Akhirnya Aku Pasang Invisible Grill Selepas Kucing Rm12k Dari Rusia Jatuh Dari Tingkat 18



Kisah ini aku pendam agak lama, nak bercerita tentang kehilangan sesuatu yang berharga dan yang kita sayang bukanlah susuatu yang mudah. Pada awalnya aku bukan berminat untuk jadikan kucing sebagai binatang pelihara sebab aku sendiri pun jarang ada dekat rumah, diri sendiri pun tak terjaga.
Tak tahu macam mana dari seekor, sampailah lima ekor ada dengan aku. Yang nombor lima ni aku tunggu agak lama dan nak pilih pun memang susah. Dari dia lahir sampailah berusia 6 bulan aku sentiasa ikuti perkembangan dia dari jauh.
Kucing-kucing aku yang first sampailah nombor 4 iaitu Abu, Allie, Alice, Ahmad semuanya made in Malaysia. Istimewanya yang kelima iaitu Anggun berasal dan lahir di Russia. Proses untuk bawa Anggun ke Malaysia juga bukan mudah. Kos yang tinggi dan harga kayangan selepas nego dari RM12,000 dapatlah kurang menjadi RM11,500.

Lebih kurang 6 bulan, kucing untuk masuk Malaysia perlu berusia 6 bulan ke atas. Jadi aku tunggu 6 bulan, habis dekat RM12K akhirnya sampai juga kat KLIA. Masa tu kalau tak salah kucing-kucing yang sampai dari luar negara perlu dikuarantin di pusat kuarantin lebih kurang seminggu kalau tak silap.


Maka sampailah kucing dari Russia baka British Shorthair Golden NY12. NY12 ni special sikit sebab amat susah nak dapat, kalau ada pun NY11. Warna oren dia tak sama untuk setiap kod BSH. Sempatlah beranak 4 ekor tapi yang hidup hanya satu, sampai sekarang.
Tunggu Papa di Sana Ya. Papa Minta Maaf Tak Dapat Jaga Anggun Sebaik Mungkin

Selepas bercerai aku pindah rumah, rumah yang paling dekat dengan tempat kerja kira 5 minit naik motor je. Rumah baru ni tingkat 18 ada 2 bilik, balkoni dan yard. Jadi satu bilik untuk aku dan satu untuk kucing.
Aku ni kalau sebelum tidur rumah kena kemas dan bila bangun pagi kena nampak semua tersusun. Kalau tak malam tu aku tak leh tidur dengan tenang. Balkoni aku dia tutup separuh jadi 50% selamat la. Yard pula pun sama tapi sejak ada kucing aku tutup yard aku dengan penghadang yang tinggi tapi masih lagi tak selamat.
Kebiasaanya kucing akan masuk dalam bilik dan aku tutup pintu bilik kecuali untuk abu & allie. Dua ekor ni tak suka duduk dalam bilik. Kalau tak dia bising. Lagi pun dua ni bukan jenis memanjat.
Seperti kebiasaannya aku akan lepas semua kucing satu rumah sebelum masukkan balik dalam bilik. Jadi abu, allie, alice, ahmad & anggun termasuk ben (anak abu & alice), bella (anak ahmad & maincoon member) & budin (anak abu & anggun) semua ada kat ruang tamu.
Malam sebelum kejadian, entah mengapa aku biarkan allie & anggun dekat luar. Padahal hati dah terdetik tak kena. Sebab biasanya aku buka separuh sliding door dan pintu yard berminggu minggu abu & allie tak pernah panjat. Tujuaan dia nak bagi aliran udara keluar masuk. Tetapi malam itu allie & anggun dekat luar. Sebelum masuk bilik tidur hati aku tak sedap sebab anggun kat luar bukan abu tapi aku sedapkan hati kata ok.
Keesokkan pagi aku bangun tak sedap hati sebab tak bunyi suara kucing dari bilik aku. Biasa ada suara. Aku dah rasa tak sedap hati. Aku turun dari katil aku mandi siap-siap nak pergi kerja aku keluar dari bilik aku dan automatik aku hanya nampak allie je. Masa tu aku tak fikir nak cari anggun sebab hati aku kata anggun kat bawah dah. Aku langkah kaki masuk bilik kucing bersihkan bilik kucing. Aku tak mahu tengok ke bawah lagi dekat bahagian yard tu sebab aku tak ready lagi nak hadapi.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Pergi dekat yard tengok ke bawah nampak anggun dah terbaring. Dekat bahagian yard tu kira satu kawasan yang orang tak akan lalu dan tak boleh access pun. Masa tu aku tak dapat rasa apa-apa dah, aku turun pergi dekat security mintak dia bukakan tingkap untuk masuk ke bahagian anggun jatuh. Aku bawa beg siap-siap aku masuk ikut tingkap dan ambil anggun letak dalam beg. Badan dia dah sejuk sebab dah banyak jam berlalu. Aku tak sampai hati nak ambil gambar dia masa tu. Bagi aku cukuplah aku simpan gambar cantik-cantik sahaja tentang anggun.
Letak dalam kereta aku beli cangkul dan beg yang cantik untuk tanam dia di tempat yang aku selalu lepak bila aku sedih iaitu di tepi sungai. Sejak dari hari itu aku tak berani nak cerita dekat orang tentang apa yang jadi dekat anggun. Aku simpan sendiri. Ianya berlaku pada tahun 2021 dan baru 2024 aku berani untuk bercerita apa yang terjadi.
Sejujurnya sampai sekarang aku tak tau apa yang aku rasa tentang anggun. Ianya perasaan yang sangat-sangat tak boleh aku jelaskan.

