Akan Datang Nantikan Terriruddin Tiada Dalam List Ketua Hakim Negara Sejak Dari Awal
Sham Ghaz

MINIT JAC VIRAL TU UNTUK LANTIK HAKIM BESAR MAHKAMAH TINGGI DI MALAYA.
BUKTI JELAS ANWAR TIDAK CAMPURANGAN SISTEM KEHAKIMAN NEGARA!!
1. Viral di media sosial kononnya PMX Anwar Ibrahim campurtangan dalam perlantikan Ketua Hakim Negara.
2. Harini semua terjawab, nama YA Tan Sri Ahmad Terriruddin Mohd Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan tiada dalam senarai pun.
3. Sia-sialah semua plan ‘havoc’ pemimpin parti pembangkang PN; PAS - BERSATU untuk mendesak “Turun Anwar” 26 Julai 2025 nanti.
4. Majlis Peguam juga turut mengadakan perarakan bagi memastikan kebebasan sistem kehakiman di Istana Kehakiman semalam.
5. Harini jelas Kerajaan Madani berpegang kepada prinsip Pengasingan kuasa (separation of powers) dalam sistem demokrasi berperlembagaan. Dan ini yang diperjuangkan oleh PAKATAN HARAPAN, terutamanya KEADILAN.
Akhirnya semalam para Peguam gembira dapat makan aiskrim di perkarangan pejabat PMO. Terbaik PMX!
6. Prinsip itu merujuk kepada pemisahan kuasa antara tiga cabang utama kerajaan: Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman, bagi memastikan semak dan imbang (check and balance) serta mencegah salah guna Kuasa berlaku.
7. Sebelum ini viral minit mesyuarat Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (JAC) pada 16 Mei 2025 yang dipengerusikan oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat untuk perlantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya (bukan nak bincang Clcalon Ketua Hakim Negara).
8. Ada 2 nama yang dicadangkan iaitu YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera, Hakim Mahkamah Persekutuan dan YA Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan.
9. Keputusan akhir seri 4 - 4. Dan keputusan itu bukan untuk jawatan Ketua Hakim Negara pun, mesyuarat itu untuk lantik Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya! Skali lagi rakyat dikelirukan oleh Pembangkang.
10. Lagipun tiada siapa mengesahkan, adakah minit mesyuarat itu benar ataupun tidak, dan jika benar kenapa hanya berberapa muka surat sahaja, mana muka surat lain?
Yang menyebarkannya berniat jahat! Ingin memburukan nama baik PMX!
11. Mengikut Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa:
Pelantikan Hakim-Hakim Mahkamah Atasan:
• Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan
• Presiden Mahkamah Rayuan
• Hakim Besar Mahkamah Tinggi
• Hakim-hakim lain Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Tinggi
DILANTIK OLEH: Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
Bertindak atas nasihat: Perdana Menteri
Selepas berunding dengan: Majlis Raja-Raja
12. Apa yang dibuat oleh Anwar Ibrahim sangat berbeza dengan Dr. Mahathir bin Mohamad pada tahun 2018 apabila melantik Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ahmad Maarop (Presiden Mahkamah Rayuan), Tan Sri Zaharah Ibrahim (Hakim Besar Malaya) dan Datuk David Wong Dak Wah (Hakim Besar Sabah dan Sarawak) bukan nama yang disyorkan JAC dalam mesyuarat mereka pada 24 Mei 2018.
13. Malah pada tahun 2019 sekali lagi Tun M melanggar keputusan mesyuarat JAC yang mencadangkan Ahmad Maarop sebagai Ketua Hakim Negara, David Wong sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebagai Hakim Besar Malaya.
14. Pada akhirnya, yang dipilih ialah Tengku Maimun sebagai Ketua Hakim Negara, Rohana sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Azahar sebagai Hakim Besar Malaya. Yang sumbat
15. Ketika itu Tengku Maimun lebih junior daripada nama nama yang dicadangkan oleh JAC ketika itu untuk menjawat jawatan Ketua Hakim Negara.
16. Yang sumbat Najib Razak ke Penjara adalah era Tun Maimun jadi Ketua Hakim Negara.
Bersambung….
Syam Ghaz
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/07/akan-datang-nantikan-terriruddin-tiada.html