella berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia setahun tujuh bulan.
The post Akhirnya Aliff Aziz Menerusi Video Secara Langsung Tampil Mohon Maaf Dan Jelaskan Perkara Yang Berlaku appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/akhirnya-aliff-aziz-menerusi-video-secara-langsung-tampil-mohon-maaf-dan-jelaskan-perkara-yang-berlaku/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aliff Aziz Tampil Mohon Maaf Akui Diri Punca Segala Kesilapan

Aliff Aziz Tampil Mohon Maaf Akui Diri Punca Segala Kesilapan

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 348 hits
Hanya berdiam diri sejak kontroversi rumah tangganya hangat diperkatakan Aliff Aziz semalam menerusi Live di Instagram tampil memohon maaf atas kesilapannya berlaku curang terhadap isterinya Bella Astillah Aliff mengaku apa yang berlaku ber...
Lelaki Bawang Fitnah Misha Omar Guna Mak Esah Untuk Menang Ajl 33 Akhirnya Tampil Mohon Maaf

Lelaki Bawang Fitnah Misha Omar Guna Mak Esah Untuk Menang Ajl 33 Akhirnya Tampil Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 1179 hits
Seorang lelaki yang sebelum ini mendakwa penyanyi Misha Omar mengamalkan ilmu hitam untuk memenangi Anugerah Juara Lagu 33 yang berlangsung baru baru ini telah membuat permohonan maaf Bercakap kepada Berita Harian lelaki itu mendakwa terlal...
Galilah Aib Yang Ada Pada Dirimu Sendiri Ibu Aliff Aziz

Galilah Aib Yang Ada Pada Dirimu Sendiri Ibu Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 357 hits
Nampaknya kontroversi melibatkan rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah masih tidak berkesudahan lagi Semalam Aliff Aziz meminta agar diberi ruang dan The post appeared first on
Hiburan Bisikan Syaitan Sangat Halus Niat Tidak Menghalalkan Cara Ibu Aliff Aziz

Hiburan Bisikan Syaitan Sangat Halus Niat Tidak Menghalalkan Cara Ibu Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 679 hits
Kontroversi kecurangan Aliff Aziz masih belum reda kali ini ibu kepada penyanyi tersebut Siti Hafizah Sheikh Mohamad tampil bersuara mengenai kemelut rumah tangga anaknya itu bersama Bella Astillah Bermadah dengan memuat naik foto kata kata...
Bella Astillah Dedah Aliff Aziz 9 Hari Tak Balik Rumah

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz 9 Hari Tak Balik Rumah

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 377 hits
Selepas dakwaan yang Aliff Aziz keluar berhibur di kelab hiburan bersama pelakon Oktovia Manrose Bella Astillah mendedahkan perkara sebenar dimana dia tidak The post appeared first on
Bisikan Syaitan Itu Ternyata Lebih Halus Di Hati Dan Ibu Aliff Aziz Minta Anak Menantu Muhasabah Diri

Bisikan Syaitan Itu Ternyata Lebih Halus Di Hati Dan Ibu Aliff Aziz Minta Anak Menantu Muhasabah Diri

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 689 hits
Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz Siti Hafizah Sheikh Mohamad tampil menyatakan pandangan terhadap kontroversi yang tercetus sejak beberapa hari lalu Biarpun tidak menyatakan secara jelas S Hafiza selesa bermain madah dan kata kata...
Tak Wujud Istilah Saya Mempertahankan Kakak Inilah Komen Aprena Manrose Isu Aliff Aziz Oktovia Manrose

Tak Wujud Istilah Saya Mempertahankan Kakak Inilah Komen Aprena Manrose Isu Aliff Aziz Oktovia Manrose

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 417 hits
Pelakon Aprena Manrose mengakui serba salah terhadap isu yang melibatkan kakaknya Oktovia Manrose bersama penyanyi Aliff Aziz Menerusi entri di Instagram Stories Aprena menjelaskan dia tidak berhak untuk masuk campur urusan mereka sebalikny...
Video Seperti Hilang Separuh Roh Kekuatan Video Semadikan Jenazah Allahyarham Bapa Aliff Syukri Bikin Netizen Sebak

Video Seperti Hilang Separuh Roh Kekuatan Video Semadikan Jenazah Allahyarham Bapa Aliff Syukri Bikin Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 355 hits
Video Seperti Hilang Separuh Roh Kekuatan Video Semadikan Jenazah Allahyarham Bapa Aliff Syukri Bikin Netizen Sebak Pengasas kosmetik sensasi Datuk Seri Aliff Syukri yang baru sahaja kehilangan bapanya Kamaruzaman Kamaludin ada berkongsi se...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar