Ajaran Ilmu Syahadah Zikir Nafas Di Fatwakan Menyeleweng


Ajaran Ilmu Syahadah Zikir Nafas Di Fatwakan Menyeleweng |  Ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) merupakan salah satu daripada ajaran sesat yang aktif di negeri Selangor. Ajaran yang dibawa oleh Ismail Bin Kassim atau lebih dikenali dalam kalangan ahli kumpulan ajaran ini dengan panggilan Syeikh, telah diwartakan di Negeri Selangor pada 11 Oktober 2018 sebagai ajaran yang menyeleweng dan bertentangan daripada ajaran Islam yang sebenar berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Terdahulu, pada Oktober 2016 Ismail Bin Kassim dan pertubuhannya telah diputuskan sebagai menyeleweng daripada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.



Ciri Ciri Ilmu Syahadah Dan Zikir Nafas
Kemunculan ajaran yang dibawa oleh Ismail Bin Kassim dan PERAHMAT mula di kesan pada tahun 2013. Kumpulan ini banyak memuat naik video-video rakaman program pengajian di laman youtube, menerbitkan buku serta giat mengadakan program-program berkaitan ajaran yang dibawa.

Semua pengisian dan doktrin yang dibawa oleh Perahmat disampaikan oleh Ismail Bin Kassim yang juga merupakan penasihat pertubuhan ini. Intipati kepada ajaran yang dibawa adalah berkaitan rukun Islam yang pertama iaitu kalimah syahadah. Namun versi yang dibawa adalah bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Antara ciri ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas yang yang dibawa adalah seperti berikut:

Terbatal Kesemua Rukun Islam Sekiranya Tidak Mempelajari Ilmu Syahadah Yang Dibawa Oleh Ismail bin Kassim (IBK)Rukun Islam yang pertama, iaitu mengucap dua Kalimah Syahadah bagi seseorang itu terbatal sekiranya dia tidak mempelajari Ilmu Syahadah (Ilmu Penyaksian) yang dibawa oleh Ismail bin Kassim. Ilmu Syahadah yang dimaksudkan ialah ilmu penyaksian roh yang sedang bersyahadah.

Wajib Mempelajari Zikir Nafas Kerana Tiada Cara Lain Untuk Mencari Allah Kecuali MelaluinyaSeseorang itu wajib mempelajari Zikir Nafas kerana tiada cara lain untuk mencari Allah kecuali melaluinya. Mencari Allah SWT melibatkan peranan yang dimainkan oleh qalbu. Anggota pancaindera manusia yang lain, seperti mata dan telinga peranannya terhad kepada alam zahir sahaja, berbeza dengan qalbu yang mempunyai peranan ghaib. Hanya dengan amalan Zikir Nafas boleh membuka mata hati qalbu. Oleh yang demikian, apabila mata hati qalbu seseorang telah terbuka, maka dia akan dapat melihat penyaksian roh dan perkara-perkara ghaib yang lain dengan berterusan secara autopilot. Manakala untuk mengambil ilmu Zikir Nafas pula, hendaklah melalui guru yang berketurunan Ahli Bait (keturunan Rasulullah) sahaja.

Kaedah Penafsiran al-Quran (Usul Tafsir) Yang MenyelewengAyat-ayat al-Quran tidak boleh difahami semata-mata dengan membaca terjemahan, kitab-kitab tafsir, mahupun asbab al-Nuzul, bahkan hanya boleh difahami dengan Ilmu al-Quran (Ilmu Takwil, Ilmu al-Furqan, Ilmu Ma’na, Ilmu Maqsud, Ilmu Hikmah, Ilmu Makrifat, Ilmu Hakikat, Ilmu Asrar, Ilmu Ghaib dan Ilmu Yaqin).

Ghuluw (Melampau) Dalam Menghormati GuruPeraturan yang wajib dipatuhi oleh murid kepada Ismail bin Kassim selaku guru atau sheikh adalah seperti yang berikut:

(a) Sesiapa yang hendak bersalaman dengan guru, wajib mengambil wuduk terlebih dahulu kerana guru dianggap membawa al-Quran yang hidup;

(b) Setiap murid berkeadaan yakin bahawa guru dapat mengesan ketaatan murid, atas izin Allah SWT;

(c) Setiap murid jangan menderhaka kepada guru atas amanah-amanahnya;

(d) Setiap murid jangan ada sangkaan bahawa guru tidak mengetahui kelakuan dan perbuatan mereka;

(e) Setiap murid jangan meragui atau membantah di hadapan guru atau di belakangnya kerana guru hanya mengajar ilmu kalimah la ila ha illallah;

(f) Setiap murid jangan sekali-kali melanggar panduan di atas, kelak akan terjerumus ke dalam kecelakaan dan kebinasaan.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan bahawa Ilmu Syahadah (Ilmu Penyaksian), Zikir Nafas  menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 31 Januari 2017 memutuskan bahawa Ilmu Syahadah (Ilmu Penyaksian), Zikir Nafas dan lain-lain yang berkaitan dengan kedua-duanya yang diajar oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) dan seumpamanya adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Keputusan Jawatankuasa Fatwa ini juga telah diwartakan di Negeri Selangor dan mengikat semua orang Islam yang berada di Negeri Selangor menurut subseksyen 49(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Justeru, orang Islam khususnya di Negeri Selangor hendaklah menjauhi ajaran ini dan dilarang berpegang serta beramal dengannya. Mana-mana orang Islam yang telah mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT. Semua bentuk pengajaran, penerbitan dan pengedaran bahan-bahan ajaran tersebut melalui apa jua medium hendaklah disekat, dihenti dan diharamkan serta-merta.

Berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 Seksyen 12. Menghina pihak berkuasa agama. Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda atau dipenjarakan atau kedua-duanya sekali.

Umat Islam di Malaysia khususnya di Negeri Selangor, perlu sentiasa peka serta menjauhkan diri dari sebarang bentuk ajaran dan fahaman yang meragukan. Segera laporkan aktiviti yang meragukan kepada Pihak Berkuasa Agama bagi memelihara maqasid syariah yang pertama iaitu menjaga agama. Jalankan tanggungjawab kita sebagai umat Islam dalam memerangi ajaran sesat.
Sumber : https://www.mais.gov.my/wp-content/uploads/2021/03/ajaran-qadiani-baru.pdf


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2021/07/ajaran-ilmu-syahadah-zikir-nafas-difatwakan-menyeleweng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Ilmu Pelajar Ikuti Pdpr Atas Bot Ditemani Buaya

Demi Ilmu Pelajar Ikuti Pdpr Atas Bot Ditemani Buaya

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 189 hits
FMT ReportersMurid terpaksa menaiki bot mengharungi sungai yang dihuni buaya untuk mendapatkan capaian internet PETALING JAYA Sejak 15 bulan lalu Danniella Inez 17 dan dua sepupunya terpaksa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rum...
Kisah Imam Ghazali Menghafal Seluruh Ilmu Setelah Dirampok

Kisah Imam Ghazali Menghafal Seluruh Ilmu Setelah Dirampok

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 264 hits
Imam Ghazali rahimahullah adalah salah seorang ulama besar yang brilian Beliau terkenal dengan gelar hujjatul Islam dan mujaddid al qarn al khamis Tak hanya ahli di satu bidang Imam Ghazali menguasai begitu banyak bidang keilmuan Dan unikny...
Zikir Dan Doa Laa Ilahaillallahu Wahdahuu Laa Syariikalah

Zikir Dan Doa Laa Ilahaillallahu Wahdahuu Laa Syariikalah

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 470 hits
Zikir Dan Doa Laa Ilahaillallahu Wahdahuu Laa Syariikalah Zikir Dan Doa Yang Boleh Dibaca Bila Terjaga Tengah Malam Perkongsian ini adalah yang ke beberapa kali saya tuliskan coretkan dan perkatakan Tentang doa yang boleh dibaca bila terjag...
Peneroka Felda Tarik Nafas Lega Bersemangat Selepas Kerajaan Umum Hutang Lupus

Peneroka Felda Tarik Nafas Lega Bersemangat Selepas Kerajaan Umum Hutang Lupus

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 264 hits
Peneroka merasa bagaikan berada dalam mimpi selepas mendengar pengumuman tersebut Suasana kabus pagi di Felda Chini Peneroka Terkejut namun bersyukur dengan keputusan kerajaan melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8 3 bilion m...
Masalah Bau Nafas Ketika Pandemik Covid 19 Apa Puncanya

Masalah Bau Nafas Ketika Pandemik Covid 19 Apa Puncanya

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 227 hits
Oleh Dr Haslina Rani Prof Madya Dr Tuti Ningseh Mohd Dom Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia Masalah bau nafas adalah satu masalah yang unik kerana kebanyakan mereka yang mengalami masalah ini sebenarnya tidak menyedari yang me...
Manfaat Amalan Tahan Nafas Ini Pasti Buat Anda Mula Berlatih Teknik Tahan Nafas Yang Betul

Manfaat Amalan Tahan Nafas Ini Pasti Buat Anda Mula Berlatih Teknik Tahan Nafas Yang Betul

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 193 hits
Baru baru ni selepas makan macam macam saya rasa meloya dan tak selesa Selepas solat Insya saya baring sebentar atas katil Teringat pasal amalan tahan nafas yang dapat legakan rasa macam tu Jadi saya ambil phone buka timer Saja nak tengok l...
Panduan Berlatih Tahan Nafas Untuk Anda Amalkan Setiap Hari Tingkatkan Keupayaan Diri

Panduan Berlatih Tahan Nafas Untuk Anda Amalkan Setiap Hari Tingkatkan Keupayaan Diri

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 195 hits
Kenapa perlu berlatih tahan nafas Saya dah tulis berkenaan kebaikan amalan tahan nafas dengan sengaja ini dalam artikel sebelum ini Kalau tak baca lagi boleh pergi baca sekarang kat sini Apa kaitan bernafas jumlah pernafasan yang anda buat ...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Peminat Sayu Klopp Melangkah Pergi

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Sambutan Ulang Tahun Vivo Malaysia Yang Ke 10 Dan Berpeluang Untuk Menang Perjalanan Ke Shenzhen China

Tahniah Izzat Upkk

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura