Akar Umbi Umno Gua Musang Terkilan Ku Li Kembali Bersama Dr M


freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
-December 29, 2020 9:30 AM

PETALING JAYA: Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah menjalin kerjasama semula dengan Dr Mahathir Mohamad menimbulkan rasa tidak puas hati dan kemarahan akar umbi UMNO di Gua Musang, kata naib ketua bahagian itu, Ab Aziz Yusof

Beliau berkata ahli-ahli dan penyokong UMNO Gua Musang bersikap ‘positif’ terhadap teguran Tengku Razaleigh terhadap kepimpinan parti, tetapi terkilan dengan penampilan beliau bersama Mahathir baru-baru ini

“Isu lain akar umbi tidak marah. Mereka hanya marah apabila Tengku Razaleigh bersama Mahathir membuat kenyataan bersama

“Mereka dari dulu tidak setuju dengan Mahathir, jadi itu (Ku Li bersama Mahathir) mereka terkilan,” katanya kepada FMT

Pada 14 Dis lalu, Mahathir dan Tengku Razaleigh menawarkan khidmat mereka bagi menyelamatkan negara yang mereka dakwa ditadbir kerajaan lemah dan menyifatkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang tidak mempunyai keabsahan

Tengku Razaleigh turut mendesak Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun membenarkan usul undi tidak percaya yang dibawa oleh Mahathir dibahaskan untuk menentukan keabsahan Muhyiddin

Mahathir dan Tengku Razleigh berseteru pada 1980-an dan bersaing untuk kepimpinan UMNO yang berakhir dengan Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46 selepas UMNO diharamkan

Mahathir menubuhkan UMNO baharu dan terus menerajui parti itu sebelum keluar dan menyertai pembangkang manakala Tengku Razaleigh kembali menyertai UMNO

Ab Aziz yang juga ADUN Nenggiri berkata Tengku Razaleigh masih menjadi tarikan utama di Gua Musang di sebalik desas-desus pemimpin itu tidak akan mempertahankan kerusi parlimennya pada pilihan raya umum akan datang

“Terpulang kepada Tengku Razaleigh, kita memerlukan dia selaku ketua bahagian, selagi dia mampu, dia sihat, kita minta dia terus jadi calon di sini, sebab dia boleh menyatukan ahli UMNO Gua Musang, Walaupun dia tidak lagi bertanding, kita harap dia terus kekal menjadi penasihat kepada kami,” katanya

Ab Aziz berkata beberapa kenyataan kontrovesi Tengku Razaleigh akhir-akhir ini di buat demi kebaikan parti itu sendiri, termasuk kenyataan yang mempersoalkan tindakan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi, menyertai Majlis Presiden Perikatan Nasional

“Kenyataan (kritikan) Tengku Razaleigh kepada parti itu kita sudah biasa, kerana beliau seringkali mempunyai pandangan tersendiri yang mana dirasakan terbaik untuk parti, malah ia lebih kepada pandangan peribadi

“Kritikan beliau kepada pucuk pimpinan juga tidak memberi kesan kepada akar umbi atau…membawa kepada perpecahan

“Kita di peringkat akar umbi, kita mengambil langkah tunggu dan lihat (apa pendirian pucuk pimpinan). Jangan cepat menghukum. Kita jangan keliru,” katanya

Khamis lalu, Tengku Razaleigh menzahirkan rasa “malu” dan “aneh” dengan persetujuan Zahid menyertai Majlis Presiden PN kerana UMNO bukan parti komponen dalam gabungan berkenaan

“Di dalam anggota parti yang menyertai PN hanyalah PPBM dan PAS. Kenapa UMNO sertainya?” kata Tengku Razaleigh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/akar-umbi-umno-gua-musang-terkilan-ku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Gua Musang Pimpinan Ku Li Usul Tarik Sokongan Kepada Kerajaan Jika Pru Tak Diadakan

Umno Gua Musang Pimpinan Ku Li Usul Tarik Sokongan Kepada Kerajaan Jika Pru Tak Diadakan

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 274 hits
PETALING JAYA UMNO Gua Musang yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah mengusulkan parti itu menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional sekiranya pilihan raya umum ke 15 tidak dapat diadakan dalam masa terdekat Menurut usul mesyuarat ...
Pru Ahli Akar Umbi Umno Tetap Tolak Ppbm Mahu Umno Kekal Tanding Di Indera Mahkota

Pru Ahli Akar Umbi Umno Tetap Tolak Ppbm Mahu Umno Kekal Tanding Di Indera Mahkota

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 254 hits
KUANTAN Menjelang PRU 15 tidak lama lagi semakin kuat kedengaran suara akar umbi UMNO menolak calon PPBM bertanding ke kerusi Parlimen Indera Mahkota Bukan sahaja dikalangan veteran parti kini ia hangat diperkatakan dikalangan golongan muda...
Pru 15 Parlimen Indera Mahkota Panas Akar Umbi Umno Mahu Calon Mereka Bertanding

Pru 15 Parlimen Indera Mahkota Panas Akar Umbi Umno Mahu Calon Mereka Bertanding

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 325 hits
KUANTAN Menjelang pilihan raya umum ke 15 tidak lama lagi Kerusi Parlimen Indera Mahkota dilihat antara kerusi panas yang menjadi pertikaian di Pahang Biar pun umum mengetahui status quo kerusi itu bakal memihak kepada Parti Pribumi Bersatu...
Lawan Tetap Lawan Najib Beritahu Akar Umbi Umno

Lawan Tetap Lawan Najib Beritahu Akar Umbi Umno

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 339 hits
PETALING JAYA Bekas presiden UMNO Najib Razak hari ini menggunakan slogan yang sering digunakan Presiden PKR Anwar Ibrahim lawan tetap lawan sebagai gesaan supaya akar umbi parti itu berani dan terus bertekad memperjuangkan nasib rakyat Naj...
Banjir Kilat Tanah Runtuh Landa Gua Musang

Banjir Kilat Tanah Runtuh Landa Gua Musang

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 250 hits
Oleh AIMUNI TUAN LAH LOKASI tanah runtuh di Kilometer 92 Jalan Gua Musang Lojing Gua Musang Kelantan GUA MUSANG Sekurang kurangnya 10 perumahan utama di daerah ini termasuk Bandar Lama Gua Musang dilanda banjir kilat berpunca daripada limpa...
Setuju 111 Vs Tak Setuju 108 Gua Musang Cabut Lari

Setuju 111 Vs Tak Setuju 108 Gua Musang Cabut Lari

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 229 hits
So what was Dr Mahathir s Press Conference all about yesterday Dr Mahathir said tomorrow the Budget may not get approved the government might fall if frogs had wings they would fly if a donkey could sing the Negara Ku it could bla bla Well ...
Umno Bangkit Tetapi Bakal Jatuh Kembali

Umno Bangkit Tetapi Bakal Jatuh Kembali

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 326 hits
ABD RAHIM KASSIMTidak ramai yang sedar bahawa parti politik yang mempunyai jumlah anggota parlimen terbesar di Dewan Rakyat hari ini dengan 42 kerusi adalah DAP yang mempunyai keanggotaan majoritinya adalah bangsa Cina Dan walaupun ramai or...
Jangan Lalai Dengan Konon Suara Akar Umbi Annuar Musa

Jangan Lalai Dengan Konon Suara Akar Umbi Annuar Musa

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 242 hits
Pemimpin kanan Umno Annuar Musa menasihatkan anggota parti itu agar tidak lalai dengan apa yang didakwa sebagai suara akar umbi seperti yang diuar uarkan sesetengah pihak apabila mengutarakan pandangan mereka Ahli parlimen Ketereh berkata w...
Melayu Hanya Selamat Jika Umno Kembali Berkuasa Ku Li

Melayu Hanya Selamat Jika Umno Kembali Berkuasa Ku Li

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 273 hits
Itu aku setuju sangat Cuma tengok UMNO yang macam mana Yang celik pertama kena setuju bahawa bukan UMNO sekarang Secara realiti sukar untuk mendapat semula kepimpinan seperti PM1 4 Tetapi boleh terus berharap berdoa
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti