Pru 15 Parlimen Indera Mahkota Panas Akar Umbi Umno Mahu Calon Mereka Bertanding



KUANTAN - Menjelang pilihan raya umum ke-15 tidak lama lagi, Kerusi Parlimen Indera Mahkota dilihat antara kerusi 'panas' yang menjadi 'pertikaian' di Pahang.
Biar pun, umum mengetahui 'status quo' kerusi itu bakal memihak kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun kini terdapat gerakan akar umbi UMNO yang mahu parti itu meletakkan calon mereka.
Demikian ditegaskan oleh beberapa orang ahli akar umbi UMNO Indera Mahkota. Menurut mereka, secara tradisi UMNO mewakili BN bertanding di kerusi itu, maka tiada alasan untuk membenarkan parti lain meletakkam calonnya.
Kerusi Parlimen Indera Mahkota kini diwakili oleh Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau juga merupakan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, dibawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).
"Kami tidak boleh terima PPBM ambil kerusi ini. Beliau (Saifuddin) menang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama PH  pada PRU-14 lalu. Maknanya yang menang PKR, bukan PPBM. Maka itu kami tidak boleh terima dan berkempen untuk parti lain selain UMNO. kami rela undi calon bebas," kata seorang penyokong tegar UMNO di Taman Kota Ria dekat sini.
Malah difahamkan juga, ramai ahli akar umbi UMNO akan membuat undi protes jika pucuk pimpinan parti akur dengan keputusan sedia ada (Indera Mahkota kekal untuk Bersatu).
Pada PRU-14 lalu, Saifuddin menang dengan majoriti 10,950 undi di kerusi Parlimen Indera Mahkota. Beliau mendapat 28,578 undi menewaskan calon BN, Datuk Dr Johan Mat Shah (17,628 undi) dan Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dari PAS yang mendapat 17,515 undi.
Jika dilihat kepada undi yang diterima oleh Saifuddin itu, akar umbi UMNO mungkin percaya beliau akan tewas jika parti itu meletakkan calon atas tiket Muafakat Nasional (MN) bersama PAS.
Lagi pun  Saifuddin menang, ketika beliau bersama PKR. Maka, kemungkinan besar banyak undi yang diperolehi akan beralih kepada PKR semula pada PRU-15 ini.
"PPBM tiada kekuatan jentera akar umbi. Kami tidak sanggup buat kerja untuk mereka walau pun UMNO sekutu PPBM dalam kerajaan PN,"  kata seorang ahli UMNO Indera Mahkota 1.
Melihat kepada pertikaian ini, ternyata suhunya terlalu panas dan agak berbahaya kepada PN. Mereka boleh kehilangan kerusi parlimen itu jila berlaku pertembungan tiga penjuru. Itu belum ditambah lagi sekiranya ada 'calon bebas'.
Jika ini berlaku, maka warga Indera Mahkota akan kehilangan keistimewaan memiliki wakil rakyat yang bertaraf menteri. Sebab jika Saifuddin menang, sudah pasti kedudukan beliau sebagai 'menteri penuh' akan kekal, cuma berlaonan portfolio sahaja sebenarnya.
Tetapi jika pihak lain menang, apatah lagi 'pembangkang' maka belum tentu akan diangkat sebagai anggota kabinet kerajaan baharu. Justeru, pengundi Indera Mahkota harus membuat pilihan yang bijak antara mengikut 'perasaan' atau 'pertimbangan'.
Namun, sepatutnya pengundi sedia untuk mempertahankan kerusi itu dan setuju berkompromi untuk membantu PPBM menang bergaya. Namun, jika sebaliknya berlaku sudah pasti kedua-dua pihak akan berputih mata.
Jalan terbaik, PAS dan UMNO pastikan PN kekal berkuasa di Parlimen Indera Mahkota. Apa pun, segalanya terletak ditangan para 'pengundi atas pagar' sebenarnya. Jika mereka termakan dengan dakyah pihak tertentu yang mahu menolak calon PPBM, maka sudah pasti angin perubahan drastik akan berlaku.
Sama-sama kita nantikan adengan seterusnya kemelut Parlimen Indera Mahkota ini. Di sebelah PH khabarnya mereka akan meletakkan bekas calon sebelum ini untuk brtanding sama ada Datuk Fauzi Abd Rahman atau pun Azan Ismail. Pasti panas!  #PahangDaily



http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2020/12/pru-15-kerusi-parlimen-indera-mahkota.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Tertarik Dengan Sikap Saifuddin Mahu Beliau Kekal Di Indera Mahkota Pru 15 Nanti

Rakyat Tertarik Dengan Sikap Saifuddin Mahu Beliau Kekal Di Indera Mahkota Pru 15 Nanti

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 217 hits
KUANTAN Kepimpinan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah sebagai wakil rakyat kini semakin diterima oleh warga Parlimen Indera Mahkota Biar pun ada suara suara sumbang yang cuba untuk menjatuhkan imej beliau namun hasil...
Amanah Nak Letak Calon Di Indera Mahkota

Amanah Nak Letak Calon Di Indera Mahkota

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 382 hits
AHMAD SHAHRIL Aku suka aku suka aku suka calon ni bertanding ats tiket Amanah sebab apa aku suka calon pkr tak perlu kerja kuat sgt klu lawan mamat ni blh fokus pd lawan yg lain jea yg ni cer tanya org beserah apa kata mereka confirm diaorg...
Akar Umbi Umno Gua Musang Terkilan Ku Li Kembali Bersama Dr M

Akar Umbi Umno Gua Musang Terkilan Ku Li Kembali Bersama Dr M

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 209 hits
freemalaysiatoday com December 29 2020 9 30 AMPETALING JAYA Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah menjalin kerjasama semula dengan Dr Mahathir Mohamad menimbulkan rasa tidak puas hati dan kemarahan akar umbi UMNO di Gua Musang kata naib ketua ba...
Akar Umbi Umno Pasti Tolak Cadangan Gabungan Perdana Kata Nur Jazlan

Akar Umbi Umno Pasti Tolak Cadangan Gabungan Perdana Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 245 hits
Akar umbi UMNO pasti tolak cadangan gabungan perdana kata Nur Jazlan December 11 2020 Nur Jazlan Mohamed berkata prinsip demokrasi berparlimen adalah majoriti menentukan nasib minoriti bukan sebaliknya PETALING JAYA Timbalan Ketua UMNO Joho...
Pusat Khidmat Masyarakat Dan E Library Sokong Pendigitalan Peringkat Akar Umbi

Pusat Khidmat Masyarakat Dan E Library Sokong Pendigitalan Peringkat Akar Umbi

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 238 hits
AMPANG 19 Disember Dalam menambahbaik dan juga menyokong Dasar Komuniti Negara Pusat Khidmat Masyarakat dan E library diwujudkan Inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini selain menangani isu sosial perumahan di peringkat ko...
Bn Bayangkan Mungkin Bertanding Sendirian Pru 15

Bn Bayangkan Mungkin Bertanding Sendirian Pru 15

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 294 hits
Umno tidak akan teragak agak menamatkan kerjasama dengan Perikatan Nasional dan bertanding bersendirian pada pilihan raya akan datang atau bekerjasama dengan Pakatan Harapan jika PPBM terus ghairah mahu menjadi parti dominan dalam kerajaan ...
Jika Umno Singkir Ku Li Kurangkan Ahli Parlimen Nazri

Jika Umno Singkir Ku Li Kurangkan Ahli Parlimen Nazri

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 272 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berpandangan UMNO tidak perlu mengambil sebarang tindakan terhadap Penasihat parti itu Tengku Razaleigh Hamzah susulan gerakannya bersama pembangkang yang dilihat ...
Cerita Sebalik Berita Paradoks Pendirian Ku Li Selaku Ahli Parlimen Umno

Cerita Sebalik Berita Paradoks Pendirian Ku Li Selaku Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 229 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Fix Harmful Backlinks For Free

Ramai Keliru Bagaimana Pemandu Boleh Rempuh Buaya Di Lebuh Raya

Jom Buat Kek Birthday Sendiri

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan