Ajim Berehatlah Di Syurga Dua Anak Dijangkiti Influenza Serentak Seorang Meninggal


DUGAAN besar menimpa Mohd Esmadi Ibrahim apabila dua anaknya demam serentak dan lebih menyedihkan, anak bongsunya meninggal dunia, 6 Januari lalu.
Anak bongsunya meninggal dunia akibat demam, manakala anak keduanya pula terpaksa dimasukkan ke wad kerana dijangkiti virus Influenza A.
Mohd Esmadi, 36, berkata, anak bongsunya Muhammad Dayyan Hazim yang berusia setahun lapan bulan meninggal dunia pada 6 Januari lalu selepas hanya sehari mengalami demam.
Lebih menyedihkan semasa kejadian itu bapa kepada tiga anak itu tidak ada bersama mangsa kerana dia berada di sebuah hospital swasta di Kuantan bagi menjaga anak keduanya, Mohamad Danial, 4, yang disahkan dijangkiti Influenza A.
“Bayangkanlah saya tidak dapat memberikan tumpuan pada Hazim dan tidak pernah berjumpa dia sejak 1 Januari kerana memberikan tumpuan kepada Danial memandangkan Danial demam teruk dan terpaksa dimasukkan ke wad.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa tetapi saya berharap selepas ini pihak hospital janganlah terlalu mengikut prosedur sehinggakan hendak tunggu lima hari baru melakukan ujian dan sebagainya sedangkan anak sakit teruk,” katanya.

Menurutnya, pada 2 Januari lalu, isterinya, Rossilawati Mohamad, 37, yang menjaga Hazim menelefon memberitahu anak keduanya itu demam dengan panas mendadak dan sakit di dalam perut.
Katanya, dia kemudian meminta isterinya membawa Hazim ke klinik swasta kerana berdasarkan pengalaman sebelum ini sekiranya baru demam pesakit disuruh balik tanpa melakukan ujian terperinci termasuk ujian darah.
Beliau yang berasal dari Jengka 18, Maran, berkata selepas melakukan ujian influenza di klinik berkenaan anaknya itu didapati negatif influenza.
“Berbekalkan antibiotik dan ubat demam, isteri saya membawa Hazim pulang sebelum demam panas meningkat mendadak sehingga terpaksa diberikan ubat sebelum mengalami sawan dan dihantar ke Hospital Jengka.

“Berita menyedihkan saya terima dalam perjalanan pulang dari Kuantan ialah Hazim semakin kritikal sehingga terpaksa dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh.
“Saya tidak sangka dengan hanya demam satu hari sahaja, seluruh tubuhnya menjadi lemah.
“Apabila sampai di hospital doktor pakar memaklumkan anak saya amat kritikal sebelum Hazim meninggalkan kami pada 7.11 pagi pada 6 Januari lalu dan dikebumikan di Jengka 18 pada hari sama.
“Walaupun saya dan isteri amat sayangkan Hazim, tetapi kami reda dengan ketentuanNya kerana Allah lebih sayangkannya,” katanya yang bertugas sebagai Pengurus Felda Jengka 1.
Dalam pada itu, menceritakan keadaan anak keduanya yang dijangkiti influenza, Mohd Esmadi berkata, Danial mengalami demam pada 31 Disember 2019 dengan suhu sehingga 39 darjah Celsius.

Katanya, dia pada mulanya membawa Mohamad Danial ke HOSHAS Temerloh sebelum doktor mengesahkan anaknya tidak ada jangkitan kuman dan diminta balik.
“Walaupun saya memberitahu anak sering sakit perut dan demam tidak kebah walaupun makan ubat, doktor mengesahkan tidak dijangkiti kuman.
“Doktor tetap arahkan saya membawa anak balik dengan meminta saya sentiasa membasahkan badan anak.
“Saya kemudian mengambil keputusan membawa Danial ke klinik swasta yang kemudian mengesahkan dia dijangkiti virus Influenza A,” katanya.
Menurutnya, dia begitu sedih dengan fasiliti hospital kerajaan yang tidak mampu mengesahkan anaknya sudah diserang Influenza A.
Katanya, menerusi surat rujukan daripada klinik swasta itu, dia membawa Danial ke hospital swasta di Kuantan untuk rawatan dan dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Januari lalu.
The post ‘Ajim berehatlah di syurga’ – Dua anak dijangkiti influenza serentak, seorang meninggal appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/ajim-berehatlah-di-syurga-dua-anak-dijangkiti-influenza-serentak-seorang-meninggal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Kelas Sjkc Butterworth Ditutup 19 Pelajar Dijangkiti Influenza

Dua Kelas Sjkc Butterworth Ditutup 19 Pelajar Dijangkiti Influenza

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 313 hits
Menurut berita tempatan dua kelas tahun 2 di sebuah Sekolah Kebangsaan Cina di Pulau Pinang di arah tutup selama 11 hari bermula pada hari ini selepas 19 orang muridnya dijangkiti virus Influenza A Menurut Jabatan Pendidikan Pulau Pinang me...
Maafkan Mama Anak Dijangkiti Influenza A Mungkin Lepas Main Di Taman Permainan

Maafkan Mama Anak Dijangkiti Influenza A Mungkin Lepas Main Di Taman Permainan

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 387 hits
Wabak Influenza ini semakin mengganas dalam kalangan masyarakat kita terutama pada mudah dijangkiti Influenza A Wabak ini bukan sahaja terkena pada Malaysia malah satu dunia terkesan Bukan itu sahaja serangan wabak ini jika tidak diberi per...
Seorang Ibu Meninggal Saat Selamatkan Anak Tenggelam Di Pantai Pariaman

Seorang Ibu Meninggal Saat Selamatkan Anak Tenggelam Di Pantai Pariaman

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 430 hits
Saat itu empat anak korban berenang di pantai namun tenggelam sehingga yang bersangkutan langsung berlari ke laut untuk menyelamatkan anaknya
Al Fatihah Nur Dinie Pergi Jua Murid Dijangkiti Influenza Meninggal Dunia

Al Fatihah Nur Dinie Pergi Jua Murid Dijangkiti Influenza Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 416 hits
MURID Tahun Satu Nur Dinie Damia Muhammad Noor 7 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah dan disyaki dijangkiti influenza meninggal dunia pada 10 41 malam tadi Berita Harian melaporkan bapa Nur Dinie Damia Muhammad Noor A...
Kanak Kanak Oku Disyaki Dijangkiti Influenza A Meninggal Dunia

Kanak Kanak Oku Disyaki Dijangkiti Influenza A Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 626 hits
Seorang kanak kanak orang kurang upaya yang disyaki dijangkiti Influenza A selepas mengalami demam sejak Jumaat lalu meninggal dunia semalam Ibunya Nek Mudzlifah Abdul Kahar 48 berkata pada mulanya dia menyangka anaknya Faiz Fauzan Pauzul K...
Mata Terbeliak Mulut Terkacip Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Dijangkiti Influenza A Sampai Diserang Sawan

Mata Terbeliak Mulut Terkacip Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Dijangkiti Influenza A Sampai Diserang Sawan

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 367 hits
Kesihatan serta keselamatan bayi dan kanak kanak perlu dipantau bagi mencegah dari segala penyakit dan virus Sistem imunisasi bayi dan kanak kanak yang masih rendah menyebabkan mereka senang untuk mendapat penyakit berbanding dengan orang d...
Dua Wni Jemaah Umrah Meninggal Di Pesawat Dalam Perjalanan Pulang Ke Tanah Air

Dua Wni Jemaah Umrah Meninggal Di Pesawat Dalam Perjalanan Pulang Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 449 hits
Lion Air pun kemudian mengalihkan penerbangannya ke Sri Lanka untuk pendaratan darurat Kini kedua jenazah sudah tiba di Indonesia pada Kamis pagi
Demi Suami Baru Seorang Ibu Sanggup Tinggalkan Anak Di Rumah Kebajikan

Demi Suami Baru Seorang Ibu Sanggup Tinggalkan Anak Di Rumah Kebajikan

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 560 hits
Apa nak jadi lah dengan ibu zaman sekarang ni Perkara ini berlaku di Thailand di mana seorang kanak kanak berusia 2 tahun ditinggalkan oleh ibunya di rumah kebajikan Difahamkan suami baru ibunya tidak mahu jadikan kanak kanak ini sebagai an...
Dua Kali Anak Kena Infuenza A Cara Ibu Ini Kuarantin Berjaya Elak Anak Lain Berjangkit

Dua Kali Anak Kena Infuenza A Cara Ibu Ini Kuarantin Berjaya Elak Anak Lain Berjangkit

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 379 hits
Kes kes Infuenza yang semakin meningkat cukup membimbangkan Hinggakan katil katil di hospital penuh dengan pesakit positif Influenza Lebih membimbangkan ia cukup mudah terdedah kepada kanak kanak Pastinya keadaan ini merisaukan ibu bapa yan...
Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

Building An Online Marketing Plan

Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

Masak Makan Di Pagi Raya Pertama

What S So Hard About Building Trains

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Jemaah Penanggal Kampung Lenggong

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

Jackson Got7 Tulis Surat Menyentuh Untuk Ibu Bapa Peminat Sambut Hari Lahir Ke 31

Video Gelagat Anak Achey Menangis Salam Raya Raih Perhatian Suruh Minta Maaf Menjerit Pula Dia Hahaha

Ustazah Asma Harun Tegur Wanita Muslim Berjoget Sebelum Ambil Duit Raya Jangan Normalisasikan

Samsung Dilapor Tunda Pelancaran Galaxy S25 Edge

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble