Airasia Akui Kekurangan Pesawat Ketika Ini



AirAsia akui kekurangan pesawat ketika ini
AirAsia mememohon maaf kepada penumpang yang telah mengalami kesulitan akibat penjadualan semula beberapa penerbangan disebabkan peningkatan permintaan secara mendadak semasa musim perayaan baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, syarikat penerbangan tambang murah itu telah berusaha sedaya upaya memastikan kesan gangguan paling minimum kepada penumpangnya selain memastikan semua dapat tiba di destinasi masing-masing dengan cepat, termasuk melancarkan penerbangan khas untuk membawa penumpang yang terkandas.
Bagaimanapun jelas beliau, beberapa faktor dan insiden yang tidak dapat dielakkan telah mengakibatkan kelewatan di luar jangkaan dan kawalannya.
“Saya ingin menekankan bahawa kami tidak pernah dan tidak akan berkompromi dengan aspek keselamatan dan kesejahteraan untuk para tetamu dan kakitangan kami.
“Kami sentiasa memastikan hanya pesawat yang telah diperiksa sepenuhnya dan telah disahkan selamat untuk terbang sahaja digunakan dalam operasi kami,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Riad menambah, antara faktor yang telah menyumbang kepada penjadualan semula penerbangan semasa musim perayaan ini termasuk AirAsia telah membuat persediaan rapi dengan jangkaan permintaan yang meningkat seperti mana musim perayaan pada tahun-tahun sebelum pandemik.
Bagaimanapun jelas beliau permintaan untuk penerbangan domestik naik dengan mendadak semasa Hari Raya Aidilfitri ini selain pembukaan sempadan negara sejak 1 April lalu.
“AirAsia Malaysia kini beroperasi hanya dengan 40 pesawat berbanding hampir 100 pesawat pra-pandemik. Ini disebabkan giliran menunggu yang panjang untuk kemudahan penyelenggaran pesawat di Malaysia dan serantau sebelum sesebuah pesawat yang lama tidak beroperasi dapat disahkan selamat untuk terbang semula, seperti mana arahan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
“Walaupun dengan jumlah pesawat yang terhad, AirAsia terpaksa menambah penerbangan untuk beberapa laluan utama seperti Kuala Lumpur ke Kuching, Kota Kinabalu dan Kota Bharu bagi menampung permintaan mendadak pada saat akhir dan ini sekaligus mengakibatkan penjadualan semula bagi penerbangan lain.
“Di samping kerosakan dan masalah teknikal yang lazim yang ditemui semasa proses pemeriksaan rutin, turut berlaku insiden luar jangka seperti pintasan burung (bird strike), kerosakan akibat objek asing dan panahan petir yang menyebabkan antara tiga hingga lima pesawat terpaksa dikeluarkan dari jadual sepanjang tempoh perayaan ini,” katanya.
Riad memberitahu, pasukan kejuruteraan AirAsia telah berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan keadaan dan mengembalikan pesawat yang menghadapi masalah ke dalam jadual penerbangan.
Bagaimanapun ujarnya, proses itu mengambil masa beberapa hari dan kami juga menghadapi beberapa halangan terutamanya bagi pesawat yang di luar pangkalan syarikat penerbangan itu.
“Dengan jumlah pesawat yang kian terhad ini, kami masih terpaksa memenuhi semua jadual penerbangan bagi memastikan semua tetamu dapat sampai di destinasi masing-masing dengan selamat.
“Keadaan cuaca tidak menentu di beberapa lokasi turut mengakibatkan kelewatan. Oleh kerana pesawat AirAsia beroperasi meliputi beberapa sektor dalam sehari, sebarang kelewatan yang berlaku pada sesuatu penerbangan akan mengakibatkan kelewatan pada penerbangan selanjutnya bagi pesawat tersebut,” katanya.
Tambah Riad, bagi pesawat yang mengalami masalah sepanjang tempoh itu, pasukan kejuruteraan AirAsia telah mencuba sedaya-upaya untuk membawa ia kembali ke dalam jadual penerbangan dengan seberapa segera, namun dalam banyak kes ia hanya dapat diselesaikan selepas satu atau dua hari.
“Ada pula pesawat yang mengalami masalah di luar pangkalan jadi ia menyukarkan kami untuk membuat pembaikan dan penyelenggaraan dengan segera.
“Keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangan sentiasa menjadi keutamaan kami. Oleh itu kami memastikan hanya pesawat yang telah diperiksa sepenuhnya dan disahkan selamat untuk terbang digunakan dalam operasi kami.
“Keutamaan kami buat masa ini ialah untuk meminumkan pembatalan penerbangan dan memastikan semua tetamu tiba di destinasi masing-masing dengan selamat. Setiap perubahan pada jadual penerbangan akan dimaklumkan kepada tetamu melalui email dan SMS ke nombor yang didaftarkan semasa tempahan tiket,” katanya. MG
AirAsia akui kekurangan pesawat ketika ini
Baca Artikel Menarik:
‘Kami Ni Melompat Untuk Rakyat, Bah!’ – Mohammadin Ketapi Bagi Anju peluang jadi ustazah ye.. Geram kereta laju jalan kampung, lelaki ‘tembak’ speed trap kasi gempaq (Video) Ramai terciduk beli saham Serba Dinamik Debat Najib-Anwar, bukan soal kalah menang, tetapi pilihan rakyat Ramai termakan janji PH hapuskan hutang PTPTN: Asyraf Wajdi Gagal selesai masalah air, Pas Kelantan fitnah UMNO 30 tahun masalah air, rakyat Kelantan terpaksa guna telaga Adakah Pua bakal ikut jejak Ong tak tanding PRU15? ‘BN Biarlah Dengan BNnya’ – Ahmad Shabery Paksa KM letak jawatan tohmahan tidak berasas – Ab Rauf Fenomena langit berwarna merah resahkan penduduk bandar di China Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/05/10/airasia-akui-kekurangan-pesawat-ketika-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Airasia Says Sorry For Flight Disruptions

Airasia Says Sorry For Flight Disruptions

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 464 hits
AirAsia Malaysia says it is now operating with only 40 planes compared to almost 100 before the pandemic KUALA LUMPUR AirAsia says it has taken note of the recent flight disruptions and apologised to customers for the inconvenience caused d...
Tergelincir Ke Dalam Sungai Remaja Lemas Ketika Beraya

Tergelincir Ke Dalam Sungai Remaja Lemas Ketika Beraya

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 229 hits
Pasukan bomba mengusung mayat remaja yang lemas untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut SIPITANG Aktiviti ziarah hari raya bersama keluarga bertukar tragedi apabila remaja lemas selepas tergelincir ke dalam sungai dalam kej...
Pencegahan Denggi Ketika Aktiviti Luar

Pencegahan Denggi Ketika Aktiviti Luar

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 177 hits
PENCEGAHAN DENGGI KETIKA AKTIVITI LUAR Hujung minggu antara hari yang paling gembira bagi kami sekeluarga Selalunya hujung minggulah kami akan luangkan masa untuk berkumpul dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan Dalam berseronok tu ada j...
Petrol Habis Di Stesen Minyak Pengguna Jalan Raya Berang Ketika Pulang Ke Ibu Kota Video

Petrol Habis Di Stesen Minyak Pengguna Jalan Raya Berang Ketika Pulang Ke Ibu Kota Video

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 288 hits
Petrol Habis Di Stesen Minyak Pengguna Jalan Raya Berang Ketika Pulang Ke Ibu Kota VIDEO Penggunaan petrol dalam jumlah yang tinggi dan melebihi jangkaan susulan peningkatan jumlah kenderaan yang pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri...
Ada Netizen Yang Tak Kisah Bayar Rm8000 Sehari Sewa Kereta Mewah Demi Tak Nak Kalah Ketika Balik Kampung Beraya

Ada Netizen Yang Tak Kisah Bayar Rm8000 Sehari Sewa Kereta Mewah Demi Tak Nak Kalah Ketika Balik Kampung Beraya

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 375 hits
nbsp Penafian Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasanGara gara ingin nampak bergaya ketika pulang ke kampung menyambut Aidilfitri selepas dua tahun terkurung akibat C0vid 19 ada warga kota yang sanggup berhabis duit seh...
Rumah Pusaka Terbakar Ketika Pemilik Keluar Beraya

Rumah Pusaka Terbakar Ketika Pemilik Keluar Beraya

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 180 hits
MARAN PAHANG Ketika kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih hangat dirasakan umat Islam di seluruh negara sebuah keluarga di Felda Kesumba Jengka 9 di sini menerima dugaan berat apabila rumah pusaka separuh batu musnah lebih 80 peratus akibat...
Jangan Terkejut Kalau Bayi Baru Lahir Ada Gigi Sebab Tu Penting Pemeriksaan Gigi Ibu Ketika Hamil

Jangan Terkejut Kalau Bayi Baru Lahir Ada Gigi Sebab Tu Penting Pemeriksaan Gigi Ibu Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 204 hits
Doktor anak saya tumbuh gigi sejak dia lahir nak kena cabut ke biarkan saje Jangan terkejut tau kalau baby yang baru lahir tiba tiba ada gigi dua batang kat bawah gigi tu memang boleh tumbuh Gigi yang tumbuh pada hari baby dilahirkan dipang...
4 Penyakit Paling Banyak Menjangkiti Kanak Kanak Ketika Ini Ibu Ayah Tolong Awasi Anak Anda

4 Penyakit Paling Banyak Menjangkiti Kanak Kanak Ketika Ini Ibu Ayah Tolong Awasi Anak Anda

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 198 hits
Bila ada anak kecil perkara paling digeruni oleh ibu bapa iaitu bila anak jatuh sakit Golongan kanak kanak dan bayi antara yang paling berisiko tinggi mudah dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit Kini selepas negara berada dalam fasa peral...
Jumpa Poc0ng Tak Pernah Tapi Kain Kafan Lama Perkara Biasa Penggali Kubvr Viral Tak Sangka Jadi Perhatian Ketika Beraya

Jumpa Poc0ng Tak Pernah Tapi Kain Kafan Lama Perkara Biasa Penggali Kubvr Viral Tak Sangka Jadi Perhatian Ketika Beraya

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 174 hits
PENGALAMAN yang menginsafkan Demikian kata Muhamad Harith Saring 26 mengenai kisah dirinya yang menjadi sukarelawan penggali kubvr sejak tujuh tahun lalu Menurut pembantu tadbir itu dia terpanggil untuk menjadi sukarelawan kerana risau memi...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa