Airasia Catat Kerugian Rm803 85 Juta Suku Pertama Tahun Ini


KUALA LUMPUR, 6 JULAI: AirAsia Group Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM803.85 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2020, berbanding keuntungan bersih RM96.09 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, meskipun cabaran besar dalam industri penerbangan, kumpulan itu mencatatkan pulang modal pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (RM29,000) berikutan pengurusan kos dan kapasiti yang proaktif, ditambah dengan prestasi kukuh daripada perniagaan bukan penerbangan.
Kerugian kumpulan disebabkan terutamanya kerugian nilai saksama bagi derivatif berjumlah RM270.1 juta, kerugian penyelesaian lindung nilai bahan api sebanyak RM110.0 juta dan susut nilai tambahan serta faedah liabiliti pajakan bagi mengendalikan pesawat pajakan, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Sementara itu, hasilnya susut kepada RM2.31 bilion daripada RM2.73 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.
AirAsia dalam satu kenyataan hari ini berkata meskipun ia bermula tahun ini dengan prestasi kukuh pada Januari 2020, penularan Covid-19 serta peningkatan sekatan perjalanan dan kawalan sempadan disebabkan pandemik itu telah menyebabkan kemerosotan permintaan perjalanan udara pada Februari dan Mac.
“Penurunan kerusi tersedia bagi setiap kilometer (ASK) sebanyak 19 peratus adalah disebabkan terutamanya pengurusan kapasiti proaktif bagi mengurangkan impak tersebut.
“Bagi suku tersebut, hasil sampingan juga susut sebanyak 16 peratus tahun ke tahun kepada RM556 juta berikutan penurunan hasil sampingan syarikat penerbangan yang jatuh 28 peratus terutamanya disebabkan penghapusan fi pemprosesan dan jumlah penumpang yang dibawa kurang daripada 22 peratus. Hasil sampingan bukan penerbangan meningkat 27 peratus tahun ke tahun,” kata syarikat penerbangan itu.
Presiden Kumpulan AirAsia (penerbangan) Bo Lingam berkata syarikat penerbangan itu telah memulakan semula operasinya secara berfasa bagi setiap pasaran dan buat masa ini ia menumpukan kepada pasaran domestik sebelum membuka ke pasaran ASEAN dan seterusnya ke pasaran Asia apabila sempadan mula dibuka semula.
Beliau berkata sejak bermulanya operasi domestik pada lewat April, syarikat penerbangan itu mendapat rangsangan daripada peningkatan faktor muatan minggu demi minggu, dan ia menyasar menambah kekerapan penerbangan kepada kira-kira 50 peratus.
Ketika ini, syarikat penerbangan itu mengendalikan 191 penerbangan harian di seluruh rantau ini.
Mengenai prospek kumpulan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat penerbangan itu mengambil kesempatan daripada krisis tersebut untuk menyusun semula kumpulan yang mana telah membawa hasil positif apabila berjaya mengurangkan perbelanjaan tunai sebanyak sekurang-kurangya 50 peratus tahun ini.
“Mengenai operasi syarikat penerbangan, kami mendapat dorongan daripada permintaan yang kembali kukuh sejak operasi disambung semula pada lewat April 2020 dan kami menjangkakan ini akan berterusan dalam bulan-bulan yang akan datang. Produk inovatif kami, AirAsia Unlimited Pass, habis terjual dengan pantas. Ini memberikan prospek yang baik bagi kami untuk bersaing pasca Covid-19.
“Perjanjian jualan dan pajakan balik memberi manfaat dalam situasi sekarang, kerana pajakan menyediakan ruang dan keanjalan bagi merundingkan semula kontrak dengan pembekal dan penyewa kami yang begitu menyokong,” katanya.
Selain itu, katanya, kumpulan itu juga melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan modal kerja yang mencukupi semasa tempoh mencabar ini seperti mendapatkan penangguhan pembayaran daripada pembekal dan pemberi pinjaman, menyusun semula sebahagian besar lindung nilai bahan api serta meningkatkan mudah tunainya dengan memohon pinjaman bank di negara-negara yang ia beroperasi.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/07/airasia-catat-kerugian-rm80385-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tdm Catat Pertumbuhan 3 Peratus Suku Pertama 2020

Tdm Catat Pertumbuhan 3 Peratus Suku Pertama 2020

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 300 hits
KUALA TERENGGANU 30 Jun TDM Berhad mencatatkan pertumbuhan pendapatan sebanyak tiga peratus bagi suku pertama 2020 yang berakhir pada 31 Mac 2020 Pengerusi TDM Raja Dato Idris Raja Kamarudin berkata pertumbuhan itu disumbangkan oleh kedua d...
Naik Turun Tangga Wanita Berusia 90 Tahun Berjaya Raih Dana Lebih Rm 2 Juta Dalam Masa 2 Bulan

Naik Turun Tangga Wanita Berusia 90 Tahun Berjaya Raih Dana Lebih Rm 2 Juta Dalam Masa 2 Bulan

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 367 hits
Bila sudah teguh dengan niat tiada siapa yang mampu meruntuhkan semangat seorang wanita yang sudah lanjut usia tetapi masih bersemangat dalam membantu pusat yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan kesihatan negara Margaret Payne seorang ...
Nenek 90 Tahun Ditipu Rm3 83 Juta Sindiket Macau Scam

Nenek 90 Tahun Ditipu Rm3 83 Juta Sindiket Macau Scam

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 331 hits
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pada 13 April lalu mangsa menerima panggilan daripada individu mendakwa dari Pos Laju Malaysia dan diberitahu terdapat satu bungkusan dihantar dari Ipoh ke S...
Selepas 47 Tahun Mencuba Wanita Dilapor Lahirkan Zuriat Pertama Pada Usia 64 Tahun

Selepas 47 Tahun Mencuba Wanita Dilapor Lahirkan Zuriat Pertama Pada Usia 64 Tahun

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 277 hits
Seorang wanita di Uganda telah melahirkan anak pertamanya pada umur yang mencecah pertengahan 60 an setelah puluhan tahun mencuba mendapatkan zuriat Wanita yang bernama Safinah Namukwaya sangat teruja untuk menjaga bayi perempuan yang diber...
Tahniah Mujahid Th Catat Pendapatan Rm1 55 Bilion Setengah Pertama 2020 Amacam Walauns

Tahniah Mujahid Th Catat Pendapatan Rm1 55 Bilion Setengah Pertama 2020 Amacam Walauns

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 239 hits
Tahniah Mujahid TH catat pendapatan RM1 55 bilion setengah pertama 2020Walaupun diserang dan dibuat pelbagai fitnah terhadap menterinya Lembaga Tabung Haji telah berjaya mencatat pendapatan pelaburan sebanyak RM1 55 bilion dalam tempoh sete...
Broker Tanah Didakwa Tipu Urusan Pembelian Tanah Babitkan Kerugian Rm1 05 Juta

Broker Tanah Didakwa Tipu Urusan Pembelian Tanah Babitkan Kerugian Rm1 05 Juta

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 196 hits
KLANG 13 Julai Seorang broker tanah hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 28 pertuduhan memperdaya sebuah syarikat bagi urusan pembelian tanah lot membabitkan kerugian RM1 05 juta Pendakwaan dilakukan di dua ma...
20 Juta Viewer Di Tahun 2020

20 Juta Viewer Di Tahun 2020

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 383 hits
Terima kasih semua atas sokongan anda Hari ini admya amat gembira kerana blog ini telah berjaya menembusi 20 juta pengunjung di tahun 2020 Tahun yang banyak suka duka kerana kita sedang melalui pandemik Covid 19 Number yang cantik 20 juta d...
Laporan Bon Mata Wang Malaysia Meningkat Kepada Rm1 5 Trilion Pada Suku Pertama 2020

Laporan Bon Mata Wang Malaysia Meningkat Kepada Rm1 5 Trilion Pada Suku Pertama 2020

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR Pasaran bon mata wang tempatan Malaysia berkembang 2 9 suku ke suku pada suku pertama 2020 kepada RM1 5 trilion apabila kedua dua bon kerajaan dan korporat meningkat di tengah tengah penularan pandemik Covid 19 kata Bank Pemban...
Penghantaran Global Sektor Pc Dikatakan Meningkat Pada Suku Kedua Pada Tahun Ini

Penghantaran Global Sektor Pc Dikatakan Meningkat Pada Suku Kedua Pada Tahun Ini

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 188 hits
Pada awal tahun ini ia telah dilaporkan bahawa segmen komputer PC telah merudum akibat wabak COVID 19 yang membelenggu pelbagai sektor perdagangan dunia dengan mendadak Walaupun begitu suku kedua memperlihatkan peningkatan ketara dari segi ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya