Airasia Rugi Rm303 72 Juta


AirAsia Group Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM 303.72 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2019 berbanding dengan keuntungan bersih berjumlah RM 1.97 bilion pada tahun sebelumnya

Menurut syarikat penerbangan itu, jumlah kunci kira-kira yang agak lemah walaupun merekodkan peningkatan perolehan sebanyak 17 peratus kepada RM12.45 bilion, adalah disebabkan oleh perkiraan perakaunan membabitkan pemilikan pesawat yang disusun semula, daripada pemilikan kepada penyewaan pesawat, walaupun merekodkan aliran keluar tunai yang sama dalam kaedah pembiayaan

Kumpulan itu turut melaporkan kerugian operasi bersih sebanyak RM457.08 juta bagi tahun tersebut. "Bagaimanapun, selepas melaraskan item utama sekali sahaja, tahun kewangan 2019 akan mencerminkan keuntungan operasi bersih berjumlah RM56.3 juta," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia

Penggunaan Standard Laporan Kewangan Malaysia (MFRS) 16 telah mengurangkan keuntungan operasi bersih sebanyak RM130.9 juta manakala perkiraan perakaunan membabitkan MFRS 137 telah membawa kepada lonjakan 43 peratus dalam kos penyelenggaraan serta baik pulih

Kunci kira-kira syarikat penerbangan ini sebahagiannya telah terjejas akibat penyusutan nilai bagi aset guna sebanyak RM1.76 billion dan kos kewangan (tanggungan penyewaan) berjumlah RM505.87 juta berikutan pemakaian MFRS 16

Di samping itu, prestasi tahun sebelumnya mendapat manfaat daripada hasil tambahan sebanyak RM 534.7 juta dan keuntungan daripada pelupusan pelaburan dalam bekas subsidiari berjumlah RM350.32 juta berikutan langkah pertukaran saham

Bagi suku keempat berakhir 31 Dis 2019, pendapatan Kumpulan AirAsia menokok sebanyak 19 peratus kepada RM3.36 bilion daripada RM2.82 bilion sebelum ini, didorong oleh 11 peratus dari tahun ke tahun dalam kapasiti tambahan termasuk kenaikan hasil sebanyak sembilan peratus bagi setiap tempat duduk tersedia setiap kilometer (RASK)

Kerugian bersih dalam suku berkenaan menurun kepada RM384.48 juta daripada RM394.97 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya

"Permintaan untuk penerbangan terus mengukuh memandangkan kami telah membawa tambahan sembilan peratus penumpang dari tahun ke tahun. Pendapatan sampingan suku keempat 2019 juga menokok 16 peratus dari tahun ke tahun kepada RM732 juta, dengan perolehan sampingan di luar syarikat penerbangan naik sehingga 105 peratus," katanya

-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/02/airasia-rugi-rm30372-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Airasia X Tawar 1 Juta Tempat Duduk Percuma Destinasi Jarak Jauh

Airasia X Tawar 1 Juta Tempat Duduk Percuma Destinasi Jarak Jauh

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 221 hits
AirAsia menawarkan pelanggan satu juta tempat duduk berharga sifar bagi perjalanan ke destinasi jarak jauh seperti Australia Jepun Korea Taiwan dan India Foto ReutersKUALA LUMPUR 23 Feb Syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di Asia ...
Tertekan Kerja Kerja Pembinaan Suri Rumah Fail Saman Rm5 5 Juta

Tertekan Kerja Kerja Pembinaan Suri Rumah Fail Saman Rm5 5 Juta

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 364 hits
KUALA TERENGGANU Tertekan dengan kerja kerja pembinaan berhampiran sehingga mengakibatkan rumah didiami rosak teruk selain berdepan masalah debu dan bunyi bising berterusan sejak lima tahun lalu seorang suri rumah memfailkan saman terhadap ...
Komplotan Pencuri Di Magelang Bongkar Mesin Atm Berisi Rp 891 Juta

Komplotan Pencuri Di Magelang Bongkar Mesin Atm Berisi Rp 891 Juta

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 223 hits
Direktorat Kriminal Umum Polda Jateng menangkap tiga tersangka pembobolan mesin Anjungan Tunai Mandiri di wilayah Magelang senilai Rp 891 juta Pelaku membobol dengan menggunakan mesin las sedangkan uang yang digondol habis dipakai pelaku un...
Malaykord 6 Juta Views Guitar Tutorial Project

Malaykord 6 Juta Views Guitar Tutorial Project

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 343 hits
Malaykord just hit another milestone 6 juta view for jannuary mungkin salah satu sebab kita all out post chord chord guitar dari awal tahun terlebih semangat mungkin bulan jannuary 2020 sahaja kita dah post new chord dalam 90 chord permulaa...
Rosmah Beli Barang Kemas Rm3 3 Juta Guna Kad Kredit Najib

Rosmah Beli Barang Kemas Rm3 3 Juta Guna Kad Kredit Najib

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini The post appeared first on
Smithsonian Institution Mengeluarkan 2 8 Juta Gambar 2d Dan 3d Resolusi Tinggi Untuk Tatapan Umum

Smithsonian Institution Mengeluarkan 2 8 Juta Gambar 2d Dan 3d Resolusi Tinggi Untuk Tatapan Umum

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 326 hits
Jika anda seorang yang gemar membaca dan melihat perkara perkara mengenai sejarah tamadun dan budaya dunia Smithsonian Institution baru baru ini telah mengeluarkan 2 8 juta gambar 2D dan 3D dengan resolusi tinggi yang boleh dilihat melalui ...
Johor Peruntuk Rm1 Juta Baik Pulih Tebing Sungai Muar

Johor Peruntuk Rm1 Juta Baik Pulih Tebing Sungai Muar

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 355 hits
MUAR 23 Feb Kerajaan negeri Johor memperuntukkan RM1 juta bagi membaik pulih tebing Sungai Muar yang terletak berhampiran Galeri Darurat Bukit Kepong di sini ekoran hakisan sekali gus berisiko runtuh Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal b...
Mensos Sebut Keluarga Korban Hanyut Meninggal Dunia Dapat Santunan Rp 15 Juta

Mensos Sebut Keluarga Korban Hanyut Meninggal Dunia Dapat Santunan Rp 15 Juta

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 306 hits
Juliari berharap agar dua orang korban yang belum diketahui keberadaannya bisa segera ditemukan Juliari juga mengapresiasi para relawan di lapangan yang bekerja keras dalam proses evakuasi
Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Drama Rumah Tanpa Luka

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yummy Bbq Pit Beef Recipe

Kumpulan Bahtera Lancar Album Debut Aura Cintaku

The Noor Eau De Parfum Symphony Of Scents

Speed Read A Moto Morini Str Sport By Biltwell And More

Saksi Sahkan Cek Rm250 000 Milik Nexuscorp

Check In Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Tengah Malam