Akhirnya Aku Guna Fungsi Blue Light Filter Pada Telefon Pintar
Akhirnya Aku Guna Fungsi Blue Light Filter Pada Telefon Pintar | Blue Light Filter atau penyaring cahaya biru adalah salah satu ciri yang ada dalam sesebuah telefon pintar. Blue Light Filter bertujuan memberi keselesaan pada mata saat kita menggunakan telefon. Mengapa cahaya biru perlu disaring?
Mata kita mudah berasa penat apabila sentiasa melihat skrin telefon pintar dalam jangka masa yang lama. Ini kerana sinaran skrin cahaya biru daripada telefon pintar mempunyai kesan yang boleh menjejaskan kesihatan mata dan kesan yang paling teruk boleh menyebabkan kerosakan kekal pada retina mata manusia. Sebab tu la kena saring sesiap cahaya biru ni agar tak merosakkan mata.
Fuhhh ngeri pula bila dengar bab bab mata ni. Mata ni nak pakai lama, kena la beringat sebelum apa apa yang buruk terjadi. Jadi kita beringat sebelum terkena
Yang ni skrin telefon kalau tak guna Blue Light Filter. Warna dia cerah terang.
Nampak tak dia punya warna kat skrin macam warna kuning kuning gitu. Ni kalau guna Blue Light Filter.
Aktifkan Fungsi Blue Light Filter Pada Telefon PintarKakYa memang punya tabiat menggunakan telefon sebelum tidur dengan keadaan cahaya yang lampu dimatikan. Bila lampu dah dipadamkan, cahaya yang dihasilkan oleh skrin telefon menjadi silau dan membuat mata menjadi letih dengan cepat. Biasanya untuk mengatasi masalah ini, KakYa akan mengurangkan kecerahan skrin. Tetapi adakah korang tahu, sebenarnya bukan kerana kecerahan skrin yang menyebabkan mata silau dan letih tapi ianya disebabkan oleh sinar biru pada skrin telefon pintar. Untuk mengurangkan sinar biru ini, kita perlu gunakan Blue Light Filter.
Kebanyakan telefon pintar sekarang ni memang ada fungsi Blue Light Filter cumanya nama fungsi tu mungkin berlainan. Untuk Note 5 KakYa ni namanyer Blue Light Filter.
KakYa kekadang jam 1 ke 2 pagi masih lagi menggunakan telefon untuk siapkan kerja. Mata ni takyah cakap la, mudah sangat berasa letih. Kekadang rasa silau yang keterlaluan bila pandang skrin telefon terlalu lama pada waktu malam. Oleh kerana itu KakYa ambik pendekatan untuk menggunakan Blue Light Filter bagi mengatasi masalah keletihan mata yang KakYa alami. Dah lama dah KakYa tahu mengenai Blue Light Filter ni tapi tak ambik tahu sangat la sebab tak guna. Bila dah guna kena la ambik tahu lelebih skit.
Penggunaan Blue Light Filter dapat menjadikan mata KakYa lebih selesa waktu melihat skrin telefon dalam keadaan cahaya rendah. Aktifkan fungsi Blue Light Filter pada telefon dan gunakan dengan sebaiknya.
Blue Light Filter ON
Alhamdulillah sejak guna Blue Light Filter sekarang ni mata pon dah OK la sikit daripada dulu. Kalau dulu selalu sangat sakit kepala kalau mengadap telefon terlalu lama. Ya la sebab cahaya biru tu kuat sangat menuju terus tembus ke mata.
Nasihat KakYa pada korang yang selalu guna telefon pintar terutama waktu malam, seeloknya aktifkan mode Blue Light Filter agar kesihatan mata korang terjaga. Skrin tak cantik takpe la korang janji mata korang terjaga. Mata nak pakai lama bukan sehari dua jer. Kakak bagi nasihat je. Kalau nak dengar alhamdulillah boleh la buat. Tanak buat pon takpe kakak tak rugi apa apa, tapi baik ler buat dari mata tu dapat masalah. Gunakanlah fungsi Blue Light Filter untuk kesihatan mata korang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2019/12/akhirnya-aku-guna-fungsi-blue-light-filter-pada-telefon-pintar.html