Aiskrim King S Potong Baharu Perisa Onde Onde
AISKRIM KING'S BAHARU PERISA ONDE ONDE - Cuaca adakala panas lit lit, kami sekeluarga memang selalunya ada standby aiskrim dalam peti sejuk. Memang kami sekeluarga mempunyai hobi yang sama. Iaitu suka beli aiskrim keluaran terbaru. Kali ini, kami sekeluarga mencuba AISKRIM KING'S BAHARU PERISA ONDE ONDE
AISKRIM KING'S BAHARU PERISA ONDE ONDE
Asia adalah satu tempat yang mempunyai pelbagai budaya makanan yang unik. King’s Potong kini memberi penghormatan kepada warisan Asia dengan memperkenalkan King’s Potong Signature Onde Onde (sebutan ‘own-day own-day’). Peminat aiskrim potong kini boleh menikmati pencuci mulut unik yang digemari orang ramai. Resepinya dibawa mengembara ke serata negara dan budaya, juga telah menjadikan lirik lagu tradisional.
Dari Jawa, Onde-onde telah merentasi Kepulauan Melayu dan dipilih oleh masyarakat Peranakan sebagai budaya mereka. Ia telah dibawa ke Belanda oleh masyarakat Indonesia yang berhijrah ke Nertherland dalam tahun 1950-an. Hari ini, onde-onde boleh dinikmati di restoran dan pasaraya Asia di serata dunia.
Onde-onde adalah bebola beras pulut yang berisi gula Melaka dan disaluti kelapa parut segar. Apabila makan Onde Onde, kombinasi yang menarik ini akan ‘meletup’ dengan rasa yang manis dan enak.
Mummy memang sukakan onde-onde so, bila King's aiskrim keluarkan AISKRIM KING'S BAHARU PERISA ONDE ONDE. Memang tak sabar dan jiwa ni membuak-buak rasa nak cuba !
Aiskrim King’s Potong yang unik dan baru ini adalah aiskrim yang dibuat daripada kelapa dan pandan, dan diisi dengan inti berperisa gula Melaka dan kelapa parut. Perisanya memang mengujakan!
Mak ai, rasa AISKRIM KING'S BAHARU PERISA ONDE ONDE kan...memang saling tak tumpah macam onde-onde. Lemak, manis ada liat-liat sket. Macam makan kuih onde-onde sejuk.
Serius memang layan AISKRIM KING'S BAHARU PERISA ONDE ONDE!
Ha... nampak tu dalam dia ada gula merah, hehe memang samalah macam kuih onde-onde tu !
Si Daim pun sama suka juga AISKRIM KING'S BAHARU PERISA ONDE ONDE. Memang kami satu keluarga layan aiskrim bersama. ALa-ala me time gitu.
Mana gambar anak-anak lain hehe. Depa layan AISKRIM KING'S BAHARU PERISA ONDE ONDE dan bergambar dengan hand phone daddy depa !
Mummy layankan si Daim je, risau ntah ke mana-mana kang Daim bawa aiskrim dalam rumah. Kalau di biarkan Daim makan sendiri.
Jenuh nak kena cuci satu rumah memalam ni, kang !
HARGA AISKRIM King’s Potong Signature Onde-Onde
Berapa harga aiskrim King’s Potong Signature Onde-Onde? Harga aiskrim King’s Potong Signature Onde-Onde ialah RM2.00 sebatang (60ml) atau RM11 untuk sekotak (berisi 6 batang).
Boleh dibeli dari April 2019 di pasaraya utama dan kedai-kedai serbaneka terpilih.
Untuk maklumat lanjut tentang F&N, sila ke www.fraserandneave.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azlindaalin.com/2019/05/aiskrim-kings-potomg-baharu-perisa-onde-onde.html