Tidurlah sayang….
Anggun, papa mintak maaf tak dapat jaga anggun sebaik mungkin. Walaupun hanya 6 bulan sahaja anggun dengan papa tapi memori anggun dengan papa tak akan pernah pudar sampailah papa mati. Tunggu papa di sana ya….
Pemasangan Invisible Grill di The Hipster Taman Desa

Tahun 2023 aku mula pindah ke rumah baharu selepas beberapa bulan struggle untuk buat sedikit renovation. Paling tidak pun benda-benda basic dah siap termasuk bilik kucing. Bila masuk rumah baru ni aku sedikit trauma juga lah sebab kali ni pindah bersama kucing-kucing yang dah membiak. Dari tingkat 18 ke tingkat 38. Bayangkan aku sendiri pun gayat nak lepak dekat balkoni yang open tu.
Bila keluarga datang pun terpaksa pastikan sliding door ditutup dan kunci sebab ada kanak-kanak. Memang rasa tak selamat lah. Nak biarkan sliding door tertutup selalu, hapak la pulak bau rumah sebab udara tak masuk. Disebabkan masa tu masih belum pasang invisible grill jadi keluarga pun tak berani nak datang lepak-lepak kat rumah ini.

Selepas pindah, seekor lagi kucing aku jatuh dari tingkat 38. Masa ni memang nak tak nak kena juga usaha untuk buat sesuatu. Banyak juga aku survey antaranya nak letak acrylic tetapi tak tahan panas. Nak letak kaca harga mahal sangat lepas tu tak cover habis. Jadi buat sementara waktu aku pasang sendiri jaring kat balkoni. Dah macam reban ayam dah nampak masa tu.
Safety Invisible Grill by Syafaz Legacy

Setelah beberapa bulan akhirnya adalah member recommend Safety Invisible Grill by Syafaz Legacy. Usha juga TikTok diorang. Fuhh memang ngam sekali tengok pun dah berkenan. Memang nampak kemas dan tidak menyakitkan mata. Paling penting keselamatan nombor satu.
Invisible grill ni biasanya dipasang untuk keselamatan rumah-rumah yang tinggi dan diperbuat daripada kabel stainless steel yang tahan karat dan mempunyai ketahanan yang kuat. Kemudian kabel-kabel ini dibalut pula dengan bahan jenis Teflon dan Nylon untuk menjadikan ia tidak mudah untuk dipotong dan mampu untuk menahan tekanan dan beban yang besar.
Pemilihan Jarak Antara Kabel

Bagi menambahkan keyakinan tentang Invisible Grill ni, ianya boleh dipasang mengikut jarak yang sesuai bergantung kepada keperluan kita. Macam aku yang penuh dengan anak-anak bulus ni, aku pilih jarak 2 inci. Jarak ini dikira selamat untuk kucing dewasa. Kalau untuk keselamatan anak-anak kecil rasanya jarak 4-5 inci pun boleh. Korang boleh minta nasihat mereka sebelum dipasang.
Di tengah-tengah kabel yang dipasang menegak ini akan ada satu kabel lain yang bertindak sebagai sokongan ataupun pengunci supaya kabel-kabel yang dipasang tidak mudah longgar dan kekal tegang untuk tempoh masa yang lama.
Tahan Lama, Kemas & Tidak Menghalang Pemandangan

Pengikat yang kat tengah-tengah tu kalau dipasang sama level dengan ketinggian palang asal mesti nampak lagi kemas. Mungkin ada sebab dia aku pula tak tanya kenapa dia pasang kat situ.
Selain dari tahan karat, kabel-kabel stainless steel ini juga tahan kepada cuaca yang panas. Jadi tak perlu risau jika ianya terdedah kepada cahaya matahari dan hujan. Susunan kabel yang kemas dan seoleh-oleh tidak kelihatan ini pasti tak akan menghalang pemandangan indah rumah korang. Nama pun invisible grill kan.
Satu lagi yang aku cukup puas hati bila pasang invisible grill ni, ianya tidak menghalang dari udara dan cahaya masuk ke dalam rumah. Disebabkan ada ruang antara kabel, angin kuat pun tak akan ada masalah. Tak perlu dah aku nak sentiasa tutup pintu sliding door. Rumah pun tak berbau sebab ruang yang terbuka.
Pemasangan Yang Cepat


