Ajar Anak Untuk Tak Kongsi Sudu Straw Yang Sama Dengan Kawan Punca Anak Mudah Jatuh Sakit


Punca penyakit berjangkit boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan. Antara penyebab penyakit yang paling biasa adalah kerana organisma seperti bakteria, virus, kulat atau parasit.

Punca penyakit berjangkit
Sememangnya terdapat banyak organisma hidup sama ada di dalam atau di luar tubuh kita.Umumnya, kewujudan organisma ini tidak berbahaya, bahkan ia mungkin mendatangkan manfaat.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, beberapa organisma boleh menyebabkan penularan penyakit.
Ada beberapa penyakit berjangkit boleh merebak daripada seorang individu kepada individu lain.
Sebahagian yang lain boleh disebarkan oleh serangga atau haiwan. Dalam sesetengah kes, punca penyakit berjangkit mungkin kerana pengambilan makanan atau air yang tercemar mahupun terdedah kepada organisma persekitaran.
Bagi anak kecil yang sedang mengembang imunisasi tubuh, pasti mereka lebih terdedah dan berisiko untuk dijangkiti.
8 penyebab penyakit
Jom ketahui antara penyebab penyakit yang boleh meningkatkan risiko jangkitan kepada kanak-kanak.
Bakteria
Organisma ini bertanggungjawab untuk penyakit seperti radang tekak, jangkitan saluran kencing dan tuberkulosis (batuk kering).
Virus
Walaupun lebih kecil daripada bakteria, virus menyebabkan banyak penyakit seperti selesema biasa hingga AIDS.
Kulat
Banyak penyakit kulit seperti kurap disebabkan oleh kulat. Jenis kulat lain boleh menjangkiti paru-paru atau sistem saraf.
Parasit
Malaria disebabkan oleh parasit kecil yang disebarkan oleh gigitan nyamuk. Terdapat juga parasit lain boleh merebak kepada manusia daripada najis haiwan.
Punca penyakit berjangkit: Hubungan secara langsung
Cara lain penyebab penyakit berjangkit adalah dengan bersentuhan dengan individu atau haiwan yang mempunyai jangkitan.
Penyakit berjangkit boleh tersebar melalui hubungan langsung seperti:
Individu kepada individu. Penyakit berjangkit biasanya merebak melalui pemindahan langsung bakteria, virus atau kuman lain daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Ini boleh berlaku apabila seseorang dengan bakteria atau virus menyentuh, mencium atau batuk mahupun bersin pada individu yang tidak dijangkiti
Haiwan kepada manusia. Digigit atau kesan calar berpunca oleh haiwan yang dijangkiti boleh membuatkan anda jatuh sakit. Dalam keadaan tertentu, boleh membawa maut.
Ibu kepada anak yang belum lahir. Seorang wanita hamil boleh menyebarkan kuman yang menjadi punca penyakit berjangkit kepada bayinya yang belum lahir. Sebilangan kuman boleh melalui plasenta atau melalui susu ibu. Kuman di dalam faraj juga boleh menular ke bayi semasa kelahiran
Hubungan tidak langsung
Organisma penyebab penyakit juga dapat ditularkan melalui hubungan tidak langsung. Banyak kuman boleh bertahan pada benda mati, seperti meja atau pemegang pintu.
Apabila anak sentuh pemegang pintu yang telah disentuh oleh individu yang sedang sakit, mereka boleh secara tidak langsung ‘mengambil’ kuman yang ditinggalkan.
Gigitan serangga penyebab penyakit
Beberapa kuman bergantung pada pembawa serangga seperti nyamuk atau kutu untuk berpindah dari tuan rumah ke tuan rumah baharu.
Pembawa ini dikenali sebagai vektor. Nyamuk boleh membawa virus malaria atau virus West Nile. Kutu boleh membawa bakteria yang menyebabkan penyakit Lyme.
Makanan tercemar punca penyakit berjangkit
Kuman penyebab penyakit juga dapat menjangkiti anda melalui makanan dan air yang tercemar. Mekanisme penularan ini membolehkan kuman merebak kepada ramai individu hanya melalui satu sumber.
Atasi punca penyakit berjangkit
Agak sukar untuk anda melindungi anak daripada segalanya yang boleh menjadi faktor kepada penyakit berjangkit.
Tetapi anda boleh mengajar anak amalan kebersihan diri yang baik untuk membantu mengurangkan risiko jangkitan.
Ajarkan anak untuk:
Membasuh tangan punca penyakit berjangkit Kuman itu merebak ketika seseorang menyentuh mata, hidung dan mulut mereka sebelum mencuci tangan.
Ajarkan anak anda batuk atau bersin ke lengannya, agar mulut tetap tertutup. Pastikan anak anda membasuh tangan setiap kali selepas mereka menggunakan tandas dan membuang hingus. Ini terutamanya jika lendiran hingus terkena tangan mereka.
Jangan lupa untuk mengajar anak mengeringkan tangan selepas mencuci. Jika tiada sumber air, didik mereka untuk guna gel pembersih tangan. Ia juga dapat membunuh kuman yang boleh menyebabkan penyakit.
Suntikan vaksin
Mendapatkan suntikan imunisasi akan secara drastik mengurangkan risiko anak dijangkiti banyak penyakit.
Pastikan anda mengikuti perkembangan mengenai vaksinasi anak.
Duduk di rumah jika sakit
Jangan hantar anak ke sekolah jika dia mempunyai tanda-tanda seperti muntah, cirit-birit atau demam. Elakkan daripada menghantar anak ke pusat jagaan dan jauhkan mereka daripada kanak-kanak lain sehingga tempoh jangkitan berakhir.  Sekiranya anda tidak pasti mengenainya, dapatkan rundingan doktor.
Elakkan berkongsi
Pastikan anak tidak berkongsi topi, sikat, berus gigi, peralatan makan seperti sudu dan garpu, serta barangan peribadi dengan kanak-kanak lain.

Ini kerana ia boleh menjadi punca penyakit berjangkit. Ajarkan anak untuk tidak memegang atau menggunakan tisu mahupun tuala yang pernah digunakan oleh kanak-kanak lain.
Membersihan dan nyah kuman
Ia meliputi kawasan menukar lampin dan kerusi latihan tandas yang telah digunakan. Sebaiknya cucilah sehari sekali atau apabila nampak kotor.
Sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk mencegah anak daripada dijangkiti penyakit, bukan?
Paling penting, jika terdapat sebarang keraguan, bawa anak untuk mendapatkan pemeriksaan doktor segera.
_____________
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
The post Ajar Anak Untuk Tak Kongsi Sudu, Straw Yang Sama Dengan Kawan. Punca Anak Mudah Jatuh Sakit appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ajar-anak-untuk-tak-kongsi-sudu-straw-yang-sama-dengan-kawan-punca-anak-mudah-jatuh-sakit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hafal Sifir Panduan Ajar Anak Anak Hafal Sifir Dengan Mudah Pantas

Hafal Sifir Panduan Ajar Anak Anak Hafal Sifir Dengan Mudah Pantas

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 215 hits
Hafal Sifir Panduan Ajar Anak Anak Hafal Sifir Dengan Mudah Pantas Anak anak pertama negara Mereka adalah bakal bakal pemimpin negara suatu masa kelak Namun sejak paramedik covid 19 melanda negara Anak anak tidak dapat ke sekolah seperti bi...
Ajar Anak Kemas Mainan Ada Caranya Jangan Paksa Tapi Guna Trik Mudah

Ajar Anak Kemas Mainan Ada Caranya Jangan Paksa Tapi Guna Trik Mudah

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 269 hits
Bila anak sudah main mamalah orang paling stress untuk kemaskan semula mainan yang bersepah di lantai dan kemudiannya kemaskan seluruh kawasan rumah Jangan stress dan pening pening jika anda tahu cara bijak Minta anak kemaskan semula dengan...
Resipi Mudah Krim Majerin Warna Warni Tak Lah Anak Bosan Makan Kosong Je

Resipi Mudah Krim Majerin Warna Warni Tak Lah Anak Bosan Makan Kosong Je

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 205 hits
Bila ada anak mama memang kena jadi extra kreatif dalam menyediakan hidangan untuk anak anak supaya mereka tak cepat bosan dengan makanan yang sama Jadi apa kata mama cuba resipi mudah ini yang sesuai untuk sarapan pagi mahupun makan petang...
Resipi Mudah Naikkan Berat Anak Pisang Caramel Hanya Guna 3 Bahan Sahaja

Resipi Mudah Naikkan Berat Anak Pisang Caramel Hanya Guna 3 Bahan Sahaja

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 430 hits
Pisang Karamel merupakan juadah ringan atau pencuci mulut yang mudah disediakan Bahan bahan yang perlu disediakan pun sangat mudah Hanya menggunakan 3 bahan sahaja Kalau sebelum ini kita buatkan untuk keluarga yang lebih dewasa kali ini apa...
Selalu Sangat Pukul Kawan Cara Anak Lepaskan Emosinya Mak Ayah Kena Bantu Anak Kawal Diri

Selalu Sangat Pukul Kawan Cara Anak Lepaskan Emosinya Mak Ayah Kena Bantu Anak Kawal Diri

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 307 hits
Mula mula elok saja main sama sama bila dah mula bosan sudahnya pasti ada aksi memukul kawan Asal sahaja bergaduh mesti cepat naik tangan Jangan dibiarkan sahaja mak ayah perlu cepat bertindak Anak memukul kawan ketika bermain sebenarnya di...
Resipi Mudah Pancake Haiwan Sekali Buat Dapat 10 Haiwan Anak Anak Paling Seronok Berselera

Resipi Mudah Pancake Haiwan Sekali Buat Dapat 10 Haiwan Anak Anak Paling Seronok Berselera

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 294 hits
Ibu ayah boleh lebih kreatif dalam penyediaan hidangan untuk anak anak Apa kata ibu ayah cuba resipi pancake haiwan dan buat bersama anak anak Memang seronok dan akan jadi lebih kreatif bila buat bersama Elok jer hujan berhenti anak anak mi...
Hiburan Nadiyah Shahab Tak Pandai Masak Nasi Goreng Peminat Kongsi Resipi Mudah Khairul Aming

Hiburan Nadiyah Shahab Tak Pandai Masak Nasi Goreng Peminat Kongsi Resipi Mudah Khairul Aming

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 223 hits
Pelakon dan juga usahawan Nadiyah Shahab 30 mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai bakat dalam menyediakan juadah nasi goreng ketika diminta untuk masak makanan berkenaan Kata Nadiyah atau nama sebenarnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shaha...
Airmata Tak Berhenti Turun Waktu Tu Kongsi Kisah Sedih Bersalinkan Anak Pertama Mawar Rashid Buka Tirai Pa Ma Gala Moms

Airmata Tak Berhenti Turun Waktu Tu Kongsi Kisah Sedih Bersalinkan Anak Pertama Mawar Rashid Buka Tirai Pa Ma Gala Moms

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 359 hits
Setiap kali melewati Instagramnya ibu kepada dua orang cahaya mata Mawar Rashid tidak pernah menunjukkan kesedihannya hatinya Dia sentiasa ceria penuh aura keibuan walau dihimpit kesibukan menguruskan dua anaknya serta dua anak tirinya Dala...
Hiburan Fedtri Yahya Kongsi Orang Palestin Memang Sensitif Isu Anak Yatim

Hiburan Fedtri Yahya Kongsi Orang Palestin Memang Sensitif Isu Anak Yatim

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 219 hits
Beberapa minggu ini terlalu banyak pendedahan yang dikongsikan kepada semua rakyat Malaysia tentang apa yang berlaku di Palestin dan ia bermula apabila Caprice menyatakan orang Arab terutamanya rakyat Palestin tidak berpuas hati apabila rak...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11