Akai Nak Samun Dari Rafizi Ramli Dcns Guna Tiga Lapis Syarikat Kos Naik Tiga Kali Ganda


 
Dari Rafizi Ramli

9 Ogos 2022

DCNS GUNA TIGA LAPIS SYARIKAT, KOS NAIK TIGA KALI GANDA

Penelitian saya terhadap skandal kapal perang LCS setakat ini menunjukkan ada perancangan dari awal untuk menyembunyikan penglibatan DCNS (syarikat Perancis yang sering dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib Razak) dari projek ini.

Secara logiknya, jika DCNS adalah pembekal utama kepakaran, reka bentuk dan pembinaan kapal LCS, sewajarnya Kerajaan Malaysia melantik DCNS secara terus (seperti yang dibuat semasa projek kapal selam Scorpene).

Sebaliknya, bagi projek LCS, Kerajaan Malaysia melantik Boustead Naval Shipyard (BNS) sebagai kontraktor utama yang kemudiannya melantik syarikat-syarikat lain sebagai sub-kontraktor.

Walaupun keputusan ini dijelaskan sebagai usaha untuk membantu veteran tentera (kerana BNS milik Boustead yang dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera, LTAT) dan membina kepakaran tempatan, tindakan melantik lagi dua lapis sub-kontraktor sebelum sampai kepada pembekal akhir, iaitu DCNS, membayangkan ada unsur-unsur penyelewengan dari awal.

Setelah dilantik menjadi kontraktor kapal perang LCS melalui surat lantikan (LOA) bertarikh 16 Disember 2011, BNS mula melantik sub-kontraktor bagi pakej-pakej utama perbekalan dan pembinaan kapal perang LCS.

Pada 9 April 2012, BNS mengeluarkan dua surat lantikan (LOA) bagi dua pakej utama untuk melantik sub-kontraktor, seperti berikut:

BNS/DSD/SGPV/CS/LOA/CMS/0412-(1)

berjumlah RM898 juta

a) Combat System Equipment Integration (CSEI)

b) Software Integration Facility (SWIF)

c) Shore Integration Facility (SIF)

d) Combat System Integration Support (CSI)

e) Combat System Training Centre (CSTC)

BNS/DSD/SGPV/CS/LOA/CMS/0412-(2)

berjumlah RM287 juta

f) Combat Management System (CMS)

g) Software System Integration (CSI)

Jumlah keseluruhan dua pakej utama ini ialah RM1.185 billion.

Dua pakej ini dianugerahkan kepada sebuah syarikat bernama Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (atau dikenali sebagai CAD).

Lebih mengejutkan, pada hari yang sama BNS melantik CAD sebagai sub-kontraktor bagi dua pakej bernilai RM1.185 bilion ini, BNS juga membenarkan CAD melantik syarikat bersekutunya Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) sebagai sub-kontraktor kepada CAD.

Keputusan BNS membenarkan CAD melantik CED sebagai sub-kontraktor dikeluarkan pada hari yang sama surat LOA kepada CAD, iaitu pada 9 April 2012.

CED pula mengeluarkan LOAnya kepada DCNS untuk membekalkan kerja-kerja dalam dua pakej berjumlah RM1.185 bilion yang perlu dibayar Kerajaan Malaysia itu.

Malangnya, siasatan menunjukkan bahawa bagi dua pakej ini yang dimuktamadkan pada harga RM1.185 bilion dengan Kerajaan Malaysia, surat lantikan (LOA) dari CED (sub-kontraktor lapis kedua) kepada DCNS meletakkan kos sebanyak RM397 juta sahaja.

Maknanya, bagi kerja-kerja yang akan diinvois oleh DCNS kepada CED sebanyak RM397 juta, tuntutan dari sub-kontraktor CED dan CAD kepada Kerajaan Malaysia (melalui BNS) adalah tiga kali ganda lebih mahal.

Kanak-kanak pun boleh membuat kesimpulan ada tangan-tangan ghaib di belakang syarikat-syarikat BNS, CAD dan CED yang menyusun kontrak-kontrak perbekalan hingga mengambil komisen 200% dari kos yang dicaj DCNS.

Rakyat ingin tahu siapa jerung-jerung yang merompak wang rakyat dan melemahkan pertahanan negara sedemikian rupa.

Sebab itu cubaan Najib Razak mengalihkan perhatian dari isu ini setakat ini sangatlah lemah. Beliau memberi gambaran seolah-olah semuanya bersabit kelemahan birokrasi akibat keputusan PH menyiasat projek ini dan cuba menipu pengikutnya konon skandal ini tidak ada unsur rasuah langsung.

Saya akan terus mendedahkan bagaimana keputusan-keputusan penting dalam pengurusan projek kapal perang LCS mempunyai bukti penyelewengan secara terang-terangan. Ada pihak yang menyusun segalanya untuk merompak wang rakyat melalui projek ini.

Persoalan utama: siapakah kepala jerung yang mempunyai kuasa mengarahkan dan melindungi pegawai-pegawai tertentu dalam BNS untuk melakukan rompakan di siang hari seperti ini?

Saya tunggu komen Najib Razak.

RAFIZI RAMLI



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/akai-nak-samun-dari-rafizi-ramli-dcns.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bakal Naik Tiga Kali Lipat Berapa Harga Mi Instan

Bakal Naik Tiga Kali Lipat Berapa Harga Mi Instan

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 324 hits
Perang Rusia dan Ukraina sangat berdampak kepada harga pangan dan harga energi Terlebih lagi kedua negara tersebut penghasil gandum terbesar di dunia Salah satu dari dampak tersebut adalah kenaikan harga gandum yang kepada mi instan yang be...
Inilah Teleskop Paling Berkuasa Di Dunia Resolusi Imej 4 Kali Ganda Lebih Tinggi Dari James Webb

Inilah Teleskop Paling Berkuasa Di Dunia Resolusi Imej 4 Kali Ganda Lebih Tinggi Dari James Webb

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 223 hits
Sebuah teleskop terbesar dan paling berkuasa pernah dibina bernama Teleskop Gergasi Magellan sedang dibina Apabila siap nanti teleskop itu akan mempunyai resolusi sehingga 4 kali lebih tinggi berbanding Teleskop Angkasa James Webb Malah res...
Nak Berat Anak Naik Cantik Ini Senarai Menu Boleh Mama Cuba Sihat Sedap

Nak Berat Anak Naik Cantik Ini Senarai Menu Boleh Mama Cuba Sihat Sedap

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 188 hits
Kebanyakan anak bila dah mula dapat kaki berat badannya makin menyusut Rata rata ibu susah hati Kadang dah buat macam macam menu pun anak makan sedikit sahaja Apa kata kali ini cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Norina Amylia Resepi ini...
Ramai Yang Ulas Isu Ini Selepas Rafizi Ramli Membuat Kenyatan Media

Ramai Yang Ulas Isu Ini Selepas Rafizi Ramli Membuat Kenyatan Media

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 232 hits
PERWIRA Ayah saya merupakan pesara tentera Code name saya panggil dia ialah Kolonel Itu jawatan terakhir beliau sebelum bersara Sejak kecil saya dibesarkan dalam kem tentera Isu perajurit ini cukup dekat di hati saya Baru baru ini terdapat ...
Najib Sudah Termasuk Lukah Rafizi Once Masuk Nak Keluar Susah

Najib Sudah Termasuk Lukah Rafizi Once Masuk Nak Keluar Susah

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 224 hits
Skill politik Najib melayan hujah untuk menegakan benang basah akhirnya makan diri kerana terus terkait dengan persoalan demi persoalan Kenapa tidak ambil perhatian kepada berbelas surat Panglima Angkatan TLDM kat situ pun dah kantoiii Naji...
Panas Rafizi Dcns Sudah Diberi Surat Niat Sebelum Pun Bns Dapat Kontrak Projek Kapal Perang Lcs

Panas Rafizi Dcns Sudah Diberi Surat Niat Sebelum Pun Bns Dapat Kontrak Projek Kapal Perang Lcs

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 178 hits
Sebahagian besar dari masalah masalah yang menyebabkan penyelewengan dan kelewatan projek kapal perang LCS berpunca dari dua keputusan utama 1 Penukaran reka bentuk kapal dari kelas Sigma yang dipilih oleh TLDM kepada kelas Gowind 2 Pelanti...
Tuduhan Rafizi Melibatkan Bekas Panglima Tentera Laut Ltat Syarikat Jerman Najib Razak

Tuduhan Rafizi Melibatkan Bekas Panglima Tentera Laut Ltat Syarikat Jerman Najib Razak

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 196 hits
Najib Razak membangkitkan persoalan sama ada Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mahu menuduhnya berpakat untuk songlap dana projek perolehan kapal tempur pesisir Bekas perdana menteri itu berkata demikian setelah memperincikan pemilikan sah...
Rafizi Ramli Saya Berdoa Semoga Kes Najib Ini Dibentangkan Fakta Yang Benar

Rafizi Ramli Saya Berdoa Semoga Kes Najib Ini Dibentangkan Fakta Yang Benar

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 181 hits
Dari Rafizi Ramli 15 Ogos 2022 Saya berdoa supaya kebenaran akhirnya ditegakkan apabila perbicaraan akhir kes SRC bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan Inilah tempat terbaik untuk Dato Seri Najib Razak membentangkan fakta bukannya di Fac...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Konsep Panduan Mencari Idea Perniagaan Yang Dapat Menjadikan Hidup Anda Berbaloi

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska Punca Kematian Disiasat

N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force