Cukup segala info dan sebab yang munasabah untuk pasang invisible grill jadi rundingan pun bermula dan tarikh untuk pemasangan pun ditetapkan. Hanya ambil masa lebih kurang 3 jam sahaja balkoni anda kini mempunyai sistem keselamatan yang baik. Respond pihak Safety Invisible Grill by Syafaz Legacy agak pantas yer.
Harga pula bermula dari RM800 – RM1,500 bergantung kepada keluasan ruang yang perlu dipasang.
Sebarang pertanyaan, surat layang, contoh-contoh invisible grill yang dah mereka pasang boleh rujuk laman sosial Safety Invisible Grill by Syafaz Legacy.
WhatsApp: +60197536304 TikTok: @syafazlegacy Facebook: Safety Invisible Grill by Syafaz  The post Akhirnya Aku Pasang Invisible Grill, Selepas Kucing RM12K Dari Rusia Jatuh Dari Tingkat 18 appeared first on Faizal Fredley.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.faizalfredley.com/2024/07/21/akhirnya-aku-pasang-invisible-grill-selepas-kucing-rm12k-dari-rusia-jatuh-dari-tingkat-18/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak Perempuan 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 16 Apartmen

Kanak Kanak Perempuan 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 16 Apartmen

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 164 hits
4 tahun maut jatuh tingkat 16 apartmen Seorang kanak kanak perempuan berusia maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kakitangan kerajaan di Putrajaya Kanak kanak Perempuan 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 16 Apartmen Foto Ketua Po...
Polisi Tangkap Penembak Kucing Di Semarang

Polisi Tangkap Penembak Kucing Di Semarang

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 218 hits
Menurut dia polisi juga masih mendalami pistol yang digunakan oleh pelaku
Bawa Si Bulus Healing Taman Rekreasi Kucing Catopia Shah Alam Kini Dibuka Untuk Orang Ramai

Bawa Si Bulus Healing Taman Rekreasi Kucing Catopia Shah Alam Kini Dibuka Untuk Orang Ramai

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 139 hits
Sebuah taman rekreasi bertemakan haiwan telah diperkenalkan Majlis Bandaraya Shah Alam pastinya akan membuatkan pemilik si bulus kucing gembira dan teruja Tempat rekreasi kucing di Shah Alam kini dibuka Difahamkan taman yang diberi nama Cat...
Ingin Bawa Kucing Bersama Ini Kafe Pet Friendly Perlu Anda Kunjungi

Ingin Bawa Kucing Bersama Ini Kafe Pet Friendly Perlu Anda Kunjungi

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 95 hits
Jika anda pencinta kucing tegar dan sering membawa si bulus kemana sahaja anda tahu betapa pentingnya mencari kafe pet friendly di mana anda boleh menikmati hidangan atau secawan kopi tanpa perlu meninggalkan si bulus di rumah Bagi pencinta...
Pelukis Mural Rusia Kecewa Lukisannya Di Kl Sudah Dipadam Kenapa Buat Begini Nak Cipta Karya Ini Sangat Sukar

Pelukis Mural Rusia Kecewa Lukisannya Di Kl Sudah Dipadam Kenapa Buat Begini Nak Cipta Karya Ini Sangat Sukar

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 110 hits
Tidak dinafikan negara kita masih kurang dalam isu menghargai hasil karya seseorang terutamanya penggiat seni lukis Pelukis mural berasal dari Rusia Julia Volchkova meluahkan kekecewaanya selepas lukisan mural yang dicipta olehnya telah dip...
Mayat Pelajar Jatuh Sungai Pahang Ditemukan 25 Kilometer Dari Lokasi Mangsa Dilapor Hilang

Mayat Pelajar Jatuh Sungai Pahang Ditemukan 25 Kilometer Dari Lokasi Mangsa Dilapor Hilang

papar berkaitan - pada 28/7/2024 - jumlah : 223 hits
PEKAN Mayat pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Maran Satu dilaporkan hilang selepas terjatuh bot di Sungai Pahang ditemukan pagi tadi kira kira 25 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang Pegawai Perhubungan Awam Jabatan ...
Beberapa Kali Jatuh Motor Isteri Gigih Bonceng Suami Sakit Kanser Kulit Sejauh 50km Ke Hospital

Beberapa Kali Jatuh Motor Isteri Gigih Bonceng Suami Sakit Kanser Kulit Sejauh 50km Ke Hospital

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 85 hits
Beberapa kali jatuh motor seorang suri rumah tidak pernah patah semangat sebaliknya sanggup menunggang motosikal sejauh 50 kilometer memboncang suami yang menghidap kanser kulit ke Hospital Tanah Merah Kelantan Memetik laporan Harian Metro ...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation